sains lesson plan

43
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN – SAINS TAHUN 4 RPH 1

Upload: shandy92

Post on 05-Nov-2015

100 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

darjah 4

TRANSCRIPT

RPH 1

Tarikh/ masa 7 April 2015 (Selasa) Masa: 1 jam (11.35 12.35 pm)Kelas: 4 Gemilang Tema: : Pengukuran Tajuk : Isi padu Standard kandungan: 6.3 mengaplikasikan pengetahuan tentang is padu objekStandard pembelajaran : 6.3.1 menyatakan isi padu ialah besarnya sesuatu ruang 6.3.3 menyatakan bahawa unit isi padu dalam system metric ialah millimeter padu `(, sentimeter padu (meter padu () 6.3.4 mengira isi padu kubus dan kuboid menggunakan rumus:Isi padu = panjang x lebar x tinggi

Hasil pembelajaran: pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:1) Mengukur isi padu objek dengan menggunakan alat piawai (sekurang- kurangnya 3 objek) EMK: kemahiran proses sains: mengukur dan menggunakan nombor Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan Bahan bantu mengajar: realia berbentuk kuboid dan kubus, jadualNilai murni: sikap ingin tahu, bekerjasama

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4

Langkah/ masaIsi kandunganAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set induksi (5 minit) Contoh soalan: Apakah beza kad dengan kotak? 1. Guru menunjukkan realia sekeping kad dan sebuah kotak.2. Guru menggemukakan soalan mengenai realian yang ditunjukkan.

Langkah 1(20 minit)

Luas = panjang x lebar

Isi padu = panjang x lebar x tinggi

Unit piawai = ,(sentimeter padu)= (millimeter padu)= (meter padu)

3. Guru menunjukkan perbezaan antara kad (permukaan) untuk pengukuran luas manakala kotak (ruang) untuk pengukuran isi padu. 4. Guru menjelaskan cara untuk mendapatkan ukuran isi padu.5. Guru melakarkan satu lukisan kuboid, berserta dengan ukurannya dan membuat demonstrasi cara untuk mengira isi padu. 6. Guru juga menekankan unit piawai yang digunakan dalam isi padu. Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan

Langkah 2 (20 minit) Contoh jadual: RealiaPanjang Lebar Tinggi Isi padu

A

B

C

7. Murid-murid diarahkan supaya duduk dalam kumpulan.(4 orang satu kumpulan)8. Setiap kumpulan akan diberi 1 jadual untuk mencatatkan ukuran dan satu realia kubus atau kuboid.9. Murid diberi masa 5 8 minit untuk mengukur satu realia. Kemudian, murid boleh saling bertukas realia bersama kumpulan lain untuk membuat ukuran seterusnya. 10. Langkah 9 akan diulangkan sehingga masa yang diberikan untuk menjalankan aktiviti ini tamat. 11. Setiap kumpulan dikehendaki mengukur paling kurang 2 realia dalam masa 20 minit.Kemahiran proses sains:Mengukur dan menggunakan nombor

Lampiran 1:Jadual

Langkah 3(10 minit) Contoh jawapan: RealiaPanjang Lebar Tinggi Isi padu

A3cm3cm3cm27

B5cm1cm3cm15

C6cm3cm2cm36

12. Guru akan membincangkan hasil jawapan bersama murid. 13. Guru menggalakkan murid untuk membentangkan hasil jawapan mereka.

Penutup(5 minit) 14. Guru memberi tugas kepada murid. Murid dikehendaki menyiapkan soalan dalam buku kerja. 15. Guru memberi maklum balas mengenai prestasi murid semasa menjalankan aktiviti tadi. 16. Guru membimbing murid untuk mengimbas kembali topic yang diajar hari ini.

