lontar peluru

Upload: hasni-astan

Post on 14-Oct-2015

187 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

lontar peluru

TRANSCRIPT

Peraturan-peraturan lontar peluru MSSM dan IAAF

PAGE _____________________________________________________________________Lontar Peluru

PENGENALANLontar peluru diklasifikasikan sebagai salah satu acara padang yang tergolong dalam beberapa kategori acara balingan yang lain seperti melempar cakera, merejam lembing dan membaling tukul besi. Seperti juga acara balingan yang lain, acara ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah tangan sahaja dan ia dilakukan daripada ruang dalam sebuah gelanggang yang berbentuk bulatan kecil.

Tidak seperti acara rejam lembing dan lempar cakera, lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama. Acara merejam lembing dan melempar cakera telah wujud sejak sekian lama dan mula diperkenalkan semasa awal perkembangan sukan Olimpik kuno lagi. Acara-acara ini dijustifikasikan berdasarkan inskripsi-inskripsi purba yang ditemui. Jelasnya berdasarkan fakta, aktiviti melontar batu yang dijadikan sebagai aktiviti masyarakat kuno adalah titik tolak permulaan yang menjadi inspirasi kepada perkembangan acara sukan lontar peluru.SEJARAH AWAL DAN PERKEMBANGAN LONTAR PELURUMenurut sejarah sukan olahraga, aktiviti membaling ketulan batu bulat atau lontar peluru telah wujud dan giat dilakukan oleh orang-orang di Scotland dan Ireland. Ia dijadikan sebagai acara pertandingan oleh masyarakat negara-negara berkenaan yang bermula dalam abad ke-19. Masyarakat Scotland dan Ireland yang berhijrah ke Amerika Syarikat telah membawa bersama sekaligus memperkenalkan lontar peluru di sana. Dengan itu, hal ini menjustifikasikan bahawa imigran-imigran Scotland dan Ireland adalah perintis yang memperkembangkan lagi acara sukan lontar peluru dengan lebih meluas.

Di Amerika Syarikat, lontar peluru telah menarik minat dan mendapat sambutan di kalangan masyarakat di sana. Malah, ia seringkali menjadi acara yang dipertandingkan. Dari itu, berlanjutanlah lembaran kronologi sejarah kegiatan ini kerana pertandingan lontar batu yang pertama telah diadakan di Amerika Syarikat.Ketika menjelangnya era pertengahan abad ke-19, berat batu atau peluru yang sekarang diperbuat daripada bahan logam dan besi, distandardisasikan menjadi 7.257 kg atau 16 paun. Untuk menjadikan lontar peluru sebagai acara sukan, diperkenalkan beberapa aturan. Dahulunya, kawasan melontar berbentuk segi empat sama dengan nilai ukuran 2.135m x 2.135m. Kawasan lontaran seumpama ini telah digunakan dalam tiga kejohanan awal sukan Olimpik iaitu pada tahun 1896, 1900 dan 1904. Namun, kawasan dengan bentuk sedemikian dirasakan tidak begitu sesuai. Sebagai alternatif untuk membangunkan dan memajukan lagi acara ini, kawasan melontar diubahsuai kepada bentuk bulatan yang berdiameter 2.135m. Di bahagian hadapan tempat di mana lontaran dilakukan, diletakkan papan penahan yang seakan-akan seperti yang terdapat pada kawasan lontaran kini. Papan tersebut adalah sempadan penghadang yang tidak boleh dilintasi oleh pelontar dan ianya berbentuk lengkung dengan ukuran 1.22m pada bahagian dalamnya.

Sebagai usaha untuk menjadikan lontar peluru lebih diiktiraf dunia sukan, ia diperkenalkan ke negara-negara lain termasuklah Greece. Ternyata acara ini diterima dan menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik moden yang pertama kali diadakan di Athens, Greece pada tahun 1896. Dalam temasya yang julung kali diadakan itu, atlet Amerika Syarikat iaitu Robert Garrett telah mencatatkan rekod lontaran yang pertama dengan jarak 11.22m. Dalam sukan Komanwel pula, acara ini buat pertama kalinya dipertandingkan pada sukan Komanwel yang juga julung kalinya diadakan pada tahun 1930. Di sini, H. B. Hart peserta daripada Afrika Selatan menjadi atlet pertama bagi acara sukan ini yang mencatatkan rekod kejohanan dengan jarak 14.58m. Penyertaan wanita bagi acara ini pula dijustifikasikan hanya bermula dalam temasya sukan Olimpik yang ke-12 yang telah diadakan di London pada tahun 1948. Rekod pertama yang dicatatkan oleh Micheline Ostemeyer yang berasal daripada Perancis dengan jarak lontaran yang dilakukannya adalah 13.75m. Kini, rekod dunia bagi lontaran terjauh dicatatkan oleh Randy Barnes dengan jarak 23.12m pada Mei 1990 semasa Kejohanan Olahraga Amatur Sedunia. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ACARA LONTAR PELURU1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan membuat undian.

