lempar cakera 1a

27
CAKERA Cakera ialah sejenis alat berbentuk bulat tapi leper dan di perbuat daripada kayu serta dilingkari (disimpai) oleh logam besi atau tembaga yang licin. Saiz yang di gunakan oleh atlet lelaki dan wanita adalah berbeza. Spesifikasi Lelaki Perempuan Berat cakera Tebal bahagian tengah Diameter 2 kg 44-46 mm 218-221 mm 1 kg 37-39 mm 180-182 mm CARA MEMEGANG CAKERA CARA 1 Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera yang menutupi bahagian logam ditengah cakera. Cakera dipegang hanya dengan ruas hujung jari yang dibengkokkan, manakala ibu jari diletakkan di atas permukaan cakera untuk kawalan. Jari-jari direnggangakan pada jarak yang hampir sama. CARA 2 Cara ini hampir sama dengan cara 1, yang berbeza hanya jari telunjuk dirapatkan dengan jari hantu, manakalan jari manis dirapatkan dengan anak jari. CARA 3

Upload: intansyafikaanuar

Post on 22-Dec-2015

331 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

semua ALLAH punya

TRANSCRIPT

Page 1: lempar cakera 1A

CAKERA

Cakera ialah sejenis alat berbentuk bulat tapi leper dan di perbuat daripada kayu serta dilingkari (disimpai) oleh logam besi atau tembaga yang licin. Saiz yang di gunakan oleh atlet lelaki dan wanita adalah berbeza.

Spesifikasi Lelaki Perempuan

Berat cakera

Tebal bahagian tengah

Diameter

2 kg

44-46 mm

218-221 mm

1 kg

37-39 mm

180-182 mm

CARA MEMEGANG CAKERA

CARA 1

Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera yang menutupi bahagian logam ditengah cakera. Cakera dipegang hanya dengan ruas hujung jari yang dibengkokkan, manakala ibu jari diletakkan di atas permukaan cakera untuk kawalan. Jari-jari direnggangakan pada jarak yang hampir sama.

CARA 2

Cara ini hampir sama dengan cara 1, yang berbeza hanya jari telunjuk dirapatkan dengan jari hantu, manakalan jari manis dirapatkan dengan anak jari.

CARA 3

Cara ini ialah untuk peserta yang saiz tapak tangannya agak kecil dan ruas jarinya agak pendek. Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera dengan menutupi dua pertiga sahaja daripada bahagian logam tengan cakera. Ini untuk membolehkan jari-jari memegang simpai logan cakera. Jarak antara jari-jari adalah serupa dengan cara 1 dan cara 2.

GAYA LEMPARAN

ANSUR MAJU

Page 2: lempar cakera 1A

A) Melambung cakera – melambung rendan dan tinggi.

B) Mengguling cakera

C) Membuat boling sisi secara melutut.

Melempar cakera / bola secara duduk.

Melempar gelung rotan secara berdiri.

Melempar cakera secara berdiri

Berdiri membelakangkan kawasan lemparan, pelempar melempar cakera dengan melangkah ke belakang

Melempar cakera dengan gaya pusingan

a. # Mulakan dengan menghadap kawasan lemparan

b. # Mula dengan menghadap sisi arah lemparan

# Mula dengan membelakangkan kawasan lemparan

KELENGKAPAN LEMPAR CAKERA

Di antara kelengkapan yang diperlukan dalam acara lempar cakera ialah:-

i. kawasan melempar

ii. Cakera

iii. Pita pengukur jarak

iv. Pancang penanda

v. Pengadil

JENIS DAN BENTUK CAKERA 

Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa). 

Page 3: lempar cakera 1A

Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik. Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pert"andingan rasmi. 

Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspek¬aspek yang lain antara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia). 

Gambar rajah yang diberi menunjukkan beberapa maklumat ten tang cakera dan bahagiannya. 

KAWASAN LEMPARAN CAKERA 

Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan-akan sarna bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan palingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan lemparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru. Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi. Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan. Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA 

Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru. Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

Page 4: lempar cakera 1A

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40° di hadapan bulatan.Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera. Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan pumama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

Page 5: lempar cakera 1A

PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA

(a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendakiah memuIakan Iemparannyadari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan.(b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasukibulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagianbadannya di kawasan Iuar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of thecircle) atau terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan.(c) Bagi Iemparan yang sah, cakera hendakiah mendarat atau jatuh supaya bekas(kesan)nya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor.(d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Iamesti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri.(e) Untuk mendapat pegangan yang baik peserta dibenarkan menggunakan bahan-bahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangansahaja. Sarung tangan tidak boleh digunakan.(f) Jika Iebih daripada Iapan orang peserta mengambil bahagian, setiap pesertadibenarkan melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, Iapan pesertayang terbaik lemparannya akan membuat tiga Iagi percubaan untuk menen tukanpemenang. Sekiranya ber Iaku seri di tempat kelapan, keputusan itu dibiarkan danpeserta-peserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tigapercubaan itu. Sekiranyahanya Iapan atau kurang orang yang mengambil bahagian,setiap peserta akan membuat enam percubaan.

