nota lempar cakera

27
LEMPAR CAKERA PENGENALAN Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90°, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu. Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya. Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para pelajarnya mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas tentang prinsip pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika melempar boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu ditegaskan bahawa para pelajar hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera dilakukan dengan tangan, tindakan kakinya 1

Upload: haziq-hafiza-nazrul

Post on 25-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cakera

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Lempar Cakera

LEMPAR CAKERA 

PENGENALAN 

Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami

banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan

cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik

seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90°, gaya rotasi atau berpusing dan lempar

dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang

tertentu.

Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah

sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan

kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk

menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah

mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera

menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika

bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara

pegangan cakera adalah dianggap sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga

pelemparannya.

Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para

pelajarnya mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas

tentang prinsip pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika melempar

boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu ditegaskan

bahawa para pelajar hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera dilakukan

dengan tangan, tindakan kakinya juga mempunyai peranan yang penting dalam perlakuannya.

JENIS DAN BENTUK CAKERA 

Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang

sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga)

dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada

piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan

ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF

1

Page 2: Nota Lempar Cakera

(Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa). 

Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik. 

Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan

tidak untuk pert"andingan rasmi. 

Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk

maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspek¬aspek yang lain antara cakera untuk

lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan

Olahraga Amatur Malaysia). 

Gambar rajah yang diberi menunjukkan beberapa maklumat tentang cakera dan bahagiannya. 

KAWASAN LEMPARAN CAKERA 

Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan-akan

sarna bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan

palingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan lemparan cakera dan

bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru. 

Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang

menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan.

Kurungan ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk

keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi. 

Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan

peserta lain yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan atau pagar

keselamatan tersebut demi keselamatan. 

Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik

semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru seharusnya

menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA 

2

Page 3: Nota Lempar Cakera

Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah

sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru. 

Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan

terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian

depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan

pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan

garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang

boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta

dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang

bersudut 40° di hadapan bulatan.

Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang

seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera. Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil

perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.

Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut

pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia

bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan pumama"

apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan

memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan

secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara

dan bergerak lebih jauh.

Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru

hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian badan. Ini dapat

membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti

kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera. 

Secara umurnnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:

a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera

b) Fasa hayunan awalan

c) Fasa lemparan

3

Page 4: Nota Lempar Cakera

d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

TEKNIK MEMEGANG CAKERA

Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat itu dipegang

ketika ianya dilempar oleh seseorang pelempar. Oleh itu, teknik memegang cakera hendaklah

dianggap penting dalam keseluruhan proses melempar cakera. Para pelajar perlu

membiasakan dirinya dengan teknik yang betul melalui latihtubi yang sesuai mengikut

kemampuannya.

Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak tangan

pelajar. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang dan tidak

digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba membayangkan cara mereka

memegang sebuah buku di sisi badannya.

Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas muka

cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam. Ibu jari

reha t atas muka cakera. J ari-jari itu direnggangkan agak sama jaraknya.

TEKNIK MELEMPAR CAKERA

Umumnya, terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu Gaya Berdiri dan Gaya

Berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan variasi

oleh ahli-ahli sukan dalam bidang lempar cakera.

Bagi para pelajar yang baru belajar acara ini, melempar dengan gaya berdiri adalah memadai

dan sesuai untuk peringkat permulaan. Sama seperti dalam pembelajaran acara merejam

lembing dan melon tar peluru, latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan

sebagai salah satu langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah mereka biasa

atau menguasai teknik melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan rotasi badan boleh

diperkenalkan kepada mereka. Tumpukan perhatian kepada butir-butiran mengajar yang utama

untuk memudahkan pembelajaran para pelajar di setiap peringkat latihan yang dijalaninya.

4

Page 5: Nota Lempar Cakera

TEKNIK GAYA BERDIRI 

Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90°.

Fasa 1: Persediaan

a) Pelajar berdiri dengan gaya menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah kawasan

cakera mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak seluas bidang

bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.

b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2: Hayunan Awalan

a) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang badan

ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera. Lihat juga

fasa 1.

b) Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke

depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak

hayunan.

c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan

badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.

Fasa 3: Pelemparan

a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan), pelajar

mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.

b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera dilempar

ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan. Sudut lemparan atau

pelepasan cakera yang dianggap sesuai adalah 30°-35°.

Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

(a) Ketika melemparcakera, kedua-dua belah kakimenolak tanah dan diluruskan sehingga

badan terangkat. Tindakan kaki ini pentinguntukmenambah daya kepada lemparan itu.