2. Lebih daripada 8 peserta akan mengambil bahagian. Setiap peserta dibenarkan membuat 3 percubaan dan 8 orang peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan dibenarkan pula membuat 3 percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat kelapan, keputusan seri ini tidak diputuskan tetapi setiap peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat 3 percubaan tambahan bersama peserta yang layak tadi.

NOTA: Maksud seri di sini adalah peserta-peserta mencapai jarak yang sama. Oleh sebab itu, peraturan 146 (3) tidak akan dikenakan.

3. Di tempat pertandingan, setiap peserta boleh diberi 2 percubaan sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan secara undian dan peserta-peserta yang dipanggil nama atau nombor mereka akan diawasi oleh para hakim.

4. Apabila pertandingan dimulakan, setiap peserta tidak dibenarkan untuk mengguna sebarang peralatan untuk tujuan berlatih atau menggunakan sektor kawasan dalam bulatan untuk latihan.5. Lontaran hendaklah dilakukan oleh seseorang peserta dari dalam bulatan dan hendaklah memulakan lontarannya dengan keadaan yang tidak bergerak atau statik sementara. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.6. Ketika peserta melakukan lontaran, peluru hendaklah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan dan tidak boleh dibawa ke belakang dari paras garisan bahu.

Sebarang alatan seperti ikatan 2 atau lebih jari yang boleh membantu peserta apabila melakukan lontaran tidak akan dibenarkan. Penggunaan pita di tangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut sebarang kecederaan yang menyebabkan luka berlaku.

Sarung tangan tidak boleh digunakan.

Untuk mendapatkan cengkaman yang baik, setiap peserta dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai sahaja di tangan mereka.

Untuk aspek keselamatan berhubung kecederaan ygan mungkin dialami pada tulang belakang, peserta-peserta dibenarkan untuk memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan yang seumpama dengannya yang boleh membantu.

Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam bulatan atau pada tapak kasutnya.

7. Lontaran yang dilakukan oleh seseorang peserta dikira batal dan tidak dikira sekiranya seseorang peserta itu sesudah memasuki bulatan dan memulakan lontarannya tersentuh dengan mana-mana bahagian atau sebarang anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas dan hadapan papan penghadang, atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru ketika melakukan percubaan.

8. Ketika percubaan, seseorang peserta itu boleh menghentikan sesuatu percubaan sebelum memulakannya dengan tidak melanggar peraturan-peraturan di atas. Meletakkan alatannya di dalam atau luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan peserta hendaklah keluar dengan mengikut peraturan di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru.

NOTA: Semua peserta yang dibenarkan dalam perenggan ini adalah termasuk dalam had maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam peraturan 142 para 4.9. Untuk sesuatu lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalam kawasan di antara dua sisi di sebelah dalam garisan lurus yang mempunyai kelebaran 50 mm.

Pengukuran setiap lontaran hendaklah dilakukan dari titik mula sentuhan peluru sehingga ke sisi sebelah dalam lingkaran bulatan sepanjang garisan sehingga ke bahagian tengah bulatan.

Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru mendarat atau menyentuh tanah. Peserta hendaklah meninggalkan gelanggang daripada separuh bulatan belakang yang tidak ditandakan dengan garis lurus berwarna putih yang terlukis dari bahagian luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di luarnya.

Setelah selesai sesuatu lontaran, peluru hendaklah dibawa kembali (secara tidak dibaling) ke tempat permulaan atau gelanggang melontar.

Lontaran yang terbaik daripada semua lontaran yang dilakukan bagi setiap peserta termasuk lontaran yang diambil untuk menyelesaikan keputusan seri (jika berlaku) untuk tempat pertama akan dikira.

Gelanggang: Gelanggang yang berbentuk bulatan mestilah diperbuat daripada gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mesti sama rata dengan tanah di sekitarnya. Bahagian dalam bulatan gelanggang diperbuat dengan simen atau bahan konkrit, atau mana-mana bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan gelanggang ini mestilah rata dan 14 mm-26 mm ke bawah pada bahagian ke atas gelung besi bulatan. Bulatan yang boleh dialih dengan spesifikasi di atas boleh digunakan. Ukuran: Garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.135 m. Gelung besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.

Satu garis lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih mulai luar bulatan di 75 cm di luar bulatan. Garis lurus ini boleh dicat dengan warna putih atau, diperbuat daripada kayu, atau sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir bulatan garisan putih itu betul-betul melintasi bahagian tengah bulatan pada sudut tepat dengan garisan tengah kawasan melontar.