Page 6: lempar cakera 1A

LEMPAR CAKERA

1.Pendahuluan

Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 900, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparanlain telah diperkenalkan olehjaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu.

Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajamya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap sangat penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya.

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40° di hadapan bulatan.

Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.

Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan purnama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan.

Page 7: lempar cakera 1A

Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.

Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada turutan tindakan bahagian badan. lni dapat membantu mereka memahami as as pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA

Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka menjalani latihan melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkahlangkah keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera.

(a) Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan guru.

(b) Pelajar menunggu gilirannya di tempat yang selamat dan tidak

menunggu di keliling atau berhampiran bulatan lemparan di mana pelajar lain sedang membuat percubaan.

(c) Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau di hadapannya dalam kawasan pendaratan ketika dia memulakan lemparannya.

(d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu "semua melempar, semua memungut" jika latihan berkumpulan diamalkan. oleh pelajar.

(e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membaling cakera kepada peserta yang menunggu gilirannya.

Page 8: lempar cakera 1A

FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA

Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:

(a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera

(b) Fasa hayunan awalan

(c) Fasa lemparan

(d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

TEKNIK MEMEGANG CAKERA

Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat itu dipegang ketika ianya dilempar oleh seseorang pelempar. Oleh itu, teknik memegang cakera hendaklah dianggap penting dalam keseluruhan proses melempar cakera. Para pelajar perlu membiasakan dirinya dengan teknik yang betul melalui latihtubi yang sesuai mengikut kemampuannya.

Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak tangan pelajar. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang dan tidak digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba membayangkan cara mereka memegang sebuah buku di sisi badannya.

Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas muka cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam. Ibu jari reha t atas muka cakera. J ari-jari itu direnggangkan agak sarna jaraknya. lni adalah cara asas memegang cakera

Page 9: lempar cakera 1A

TEKNIK MELEMPAR CAKERA

Umumnya, terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu Gaya Berdiri dan Gaya Berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lai:yang merupakan variasi oleh ahli-ahli sukan dalam bidang lempar cakera.

Melempar cakera dari Gaya Berdiri

Gaya Berpusing dan melempar

6.1 Teknik Gaya Berdiri

Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90°.

Fasa 1: Persediaan

(a) Pelajar berdiri dengan gay a menghalakan bahu kirinya(tangan bebas) ke arah kawasan cakera rnendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri ..

(b) Cakera dipegang dalam tangan,kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2: Hayunan Awalan

(a ) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan rnenyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera., Lihat juga fasa 1.

(b) Cakera dihayun ke beiakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan sernula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kananmengikut rentakhayunan.

(c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.

Gaya Berdiri atau Gaya 90°

Page 10: lempar cakera 1A

Fasa 3: Pelemparan

(a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir.

6.2 Teknik Gaya Berpusing dan Melempar

Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum menguasai kemahiran asas melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang telah mahir dengan gaya berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan yang beransur maju.

Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir.

Fasa persediaan

Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gay a berdiri. Kaki berjarak seluas bidang bahu.

Fasa 1,2: Hayunan Awalan

Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.

Fasa 3-7: Rotasi atau Berpusing

(a) Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.

(b) Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.

Latihan Ansur Maju

Latihan 1

Page 11: lempar cakera 1A

Tujuan:mengawal cakera semasa hayunan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

(a) Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit.

(b) Hayun cakera berulang kali ke depan dan ke belakang di sisi badan. Ingajangan menggenggam cakera. Pegang seperti yang diterangkan sebelum E-.

(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (sampai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

Latihan 2

Tujuan: Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijaralkkan.

Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

(b) Hayun cakera ke belakang dengan tangan Iurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.

Page 12: lempar cakera 1A

(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan

Latihan 3

Tujuan: Latihan berpusing selepas menghayun cakera.

(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.

(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah

lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.

(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpasangan

(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.

(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagai pand uan ked ud ukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju.

Nota:

Pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.

Latihan 4

Page 13: lempar cakera 1A

Tujuan: Simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunkan cakera.

(b) Hayun cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan.

(c) Apabila kaki kiri mencecah tanah di bahagian depan dalam bulatan, kaki kanan berpaksi dan pengilasan badan disempumakan sehingga badan menghadap ke kawasan lemparan.

(d) Apabila cakera sampai ke aras bahu, ia dilempar ke depan.Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.

JENIS DAN BENTUK CAKERA

Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahanbahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengan simpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa).

Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik.

Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi.

Page 14: lempar cakera 1A

Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspekaspek yang lain an tara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

KAWASAN LEMPARAN CAKERA

Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan caker.seakan-akansama bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan balingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan le.mparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru.

Mengikut rasmi demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dan satu kurungan keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi.

Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannya hendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan.

Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera 01 yang demikian, guru seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA

Kaedah rnengukur jarak lernparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara rnengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru.

