lempar cakera lengkap (2)

40
OLAHRAGA IPKSAH Acara-acara lontaran walaupun sudah bermula sejak zaman kuno lagi sebagai salah satu aktiviti dalam kehidupan seharian manusia, sehingga kini menjadi acara sukan olahraga, masih kurang mendapat sambutan. Acara lontaran seakan-akan tersisih daripada acara-acara olahraga yang lain, malah ada pihak yang kurang member perhatian terhadap acara-acara lontaran ini. Pada masa silam, juga lembing umpamanya sering digunakan untuk aktiviti perburuan, sebagai senjata dalam dalam peperangan dan pertahanan diri. Pada masa silam juga mereka yang terlibat dalam peperangan terpaksa menggunakkan sesuatu untuk mempertahankan diri daripada senjata musuh yang paling sering mereka gunakan ialah menggunakkan perisai yang diubah suai digunakkan untuk maksud ini.Lama kelamaan perisai diubah suai digunakkan untuk tujuan lain,iaitu untuk menguji kekuatan mereka dengan cara melempar .Seseorang yang berjaya membuat lemparan yang jauh dikira pemenang. LEMPAR CAKERA SEJARAH ACARA LONTARAN

Upload: mogan-dass

Post on 26-Jun-2015

3.363 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Acara-acara lontaran walaupun sudah bermula sejak zaman kuno lagi sebagai salah

satu aktiviti dalam kehidupan seharian manusia, sehingga kini menjadi acara sukan olahraga,

masih kurang mendapat sambutan. Acara lontaran seakan-akan tersisih daripada acara-acara

olahraga yang lain, malah ada pihak yang kurang member perhatian terhadap acara-acara

lontaran ini. Pada masa silam, juga lembing umpamanya sering digunakan untuk aktiviti

perburuan, sebagai senjata dalam dalam peperangan dan pertahanan diri.

Pada masa silam juga mereka yang terlibat dalam peperangan terpaksa menggunakkan

sesuatu untuk mempertahankan diri daripada senjata musuh yang paling sering mereka

gunakan ialah menggunakkan perisai yang diubah suai digunakkan untuk maksud ini.Lama

kelamaan perisai diubah suai digunakkan untuk tujuan lain,iaitu untuk menguji kekuatan

mereka dengan cara melempar .Seseorang yang berjaya membuat lemparan yang jauh dikira

pemenang.

Aktiviti lontaran lain termasuk juga melontar peluru dan melontar tukul besi .Akan

tetapi kedua-dua acara ini tercipta kemudian kerana kedua-duanya tidak mempunyai kaitan

kdalam peperangan atau pertahanan diri pada masa silam. Jika adapun lebih merupakan

sebagai aktiviti di kalangan penduduk masa silam untuk menguji kekuatan masing-masing

sebagai aktiviti biasa sahaja. Bagaimanapun, lama kelamaan aktiviti lontaran ini diubah suai

dan dengan menggunakan peralatan yang juga diubahsuai, kini menjadi acara sukan olahraga

yang diminati dan dipertandingkan di seluruh dunia, termasuk dine gara kita.

LEMPAR CAKERA

SEJARAH ACARA LONTARAN

Page 2: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara

sukan, walaupun baling lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam. Lempar

cakera dimasukkan ke dalam sdukan olimpik kuno di Greek. Pada masa itu, peralatan atau

cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang

digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan dalam sukan olimpik moden pertama

tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera

diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbventuk bulat leper dan dibaluti besi

sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya nhampir

2kg, iaitu 1.923kg.

Untuk mengelakkan cakera dilempar kemerata arah, disediakan satu kawasan khas

yang berbentuk segi empat sama dengan 2.5m panjang dan lebar. Teknik atau cara membuat

lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang

dilakukan pada masa silam, yang menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta

badan yang sedikit bongkoh, tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara

lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang

lebih jauh.

Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan

menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan membuat

lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua menggunakan tangan

yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana tidak

ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini

hanya digunakan sehingga tahun 1920, dan selepas itu teknik lemparan baharu diperkenalkan.