Papan penahan: Pembentukan: Papan penahan yang bercat putih mestilah diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan lain yang sesuai dan dibentuk lengkung supaya daripada tepi dalamnya boleh disesuaikan dengan bahagian dalam tepi bulatan serta dibuat supaya ia boleh lepak kukuh di tanah. Papan penahan ini akan diletakkan di tengah-tengah di antara dua garisan lontaran. Ukuran. Ukuran papan penahan ini adalah di antara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang di sebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.

Rupa bentuk peluru: Peluru hendaklah diperbuat daripada besi yang mampat, tembaga atau kulit yang diperbuat daripada logam yang sedemikian dan diisi dengan plumbum atau lain-lain bahan. Ianya mestilah berbentuk bulat dan permukaannya licin atau tidak kasar.

Dipertandingkan di bawah peraturan 12.1 [a], [b] dan [c] hanya alat-alat yang disediakan oleh pihak pengelola sahaja boleh digunakan dan sebarang pengubahan pada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan dibenarkan membawa alat-alatnya masuk ke ruang dalam gelanggang.

Kawasan lontaran di mana peluru akan jatuh atau mendarat hendaklah mengandungi serbuk abu, atau rumput, atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat.

Kebenaran curam ke maksimum ke bawah, ke arah lontaran bagi kawasan mendarat adalah tidak melebihi 1: 1000.

Kawasan mendarat: Lontaran hendaklah ditandakan dengan dua garisan putih selebar 50mm. Dua garisan ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan gelanggang melontar yang bersudut 40.

Bendera atau penanda mungkin disediakan atau menanda lonataran terbaik setiap peserta dan ini akan diletakkan di sepanjang dan di luar garisan sektor.

PERALATAN DAN GELANGGANGPeluru

Peralatan yang utama dalam acara lontar peluru sudah semestinya peluru besi atau disebut juga bola besi. Ia diperbuat daripada bahan besi mahupun bahan-bahan lain yang bersesuaian, berbentuk bulat keseluruhan dan licin pada sekelilingnya serta pejal. Pada kebiasaannya, ia berwarna hitam. Namun, warna bukanlah suatu syarat atau peraturan yang ditetapkan untuk acara ini. Berat dan saiz peluru adalah berbeza-beza mengikut peringkat umur dan gender serta jenis pertandingan.

LelakiWanitaRemaja lelakiRemaja perempuan

Berat untuk pengesahan rekod

min.7.260 kg4.000 kg--

Berat dibenarkan untuk kejohanan

min.7.265 kg

4.005 kg4.0 kg3.25 kg

mak.7.285 kg4.025 kg5.0 kg4.0 kg

Diameter

min.110 mm95 mm98 mm90 mm

mak.130 mm

110 mm93 mm88 mm

GelanggangGelanggang atau kawasan di mana lontaran dilakukan disediakan khusus untuk setiap peserta melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan di sekelilingnya di pagari dengan garisan yang dicatkan dengan warna putih selebar 5 cm dan setebal 6 mm. kawasan permukaannya diperbuat daripada bahan binaan konkrit, atau asfal, atau apa-apa sahaja bahan yang keras, asalkan ia tidak diperbuat daripada bahan yang tidak mengikuti spesifikasi sehingga boleh menyebabkan peserta tergelincir kerana licin.

Saiz bulatan ialah 2.135 m pada diameter yang diukur dari sebelah luar garisan. Di bahagian hadapannya pula, dipasangkan dengan papan penahan sebagai penghadang untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh atau pun melepasi papan tersebut yang mana boleh mengakibatkan lontaran seseorang peserta itu dibatalkan. Papan penahan ini seharusnya mengikut nilai standardisasi yang telah ditetapkan dengan 1.21 m - 1.23 m panjang bahagian dalam, 11.6 cm lebar dan 9.8 cm 10.2 cm tinggi.

Satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bulatan ini kepada dua bahagian disediakan pada bahagian tengah bulatan serta selari dengan kawasan pendaratan peluru di hadapannya.

Ukuran gelanggang

Kawasan pendaratanUntuk membolehkan peluru mendarat atau jatuh dan kemudiannya ukuran bagi jarak diambil, suatu kawasan khas hendaklah disediakan. Ia bebas daripada sebarang gangguan. Ia juga perlulah dirintangi dengan dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40 berpusat pada tengah bulatan kawasan melontar. Panjang kedua-dua garisan ini tidak tetap iaitu bergantung kepada ketetapan pihak pengelola dalam sesebuah peringkat pertandingan atau kejohanan. Setiap lontaran hendaklah mendarat atau jatuh dalam lingkungan kawasan ini. Jika peluru mendarat atau jatuh di atas atau luar garisan, maka lontaran itu dianggap batal dan tidak disahkan. Oleh yang demikian, setiap pendaratan atau jatuhan hendaklah berlaku dalam kawasan yang dinyatakan.

