m10 tutorial

Upload: lee-chai-lin

Post on 16-Mar-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tutorial 10

TRANSCRIPT

M10 Tutorial : Soal jawab kemahiran pengajaran mikro- pengukuhan, penerangan dan papan tulis.Kemahiran PeneranganKemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaranObjektif1. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dengan jelas2. Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.3. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah- langkahmenjalankan satu ujikaji atau menyelesaikan masalah matematik

Kemahiran PengukuhanMerupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapanyang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu dan menurut Skinner, tingkah laku manusia dibahagi kepada dua :1. Tingkah laku responden tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-sama stimuli lama.2. Tingkah laku operan tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu.

Kemahiran Papan Tulis1. Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam proses p & p di bilik darjah. Secara tradisi.2.Memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah ditempat yang sesuai.3.Guru yang menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan baikbukan sahaja memudahkan pelajar-pelajar membaca dan memahamipengajaran guru dengan tepat tetapi juga dapat menarik mereka mengikutipelajarannya.