SEJARAH

Page 3: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Kini lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam

kebanyakan perjumpaan sukan olahraga, termasuk di peringkat sekolah. Acara ini disertai

oleh lelaki dan juga wanita, tetapi cakera yang lebih kecil dan lebih ringan digunakan oleh

wanita. Begitu juga dengan penggunaan cakeradi peringkat sekolah. Jenis cakera ini adalah

ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu kejohanan olahraga,

walau di mana-mana kejohanan diadakan.

Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, sebenarnya sukan lempar cakera tidaklah semudah dijangkakan. Mungkin

ada antara merekayang baru menceburkan diri dalam acara ini mampu melakukan lemparan

yang agak jauh, tetapi dari segi teknikatau cara melakukan lemparan mungkin tidak betul atau

kurang tepat. Untuk mendapatkan teknik lemparan yang betuk dan mampu menghasilkan

jarak yang lebih jauh, seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan berpandukan tunjuk ajar

dan bimbingan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman.

Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan khas.

Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa , kawasan lemparan cakera

berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya, yang terbuka untuk peserta

melakukan lemparan. Pada peringkat sekolah, disebabkan jarak lemparan dan teknik

lemparan yang mudah menyebabkan kawasan lemparan terbuka keseluruhannya. Pagar

berjaring besi ini bertujuan mengelakkan cakera daripada melayang keluar kawasan sehingga

boleh membahayakan pegawai pertandingan dan penonton.

Teknik lemparan yang diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa serta bentuk

latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yang dicapai terus meningkat. Sama

ada diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa, jarak yang dicapai

terus mengingkat sehingga tiada rekod yang dapat bertahan lama. Umpamanya di peringkat

dunia, jarak lemparan yang dilakukan telah melebihi 74 meter dan jarak ini dipercayai tidak

akan kekal lama, seperti yang terjadi pada acara-acara lontaran dan lompatan yang lainnya.

PERKEMBANGAN MASA KINI

Page 4: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Di Negara kita, jika dibandingkan dengan jarak yang dicapai oleh peserta-peserta

dunia, masih terlalu jauh. Bagaimanapun, lemparan terbaik yang dicapai iaitu 47.38m

mungkin akan diperbaiki pada masa akan datang. Begitu juga dengan jarak yang diperoleh

oleh pesertrta wanita, sama ada diperingkat dunia mahupun kebangsaan.

Penggunaan teknik latihan yang menggunakan peralatan serba moden masa kini

seperti kaedah sain sukan, pemakanan yang teratur dan terkawal, jurulatih yang

berpengalaman, serta latihan yang diadakan di luar negeri, memungkinkan peserta-peserta

lempar cakera kita mencapai jarak yang lebih baik dan mungkin akan muncul peserta lempar

cakera Negara kita standing dengan pencapaian peserta lain di dunia, atau sekadar di

peringkat Asia.

Rajah 1.1 Lempar Cakera

Page 5: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Tujuan utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang

boleh daribulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki

bertindak dari bulatan ini adalah mengarahkan cakera ke kawasan sector yang bersudut 40 darjah di

hadapan bulatan.

Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan ritma yang

seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil

perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.

Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut

pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di

udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk “bulan punama” apabila

dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan

pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara “memotong udara”

akan kuarng rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.

Ketika memberi demostrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru

hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan bahagian badan. Ini dapat membantu

mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan sperti kaki, lutut, siku dan

pinggang dalam tindakan melempar cakera.

Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka menjalani latihna

melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, guru hendaklah tegaskan

kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnya

semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar

yang menjalani pelajaran melempar cakera.

(a) Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan oleh guru.

(b) Pelajar menuggu gilirannya di tempat yang dianggap selamat dan tidak menunggu di keliling

atau berhampiran bulatan lemparan atau di mana pelajar lain membuat percubaan.

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA

Page 6: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

(c) Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa di

belakangnya dekat bulatan atau hadapannya dalam kawasan pendaratan ketika dia

memulakan lemparannnya.

(d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu “ semua melempar, semua memungut” jika latihan

berkumpulan diamalkan oleh pelajar.