Cara Mengukur Jarak LontaranPakaianUndang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan agar setiap atlet atau ahli sukan hendaklah berpakaian yang sesuai dan mengikut etika sesuatu pertandingan.KasutKasut yang dipakai bagi acara lontar peluru hendaklah sesuai iaitu mengikut keselesaan dan pada bahagian tapaknya haruslah boleh mencengkam permukaan. Dengan kata lain, cengkaman ini adalah untuk mendapatkan daya geseran agar sebarang gangguan terutamanya kelicinan tidak berlaku ketika melakukan lontaran.

TEKNIK-TEKNIK ACARA LONTAR PELURU

Realitinya dalam acara yang melibatkan kuantifikasi jarak seperti acara lontar peluru ini seringkali didominasi di kalangan atlet-atlet yang mempunyai susuk tubuh yang besar, tegap mahu pun berotot. Mengikut sejarahnya, atlet lontar peluru yang terbesar yang pernah menyertai sukan olahraga bagi acara sukan lontar peluru ini ialah Harold Connoly dengan ketinggian 1.8 m manakala beratnya 119 kg. sehubungan dengan itu, acara ini diinterpretasikan sebagai acara yang memerlukan kriteria-kriteria seperti yang dinyatakan. Seolah-olah, kriteria-kriteria berkenaan menjadi syarat utama untuk memenuhi personaliti sebagai seorang atlet untuk berkecimpung dalam acara ini.

Walau bagaimanapun, kriteria-kriteria tersebut bukanlah penjamin utama yang boleh mendatangkan keberkesanan kepada lontaran yang jauh. Jelasnya di sini, jauh atau dekatnya jarak sesuatu lontaran amat dipengaruhi oleh teknik yang mana teknik ini perlu diadaptasi sepenuhnya oleh seseorang atlet lontar peluru. Pengadaptasian ini sewajarnya perlu agar dapat memberikan implikasi yang berkesan ke atas lontaran yang dilakukan yakni impak lontaran yang jauh dan baik.Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa teknik yang boleh diaplikasikan mengikut kemahuan dan kesesuaian masing-masing. Antara teknik yang mengembangkan gaya lontaran yang sering kali diamalkan oleh atlet lontar peluru amatur ialah:

Teknik James Fuchs atau teknik secara melungsur selangkah.

Teknik Parry OBrien atau teknik lontaran secara membelakang.

Teknik Alexander Baryshnikov atau teknik lontaran secara berputar.

FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURUFasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru terdiri daripada yang berikut:

Pegangan peluru. Lakuan sedia.

Lungsuran. Kilasan badan. Lontaran. Pulihan.

Fasa pegangan peluruKaedah memegang peluru dengan betul adalah perlu bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan. Peluru hendaklah dipegang pada jari yang menjadi dasar dan bukan menolak dengan menggunakan tapak tangan. Ibu jari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong. Walau apa pun kaedah atau gaya lontaran yang diamalkan, kaedah asas memegang peluru secara umunya terbahagi kepada 2 iaitu sama ada memegang dengan tiga jari atau kesemua lima jari tangan.

Fasa pegangan peluru di sini adalah salah satu fasa yang terkandung dalam latihan ansur maju. Untuk fasa-fasa pergerakan yang berikutnya, terkandung dalam latihan ansur maju yang akan dijelaskan mengikut beberapa teknik atau gaya melontar sebagaimana yang dinyatakan di sebelum ini.

LATIHAN ANSUR MAJUTEKNIK JAMES FUCHS (TEKNIK MELUNGSUR SELANGKAH)

Fasa lakuan sedia

Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Kemudian, setelah menempatkan peluru, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan atau kiri. Kaki kanan atau kiri dibiarkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki). Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.Fasa lungsuranDaripada lakuan sedia menolak dengan kaki kanan atau kiri supaya kaki kanan atau kiri pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur). Kaki kanan atau kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan.

Fasa kilasan badan

Sebaik sahaja kaki kanan atau kiri bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan atau kiri dipusingkan ke kanan atau kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan atau kiri pelontar (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.

Fasa lontaranApabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki yang melungsur (kaki kanan atau kiri yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan menjadi terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu dan diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kanan atau kiri mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

Fasa pulihan

Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan berkemungkinan terjatuh ke kawasan hadapannya selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan atau kiri ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kanan atau kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan. TEKNIK PARRY OBRIEN (TEKNIK MEMBELAKANG)Teknik Parry OBrien adalah suatu teknik atau gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry OBrien sendiri. Beliau ialah seorang atlet Amerika Syarikat yang terkemuka. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 m jaraknya. Teknik ini masih popular hingga ke hari ini.

