lontar peluru

24
LONTAR PELURU Sejarah Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry O’Brien. Peraturan Asas Lontar Peluru Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m. Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan. Peluru mesti mendarat dalam sector 40°. Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan. Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat. Kemahiran Asas Lontar Peluru 1) Pegangan Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah. Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru. 2) Persedian Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu. Lontar Peluru Gaya Berdiri Berdiri sisi. Buka kaki seluas bahu. Bahu kiri menghadap arah lontaran. Bengkokkan badan serendah mungkin. Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang. Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.

Upload: jumardi-muhlis

Post on 26-Dec-2015

319 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: LONTAR PELURU

LONTAR PELURU

Sejarah

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru

diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori,

untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai

teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya

Parry O’Brien.

Peraturan Asas Lontar Peluru

Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.

Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.

Peluru mesti mendarat dalam sector 40°.

Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian

atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan.

Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat.

Kemahiran Asas Lontar Peluru

1) Pegangan

Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.

 Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.

2) Persedian

Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.

Lontar Peluru Gaya Berdiri

Berdiri sisi.

Buka kaki seluas bahu.

Bahu kiri menghadap arah lontaran.

Bengkokkan badan serendah mungkin.

Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.

Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.

Gerakkan siku serta tangan ke atas.

Lepaskan peluru.

Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Parry O’Brien

Page 2: LONTAR PELURU

Ada 4 Fasa :-

1) Fasa persediaan

Bengkokkan badan.

Bengkokkan kaki kanan.

Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

2) Fasa Gelongsoran

Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke

kanan ketengah bulatan.

Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan.

Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

Bahu menghadap arah lontaran..

3) Fasa Lontaran

Siku kanan diangkat tinggi.

Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan

Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi

Berrdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan

lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.

Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.

Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.

Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran

Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam

acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat

dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan badan dan lutut

kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.

Angkat kaki kiri sedikit.

Page 3: LONTAR PELURU

Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.

Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

Latihan

Seperti yang kita maklum, pelontar peluru biasanya berbadan tegap dan besar. Ini

selalunya akan memberi kelebihan kepada peserta tersebut, Walaupun ia bukanlah syarat

utama, kerana acara ini sebenarnya memerlukan tenaga dan kekuatan yang banyak serta

pergerakan yang pantas. Latihan asas dan latihan fizikal seperti yang dikehendaki daripada

seseorang atlit. Latihan-latihan seperti berjongging, lari pecut, latihan angkat berat, dan latihan

khusus untuk tangan, lengan, dan bahu sangat perlu dilakukan oleh peserta-peserta lontar

peluru.

LONTAR PELURU SIRI 4Mar 15

UNDANG-UNDANG

1.   Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

2.   Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja.

[Nota: Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama oleh sebab itu peraturan 146[3] tidak akan dikenakan]

3.  Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua percubaan sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim.

Page 4: LONTAR PELURU

4.  Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alat-alat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk Iatihan, dengan atau menggunakan bulatan dalam sekotor untuk latihan, dengan atau tanpa a1ata-a1at akan meninggalakan kesan.

5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.

6.  Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak bergerak) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak boleh dibawa kebelakang dan paras garisan bahu.

7.  (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh membantu peserta bila rnernbuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka.

(b)  Sarung tangan tidak boleh digunakan.

(c)  Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja.

(d)  Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu.

(e)  Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam bulatan atau kesutnya.

1. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana--mana bahagian sebarang anggotan badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan.

9.  Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturan-peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar dengan mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru.

Page 5: LONTAR PELURU

[Nota:  Semua pergerakan yang dibenarkan dalam perengganinmi adalah termasuk dalam had maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam Peraturan 142 para 4].

10.       Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan di antara dua sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar.

11.       Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.

12.       Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia mestitah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di luanya. (Lihat para 17)

13.       Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa batik ketempat pemulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling.

14.       Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.

15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang disediakan oleh pihak Pengelola sahaja boleh digunakan, dan sebarang pengubahan kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau lebih, para peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan dijalankan dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil bahagian.

16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.

Page 6: LONTAR PELURU

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU

1.   Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya.

2.   Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan

3.   Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.

4.   Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan.

5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah “over pulled” atau “Thnder pulled”. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. ‘Over pulled’ bermakna pusingan yang terlebih dan ‘Under pulled’ pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.

6.   Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan.  Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.

7.   Lontaran yang tidak mengikut sudut 450° Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450° Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Page 7: LONTAR PELURU

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting

Iangkah-langkah ini diperhatikan:

1.   Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.

2.   Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.

3.   Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru juga dilakukan serentak.

4.   Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru.

5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.

6.   Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain.

7.   Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.

8.   Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan

9.   Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.