LAMPIRAN 1 JADUAL RealiaPanjang Lebar Tinggi Isi padu

A

B

C

RPH 2

Tarikh/ masa: 8 April 2015 (Rabu) Masa : 1 jam (7.45 -8.45 am)Kelas: 4 Gemilang Tema: : Pengukuran Tajuk : Isi padu Standard kandungan : 6.3 Mengaplikasi pengetahuan tentang isipadu objek.Standard pembelajaran: 6.3.2 mengukur isipadu satu kotak lohong dengan menggunakan alat pengukur piawai seperti kubus berukuran 1 cm x 1cm x 1cm 6.3.4 mengira isipadu kubus dan kuboid menggunakan rumus Isipadu = panjang x lebar x tinggi

6.3 5 menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisanHasil pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:1) Melakar gambar kubus dan kuboid mengikut ukuran yang diberi(sekurang-kurangnya 3 lakaran)2) Mengira isipadu kubus dan kuboid dengan betul. (sekurang-kurangnya 3 soalan) EMK: kemahiran proses sains: mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi Kemahiran berfikir: menghubungkaitkanBahan bantu mengajar : lembaran kerja, realia (kotak besar; 6 kotak kecil yang muat untuk satu kotak besar)Nilai murni:Sikap ingin tahu Pengetahuan sedia ada: murid-murid dapat kaitkan bentuk kubus dan kuboid dengan benda yang ditemui dalam kehidupan seharian contohnya: kotak, peti sejuk, bekas pensel, almari, pembesar suara dan lain-lain lagi.

Langkah / masaIsi kandunganAktiviti Pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set induksi (5 minit) Isi padu pepejal merupakan besar ruang pada sesuatu objek.Aktiviti Harta Karun (kotak tersembunyi) 1. Guru memberi arahan kepada murid supaya pergi mencari kotak yang tersembunyi dalam kelas. 2. Terdapat 1 kotak besar dan 6 kotak kecil yang tersembunyi di dalam kelas.

Lampiran 1:Kotak besar dan kotak kecil

Langkah 1(10 minit) Contoh soalan: 1. Berapakah isi padu kotak ini?2. Apakah unit piawai bagi ukuran isi padu?3. Apakah rumus bagi isipadu? 3. Murid yang dapat mencari kotak tersebut diminta supaya mengisi kotak-kotak kecil tadi ke dalam kotak yang besar.4. Guru menggunakan kotak yang sama untuk menjelaskan konsep isi padu. 5. Guru juga menggemukakan soalan yang berkaitan dengan kotak tadi. 6. Guru membimbing murid untuk membuat imbas kembali rumus isi padu. Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan

Langkah 2(20 minit) Rumus isi padu= panjang x lebar x tinggi

Unit piawai = ,(sentimeter padu)= (millimeter padu)= (meter padu)

7. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.8. Guru membimbing murid dalam membuat pengiraan isi padu. 9. Guru memilihg beberapa murid untuk datang ke hadapan dan tuliskan langkah pengiraan isipadu. 10. Guru semak jawapan murid dan membuat penjelasan pada setiap jawapan yang telah dituliskan di atas papan hitam. Kemahiran proses sains: mengukur dan menggunakan nombor

Lampiran 2:Lembaran kerja

Langkah 3(20 minit) Panjang Lebar Tinggi

4 m5m1m

3m3m3m

Contoh jadual:

Contoh lakaran: 3,m3,m3,m

11. Slip jadual dengan ukuran yang ditetapkan diedarkan kepada setiap murid.12. Murid dikehendaki melakar bongkar dalam buku latihan sains masing-masing. 13. Urid dikehendaki melakarkan bongkar berbentuk kubus dan kuboid berdasarkan ukuran yang diberi dalam jadual dan mengira isi padu bagi setiap lakaran.14. Guru juga akan membuat demonstrasi melakar bongkar dengan kaedah yang betul. Kemahiran proses sains: mengukur dan menggunakan nombor

Lampiran 3Slip jadual

Penutup (5 minit) Perbincangan: 1. isi padu membantu kita mengukur berapa ruang yang ada pada sesuatu objek.