Fasa lakuan sediaSama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelakangkan arah lontaran kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari dengan tanah.

Fasa lungsuran

Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasai di atas kaki kanan atau kiri, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan atau kiri dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok) ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kanan atau kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih dalam keadaan condong.

Fasa kilasan badanPada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kanan atau kiri) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan (teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini).

Fasa lontaran, ikut lajak dan pulihanFasa-fasa dalam teknik di sini adalah hampir sama seperti yang diterangkan dalam teknik melungsur selangkah sebelum ini.TEKNIK ALEXANDER BARYSHNIKOV (TEKNIK ROTASI)

Fasa lakuan sedia Kedudukan badan membelakangi arah hadapan di mana lontaran akan ditujui. Berdiri dengan kedudukan sekurang-kurangnya di belakang gelanggang sektor bulatan.Fasa lungsuranSetelah badan condong ke bawah dan berat badan dirasai di atas kaki kanan atau kiri, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan atau kiri dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok) ke belakang. Dalam melakukan pergerakan yang seterusnya, pelontar yang menggunakan tangan kanan atau kiri memusingkan bahu yang sekaligus membawa badannya bersama ke arah kanan atau kiri sebelum berputar sepenuhnya ke kanan atau kiri untuk melontar.

Fasa putaran badanDalam memulakan fasa putaran sama ada ke arah kanan atau kiri, badan berputar sepenuhnya (dalam putaran sudut penuh 360) di bahagian tengah gelanggang dengan membelakangkan arah lontaran yang ditujui. Fasa lontaran

Ketika putaran diakhiri dengan pinggul yang diputar secara bersama dengan keseluruhan anggota badan, langkahan ke hadapan dilakukan dengan bersandarkan kepada kaki kanan atau kiri. Kemudiannya, peluru dilontar dengan mengaplikasikan kuasa ledakan terakhir semasa fasa pelepasan. Luruskan tangan ke arah lontaran.

Fasa pulihan

Untuk mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan mungkin boleh menyebabkannya terjatuh ke kawasan hadapannya, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan atau kiri ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kanan atau kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan. TEORI-TEORI LATIHAN

Secara umumnya, khalayak sering menganggap bahawa kekuatan otot tangan adalah faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan lontaran yang jauh. Namun, bahagian otot tubuh yang penting adalah mengikut disiplin kajian seperti yang berikut:

50% disumbangkan oleh otot kaki. 30% oleh otot badan.

20% selebihnya disumbangkan oleh otot tangan.

Justifikasinya, kesalahan yang seringkali dilakukan oleh seseorang atlet lontar peluru ialah mengharapkan sepenuhnya tolakan daripada tangan tanpa mengaplikasikan ledakan kuasa pada akhir fasa lontaran. Mereka tidak menyedari bahawa bahagian tangan hanya menyumbang 20% kekuatan tolakan. Tatkala bahagian badan dan bahagian anggota bawah badan pula adalah penyumbang yang terbesar iaitu 80% daripada kekuatan seharusnya yang diaplikasi. Justeru, kekuatan atau kuasa yang menjadi elemen yang mempengaruhi teknik ketika melakukan sesuatu lontaran yang baik dan jauh haruslah dikoordinasi sepenuhnya. Hal ini kerana ledakan kuasa yang terhasil semasa fasa akhir iaitu fasa tolakan adalah hasil koordinasi keseluruhan anggota badan yang mana kuasa ledakan tersebut terhasil daripada disiplin jumlah paduan daya. PENDEKATAN TEORI DAN APLIKASI BIOMEKANIKKajian-kajian tentang variabel yang mempengaruhi kualiti sesuatu pergerakan menerusi pendekatan teori dan aplikasi ilmu biomekanik telah banyak dilakukan. Justeru, biomekanik yang tergolong sebagai antara disiplin ilmu sains sukan yang berfokus meninjau pergerakan menerusi sintesis bidang-bidang biologi, fizik, dan matematik sepenuhnya telah dapat menjustifikasikan faktor-faktor mekanik yang mempengaruhi kualiti sesuatu lontaran. Untuk menghasilkan jarak lontaran yang maksimum, beberapa faktor mekanik yang mengkuantifikasikan jarak perlu dianalisa dan diadaptasi keberkesanannya. Faktor-faktor yang dimaksudkan adalah: Sudut pelepasan.

Halaju pelepasan.

Ketinggian pelepasan.