5

Page 6: Nota Lempar Cakera

(b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat ke belakang

untuk mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih memerhatikan pergerakan

cakera.

TEKNIK GAYA BERPUSING DAN MELEMPAR

Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum menguasai

kemahiran as as melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang telah mahir dengan

gaya berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan yang

beransur maju.Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika

peserta memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir.

Fasa persediaan:

Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan

cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya berdiri. Kaki berjarak seluas

bidang bahu.

Fasa 1, 2: Hayunan Awalan:

Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang

diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya

mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.

Fasa 3-7: Rotasi atau Berpusing:

(a) Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi

atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam

sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.

(b) Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan

sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah

(selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.

Fasa 8-10: Pelemparan:

Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan,

tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu tangan tersebut.

Peserta akan merasa simpai logam cakera itu semakin menekan di atas ruas jarinya. Pad a

6

Page 7: Nota Lempar Cakera

ketika inilah cakera itu dilempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar cakera

mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera. Pastikan

kedua-dua belah kaki membantu pelemparan dengan menolak kuat ke atas tanah.

Fasa 11: Ikut Lajak dan Pemulihan:

Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang badan di

aras leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakannya. Pada masa yang sarna, kaki

kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang. Sambil mengimbangkan

badannya, peserta :erus memerhati cakera hingga ia mendarat. 

SEJARAH

Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan,

walaupun baling lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam. 

Lempar cakera dimasukkan ke dalam sdukan olimpik kuno di Greek. Pada masa itu, peralatan

atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang

digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan dalam sukan olimpik moden pertama

tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera

diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbventuk bulat leper dan dibaluti besi

sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya hampir

2kg, iaitu 1.923kg. 

Untuk mengelakkan cakera dilempar kemerata arah, disediakan satu kawasan khas yang

berbentuk segi empat sama dengan 2.5m panjang dan lebar. Teknik atau cara membuat

lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang

dilakukan pada masa silam, yang menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta

badan yang sedikit bongkoh, tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara

lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang

lebih jauh. 

Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan menerusi

7

Page 8: Nota Lempar Cakera

penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan membuat lemparan

kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah

lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana tidak ada teknik

tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya

digunakan sehingga tahun 1920, dan selepas itu teknik lemparan baharu diperkenalkan. 

LATIHAN ANSUR MAJU

LATIHAN 1

Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika

melepaskannya. 

(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit

(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan

menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini.

(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera

supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir

melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

LATIHAN 2

Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera. 

(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera

di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

(b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika

melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.

8

Page 9: Nota Lempar Cakera

(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua

belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

LATIHAN 3

Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera. 

(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun

cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.

(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke

sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.

(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.

(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.

(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan

badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan

kemudian beransur laju.

(nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan

tanpa memegang cakera.

LATIHAN 4

Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar. 

(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan

hayunakan cakera.

(b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke

depan bulatan.

(c) Apabila cakera sampai kearah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan

kaki kanan menolak kuat atas tanah.

9

Page 10: Nota Lempar Cakera

Pegawai pertandingan

Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan untuk

mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal

ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulatan lemparan, atau cakera yang 

gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera

mengena jaring keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan

cakera di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang

dicapai oleh peserta.  

Undang-undang dan peraturan

1.    Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut susunan

yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.

2.    Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga lemparan dan

lapan peserta yang mempunyai lemparan paling jauh akan memasuki pusingan akhir. Dalam

pusingan ini mereka akan diberikan tiga lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya

terdapat lapan orang peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam

percubaan seorang, dan lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan menentukan

pemenang keseluruhan. 3.    Setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan

menggunakan kawasan pertandingan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan,sama

ada dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.

4.    Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak lemparan

paling jauh dan yang sah.

5.    Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan hendaklah

bermula daripada kedudukan statik.

6.    Peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat atau

menyentuh kawasan pendaratan.cara keluar dari bulatan yang tidak di kira batal.

7.    Untuk menjadikan lemparan itu sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan

yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan mengelilingi bulatan

lemparan. 8.    Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap

peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya.

10

Page 11: Nota Lempar Cakera

9.    Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh

memberikan kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.

10.  Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada

tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya

11.  Sekiranya terdapat keputusan seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik bagi

setiap peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta berkenaan

melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan

tambahan dikira pemenang.

12.  Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang ditetapkan,termasuk

dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.

13.  Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh semangat

kesukanan,sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira

14.  Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan untuk acara

ini.

 PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA            

Tujuan utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh

yang  boleh daribulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan

peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini adalah mengarahkan cakera ke kawasan sector

yang bersudut 40 darjah di hadapan bulatan.            

Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan ritma yang

seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil

perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.            

Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut

pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia

bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk “bulan punama”

apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan

memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan

secara “memotong udara” akan kuarng rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara

dan bergerak lebih jauh.            

11

Page 12: Nota Lempar Cakera

Ketika memberi demostrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru

hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan bahagian badan. Ini dapat

membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan sperti

kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

 

KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA          

Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka menjalani latihna

melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, guru hendaklah

tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika menjalani latihan dan

pentingnya semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga

keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera.

(a)  Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan oleh guru.

(b)  Pelajar menuggu gilirannya di tempat yang dianggap selamat dan tidak menunggu di

keliling atau berhampiran bulatan lemparan atau di mana pelajar lain membuat percubaan.

(c)  Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa

di belakangnya dekat bulatan atau hadapannya dalam kawasan pendaratan ketika dia

memulakan lemparannnya.

(d)  Amalkan prinsip keselamatan iaitu “ semua melempar, semua memungut” jika latihan

berkumpulan diamalkan oleh pelajar.

(e)  Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh pelajar.

Tidak dibenarkan pelajar membalin cakera kepada peserta yan menunggu gilirannya. 

KAEDAH MELAKUKAN LEMPARAN

Mungkin ada daripada kita yang menganggap bahawa melempar cakera adalah suatu yang

mudah, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian dalam acara

ini. Perkara yang penting ialah mendapatkan jarak paling jauh bagi menentukan pemenang

dalam sesuatu pertandingan. Bagaimanapun, anggapan ini tidaklah benar, kerana dalam

melakukan lemparan cakera ini, cara atau kaedah melakukannya, adalah penting. Kaedah yang

betul dan cara yang sempurna akan menghasilkan jarak lemparan yang diharapkan. Begitu juga

12

Page 13: Nota Lempar Cakera

jika seseorang itu membuat lemparan sesuka hati tanpa mengikut kaedah yang betul tentu tidak

akan memperoleh jarak yang diharapkan.            

Satu lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan tegap atau

bertubuh sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara ini. Sebenarnya hal ini

tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh peserta tetapi penggunaan teknik dan

cara yang betul oleh seseorang pesrta. Ini bererti saiz tubuh seseorang tidak menjamin jarak

lemparan yang dibuat.            

Lemparan cakera yang baik bagi mendapatkan jarak maksimum melibatkan gabungan

beberapa pergerakan keseluruhan. Ini termasuk aspek teknik, mekanik, kelajuan pelepasan dan

sudut pelepasan yang optimum. Kelancaran pelepasan cakera juga bergantungkepada

pertalian di anatara kelajuan pusingan badan serta kekuatan hayunan tangan. Cara membuat

lemparan yang sama boleh dilakukan oleh mana-mana peserta lelaki atau wanita, walaupun

teknik lemparan yang berlainan dilakukan. Teknik yang baik dan sempurna sering

mempengaruhi jarak atau jauh lemparan yang dibuat. Sebagai pesrta dalam acara lontaran,

seseorang itu harus dapat melakukan cara dan teknik lemparan yang betul, menerusi latihan

yang dijalankan.            

Ada dua aspek penting dalam teknik atau cara melakukan lemparan dalam acara lempar

cakera ini, iaitu cara memegang cakera dan cara membuat lemparan. Kedua-dua aspek ini

harus dimahirkan oleh setiap peserta lempar cakera sama ada pada peringkat rendah ataupun

tinggi dan sama ada lelaki ataupun wanita.

 CARA MEMEGANG CAKERA                          

Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui

menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera dengan cara yang

tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak dapat menghasilkan jarak yang jauh, malah

boleh membahayakan diri sendiri ataupun orang lain. Untuk mendapatkan pemegangan yang

betul, peserta hendaklah mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat mengikut

jantina pada umur peserta kerana saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina.

Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat, iaitu mereka mestilah boleh

menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut layangan yang

betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah terjatuh sebelum lemparan

13

Page 14: Nota Lempar Cakera

sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih gaya atau cara pengangan yang sesuai

dan selesa mengikut kemampuan tangannya.  Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

CARA PEGANGAN 1            

Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangna peserta pada permukaan

cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian berlogam pada

bahagian tengahnya. Cakera dipegang hanya dibengkokkan mencengkam pada segi cakera.

Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberikan pengawalan.

Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu dengan

lain. Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa, peserta

boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dank e belakang, sambil jari-jari

cuba mendapatkan cengkaman terbaik pada cakera itu. Selepas itu peserta bolehlah cuba

melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan beberapa kali dengan penekanan

diberikan kepada cara memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan.

CARA PEGANGAN 2            

Pegangan cakera cara ini kelihatan hamper sama dengan cara pegangan yang pertama tadi.

Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Keseluruhan

tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup terus

bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan seolah-olah

bercantum, manakala jari manis dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian

atasnya secara keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya

tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah menghayun-hayunkan

cakera itu ke hadapan dank e belakang beberapa kali, dan diikuti dengan lemparan dekat

beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang selesa dengan cara ini.

CARA PEGANGAN 3            

Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari yang pendek mungkin menjadi masalah

kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan cara ini,

masalah ini dapat diatasi. Malah cara pegangan yang mempunyai jari yang sagak pendek.

Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera, dengan menutup dua

pertiga sahaja daripada bahagian berlogam pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari

memegang pada sekeliling atau sampai logam cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera

disokong oleh sebahagian lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang

14

Page 15: Nota Lempar Cakera

cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua di

atas.            

Bagi memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selasa, peserta bolehlah menghayun-

hayunkan tangannya ke hadapan dank e belakang beberapa kali diikuti dengan melakukan

lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan pegangan cara ini.            

Dalam apa-apa cara pegangan sakali pun, yang penting ialah cara itu hendaklah selesa dan

kemas bagi peserta itu. Jika pegangan itu sudah selesa, mudahlah bagi peserta membuat

lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta berkenaan memberikan perhatian kepada cara

melakukan lemparan pula.

TEKNIK LEMPARAN            

Setelah peserta mendapatkan pegangan yang selesa dan kemas, langkah seterusnya ialah

melakukan lemparan terhadap cakera yang dipegang. Untuk melakukan lemparan, terdapat dua

teknik yang biasa digunakan sama ada pada peringkat sekolah, negeri, kebangsaan ataupun

antarabangsa. Pertama ialah teknik berdiri tetap atau gaya static atau disebut juga sebagai

gaya 90 darjah, dan kedua ialah teknik berpusing, yang dilakukan bersama pusingan kaki.

Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua teknik ini.            

Teknik berdiri tetap atau satik adalah sesuai bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam

acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik ini. Teknik berdiri juga banyak

digunakan oleh waniat. Dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga pringkat sekolah, hamper

semua peserta menggunakan teknik lemparan ini. Teknik ini memenag mudah kerana tidak

banyak pergerakan kaki dan hayunan atau pusingan tangan diperlukan. Yang perlu dilakukan

hanyalah peserta berdiri di kawasan lemparan pada kedudukan sedia dengan membongkokkan

sedikit badannya. Tangan yang memegang cakera dihayun-hayunkan beberapa  kali ke

hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan sedikit momentum atau pergerakan awal.

Peserta akan melemparka cakera setelah betul-betul sudah bersedia untuk berbuat demikian,

tanpa memusingkan kaki atau badannya.            

Teknik lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak digunakan pada

peringkat sekolah atau oleh wanita. Untuk memahirkan diri dengan cara ini latihan berterusan

yang banyak diperlukan. Tidak dapat dinafikan teknik lemparan ini mampu menghasilkan jarak

yang lebih jauh dan lebih menarik ditonton, tetapi bukanlah mudah untuk melakukan teknik ini.

Hanya latihan yang bersistem dan ditambah dengan usaah sendiri mampu melahirkan

15

Page 16: Nota Lempar Cakera

pelempar cakera menggunakan tekni ini. Kebanyakan peserta lempar cakera wanita di Negara

kita, masih belum dapat memahirkan diri dengan lemparan teknik pusing ini. Begitu juga

dengan sebilangan besar peserta lelaki khususnya pada peringkat sekolah juga masih belum

dapat menggunakan teknik lemparan ini.

TEKNIK LEMPARAN BERDIRI STATIK            

Sebelum seseorang dapat melakukan sesuatu lemparan, adalAh penting baginya

menyiapkan diri supaya dia benar-benar bersedia untuk melakukan lemparan. Persediaan

sebelum membuat lemparan termasuk menguji kedudukan kaki, hayunan tangan bersama

cakera sebagai persediaan serta lanjutan aktiviti kelenturan tangan yang melempar cakera.

Kedudukan peserta semasa berdiri di dalam kawasan pelepasa hendaklah kemas dan selesa

untuk mendapatkan kesinambungan badan ketika membuat lemparan.            