15. Guru menanyakan soalan mengenai kepentingan bagi mempunyai pengetahuan tentang isi padu dan mengaitkannya dengan kehidupan seharian. 16. Guru membimbing murid untuk mengimbas kembali topic pembelajaran hari ini. Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan

LAMPIRAN 1 KOTAK

LAMPIRAN 2 LEMBARAN KERJA

LAMPIRAN 3 SLIP JADUAL Lakarkan bongkah dan kirakan isi padu bagi setiap lakaran. PANJANGLEBARTINGGIISI PADU

5m2m1m

3cm3cm3cm

5 mm8mm3mm

RPH 3

Tarikh/ hari : 15 April 2015 (Rabu)Masa : 1 jam (7.45 8.45 am)Kelas : 4 GemilangTema: Pengukuran Tajuk: Isi padu cecair Standard kandungan: 6.4 memahami ukuran isi padu cecairStandard pembelajaran: 6.4.4 menyukat isi padu cecair dengan menggunakan alat dan unit piawai yang sesuai dengan kaedah yang betul. Hasil pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:1) Menyukat cecair menggunakan alat penyukat yang betul. EMK: kemahiran proses sains: mengukur dan menggunakan nombor, memerhati Kemahiran manipulative: 1) menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.2) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat Kemahiran berfikir:membandingkan dan membezakan, menghubungkaitkan, mencirikan Bahan bantu mengajar: jadual (mencatat hasil sukatan air), silinder penyukat 100 ml, bikar, larutan berwarna biru dan kuning. Nilai murni: sikap ingin tahu, bertanggungjawab, bekerjasamaPengetahuan sedia ada: murid-murid mempunyai pengalaman menyukat cecair menggunakan silinder penyukat.

Langkah/ MasaIsi kandunganAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set induksi (5 minit) Kandungan dalam kertas Unit piawai Senarai alat penyukat Langkah menyukat1. Guru mengedarkan sebuah kotak dan setiap murid dikehendaki mencabut sehelai kertas dari kotak tersebut. Lampiran 1:Kertas (gambar dan isi kandungan)

Langkah 1(10 minit) Unit piawai bagi isipadu cecair-mililiter (ml)-Liter (l)

Alat penyukat tidak piawai -sudu -cawan -mangkuk

Alat piawai -silinder-bikar-kelalang kon-bekas bersenggat 2. Guru mempersembahkan lakaran i- think yang tidak lengkap. 3. Murid-murid dikenehdaki melengkapinya dengan menggunakan kertas yang telah dicabut tadi. (setiap 4 orang murid akan ambil giliran untuk menampalkan kertas bagi menggelakkan dari memecohan kelas). 4. Guru membimbing murid untuk mengimbas kembali pengenai pembelajaran yang dipelajari sebelum ini. 5. Guru menerangkan langkah-langkah untuk menyukat dengan betul.6. Guru boleh memilih seorang wakil untuk membuat demonstrasi langkah menyukat air. Kemahiran berfikir:Menghubungkaitkan

Lampiran 2: lakaran i-think map

Langkah 2(30 minit) Aktiviti (warna ceria)Langkah-langkah:1. Sediakan dia bikar yang masing-masing diisi dengan larutan warna biru dan kuning. 2. Gunakan silinder penyukat untuk menyukat 20 ml larutan warna kuning dan 10 ml larutan warna biru. 3. Tuangkan larutan yang berwarna biru ke dalam silinder penyukat yaqng berisi dengan larutan warna kuning. 4. Rekodkan warna da isi padu campuran baharu di dalam jadual. 7. Guru memberi penjelasan mengenai aktiviti yang akan dijalankan. 8. Guru membahagikan murid kepada 9 kumpulan (4 orang satu kumpulan).9. Memandangkan alat (silinder penyukat) yang sedia ada dalam makmal tidak mencukupi, guru akan menggunakan 1 meja panjang untuk menjalankan aktiviti muat untuk 3 kumpulan. 10. Setiap kumpulan akan mengambil giliran untuk menjalankan aktiviti tersebut. 11. Setiap kumpulan diberi masa 5 8 minit untuk melaksanakan aktiviti.12. Setiap ahli kumpulan dikehendaki mencatat hasil sukatan air. 13. Kumpulan yang lain dikehendaki menjawab soalan dalam lembaran kerja yang guru edarkan sementara menunggu giliran untuk melaksanakan aktiviti tersebut. 14. Langkah 10 akan diulangi sehinggalah semua kumpulan berjaya menjalankan aktiviti tersebut. Kemahiran proses sains: Mengukur dan menggunakan nombor, memerhati