(e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh pelajar. Tidak

dibenarkan pelajar membalin cakera kepada peserta yan menunggu gilirannya.

Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:

(a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera

(b) Fasa hayunan awalan

(c) Fasa lemparan

(d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

Setiap acara padang memerlukan peralatan dan kawasan khusus untuk membolehkan

acara ini dijalankan. Peralatan ini direka dan dibentuk selari dengan keperluan jenis acara

serta peraturan yang disyaratkan oleh IAAF. Dengan adanya peralatan kawasan khusus ini,

dapat membezakan sesuatu acara lontaran atau lompatan dengan yang lain. Kita bincangkan

setiap peralatan yang diperlukan untuk acara lempar cakera ini.

i. CAKERA

Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai

kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah

berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan

dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat tanpa melekatkan

piring besi pada bahagian tengah, asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat

keseluruhan cakera adalah menepati berat yang ditetapkan.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA

Page 7: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat cakera

yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Begitu juga dengan

cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti

berikut:

Bil Perkara/bahagian Lelaki Wanita

1 Berat keseluruhan untuk

pertandingan

2.0kg(minimum) 1.0kg(minimum)

2 Ketebalan bahagian tengah

cakera

40-46mm 37-39mm

3 Diameter piring atau

kawasan rata pada tengah

cakera

50-57mm 50-57mm

4 Diameter keseluruhan

cakera

218-221mm 180-182mm

5 Ketebalan logam pada

sekeliling cakera

12.0mm 12.0mm

ii. bulatan lemparan

bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk

peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatab

hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya hendaklah

sama aras dengan kawasan sekeliling.

Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atay bahan lain yang

tidak licin. Permukaan bulatan hhendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5m

pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama besar.

Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang

Page 8: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

5mm, manakala garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan

putih. Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-

kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat

daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.

Rajah 1.2 : Bentuk cakera serta ukurannya

Page 9: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

iii) kawasan lemparan

kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan

dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak terhad. Bagi peringkat

sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang, manakala, bagi peringkat

antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100m. Panjang kawasan hendaklah

diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.

Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau

penonton. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di adakan

pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah, dan jarak yang

lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan rekod atau pencapaian

yang terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh sesetengah penganmjur. Garisan ini

adalah sebagai panduan kepada para peserta untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya

untuk mereka mencipta rekod baru.

iv) kurungan keselamatan

Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku semasa

acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan henbdaklah diambil.

Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan dikawasan

membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat

menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilemparpada kelajuan sehingga melebihi

25m sesaat.

Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang

menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m dihadapan bulatan

lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-kurangnya 4m tinggi.

Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya.

Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan,

kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera akan

terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan melayang tidak menentu arah. Sudah

tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan.

Page 10: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-kadang

negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan. Ini mungkin kerana teknik

lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik memusingkan badan,

yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang tidak sepatutnya. Alas an lain

mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak dekat untuk dipasangkan kurungan

keselamatan ini. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika pagar ini dipasang, biarpun

pertandingan hanya pada peringkat sekolah.

1.3 : Arah

pergerakan dan pendaratan cakera

1.4 : Kawasan lempar cakera serta kurungan keselamatannya

Page 11: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

v) pita pengukur

Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan ditentukkan oleh

jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan

ialah pita pengukur.pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh

peserta kecuali lemparannya dibatalkan.ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan

oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan lemparan,walaupun pita ditarik

hingga titik tengah bulatan lemparan itu.Bagaimanapun dalam kebanyakkan perjumpaan

olahraga peringkat antara-bangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk

menggantikan pengunnaan pita pengukur. Dengan demikian, setiap jarak yang dibuat dapat

diukur dengan lebih cepat dan tepat.

vi) pegawai pertandingan

Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan

diperlukan untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada

lemparan itu batal ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulatan

lemparan, atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera yang gagal dilepaskan

oleh peserta atau cakera mengena jaring keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik

atau tempat pendaratan cakera di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur

serta mencatat jarak yang dicapai oleh peserta.

vii) Undang-undang dan peraturan

1. setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut susunan

yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.

2. apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga lemparan dan

lapan peserta yang mempunyai lemparan paling jauh akan memasuki pusingan akhir.

Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga lemparan lagi untuk menentukan

pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang peserta untuk pertandingan itu, mereka

Page 12: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

akan terus diberikan enam percubaan seorang, dan lemparan paling jauh daripada

enam percubaan ini akan menentukan pemenang keseluruhan.

3. setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan menggunakan kawasan

pertandingan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan,sama ada dengan

peralatan ataupun tanpa peralatan.

4. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak

lemparan paling jauh dan yang sah.

5. Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan

hendaklah bermula daripada kedudukan statik.

6. peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat atau

menyentuh kawasan pendaratan.cara keluar dari bulatan yang tidak di kira batal.

7. untuk menjadikan lemparan itu sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan

pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan

mengelilingi bulatan lemparan.

8. ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap

peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan

sebelumnya.

9. peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh

memberikan kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.

10. peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada

tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya

11. sekiranya terdapat keputusan seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik bagi

setiap peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta

berkenaan melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang mencapai jarak lebih jauh

daripada lemparan tambahan dikira pemenang.

Page 13: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

12. peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang

ditetapkan,termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.

13. peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh

semangat kesukanan,sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira

14. peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan untuk

acara ini.

Rajah 1.5 : Pergerakan lengkap lempar cakera

Page 14: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Latihan 1

Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit

(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan

menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini.

(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera

supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir

melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

Latihan 2

Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

Latihan ansur maju

Page 15: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang

cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

(b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika

melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.

(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua

belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Latihan 3

Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.

(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun

cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.

(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke

sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.

(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.

(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.

Page 16: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan

badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan

kemudian beransur laju.

(nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan

dan tanpa memegang cakera.

Latihan 4

Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan

hayunakan cakera.

(b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan

ke depan bulatan.

(c) Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan

kaki kanan menolak kuat atas tanah.

Mungkin ada daripada kita yang menganggap bahawa melempar cakera adalah suatu

yang mudah, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian

dalam acara ini. Perkara yang penting ialah mendapatkan jarak paling jauh bagi menentukan

Kaedah melakukan lemparan

Page 17: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

pemenang dalam sesuatu pertandingan. Bagaimanapun, anggapan ini tidaklah benar, kerana

dalam melakukan lemparan cakera ini, cara atau kaedah melakukannya, adalah penting.

Kaedah yang betul dan cara yang sempurna akan menghasilkan jarak lemparan yang

diharapkan. Begitu juga jika seseorang itu membuat lemparan sesuka hati tanpa mengikut

kaedah yang betul tentu tidak akan memperoleh jarak yang diharapkan.

Satu lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan tegap atau

bertubuh sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara ini. Sebenarnya hal

ini tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh peserta tetapi penggunaan teknik

dan cara yang betul oleh seseorang pesrta. Ini bererti saiz tubuh seseorang tidak menjamin

jarak lemparan yang dibuat.

Lemparan cakera yang baik bagi mendapatkan jarak maksimum melibatkan gabungan

beberapa pergerakan keseluruhan. Ini termasuk aspek teknik, mekanik, kelajuan pelepasan

dan sudut pelepasan yang optimum. Kelancaran pelepasan cakera juga bergantungkepada

pertalian di anatara kelajuan pusingan badan serta kekuatan hayunan tangan. Cara membuat

lemparan yang sama boleh dilakukan oleh mana-mana peserta lelaki atau wanita, walaupun

teknik lemparan yang berlainan dilakukan. Teknik yang baik dan sempurna sering

mempengaruhi jarak atau jauh lemparan yang dibuat. Sebagai pesrta dalam acara lontaran,

seseorang itu harus dapat melakukan cara dan teknik lemparan yang betul, menerusi latihan

yang dijalankan.

Ada dua aspek penting dalam teknik atau cara melakukan lemparan dalam acara

lempar cakera ini, iaitu cara memegang cakera dan cara membuat lemparan. Kedua-dua aspek

ini harus dimahirkan oleh setiap peserta lempar cakera sama ada pada peringkat rendah

ataupun tinggi dan sama ada lelaki ataupun wanita.

