lesson plan ht

10

Click here to load reader

Upload: didamin

Post on 23-Jun-2015

287 views

Category:

Sports


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lesson plan ht

Nama Nurul Hazwani Bte Haji Abd Jalil (07b0218)

Tarikh 4th November 2010

Hari Khamis

Kelas Tingkatan 6 bawah ( blok 1)

Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu

Tajuk Pelajaran Peristiwa Penting , watak, dan soalan konteks bab 15 Hikayat Hang

Tuah).

Objektif Am Mengetahui peristiwa penting, watak, dan soalan perbincangan pendek.

(bab 15 Hikayat Hang Tuah)

Objektif Khas Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar diharap akan dapat:

1. Membuat urutan peristiwa penting dalam bab 15 Hikayat Hang Tuah.

2. Menyenaraikan sekurang- kurangnya sepuluh orang watak yang

terdapat dalam bab 15 Hikayat Hang Tuah.

3. Melakonkan watak yang terpilih dengan cara, nada dan intonasi yang

betul.

4. Menghuraikan jawapan bagi soalan konteks yang diberikan.

Alat Bantu Mengajar 1. Nota dan Edaran.

2. Soalan Kerja Rumah

3. Komputer Riba

4. Projektor LCD.

5. Slaid.

6. Kertas Lutsinar

7. Kad Manila

8. Pen Marker

9. Video

RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR KESUSASTERAAN MELAYU

Page 2: Lesson plan ht

10. Alat Pembesar Suara

11. Kertas Warna

12. Sampul Surat

13. Pen Kertas Lut Sinar

Pengetahuan sedia

ada

Pelajar sudah mempelajari bab1 hingga bab 14 Hikayat Hang Tuah dan

mengetahui sinopsis cerita dalam bab 15

Pendekatan Konstruktivisme

Teknik Berkumpulan, Perbincangan, Pembentangan, Soal- jawab,

Kaedah Mengajar Penggabungjalin (mendengar, bertutur, membaca, menulis, berfikir,

menganalisis.

Page 3: Lesson plan ht

LANGKAH DAN MASA ISI PELAJARAN DAN

AKTIVITI PELAJARAN

TEKNIK PENYAMPAIAN

ABB DAN ABM

Pendahuluan

(1 minit)

Guru memberi salam dan

seterusnya diikuti bacaan doa

sebelum pengajaran dan

pembelajaran dimulakan.

Induksi Set

(7 minit )

Tayangan video mengenai

Hikayat Hang Tuah dan

sinopsis ringkas bab 15

Hikayat hang Tuah :

1) Guru menayangkan

sedutan video yang

dipetik dari filem Hang

Tuah’ yang

dilakonkan oleh

Allahyarham

P.Ramlee.

2) Guru mengarahkan

pelajar untuk

memberikan sepenuh

perhatian terhadap

tayangan video

tersebut.

3) Guru menyoal pelajar

tentang tayangan video

yang baru sahaja

dipertontonkan.

4) Guru berinteraksi

dengan pelajar.

5) Guru mengaitkan

tayangan video

ABM:

- Projektor LCD

- Pembesar suara

Page 4: Lesson plan ht

tersebut dengan isi

pelajaran.

6) Guru bertanya tentang

sinopsis bab 15 secara

ringkas kepada pelajar

Langkah 1

(20 minit)

Aktiviti 1:

Menyenaraikan peristiwa

penting dan watak melalui

pembentangan.

- Guru membahagikan

pelajar kepada tiga

kumpulan kecil (4-5

orang setiap

kumpulan).

- Guru mengarahkan

setiap kumpulan untuk

berbincang tentang

peristiwa penting dan

watak yang ada di

dalam bab 15 Hikayat

Hang Tuah dan hasil

perbincangan ditulis

pada kad manila yang

telah disediakan.

Kemudian wakil bagi

setiap kumpulan

membentangkan hasil

perbincangan tadi.

- Guru menilai hasil

perbincangan dibantu

dengan tayangan slaid

ABM:

- Kad manila

- Pen marker.

TEKNIK:

- Perbincangan yang

dibuat secara

berkumpulan.

- Pembentangan oleh

salah seorang wakil

dari setiap kumpulan.

Page 5: Lesson plan ht

serta penilaian dari

rakan sebaya.

Langkah 2

(20 minit)

Aktiviti 2:

Aktiviti lakonan berdasarkan

peristiwa penting dalam bab

15 Hikayat Hang Tuah.

- Ahli kumpulan

dikekalkan.

- Guru memberikan satu

sampul surat kepada

setiap kumpulan. Di

dalam sampul surat

mengandungi arahan

berdasarkan peristiwa-

peristiwa penting di

dalam bab 15 yang

akan dilakonkan oleh

pelajar-pelajar .

- Guru memberi masa

( 2 minit) untuk pelajar

berbincang sesama

sendiri tentang lakonan

yang akan dihasilkan

ABM:

- Sampul surat

- Kad Manila

TEKNIK:

- Main peranan.

Langkah 3

(10 minit)

Aktiviti 3:

Aktiviti soalan konteks

berdasarkan peristiwa penting

di dalam bab 15

- Ahli kumpulan

dikekalkan.

ABM:

- Kertas lutsinar

- Pen kertas lutsinar

TEKNIK:

- Perbincangan yang

dibuat secara

Page 6: Lesson plan ht

- Guru memberikan tiga

petikan dialog yang

disertai dengan soalan-

soalan kecil kepada

setiap kumpulan.

- Salah seorang wakil

dari setiap kumpulan

akan membentangkan

hasil perbincangan

mereka

- Guru menilai hasil

perbincangan dibantu

dengan penilaian dari

rakan sebaya.

berkumpulan.

- Pembentangan oleh

salah seorang wakil

dari setiap kumpulan.

Penutup

(2 minit)

Rumusan

- Guru menilai

keseluruhan hasil kerja

pelajar.

- Guru merumuskan

keseluruhan isi

pelajaran iaitu

mengenai peristiwa

penting dan watak

dalam bab 15 Hikayat

Hang Tuah.

- Guru memberikan

kerja rumah sebagai

pengukuhan kepada

pelajar.

Page 7: Lesson plan ht