lempar cakera

21
LEMPAR CAKERA DISCUS THROW Disediakan oleh; X N Y

Upload: nur

Post on 03-Jul-2015

6.136 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

Lempar Cakera , Sejarah, Bahagian Cakera, Peralatan, Jenis dan bentuk cakera, Kawasan, Teknik pegangan, Teknik Pegangan, Undang-undang, Latihan Ansur Maju, Pemain Terbaik

TRANSCRIPT

Page 1: Lempar cakera

LEMPAR CAKERA

DISCUS THROW

Disediakan oleh;

X N Y

Page 2: Lempar cakera

SEJARAH LEMPAR

CAKERA

Lempar cakera ialah lontaran yang mula-mula dicipta sebagai

acara sukan.

Ia dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek.

Cakera yang digunakan adalah jauh lebih berat daripada cakera

yang digunakan pada hari ini.

Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam Sukan

Olimpik pda tahun 1896.

Page 3: Lempar cakera

Acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama

dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera.

Dari lemparan cara berdiri di atas “ pedestal”dalam

pentas gaya melempar 90, gaya berpusing, lempar dan

sebagainya telah diperkenalkan oleh jaguh- jaguh dunia

pada era-era tertentu.

Page 4: Lempar cakera

BAHAGIAN CAKERA

a. Simpai logam

b. Muka cakera

c. Pusat cakera

Page 5: Lempar cakera

PERALATAN

Kasut

Cakera

Pakaian yang sesuai

Asics Hyper Throw

Asics Cyber Throw

Page 6: Lempar cakera

JENIS DAN BENTUK

CAKERA

Spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga

Amatur Antarabangsa).

diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan sejenis yang sesuai.

Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengan simpai atau "rim" logam

(besi atau tembaga).

Bahagian tengah cakera hendaklah rata dan mengikut ukuran yang

ditetapkan seperti;

Page 7: Lempar cakera

Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan

plastik.

Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya

sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi.

Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg, manakala untuk

wanita adalah 1 kg.

Page 8: Lempar cakera

KAWASAN LEMPARAN

CAKERA

Kawasan lemparan cakera seakan-akan sama bentuk dengan

lontaran peluru, berbeza dari segi sudut kawasan sektor dan saiz

bulatan balingan.

Semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan

keselamatan. Kurungan ini merupakan pagar berkawat berbentuk

"C" yang dibina khas untuk keselamatan.

Page 9: Lempar cakera
Page 10: Lempar cakera
Page 11: Lempar cakera

TEKNIK PEGANGAN

Tekapkan tapak tangan kanan ke atas muka cakera di mana

ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai

logam (bagi yang melempar dengan tangan kanan).

Ibu jari rehat atas muka cakera.

Jari-jari direnggangkan agak

sama jaraknya.

Page 12: Lempar cakera

TEKNIK LEMPARAN

Terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu;

Gaya Berdiri

Gaya Berpusing

TEKNIK GAYA BERDIRI

Fasa 1: Persediaan

a) Berdiri, menghalakan bahu kirinya ke arah kawasan cakera

mendarat. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.

b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Page 13: Lempar cakera

Fasa 2: Hayunan Awalan

a) Cakera digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri untuk

memulakan hayunan ke belakang, kemudian dihayun ke belakang

bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan

semula dekat bahu kiri.

Fasa 3: Pelemparan

a) Selepas dua atau tiga hayunan, mengilaskan badan ke hadapan,

didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.

b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan

yang lurus. Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila

sampai ke aras bahu kanan.

Page 14: Lempar cakera

Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

(a) Ketika melempar cakera, kedua-dua belah kaki menolak tanah

dan diluruskan sehingga badan terangkat.

(b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan

terangkat ke belakang untuk mengimbangi badan yang condong ke

depan. Mata masih memerhatikan pergerakan cakera.

Page 15: Lempar cakera

UNDANG-UNDANG

Cakera mesti dilempar dari bulatan.

Bagi lemparan yang sah, cakera hendaklah mendarat atau

jatuh supaya kesannya dalam kawasan pendaratan yang

ditandakan oleh dua garis sektor.

Perserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu

menyentuh tanah.

Peserta dibenarkan menggunakan bahan pelekat seperti resin

di bahagian tangan sahaja (untuk mendapat pegangan yang baik).

Page 16: Lempar cakera

LATIHAN ANSUR MAJULATIHAN 1

Tujuan : Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar

cakera ketika melepaskannya.

(a) Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kanan di belakang.

(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi

badan.

(a) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke

depan, lepaskan cakera (simpai logam) secara lurus ke depan.

Page 17: Lempar cakera

Ansur Maju

Page 18: Lempar cakera

LATIHAN 2

Tujuan : Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah

kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan

sokongan tangan kanan.

(b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan

mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut,

badan berpaksi atas hujung kedua kaki.

(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan,

tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke

kawasan pendaratan.

Page 19: Lempar cakera

Ansur Maju

Page 20: Lempar cakera

Gerd Kanter

Mei 6, 1979 di Tallinn, Estonia

best throw : 73.38 m

PEMAIN LEMPAR CAKERA

TERBAIK DUNIA

Page 21: Lempar cakera

SEKIAN, TERIMA KASIH