slide lesson plan

12
Disediakan Oleh: En. Iran Jalapang Guru m/p Sejarah Penggunaan Teknik Berasaskan Konsep dalam Pengajaran dan Pemelajaran Sejarah

Upload: iranj-jalapang

Post on 04-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kurikulum

TRANSCRIPT

  • Disediakan Oleh:

    En. Iran JalapangGuru m/p SejarahPenggunaan Teknik Berasaskan Konsep dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

  • Rancangan Pengajaran dan PembelajaranMata Pelajaran: SejarahKelas: Tingkatan 5AMasa: 80 minitWaktu: 0820 0940Bilangan Pelajar: 35 orangTempat:Makmal Komputer

  • Tema : 11. 0 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

    Tajuk: 11.1 Kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsaSub tajuk : d) Malayan Union 1946 - Penentangan terhadap Malayan Union

    Hasil pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat:

    Aras 1Menceritakan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union 1946Menyenaraikan bantahan orang Melayu, Raja-raja Melayu dan sokongan orang dagang kepada Malayan Union 1946Menyatakan tokoh-tokoh yang terlibat dalam penentangan terhadap Malayan Union

    Aras 2Menghuraikan sebab-sebab penentangan orang Melayu dan sokongan orang dagang kepada Malayan Union 1946

    Aras 3Menghubungkaitkan Malayan Union 1946 dengan pembinaan negara dan bangsaMenganalisis kepentingan Malayan Union 1946 kepada politik orang Melayu

  • KONSEP Attainment Model GAMBAR AGAMBAR B

  • Baiklah, kelas. Semalam cikgu telah berpesan agar semua pelajar membaca buku teks Bab 4 iaitu bab yang berkaitan dengan pelajaran kita pada hari ini.

    Perhatikan gambar yang cikgu tunjukkan ini. Guru menunjukkan tiga gambar menggunakan slaid Powerpoint.

    Adakah anda mengenali ketiga-tiga gambar tokoh ini? tanya cikgu kepada semua kelas.

    Ada sesiapa yang ingin memberi pendapat? Guru meminta pendapat pelajar.

  • Cikgu, saya dapat mengenali salah seorang tokoh yang ditunjukkan itu. Jawab Ahmad sambil mengangkat tangannya.

    Baiklah, Ahmad. Cikgu nak anda menyatakan nama tokoh yang anda kenal? Tanya cikgu lagi.

    Gambar C itu adalah Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Datuk Seri Mohd. Najib. Ahmad menjawab

    Adakah anda bersetuju dengan jawapan Ahmad? Ya cikgu, jawab pelajar-pelajar lain.

    Pernah tak anda melihat gambar tokoh ini di kaca televisyen? Cikgu bertanya lagi.

  • Pernah cikgu. Kami selalu melihat tokoh itu di kaca televisyen terutamanya semasa rancangan Berita Nasional di TV 1 dan Buletin Utama di TV3.

    Beberapa orang murid menunjukkan minat dan memberi jawapan masing-masing.

    Bagus jawapan kamu Ahmad. Terima kasih. Puji cikgu.

    Ada lagi sesiapa yang ingin memberi pandangan tentang gambar tokoh A dan tokoh B? Cikgu meminta pelajar-pelajar lain cuba memberi pendapat pula.

  • Saya cikgu. Siti mengangkat tangan.

    Baiklah, Siti. Apakah jawapan awak?

    Siti dengan yakin bangun dan memberi jawapannya.Gambar tokoh A itu seperti gambar Tun Jugah, cikgu.

    Mengapakah kamu mengatakan gambar itu adalah gambar Tun Jugah, Siti? Cikgu bertanya lagi.

    Kerana rupanya seperti Tun Jugah, cikgu. Siti menjawab.

    Baiklah, ada sesiapa yang setuju gambar A itu adalah gambar Tun Jugah? Guru membuka soalan kepada pelajar.

  • Saya cikgu. Raymond mengangkat tangan dan berdiri lalu menjawab.

    Saya rasa gambar tokoh A ialah Dato Onn Bin Jaafar dan Gambar B ialah Dato Nik Ahmed Kamil. Gambar C pula ialah Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak.

    Bagus, itu adalah jawapan yang tepat sekali.

    Baiklah pelajar-pelajar sekalian.

  • Adakah sesiapa yang mengetahui peranan ketiga-tiga tokoh tersebut?.

    Saya cuba jawab cikgu. kata Mei Ling.

    Dato Onn bin Jaafar dan Dato Nik Ahmed Kamil adalah dua orang tokoh yang memainkan peranan penting dalam menentang penubuhan Malayan Union. Sementara Datuk Seri Mohd. Najib adalah Perdana Menteri kita sekarang. Jawab Mei Ling.

    Wah! Bagus sekali jawapan kamu Mei Ling. Saya rasa kamu banyak membaca buku-buku tentang sejarah tanah air kita. Puji cikgu.

  • LEMBARAN KERJAGuru menulis laman web berikut di papan tulis.

    http://www.umnoonline.net.my/organisasi/sej_menentang.htmhttp://www.umno.net.my/organisasi/sej10_UMNO.htmlhttp://www.umno.net.my/organisasi/sej9_menentang.htmhttp://www.umno.net.my/organisasi/sej7_menentang.htm

  • *