Sehubungan dengan kenyataan ini, secara teoritikalnya, sudut pelepasan optimum untuk menghasilkan jarak lontaran yang maksimum adalah 45. Berdasarkan dengan apa yang telah dinyatakan tadi, penyataan kini dihubungkaitkan pula dengan prinsip biomekanik. Prinsip di sini mengemukakan beberapa hukum yang dianggap sebagai faktor semulajadi yang bersifat subjektif dan mempunyai implikasi yang saling hubungkait atau kebergantungan antara satu sama lain.

Hukum Newton Pertama (Inersia)Sesuatu jasad akan kekal berada dalam kedudukan atau keadaan asalnya yakni pegun atau terus bergerak secara seragam dalam satu hala melainkan ada daya yang bertindak ke atasnya sama ada untuk menggerakkan atau menghentikannya. Tindakan daya sebenarnya mekanisme utama yang mempengaruhi atau menyebabkan perubahan berlaku kepada keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan. Semasa permulaan untuk melakukan lontaran, satu daya yang lebih besar daripada berat badan perlu dikenakan ke atas jasad (yang di sini merujuk kepada peluru). Hal ini menjelaskan tentang bagaimana hukum ini berfungsi dalam lakuan pergerakan untuk menambahkan atau meningkatkan kelajuan untuk pemecutan semasa menolak jasad.

Hukum Newton Kedua (Hukum Pecutan)Apabila sesuatu daya bertindak ke atas sesuatu jasad, ia akan bergerak ke arah yang sama dengan arah tersebut. Oleh itu, pecutan atau peningkatan kelajuan adalah berkadar terus dengan saiz dan jisim jasad. Disebabkan alatan (peluru) tidak dapat diubah dari segi saiz dan jisimnya kerana terikat dengan undang-undang pertandingan sebagaimana yang diperuntukkan, maka pelontar akan cuba menggunakan cara lain untuk mendapatkan jarak lontaran yang jauh melalui impuls. Impuls ialah paduan di antara daya dengan jangka masa daya itu bertindak. Ia penting dalam kinetik lakuan kerana pergerakan yang terhasil daripada tindakan sesuatu daya dipengaruhi oleh jangka masa daya itu bertindak. Oleh hal yang demikian, kedudukan lengan pelontar ketika lurus akan menghasilkan impuls yang tinggi pada daya yang ditarik daripada sebelah tubuh supaya pemecutan yang tinggi berlaku ke atas peluru. Hal ini yang sebenarnya mendorong kepada peningkatan halaju agar jasad dapat mengatasi rintangan untuk membolehkannya menyesar jauh.

Hukum Newton ketiga (Hukum Reaksi)Sebagaimana yang dijustifikasikan dalam penaakulan ilmu fizik, suatu tindakbalas (reaksi) wujud dalam setiap aksi atau tindakan yang berlaku. Oleh sebab itu, daya yang diaplikasi ke atas jasad boleh dimaksimakan menerusi daya tindakbalas dari tanah (bumi). Untuk mengekalkan kestabilan ketika daya yang maksima bertindak, kedudukan badan seharusnya diarahkan ke arah pergerakan yang telah ditentukan. Kaki ditolakkan pada atas kawasan permukaan gelanggang untuk menghasilkan daya yang bertentangan yang mana kadar penghasilan daya itu adalah sama dengan daya tolakan ketika melakukan lontaran.Sudut lontaran

Sudut yang terbaik bagi sesuatu sudut pelepasan ketika melakukan lontaran ialah 45. Sudut pelepasan amat penting kerana wujudnya perbezaan tahap kuantifikasi mekanikal antara fasa pelepasan dan pendaratan peluru yang bergantung kepada magnitud halaju pelepasan. Jelasnya, semakin tinggi halaju fasa pelepasan, semakin besar julat sudut pelepasan yang mencapai nilai sudut optimum 45. Merujuk kepada tinggi pelepasan, ia amat berkait rapat dengan aspek ketinggian seseorang atlet pelontar peluru. Sehubungan dengan itu, faktor ketinggian juga memainkan peranan yang amat penting. Hal ini kerana seseorang pelontar peluru yang tinggi mempunyai kelebihan mahu pun kesempurnaan dari segi regangan anggota badannya yang akan memudahkannya melontar mengikut haluan sudut yang disarankan dengan baik malah boleh mencapai jarak yang jauh.

