lesson plan pencemaran

6
RANCANGAN PENGAJARAN Mata Pelajaran : Sains Masa : 80 minit Tajuk SSA : Isu pencemaran udara Isu Sosio-Saintifik/Konteks : Apakah kepentingan udara bersih dalam kehidupan kita Tingkatan : 1A Tema : udara di sekeliling kita Bidang pembelajaran : Pencemaran udara Objektif pembelajaran : Kepentingan udara bersih di persekitaran kita Hasil Pembelajaran : Murid boleh a) Mengenalpasti kesan-kesan pencemaran udara. b) Menghuraikan kepentingan udara yang bersih dalam kehidupan. Pengetahuan sedia ada : Pelajar sudah didedahkan dengan konsep pencemaran udara Alat Bantu Mengajar : Artikel dari Internet Pengenalan : Kesan pembangunan drastik di Malaysia mengakibatkan berlaku pencemaran udara Fasa / Langkah / Masa Aktiviti P & P/ Isi Pelajaran Komunikasi dan Catatan Oreintasi (10 minit) 1. Murid diminta untuk membaca artikel yang disediakan oleh guru yang berkaitan dengan pencemaran udara. Soalan : Apakah pendapat anda daripada artikel yang telah dibaca ? Respon dijangka:  dapat mengenali punca pencemaran udara  membezakan keadaan kawasan sebelum dan selepas pembangunan Bahan bantu mengajar: http://ms.wikipedia.org/wiki/pencemaran  udara. KPS : Memerhati

Upload: shima-kamarul

Post on 11-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains men ren

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN Mata Pelajaran: SainsMasa: 80 minitTajuk SSA: Isu pencemaran udara Isu Sosio-Saintifik/Konteks: Apakah kepentingan udara bersih dalam kehidupan kitaTingkatan : 1ATema: udara di sekeliling kitaBidang pembelajaran: Pencemaran udaraObjektif pembelajaran: Kepentingan udara bersih di persekitaran kitaHasil Pembelajaran: Murid boleha) Mengenalpasti kesan-kesan pencemaran udara.b) Menghuraikan kepentingan udara yang bersih dalam kehidupan.Pengetahuan sedia ada: Pelajar sudah didedahkan dengan konsep pencemaran udaraAlat Bantu Mengajar: Artikel dari InternetPengenalan : Kesan pembangunan drastik di Malaysia mengakibatkan berlaku pencemaran udara

Fasa / Langkah / MasaAktiviti P & P/ Isi PelajaranKomunikasi dan Catatan

Oreintasi (10 minit)1. Murid diminta untuk membaca artikel yang disediakan oleh guru yang berkaitan dengan pencemaran udara.Soalan :Apakah pendapat anda daripada artikel yang telah dibaca ?

Respon dijangka: dapat mengenali punca pencemaran udara membezakan keadaan kawasan sebelum dan selepas pembangunan

Bahan bantu mengajar:http://ms.wikipedia.org/wiki/pencemaran udara.

KPS : Memerhati

Pencetusan Idea{10 minit}Guru bertanya kepada pelajar berkaitan dengan pencemaran udara yang dibahagikan kepada 2 bahagian :-1. Pencemaran primer2. Pencemaran skunderSoalan : Apakah perbezaan diantara pencemaran udara primer dan skunder

Respon dijangka : dapat membezakan diantara pencemaran skunder dan pencemaran prima melalui hasil tindak balas kimia.

Bahan bantu mengajar:http://ms.wikipedia.org/wiki/pencemaran udara.

KPS : Memerhati, berkominikasi

Penstrukturan Idea {30 minit}Aktiviti membincangkan kesan pencemaran udara pada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Soalan :Apakah kesan pencemaran udara pada manusia dan alam sekitar

Respon dijangka :Melibat system pernafasan, tumbuhan mengalami kekurangan hasil, haiwan sytem pernafasan, bahan mengalamai kerosakan seperti hakisan, kekotoran dan warna.KPS : Memerhati, berkominikasi

Aplikasi idea{20 minit}1. Guru mengedarkan Lembaran Kerja2. Murid menjawab soalan dalam kumpulan3. Guru member peluang kepada 2 kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan masing-masing.KPS : Memerhati, berkominikasi

http://ms.wikipedia.org/wiki/pencemaran udara.

Refleksi{10 minit}1. Guru menyoal murid berkaitan Kesan pencemaran udara dan apakah bentuk pencemaran yang mengancam bumi. 2. Guru merumuskan pelajaran hari ini.Soalan :Senaraikan 5 bentuk pencamaran yang mengancam bumi selain daripada pencemaran udara?Respon dijangka :Pencemaran air, tanah. Radio aktif, bunyi. Cahaya, terma suhu pemanasan.

Pencemaran udaraDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari

Pemandangan dari Bukit Hollywood, jerebu menjejaskan penglihatan bandar Los Angeles pada waktu siang.Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

Pembebasan asap yang mengandungi sulfur dioksida ke udaraIsi kandungan 1 Klasifikasi pencemaran udara 1.1 Pencemaran primer 1.2 Pencemaran sekunder 2 Kesan 2.1 Kesihatan manusia 2.2 Tumbuhan 2.3 Haiwan 2.4 Bahan 2.5 Penipisan lapisan ozon 2.6 Hujan asid 2.7 Kesan rumah hijau dan pemanasan global 2.8 Atmosfera 3 Lihat jugaKlasifikasi pencemaran udaraPencemaran udara diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder.Pencemaran primerPencemaran primer ialah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil daripada pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara.Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawalPencemaran sekunderPencemaran udara sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.KesanKesihatan manusiaKesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.TumbuhanKesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.HaiwanHaiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.BahanKesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.Penipisan lapisan ozonPencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.Hujan asidRencana utama: hujan asidHujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur.Kesan rumah hijau dan pemanasan globalRencana utama: kesan rumah hijau dan pemanasan globalKesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.AtmosferaKesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.