Kemahiran berfikir: mencirikan, membandingbezakan

Lampiran 3: jadual

Lampiran 4: lembaran kerja

Langkah 3(13 minit)Contoh Jawapan:

Isi padu cecair (ml)Isi padu campuranWarna terhasil

Kuning Biru

2010

3050

15. Guru mengarahkan kumpulan yang bersukarela untuk datang ke depan bagi membentangkan hasil jawapan. 16. Murid yang lain dikehendaki memeriksa hasil sukatan cecair yang telah dicatatkan.17. Guru juga akan memeriksa jawapan (hasil sukatan) murid dengan membuat penjelasan jika berlaku kekeliruan.Kemahiran berfikir:Membandingbezakan

Kemahiran proses sains:Memerhati

Penutup(3 minit) Nilai murni:1. Bertanggungjawab2. bekerjasama18. setiap ketua kumpulan diarah supaya mengumpul dan menyusun semula alt yang digunakan ke tempat asal.19. Guru memilih 2 orang murid untuk tolong membersihkan alat dan menyusun alat semula di dalam rak. 20. Guru memberi maklum balas mengenai prestasi dan sahsiah murid. 21. Guru membimbing murid untuk mengimbas kembali pembelajaran hari ini.22. Guru juga mengingatkan murid supaya siapkan lembaran kerja yang diberi tadi. Peringatan: murid yang dapat siapkan lembaran kerja awal boleh hantar untuk disemak.

RPH 4

Tarikh/ hari: 21 April 2015 (Selasa) Masa: 1 jam (11.35- 12.35 pm)Kelas: 4 Gemilang Tema: Pengukuran Tajuk: Isi padu bentuk sekata, isi padu bentuk tidak sekataStandard kandungan: 6.5 mengaplikasikan pengetahuan tentang isi padu cecair Standard pembelajaran: 6.5.1 mengira isi padu pepejal berbentuk sekata menggunakan kaedah sesaran air dan menggunakan rumus. 6.5.2 mengira isi padu pepejal berbentuk tidak sekataHasil pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:1) Mengira isi padu bentuk sekata menggunakan kaedah sesaran air dan rumus melalui aktiviti (sekurang-kurangnya 3 objek)

EMK: kemahiran proses sains: mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, memerhati Kemahiran manipulatif : 1) menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.2) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat Kemahiran berfikir: membandingkan dan membezakanBahan bantu mengajar: silinder penyukat, guli, jadual, pemadamNilai murni: sikap ingin tahu, bekerjasama, bertanggungjawab (menyimpan peralatan selepas digunakan) Pengetahuan sedia ada: murid-murid mengetahui rumus bagi mengira isi padu pepejal dan cara mendapatkan bacaan isi padu cecair.

Langkah / masaIsi kandunganAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set induksi (3 minit) Contoh soalan:1. Apakah rumus bagi mengira isi padu pepejal?2. Apakah unit piawai isi padu pepejal / isi padu cecair? 1, Guru menggemukakan soalan mengenai isi padu pepejal da nisi padu cecair.

Langkah 1 (15 minit)Langkah: 1. Perhatikan isi padu air dan catatkan bacaan awal.2. Catatkan bacaan akhir selepas guli/ pemadam diletakkan. 3. Kirakan isi padu pepejal dengan menolak bacaan akhir dengan bacaan awal. 4. Guru menunjukkan cara untuk mengira isi padu pepejal dengan menggunakan kaedah sesaran air dan menggunakan rumus. 5. Guru juga menunjukkan cara untuk mengira isi padu pepejal berbentuk tidak sekata. 6. Guru menggunakan peralatan seperti silinder penyukat, guli dan pemadam untuk menunjukkan cara mengira isi padu pepejal. Kemahiran proses sains:Memerhati, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi

Kemahiran berfikir: Membanding dan membezakan

Langkah 2(30 minit) 7. Murid dibahagikan kepada kumpulan (4 orang setiap kumpulan).8. Setiap kumpulan diberi sebuah silinder penyukat, bikar, pemadam dan guli untuk menjalankan aktiviti.9. Setiap murid juga diberi satu jadual untuk mencatatkan bacaan isi padu air dan isi padu pepejal. Kemahiran proses sains:Memerhati, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi

Kemahiran berfikir:Membandingkan dan membezakan

Lampiran 1:Jadual

Langkah 3(10 minit)Pembentangan mengenai cara memerhati dan mengira isi padu pepejal. 10. Setiap kumpulan mengambil giliran untuk membentangkan hasil sukatan dan kiraan.11. Guru semak jawapan dengan murid. Kemahiran manipulatif: Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

Penutup (2 minit) Nilai murni:bertanuggungawab12. Murid diberi tugas untuk melengkapkan latihan dalam buku kerja. 13. Guru juga pilih 5 orang murid untuk tolong membersihkan dan menyusun peralatan di tempat asal. Kemahiran manipulatif:Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

LAMPIRAN 1 JADUAL Langkah-langkah:1. Isikan 50 ml air ke dalam silinder.2. Ambil bacaan awal air. 3. Letakkan sebiji pemadam ke dalam silinder. 4. Ambil bacaan akhir air. 5. Kirakan isipadu pepejal (pemadam). Pemerhatian Bacaan awal air =

Bacaan akhir air = Keputusan Isipadu sebiji pemadam

Langkah-langkah:1. Isikan 60 ml air ke dalam silinder.2. Ambil bacaan awal air. 3. Letakkan 3 biji guli ke dalam silinder. 4. Ambil bacaan akhir air. 5. Kirakan isipadu pepejal (guli). Pemerhatian Bacaan awal air =

Bacaan akhir air = Keputusan Isipadu sebiji guli

RPH 5

Tarikh/ masa: 31 Mac 2015 (Selasa)Masa: 1 jam (11.35 12.35 pm)Kelas: 4 Gemilang Tema: Pengukuran Tajuk : LuasStandard kandungan:6.2 mengaplikasi pengetahuan tentang luas Standard pembelajaran:6.2.4 mengira luas permukaan segiempat tepat dan segiempat sama menggunakan rumusLuas = lanjang x lebar

6.2.5 menganggarkan luas permukaan bentuk tidak sekata dengan menggunakan kertas petak 1cm x 1cm Hasil pembelajaran: Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:1) Mengira luas permukaan segiempat tepat dan segiempat sama dengan menggunakan rumus(sekurang-kurangnya 7 soalan) Kemahiran saintifik: mengukur dan menggunakan nombor, memerhatiKemahiran berfikir: memahami, menilai, mengaplikasiBahan bantu mengajar: lembaran kerja, kertas petak, barang maujud (untuk diukur) Milai murni : sikap ingin tahu Pengetahuan sedia ada: murid-murid boleh mengaitkan luas dengan objek yang ditemui dalam kehidupan seharian seperti mozek, kertas, kain dan lain-lain.

Langkah/ masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set induksi(5 minit)Contoh soalan: 1. Apakah unit piawai bagi luas padang sekolah? 2. Apakah barang yang boleh diukur keluasan? 1. Guru mengadakan kuiz secara oral. Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan

Langkah 1 (15 minit)Contoh segiempat bersambung:1cmmGambar rajah Am

2. Guu membimbing murid untuk mengimbas kembali cara untuk mengira luas permukaan segiempat tepat dan segiempat sama dengan menggunakan rumus. 3. Guru memberi pendedahan mengenai cara untuk mengira luas bagi segiempat yang bersambung. 2cmm5cmm2 cmm

4. Murid-murid digalakkan untuk mencuba mengira keluasan yang guru lukiskan di papan hitam.5. Guru membincangkan jawapan dan tunjukkan cara mnegira luas seperti gambar rajah A.6. Guru mengajar cara untuk mengira keluasan pada permukaan bentuk tidak sekata dengan menggunakan lapisan plastic berpetak 5cm x 5cm (mewakili 1cm x 1cm) Kemahiran proses sains: mengukur dan menggunakan nombor, memerhati