10.       Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS.

Page 9: LONTAR PELURU

Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.

Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

PERALATAN

Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan

peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang

halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga

memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang

ramai.

PELURU

Berat Peluru

1. DEWASA 7. 265 kg2. WANITA 4. 005 kg3. REMAJA 4. 000 kg

Page 10: LONTAR PELURU

110 - 130 mm

Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru.

Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan.

FASA – FASA LATIHAN

Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu :

1. Fasa Persediaan

2. Fasa Gelungsuran

3. Fasa Lontaran

4. Fasa Pemulihan

Fasa Persediaan ( Preparation )

Page 11: LONTAR PELURU

1. Peserta bersedia dalam bulatan lontaran

2. Peluru dipegang dengan cara yang betul

3. Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa

KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN

1. Latihan Bebanan

Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina, kekuatan, kuasa dan daya tahan otot. Latihan ini memerlukan pengkhususan, penambahan beban, ansur maju rintangan dan urutan aktiviti. Diantara jenis latihan bebenan ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan isokinetik.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan, jangka masa latihan dan pemulihan, bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu. Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang betul, penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang dipilih hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan meningkatkan :

I. Daya tahan otot – lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15 kali)

Page 12: LONTAR PELURU

II. Kekuatan otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali).

III. Kuasa otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali, tetapi pantas).

IV. Kelenturan otot – lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan sederhana iaitu 6 hingga 8 kali).

Objektif

I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki.

II. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki.

III. Membina daya tahan otot umum dan spesifik.

IV. Membina kelajuan.

V. Meningkatkan fleksibiliti.

VI. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori.

Sistem Tenaga

I. Melibatkan sistem tenaga ATP – PC dan ATP – LA secara dominan.

II. Sistem tenaga aerobik secara sekunder.

Kekerapan

I. 2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua hari.

LONTAR PELURU

1. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan

dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang

boleh. 

2. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan

Page 13: LONTAR PELURU

dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti

melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.

3. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta

acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan

ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan

di kedua-dua buah negara ini.

4. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat

sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang

mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan

sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang

dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. 

5. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan

yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. 

6. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7

kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti

Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun

1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada

tahun 1900 dan 1904. 

7. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang

berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan

papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang

diguna pakai sekarang. 

8. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar

peluru.Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar

peluru telah menonjol dalam acara ini. 

9. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran

baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.

10. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan

gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi

menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. 

11. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak

berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan

Page 14: LONTAR PELURU

tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan

peranan utama. 

12. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk

menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa

melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. 

13. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang

licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

14. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran

20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

PERATURAN DAN PERTANDINGAN

1. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara

ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik

lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga

hari ini.

2. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya

lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi

menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara

lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa,

dan selepas melakukan aktiviti.

3. Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya

tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal

dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu

sendiri.

4. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum,

semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang

mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta

sesuatu kejayaan.

MOTIF PENGLIBATAN DALAM SUKAN DAN PENGARUH ORIENTASI 

MATLAMAT TERHADAP PENCAPAIAN DALAM SUKAN LONTAR PELURU

1. Penyelidikan ini ialah mengenalpasti motif penglibatan dan corak orientasi matlamat

di kalangan atlet lontar peluru . Perhubungan antara kedua-dua pembolehubah dan

perbezaannya terhadap pencapaian dalam kejohanan tersebut. Instrumen kajian yang

Page 15: LONTAR PELURU

digunakan adalah soal selidik Purpose of Sport Qustionnaire (POSQ) dan Task Ego

Orientation Sport Questionnaire (TEOSQ).

2. Hasil analisis menunjukkan atlet yang menyertai lontar peluru ini memilih motif

bermain untuk mencapai prestasi yang tinggi dengan bekerja keras dan menghormati

undang-undang sebagai motif utama penglibatan mereka berbanding motif untuk

menjadi kaya dan. 

3. Orientasi matlamat mereka pula lebih berorientasikan tugasan , berbanding ego. Hasil

analisis ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara corak orientasi

matlamat ego di kalangan atlet yang berbeza tahap pencapaian.

4. Atlet yang berpencapaian tinggi iaitu berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir

didapati lebih mempunyai orientasi matlamat ego berbanding dengan atlet yang gagal

ke peringkat separuh akhir. 

5. Hasil analisis korelasi Pearson Product Moment pula mendapati wujud perhubungan

yang signifikan antara orientasi matlamat tugasan dengan motif penglibatan bekerja

keras, hormat,

6. Kesimpulannya, atlet lontar peluru ini mempunyai corak orientasi matlamat tugasan

yang tinggi dan akan lebih bermotivasi melibatkan diri dalam sukan olahraga lontar

peluru sekiranya latihan dijalankan dengan bersungguh-sungguh serta mematuhi segala

undang-undang olahraga.

GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3

by rin yu mei on 2008-05-04, 03:05:52 am

1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90

darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu

kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling.

2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu

tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya

berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan.

3. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok tengkuknya

atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu

ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan.

Page 16: LONTAR PELURU

4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang “relax” .Tangan yang

tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang “relax” tetapi dibengkok sedikit di

siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan

badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan.

5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah

menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan

garisan tengah bulatan.

LUNSURAN : ( GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3

Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran dilakukan

seperti berikut:

1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan

melunsur.

2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki bebas

pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke

depan.

3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan.

4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan

membaling.

5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan.

MEMBALING

1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari

kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat

dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga

peluru dipandu keluar tangan.

2. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki

lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke

depan dalam satu bentuk “parabola” yang cukup berkesan.

3. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan

Page 17: LONTAR PELURU

mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh

kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan.

SELEPAS MEMBALING

1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki

lunsuran terangkat ke depan.

2. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta menimbangkan dirinya

supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak lengkong

penampan yang di depan atas garisan bulatan.

3. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang membaling juga

akan diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala yang melanggut semasa

balingan tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru

mendarat di tempat balingan.

GAYA O’BRIEN( GAYA MEMBELAKANG)

by rin yu mei on 2008-05-04, 03:07:49 am

1. Gaya O’Brien adalah satu lagi gaya membaling peluru dan gaya ini adalah dianggap

satu gaya yang terkemuka dan saintifik.Sebagaimana yang telah diterangkan awal-awal

tadi,gaya ini mendapat namanya disebabkan seorang peserta yang namanya sendiri

O’Brien.

2. Gaya ini juga dikenali sebagai Gaya membelakang sebab perdirian persediannya

adalah dalam keadaan membelakang ke arah tempat membaling.

PERDIRIAN PERSEDIAAN

1. Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah belakangnya

dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling.

2. Pesera tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula

direnggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh bergantung kepada tinggi

badannya.

3. Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun

Page 18: LONTAR PELURU

ditekapkandi rusuk leher.

4. Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.

5. Kepalanya tegak memandang ke depan.

LUNSURAN

1. Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras

pinggang.

2. Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan dibengkok di lutut dan dalam masa

yang sama atau serentak kaki ini juga akan dilunsur ke belakang(mengundur) terus ke

depan bulatan untuk kilasan membaling.

3. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan kaki

yang melunsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi.

4. Kesalahan biasa : ramai peserta tidak melunsur ke belakang tetapi mereka melompat

ke depan.

KILASAN MEMBALING

1. Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti

bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan

badannya sebelum tamat lunsuran.

2. Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai

balingan yang cukup kuat dan kencang.

BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING

1. Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah.

KESALAHAN BIASA

1. Pergerakan sangat keras.

2. Semasa lunsuran,peserta suka melompat.

3. Semasa lunsuran,peserta meninggikan badan.

Page 19: LONTAR PELURU

4. Semasa kilasan badan,peserta berhenti selepas lunsuran dan kemudian baru berkilas.

5. Semasa membaling,peserta membaling dalam keadaan kaki berdiri yang hampir

lurus(tiada tekanan)

6. Selepas membaling,peserta masih terdiri di atas kaki yang berdiri.(Tekanan atau

lunjakan dari kaki belakang tidak cukup kencang)

7. Selepas membaling,peserta tidak ikut lajak pergerakan.(badan tidak terkawal)

8. Selepas membaling mata peserta tidak ikut memerhati penerbangan peluru.

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara

merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah

dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah

dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan

pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara

lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat

sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang

mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan

sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang

dipertandingkan.

Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru

diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan

kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat

sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan

ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di

Sukan Olimpik moden tahun 1896.

Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun

1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan

yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran

diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran

seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap

berhubung teknik melontar peluru.

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari

segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan

dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti

melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.Orang Scotland

dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar

peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.

Page 20: LONTAR PELURU

Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-

dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat

sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang

mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan

sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang

dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika

ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan

dengan kawasan lontaran telah dicipta. 

Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7

kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti

Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun

1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada

tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk

bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran

diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran

seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap

berhubung teknik melontar peluru.Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun

1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. 

Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran

baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.

Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya

lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi

menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara

lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa,

dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain

terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna

persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin

keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan

aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. 

Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang

licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.Yanina

Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter

dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.