Page 15: lempar cakera 1A

Bagi setiap lernparan yang sah, jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Sila lihat gambar rajah yang diberi. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaap pusat bulatan lemparan ketika jarak lernparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan rnenunjukkan jarak lemparan.

PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA

(a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendakiah memuIakan Iemparannya dari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan.

(b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagian badannya di kawasan Iuar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the circle) atau terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan.

(c) Bagi Iemparan yang sah, cakera hendakiah mendarat atau jatuh supaya bekas (kesan)nya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor.

(d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Ia mesti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri.

(e) Untuk mendapat pegangan yang baik peserta dibenarkan menggunakan bahan-bahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangan sahaja. Sarung tangan tidak boleh digunakan.

(f) Jika Iebih daripada Iapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta dibenarkan melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, Iapan peserta yang terbaik lemparannya akan membuat tiga Iagi percubaan untuk menen tukan pemenang. Sekiranya ber Iaku seri di tempat kelapan, keputusan itu dibiarkan dan peserta-peserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu. Sekiranyahanya Iapan atau kurang orang yang mengambil bahagian, setiap peserta akan membuat enam percubaan.

Page 16: lempar cakera 1A

LATIHAN ANSUR MAJU

LATIHAN 1

Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit

(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini.

(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

LATIHAN 2

Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

(b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.

(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Page 17: lempar cakera 1A

LATIHAN 3

Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.

(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.

(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.

(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.

(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.

(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju.

(nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.

LATIHAN 4

Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunakan cakera.

Page 18: lempar cakera 1A

(b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan.

(c) Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.

LEMPAR CAKERA 2

Secara umurnnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:

a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera

b) Fasa hayunan awalan

c) Fasa lemparan

d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

TEKNIK MEMEGANG CAKERA

Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat itu dipegang ketika ianya dilempar oleh seseorang pelempar. Oleh itu, teknik memegang cakera hendaklah dianggap penting dalam keseluruhan proses melempar cakera. Para pelajar perlu membiasakan dirinya dengan teknik yang betul melalui latihtubi yang sesuai mengikut kemampuannya.

Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak tangan pelajar. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang dan tidak digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba membayangkan cara mereka memegang sebuah buku di sisi badannya.

Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas muka cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam. Ibu jari reha t atas muka cakera. J ari-jari itu direnggangkan agak sama jaraknya.

Page 19: lempar cakera 1A

TEKNIK MELEMPAR CAKERA

Umumnya, terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu Gaya Berdiri dan Gaya Berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan variasi oleh ahli-ahli sukan dalam bidang lempar cakera.

Bagi para pelajar yang baru belajar acara ini, melempar dengan gaya berdiri adalah memadai dan sesuai untuk peringkat permulaan. Sama seperti dalam pembelajaran acara merejam lembing dan melon tar peluru, latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan sebagai salah satu langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah mereka biasa atau menguasai teknik melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan rotasi badan boleh diperkenalkan kepada mereka. Tumpukan perhatian kepada butir-butiran mengajar yang utama untuk memudahkan pembelajaran para pelajar di setiap peringkat latihan yang dijalaninya.

TEKNIK GAYA BERDIRI

Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90°.

Fasa 1: Persediaan

a) Pelajar berdiri dengan gaya menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah kawasan cakera mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.

b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2: Hayunan Awalan

a) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera. Lihat juga fasa 1.

b) Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan.

Page 20: lempar cakera 1A

c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.

Fasa 3: Pelemparan

a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan), pelajar mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.

b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan. Sudut lemparan atau pelepasan cakera yang dianggap sesuai adalah 30°-35°.

Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

(a) Ketika melemparcakera, kedua-dua belah kakimenolak tanah dan diluruskan sehingga badan terangkat. Tindakan kaki ini pentinguntukmenambah daya kepada lemparan itu.

(b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat ke belakang untuk mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih memerhatikan pergerakan cakera.

TEKNIK GAYA BERPUSING DAN MELEMPAR

TEKNIK GAYA BERPUSING DAN MELEMPAR

Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum menguasai kemahiran as as melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang telah mahir dengan gaya berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan yang beransur maju.

Page 21: lempar cakera 1A

Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir.

Fasa persediaan

Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya berdiri. Kaki berjarak seluas bidang bahu.

Fasa 1, 2: Hayunan Awalan

Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.

Fasa 3-7: Rotasi atau Berpusing

(a) Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.

(b) Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.

Fasa 8-10: Pelemparan

Page 22: lempar cakera 1A

Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan, tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu tangan tersebut. Peserta akan merasa simpai logam cakera itu semakin menekan di atas ruas jarinya. Pad a ketika inilah cakera itu dilempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar cakera mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera. Pastikan kedua-dua belah kaki membantu pelemparan dengan menolak kuat ke atas tanah.

Fasa 11: Ikut Lajak dan Pemulihan

Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang badan di aras leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakannya. Pada masa yang sarna, kaki kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang. Sambil mengimbangkan badannya, peserta :erus memerhati cakera hingga ia mendarat.