Page 18: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Rajah 1.6 : Cara memegang dan melontar cakera

Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui

menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera dengan cara yang

tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak dapat menghasilkan jarak yang jauh, malah

boleh membahayakan diri sendiri ataupun orang lain. Untuk mendapatkan pemegangan yang

betul, peserta hendaklah mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat mengikut

jantina pada umur peserta kerana saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina.

CARA MEMEGANG CAKERA

Page 19: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat, iaitu mereka mestilah boleh

menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut layangan

yang betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah terjatuh sebelum

lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih gaya atau cara pengangan yang

sesuai dan selesa mengikut kemampuan tangannya.

CARA PEGANGAN 1

Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangna peserta pada permukaan

cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian berlogam pada

bahagian tengahnya. Cakera dipegang hanya dibengkokkan mencengkam pada segi cakera.

Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberikan pengawalan.

Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu

dengan lain. Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa,

peserta boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dank e belakang, sambil

jari-jari cuba mendapatkan cengkaman terbaik pada cakera itu. Selepas itu peserta bolehlah

cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan beberapa kali dengan

penekanan diberikan kepada cara memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan.

CARA PEGANGAN 2

Pegangan cakera cara ini kelihatan hamper sama dengan cara pegangan yang pertama

tadi. Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera.

Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan

menutup terus bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu

dirapatkan seolah-olah bercantum, manakala jari manis dirapatkan pada permukaan cakera

iaitu pada bahagian atasnya secara keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk

memastikan supaya tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah

menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dank e belakang beberapa kali, dan diikuti

dengan lemparan dekat beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang

selesa dengan cara ini.

Page 20: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

CARA PEGANGAN 3

Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari yang pendek mungkin menjadi

masalah kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan

cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah cara pegangan yang mempunyai jari yang sagak

pendek. Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera, dengan

nenutup dua pertiga sahaja daripada bahagian berlogam pada bahagian tengah cakera.

Manakala jari-jari memegang pada sekeliling atau sampai logam cakera. Ini bermakna

bahagian atas cakera disokong oleh sebahagian lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan

jari-jari memegang cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam

pegangan cara kedua di atas.

Bagi memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selasa, peserta bolehlah

menghayun-hayunkan tangannya ke hadapan dank e belakang beberapa kali diikuti dengan

melakukan lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan pegangan cara ini.

Dalam apa-apa cara pegangan sakali pun, yang penting ialah cara itu hendaklah selesa

dan kemas bagi peserta itu. Jika pegangan itu sudah selesa, mudahlah bagi peserta membuat

lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta berkenaan memberikan perhatian kepada cara

melakukan lemparan pula.

Page 21: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Rajah 1.7 : Teknik lemparan berdiri pusing – Rangkaian satu setengah putaran

Setelah peserta mendapatkan pegangan yang selesa dan kemas, langkah seterusnya

ialah melakukan lemparan terhadap cakera yang dipegang. Untuk melakukan lemparan,

terdapat dua teknik yang biasa digunakan sama ada pada peringkat sekolah, negeri,

kebangsaan ataupun antarabangsa. Pertama ialah teknik berdiri tetap atau gaya static atau

disebut juga sebagai gaya 90 darjah, dan kedua ialah teknik berpusing, yang dilakukan

bersama pusingan kaki. Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua teknik ini.

Teknik berdiri tetap atau satik adalah sesuai bagi mereka yang baru menceburkan diri

dalam acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik ini. Teknik berdiri juga

banyak digunakan oleh waniat. Dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga pringkat sekolah,

hamper semua peserta menggunakan teknik lemparan ini. Teknik ini memenag mudah kerana

tidak banyak pergerakan kaki dan hayunan atau pusingan tangan diperlukan. Yang perlu

TEKNIK LEMPARAN

Page 22: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

dilakukan hanyalah peserta berdiri di kawasan lemparan pada kedudukan sedia dengan

membongkokkan sedikit badannya. Tangan yang memegang cakera dihayun-hayunkan

beberapa kali ke hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan sedikit momentum atau

pergerakan awal. Peserta akan melemparka cakera setelah betul-betul sudah bersedia untuk

berbuat demikian, tanpa memusingkan kaki atau badannya.