Kemahiran berfikir: Menilai, mengaplikasikan

Langkah 2(15 minit) 7. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. 8. Murid-murid diberi masa 10 minit untuk cuba menjawab soalan. 9. Guru membincangkan jawapan bersama murid. Kemahiran proses sains:Mengukur dan menggunakan nombor

Lampiran 1: Lembaran kerja

Langkah 3(20 minit)10. Murid-murid dikehendaki mencari pasangan. 11. Dalam kumpulan berpasangan, murid-murid dikehendaki mengira keluasan alat yang disenaraikan oleh guru.12. Guru akan membekalkan kertas berpetak 1cm x 1cm bagi murid untuk mengukur keluasan permukaan bentuk tidak sekata seperti daun, tapak botol minuman. 13. Murid juga boleh menggunakan tapak tangan sebagai salah satu permukaan bentuk tidak sekata untuk membuat ukuran luas. Kemahiran proses sains: Mengukur dan menggunakan nombor

Kemahiran berfikir: mengaplikasikan

Lampiran 2:Kertas berpetak 1cm x 1cm

Penutup (5 minit)

Rumus luasLuas = panjang x lebar 14. Guru membimbing murid untuk membuat imbas kembali mengenai keluasan. 15. Guru memberi maklum balas mengenai prestasi dan sahsiah murid.

RPH 6

Tarikh/ hari: 25 Mac 2015 (Rabu)Masa: 1 jam (8.45 9.45 am)Kelas: 4 Gemilang Tema: Pengukuran Tajuk: LuasStandard kandungan: 6.2 mengaplikasikan pengetahuan tentang luas.Standard pembelajaran: 6.2.1 menyatakan luas ialah besarnya sesuatu permukaan 6.2.2 mengukur luas permukaan satu objek menggunakan alat pengukur piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1cm 6.2.3 menyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metric iaitu : millimeter persegi (, sentimeter persegi ( meter persegi ( dan kilometer persegi (6.2.4 mengira luas permukaan segiempat tepat dan segiempat sama menggunakan rumus: Luas = lanjang x lebar

Hasil pembelajaran:Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:1) menyatakan maksud luas dan unit piawai bagi luas2) mengiran luas permukaan segiempat tepat dan segiempat sama dengan menggunakan rumus dengan betul. (sekurang-kurangnya 7 daripada 10 soalan)EMK: kemahiran proses sains: mengukur dan menggunakan nomborKemahiran berfikir : menghubungkaitkan Bahan bantu mengajar : lembaran kerja Nilai murni : sikap ingin tahu

Langkah/ masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set induksi (5 minit) Contoh soalan: 1. Apakah itu luas?2. Bagaimanakah luas diukur?3. Apakah unit piawai bagi luas?1. Guru menguji pengetahuan sedia ada murid dengan mengemukakan soalan mengenai luas.

Langkah 1(10 minit)Luas besarnya sesuatu permukaan 2. Guru membuat penjelasan yang lebih terperinci mengenai luas. 3. Guru juga membuat demonstrasi cara untuk mengira keluasan sesuatu permukaan.4. Lembaran kerja diedarkan kepada setiap murid untuk cuba menjawab soalan pada bahagian A. Kemahiran proses sains: mengukur dan menggunakan nombor

Lampiran 1: lembaran kerja

Langkah 2 (20 minit) 5. Murid diarahkan untuk menyiapkan soalan yang lain dalam lembaran kerja. 6. Guru membincangkan jawapan bersama murid. 7. Murid digalakkan untuk membentangkan jawapan. Kemahiran proses sains:mengukur dan menggunakan nombor

Langkah 3(15 minit) Contoh jadual:BarangPanjang Lebar Luas ()

meja

Bekas pensel

8. Guru mengarahkan murid supaya duduk dalam kumpulan berpasangan.9. Guru memberikan 1 jadual untuk setiap kumpulan. Murid dikendaki bekerjasama bersama pasangan dan mengukur luas bagi barang yang disenarai di dalam jadual. 10. Ukuran panjang dan lebar bagi setiap barang perlu dicatatkan. Kemudian, kirakan luas. 11. Guru membimbing murid semasa aktiviti dijalankan. 12. Guru menyemak jawapan (hasil ukuran luas bagi setiap barang) bersama murid. Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan

Lampiran 2:Jadual

Penutup (5 minit) 13. Guru membimbing murid untuk membuat imbas kembali mengenai keluasan.