Setelah peserta itu berpuas hati dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan tangan,

peserta kini sudah bersedia untuk melakukan lemparan. Aturan berikut boleh dijadikan penduan

dalam melakukan lempara gaya statik ini.

1.    Pegangan cakera dengan kemas dan selesa.

2.    Peserta hendaklah merendahkan pusat gravity badan dengan cara membengkokkan sedikit

lutut, terutama lutut kaki belakang. Dengan demikian peserta badara pada kedudukan separuh

cangkung. 3.    Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yng

memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan kea rah hayunan cakera.

4.    Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan sehingga pada

aras bahu untuk mengawal serta menimbangkan  pusingan badan.

5.    Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang memegang

cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan ini dilakukan beberapa kali bagi

mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik.

6.    Selepasa peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang mencukupi,

siku tangan yang tidak memegang cakera hendaklah diluruskan sambil melonjakkan dada ke

hadapan. Ketika yang sama, kedua-dua belah peserta diluruskan bagi mendapatkan yang

maksimum sambil muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan pendaratan cakera.

7.    Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu dan melemparkan

ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara menaik.

16

Page 17: Nota Lempar Cakera

8.    Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat mendarat di

kawasan pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan itu pada

sebelah belakang melepas garisan tengah bulatan.

TEKNIK LEMPARAN BERDIRI PUSING            

Seperti biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah mendapatkan cakera pada

tangan yang sesuai dan pegangan yang selesa. Selepas itu peserta bolehlah cuba meghayun-

hayunkan tangan dan cakera serta pusingan badan sebagai latihan awal. Sebenarnya

melempar cakera cara ini memerlukan peserta berada kedudukan sedia di dalam kawasan

lemparan. Kedududkan ini adalah berbeza daripada kedudukan peserta yang menggunakan

teknik lemparan statik.                      

Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang kawasan

lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera. Biasanya dalam

lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 ¾ pusingan sebelum membuat lemparan.

Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari segi mentalnya, yakni menumpukan

penuh konsentrasi terhadap acara ini.            

Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan berpusing. Perlu diingat

panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun mungkin dapat juga dijadikan

panduan untuk peserta wanita.

1.    Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan membelakangi

arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak bahunya dengan tapak

kaki belakang diserongkan sedikit dengan menghala kea rah sisi kakan badan, manakala tapak

kaki kiri dalam kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi kawasan lemparan.

Sementara itu berat badan peserta hendaklah diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.

2.    Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera sebagai

persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika melakukan hayunan, berat

badan peserta akan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan mengikut arah tangan yang

memegang cakera.

3.    Pesrta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan persediaan terakhir yang

terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada

kedudukan baru,mengikut pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya bergerakan ini

17

Page 18: Nota Lempar Cakera

berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan bersama cakera. Seterusnya hayunan bertukar

dalam pergerakan yang lancer lagi licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta

hendaklah memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan

pengawalan yang rapi terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam

keadaan graviti yang rendah.

4.    Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing, mengarahkan badan ke

hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri

bermula di belakang bulatan hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada

kedudukan membuat lemparan dengan berkesan.

5.    Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan, bermakna

peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera dalam pegangannya. Teknik

lemparan adalah hamper sama dengan teknik dalam lemparan static. Caranya ialah ketika

bahagian badan bergerak menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri di lepaskan sambil

lutut didongak kea rah kawasan pendaratan. Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas

lonjakan akhir untuk pelepasan cakera. Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang

cakera menamatkan hayunan sampai ke arah bahu. 6.    Pergerakan akhir peserta ialah lajakan

badan. Lonjakan ini bergantung kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan,

berikut adalah kedudukan untuk melakukan lajakan.

a.    Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan peserta berdiri di atas

kaki kanan secara menjengket.

b.    Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki daripada

terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari bulatan itu.

c.    Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera mendarat

dengan selamat. 7.    Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja

cakera mendarat di kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian separuh belakang

bulatan.

8.    Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk lemparan

teknik badan berpusing ini.

KEBAIKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN PUSING

1.    Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan menerusi

pusingan badan, dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih jauh.

18

Page 19: Nota Lempar Cakera

2.    Pergerakan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan keputusan

yang membanggakan.

3.    Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakan dan lemparan serta dapat mengelakkan

daripada pembaziran tenaga.

4.    Member kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang tidak

menggunakan teknik lemparan ini.  

KEBURUKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING

1.    Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan.

2.    Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh merugikan

lemparan yang dibuat.

3.    Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah. 4.   

Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan didri sendiri atau orang lain.

19