Stabiliti

Penentuan posisi yang stabil adalah berdasarkan kedudukan pusat graviti jasad. Dengan kata lain di sini, situasi ini adalah untuk menentukan titik keseimbangan jasad. Sesuatu jasad akan kekal berada dalam keadaan yang stabil selagi mana satah-satah graviti jatuh pada tapak sokongan jasad tersebut. Sekiranya satah-satah graviti jatuh dan semakin menghampiri titik pusat tapak sokongan, maka stabiliti jasad tersebut menjadi semakin teguh pada kedudukannya. Dalam lontar peluru, pusat graviti bagi pelontar bermula daripada penghujung bawah tapak sokongan dan berakhir di penghujung atas tapak sokongan pelontar. Oleh yang demikian, seseorang atlet pelontar peluru perlu memastikan agar dirinya semasa melakukan setiap fasa pergerakan berada dalam keadaan keseimbangan supaya dapat membantunya melakukan lontaran yang sempurna.GeseranGeseran adalah daya yang bertindak di antara sentuhan dua permukaan. Magnitud daya geseran yang terhasil daripada arah tindakan daya yang bertentangan menentukan darjah kesukaran untuk menghasilkan pergerakan. Dalam konteks di sini, daya berhubung kait dengan permukaan tapak kasut pelontar yang bergeser dengan permukaan atau sektor lontaran.PEMANASAN BADANMemanaskan badan perlu dilakukan dalam acara-acara olahraga khususnya di sini lontar peluru sebagaimana yang diamalkan dalam semua sukan yang lain. Fokus dan tujuan utamanya adalah untuk menyediakan badan terutamanya otot-otot, jantung dan paru-paru untuk menghadapi tugasan dalam senaman tidak kira ia dipraktikkan untuk sesuatu situasi latihan mahu pun pertandingan.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa pemanasan badan membolehkan seseorang atlet meningkatkan pencapaiannya dalam pertandingan. Lebih penting lagi, aktiviti ini menambahkan kecergasan otot-otot dan saraf tunjang yang mana ia membantu dalam mengurangkan risiko kecederaan ketika melakukan aktiviti-aktiviti secara lasak dan ekstrem. Pemanasan badan biasanya meliputi beberapa bahagian seperti yang berikut:

Meningkatkan suhu badan. Ia boleh dilakukan dengan berlari secara perlahan-lahan atau joging dalam suatu jarak yang tidak melibatkan jarak yang jauh di samping masa yang lama. Lakukan sehingga badan terasa panas dan berpeluh.

Meregang. Lakukan aspek ini secara lengkap yang mana ia meliputi keseluruhan bahagian sendi dan otot utama. Lakukan sesi ini dengan baik dan berkesan tanpa renjatan semata-mata untuk mengelakkan kecederaan awal yang boleh mempengaruhi sesuatu situasi. Senaman spesifik. Senaman yang spesifik atau khusus perlu dilakukan mengikut sesuatu situasi acara yang mana di sini merujuk kepada acara lontar peluru. Banyakkan aktiviti asas atau pun ringan dengan memberi keutamaan kepada bahagian anggota badan atas khususnya yang bermula daripada pinggang sehinggalah tangan.

Selepas melakukan pemanasan badan, seseorang atlet pelontar peluru khususnya di sini perlu berehat dalam kadar masa lebih kurang 5 minit sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti yang lain, sama ada dalam sesuatu situasi latihan atau pertandingan. Pada masa rehat ini, anggota badan sebaik-baiknya malah perlu untuk ditutup dengan pakaian trek bagi mengekalkan suhu panas badan agar sentiasa bersedia melakukan sebarang aktiviti seterusnya. Setelah selesai keseluruhan aktiviti, hendaklah diakhiri dengan aktiviti warm down.LATIHANMerujuk kepada acara lontar peluru di sini, bahagian anggota badan yang amat penting dan perlu ditekankan adalah bahagian anggota badan atas khususnya tangan selain memberi penekanan kepada keseluruhan anggota badan yang lain seperti kaki. Hal ini kerana serat-serat otot yang banyak menjadikan sesuatu otot itu lebih besar malah mempunyai kekuatan dari segi kemampuan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti yang berat. Dalam situasi ini, peluru adalah jasad yang mempunyai daya dari segi beban yang perlu diatasi ketika melakukan lontaran. Justeru, seseorang atlet perlu tahu bahawa kekuatan otot amat penting. Walaupun dapat mengaplikasikan teknik yang betul, tetapi tidak bermakna sesuatu lontaran itu dilakukan tanpa kekuatan otot bahagian anggota yang khusus. Selain memberi penekanan terhadap aspek kekuatan, antara lain juga seseorang atlet lontar peluru perlu menitikberatkan kelenturan atau fleksibiliti anggota badannya. Hal ini untuk memudahkan sebarang pergerakan anggota badan pelontar terutamanya yang melibatkan gerakan sendi khususnya dan otot umumnya.