Teknik lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak digunakan

pada peringkat sekolah atau oleh wanita. Untuk memahirkan diri dengan cara ini latihan

berterusan yang banyak diperlukan. Tidak dapat dinafikan teknik lemparan ini mampu

menghasilkan jarak yang lebih jauh dan lebih menarik ditonton, tetapi bukanlah mudah untuk

melakukan teknik ini. Hanya latihan yang bersistem dan ditambah dengan usaah sendiri

mampu melahirkan pelempar cakera menggunakan tekni ini. Kebanyakan peserta lempar

cakera wanita di Negara kita, masih belum dapat memahirkan diri dengan lemparan teknik

pusing ini. Begitu juga dengan sebilangan besar peserta lelaki khususnya pada peringkat

sekolah juga masih belum dapat menggunakan teknik lemparan ini.

Sebelum seseorang dapat melakukan sesuatu lemparan, adalh penting baginya

menyiapkan diri supaya dia benar-benar bersedia untuk melakukan lemparan. Persediaan

sebelum membuat lemparan termasuk menguji kedudukan kaki, hayunan tangan bersama

cakera sebagai persediaan serta lanjutan aktiviti kelenturan tangan yang melempar cakera.

Kedudukan peserta semasa berdiri di dalam kawasan pelepasa hendaklah kemas dan selesa

untuk mendapatkan kesinambungan badan ketika membuat lemparan.

Setelah peserta itu berpuas hati dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan tangan,

peserta kini sudah bersedia untuk melakukan lemparan.

TEKNIK LEMPARAN BERDIRI STATIK

Page 23: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Aturan berikut boleh dijadikan penduan dalam melakukan lempara gaya statik ini.

1. Pegangan cakera dengan kemas dan selesa.

2. Peserta hendaklah merendahkan pusat gravity badan dengan cara

membengkokkan sedikit lutut, terutama lutut kaki belakang. Dengan demikian

peserta badara pada kedudukan separuh cangkung.

3. Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yng

memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan kea rah

hayunan cakera.

4. Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan

sehingga pada aras bahu untuk mengawal serta menimbangkan pusingan badan.

5. Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang

memegang cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan ini

dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik.

6. Selepasa peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang

mencukupi, siku tangan yang tidak memegang cakera hendaklah diluruskan

sambil melonjakkan dada ke hadapan. Ketika yang sama, kedua-dua belah peserta

diluruskan bagi mendapatkan yang maksimum sambil muka dan mata ditumpukan

ke arah kawasan pendaratan cakera.

7. Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu dan

melemparkan ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara menaik.

8. Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat mendarat

di kawasan pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah meninggalkan kawasan

lemparan itu pada sebelah belakang melepas garisan tengah bulatan.

Page 24: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

1. Teknik ini mudah dipelajari dan peserta dapat memahirkan diri dalam masa yang

singkat.

2. Atlit dapat memerhatikan dengan nyata pergerakan cakera menerusi hayunan yang

dilakukan.

3. Cakera mempunyai peluang yang lebih untuk mendarat di kawasan pendaratan

yang disediakan.

4. Atlit tidak perlu melakukan pergerakan badan serta hayunan tangan yang banyak,

yang jarak lemparannya belum tentu lagi memuaskan hati atau tidak.

5. Kemungkinan mendapat kecederaan adalah berkurangan atau tidak

membahayakan.

1. Peserta tidak dapat memusingkan badan untuk mendapatkan lonjakan serta

hayunan yang sewajarnya seperti yang dikehendaki untuk acara ini.

2. Biasanya teknik ini tidak dapat menjamin lemparan yang jauh disebabkan

ketiadaan lonjakan badan dan hayunan tangan.

3. Kurang menarik dan sukar mendapatkan sambutan sama ada daripada peserta

ataupun penonton.