RPH 7

Tarikh/ masa: 11 Februari 2015 (Rabu)Masa: 1 jam (8.45 9.45 am)Kelas: 4 Gemilang Tema: proses hidup tumbuhan Tajuk: gerak balas tumbuhan Standard kendungan: 5.1 mengetahui bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan.Standard pembelajaran: 5.1.1 mengenal pasti bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan dengan menjalankan penyiasatan iaitu: a) Akar bergerak balas terhadap airb) Akar bergerak balas terhadap gravitic) Pucuk, daun dan bunga bergerak balas terhadap sentuhan 5.1.2 menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat: 1) Melabelkan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap cahaya, air, tarikan graviti dan sentuhan (sekurang-kurangnya 2)2) Memahami konsep dan membuat ramalan yang betul melalui lakaran. (sekurang-kurangnya 3 daripada 5 lakaran) EMK: kemahiran proses sains: meramal, memerhati Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan Nilai murni: berani mencubaPengetahuan sedia ada: Murid mempunyai pengetahuan asas tentang keperluan tumbuhan.

Langkah/ masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set induksi (5 minit) Contoh soalan:1. Apakah jenis tumbuhan yang dapat anda lihat di sekeliling sekolah? 2. Namakan bahagian-bahagian penting bagi tumbuhan.1. Murid diberi masa untuk membuat pemerhatian di sekeliling sekolah.2. Guru mengemukakan soalan mengenai jenis tumbuhan yang dapat diperhatikan di sekeliling sekolah dan ciri-ciri tumbuhan. Kemahiran proses sains:Memerhati

Kemahiran berfikir:menghubungkaitkan

Langkah 1(15 minit) Contoh lakaran:

3. Guru melakarkan satu tumbuhan termasuk bahagian-bahagian penting tumbuhan. 4. Guru menguji pengetahuan asas murid dengan menggemukakan soalan mengenai rangsangan yang menyebabkan gerak balas tumbuhan. 5. Guru meminta murid yang bersukarela untuk datang ke depan bagi melakarkan perubahan (tindak balas) bahagian-bahagian tumbuhan terhadap rangsangan.

Langkah 2(20 minit) Contoh soalan ramalan:1. Apakah yang akan berlaku jika tumbuhan disimpan di tempat tanpa cahaya matahari? 6. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza (4 orang 1 kumpulan).7. Guru mengedarkan sekeping kad manila dan marker pen kepada setiap kumpulan. 8. Setiap kumpulan dikehendaki membuat ramalan mengenai tindak balas bahagian tumbuhan terhadap rangsangan dan melakarkan tindak balas tumbuhan. 9. Guru akan memberikan 5 rangsangan yang berbeza bagi setiap pusingan. 10. Setiap kumpulan diberi masa 5 minit bagi setiap pusingan dan guru akan memeriksa jawapan dengan membandingkan hasil lakaran kumpulan. Guru juga akan memberi jawapan yang tepat dengan melakarkan tumbuhan di papan hitam. Kemahiran proses sains: meramal, memerhati Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan

Langkah 3(15 minit) 11. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk cuba menjawab soalan. 12. Guru memeriksa jawapan bersama murid-murid. 13. Murid diminta bertukar lembaran kerja dengan rakan sebelah untuk bantu membuat pemeriksaan jawapan. Lampiran 1: Lembaran kerja

Penutup (5 minit) 14. Guru membimbing murid untuk membuat imbas kembali topic yang dipelajari.