AKTIVITI SENAMAN UMUM DAN KHUSUSASPEK KECEDERAAN Ketidakstabilan yang terdapat pada bahagian badan manusia salah satu kecederaan yang biasa dialami semasa melakukan aktiviti sukan tertentu. Dalam acara seperti lontar peluru ini, kecederaan yang biasanya dan seringkali dialami oleh atlet pelontar peluru adalah pada bahagian sendi rotasi di bahagian bahu, pergelangan tangan dan beberapa otot terlibat.Oleh sebab itu, semasa menjalani sesuatu sesi sama ada dalam situasi latihan atau pertandingan, atlet lontar peluru perlu juga memberi penumpuan khusus kepada risiko kecederaan yang mungkim dialami. Tegasnya, sebarang kecederaan yang mungkin berlakunya sudah tentu mencacatcelakan persembahan yang sekaligus mempengaruhi pencapaian dan prestasinya.

Di sini, beberapa aspek kecederaan seperti yang dinyatakan di atas tadi dipaparkan sebagai pengetahuan mahupun pendedahan yang boleh memberi kesedaran kepada atlet berkenaan selain jurulatih amnya.

KESIMPULANWalaupun melontar peluru amat sukar untuk dipelajari, namun ia akan menjadi sesuatu yang mudah sekiranya atlet mampu untuk mengadaptasi sekaligus mengasimilasikan kepantasan pergerakan, kekuatan dan yang paling utama adalah teknik yang melibatkan fasa-fasa pergerakan tertentu. Jelasnya, penguasaan kemahiran oleh teknik seharusnya mendapat sokongan daripada koordinasi seluruh anggota badan yang bermula daripada kaki, pinggul, badan dan diakhiri dengan tangan yang mengaplikasikan ledakan kuasa. Bukannya hanya menolak dengan tangan sahaja!Sekiranya mahu untuk terus berjaya demi mencapai pembangunan dan kemajuan kendiri, seseorang atlet lontar peluru seharusnya menjalani latihan-latihan yang khusus secara berpanjangan dan bersistematik. Keseluruhan peringkat latihan yang bermula daripada peringkat asas sehingglah kompleks harus menerapkan latihan teknik dan kekuatan yang spesifik tanpa merasa jemu. Selain itu, penjustifikasian teori dan praktikal sebagaimana yang banyak dijelaskan dalam aspek-aspek biomekanik perlulah didalami dan difahami malah diadaptasikan sepenuhnya oleh seseorang jurulatih mahupun atlet agar dapat meningkatkan pencapaian yang memberangsangkan.

Dalam usaha untuk menguasai kemahiran, atlet perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti latihan mengikut landasan teknik-teknik yang betul. Malah yang menjadi keutamaan di sini juga adalah aspek keselamatan. Keselamatan amat penting untuk mengelakkan seseorang atlet daripada mengalami sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap penyertaannya. Dalam keadaan yang sama, kecederaan yang dialami mungkin boleh mencacatcelakan atau membantutkan insentif atlet untuk berjaya dalam acara seperti lontar peluru ini.BIBLIOGRAFIAhmad Wafi. (1996). Siri Teras Sukan Olahraga-Padang. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

Arcelli, E. et. al. (1985). Encyclopedia Of Track And Field. NY: Prentice Hall.Hay, J. G. (2001). The Biomechanics Of Sports Technique (5th Edition). Eaglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Mc Mane, F. & Knudsen, A. (1983). Track & Field Basics. Eaglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Payne, H. (1985). Athletes In Actions. London, UK: Pelham Books.Perse, E. & Stolley, S. (1995). Track & Field, Amateur Athletic Foundation. Los Angeles, USA.Ten Boon Tong. (1989). Panduan Mengajar Olahraga. Selangor, Malaysia: Longman Malaysia.

The Official World of Encyclopedia Of Sports And Games. (1979). UK: Peddington Press.

Robert N. Singer. 2006. Shot Put Technique. Vision Multimedia. Retrieved 24 Januari 2006. (www.coach.org/shot.htm)

Shot Put. 2006. Vision Multimedia. Retrieved 24 Januari 2006. (www.rctsd.ca/~cranevally/shotput/technique.html)Shot Put. 2006. Vision Multimedia. Retrieved 24 Januari 2006.

(dir.yahoo.com/Recreation/Sports/Track and Fields/Events/Throwing/Shot Put/Throwers)

Wikipedia, Free Encyclopedia. 2006. Vision Multimedia. Retrieved 24 Januari 2006.

(en.wikipedia.org/wiki/Shot_put)Techniques Of Shot Put. 2006. Vision Multimedia. Retrieved 24 Januari 2006.

(www.athletes.com/fun/eteam35.htm)Tony Dziepak. 2006. Basic Shot Put Spin (Rotational) Approach. Vision Multimedia. Retrieved 24 Januari 2006. (www.geocities.com/Coloseum.8682/spin.htm)

PAGE 29