KEBAIKAN TEKNIK STATIK

KEBURUKAN TEKNIK STATIK

Page 25: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

Seperti biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah mendapatkan cakera

pada tangan yang sesuai dan pegangan yang selesa. Selepas itu peserta bolehlah cuba

meghayun-hayunkan tangan dan cakera serta pusingan badan sebagai latihan awal.

Sebenarnya melempar cakera cara ini memerlukan peserta berada kedudukan sedia di dalam

kawasan lemparan. Kedududkan ini adalah berbeza daripada kedudukan peserta yang

menggunakan teknik lemparan statik.

Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang kawasan

lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera. Biasanya dalam

lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 ¾ pusingan sebelum membuat lemparan.

Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari segi mentalnya, yakni menumpukan

penuh konsentrasi terhadap acara ini.

Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan berpusing.

Perlu diingat panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun mungkin dapat

juga dijadikan panduan untuk peserta wanita.

1. Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan

membelakangi arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak

bahunya dengan tapak kaki belakang diserongkan sedikit dengan menghala kea

rah sisi kakan badan, manakala tapak kaki kiri dalam kedudukan selari dengan

arah dada yang membelakangi kawasan lemparan. Sementara itu berat badan

peserta hendaklah diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.

2. Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera sebagai

persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika melakukan

hayunan, berat badan peserta akan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan

mengikut arah tangan yang memegang cakera.

TEKNIK LEMPARAN BERDIRI PUSING

Page 26: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

3. Pesrta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan persediaan

terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan, manakala kaki

belakang kini berada pada kedudukan baru,mengikut pergerakan pusingan badan

peserta. Sebenarnya bergerakan ini berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan

bersama cakera. Seterusnya hayunan bertukar dalam pergerakan yang lancer lagi

licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta hendaklah

memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan

pengawalan yang rapi terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing

dalam keadaan graviti yang rendah.

4. Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing, mengarahkan

badan ke hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan melempar. Pusingan dari

kedudukan berdiri bermula di belakang bulatan hendaklah membolehkan peserta

mendaratkan kakinya pada kedudukan membuat lemparan dengan berkesan.

5. Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan,

bermakna peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera dalam

pegangannya. Teknik lemparan adalah hamper sama dengan teknik dalam

lemparan static. Caranya ialah ketika bahagian badan bergerak menghadap ke

kawasan lemparan, tangan kiri di lepaskan sambil lutut didongak kea rah kawasan

pendaratan. Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas lonjakan akhir untuk

pelepasan cakera. Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang cakera

menamatkan hayunan sampai ke arah bahu.

6. Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung kepada

kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan, berikut adalah kedudukan

untuk melakukan lajakan.

a. Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan peserta

berdiri di atas kaki kanan secara menjengket.

Page 27: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

b. Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki

daripada terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari bulatan

itu.

c. Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera

mendarat dengan selamat.

7. Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera

mendarat di kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian separuh belakang

bulatan.

8. Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk

lemparan teknik badan berpusing ini.

KEBAIKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING

1. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan

menerusi pusingan badan, dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang

lebih jauh.

2. Pergerakan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan

keputusan yang membanggakan.

3. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakan dan lemparan serta dapat mengelakkan

daripada pembaziran tenaga.

4. Member kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang

tidak menggunakan teknik lemparan ini.

Page 28: LEMPAR CAKERA lengkap (2)

OLAHRAGA IPKSAH

KEBURUKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING

1. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang

diperlukan.

2. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh

merugikan lemparan yang dibuat.

3. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah.

4. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan didri sendiri atau orang lain.

PRINSIP ASAS LEMPAR CAKERA

1. Peserta sanggup menjalankan latihan khusus untuk acara ini termasuk dari segi

fizikal, kemahiran, ;teknik dan mental peserta.

2. Mempunyai minat dan keinginan untuk Berjaya dalam acara ini dengan meletakkan

suatu matlamat tertentu untuk dicapai menerusi penyertaan dalam sesuatu

pertandingan atau kejohanan.

3. Dapat menggunakan teknik lemparan yang terbaik dan berkesan dengan tujuan

dapatkan jarak sejauh mungkin.

Rajah 1.8 : Gaya seorang peserta lempar cakera