08 cbct2203 topic 4 - storan sekunder adalah cakera keras, ... (gb) atau terabait ... menambah...

Download 08 CBCT2203 Topic 4 -   storan sekunder adalah cakera keras, ... (GB) atau terabait ... Menambah ruang storan kepada komputer riba atau komputer meja, tanpa

Post on 06-Feb-2018

243 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Setelah membincangkan input dan output dalam topik sebelum ini, sekarang kita akan menyentuh pula komponen lain dalam komputer iaitu storan sekunder. Anda akan diperkenalkan kepada pelbagai jenis storan sekunder di pasaran bersama dengan perbandingannya.

    STORAN ASAS

    Storan di dalam komputer menyimpan data dan maklumat untuk dicapai pada kemudian hari. Pengguna biasanya menyimpan gambar digital, video, audio dan dokumen. Sebagai pelajar, keupayaan komputer untuk menyimpan bahan pembelajaran, seperti nota digital dan tugasan adalah sangat penting. Selain digunakan oleh pengguna, komputer juga turut memerlukan storan untuk menyimpan perisian sistem dan aplikasi. Storan primer menyimpan data untuk sementara tetapi storan sekunder adalah sebaliknya. Storan sekunder adalah ruang atau bahan fizikal di mana komputer menyimpan data, arahan dan maklumat. Peranti storan direka untuk menyimpan data atau arahan secara kekal dan mencapainya kemudian. Storan

    4.1

    TTooppiikk

    44 Storan

    Sekunder

    HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan lima kelebihan storan sekunder;

    2. Menerangkan dua jenis storan magnetik;

    3. Mengenal empat jenis storan optik; dan

    4. Mengenal pasti lain-lain jenis peranti storan.

  • TOPIK 4 STORAN SEKUNDER 66

    ini tidak hilang kerana data disimpan dalam bentuk magnetik, optik atau magnetik optik seperti digambarkan dalam Rajah 4.1. Ia juga adalah kaedah penyimpanan data, maklumat dan arahan di luar komputer.

    Rajah 4.1: Pelbagai jenis peranti storan sekunder

    Sumber: http://digisupersonic.com

    Dalam perkembangan teknologi terkini, storan primer sedang menuju ke arah kapasiti lebih besar menggunakan litar mikro elektrik yang kecil, manakala storan sekunder sedang menuju ke arah kapasiti lebih besar menggunakan medium magnetik dan optik. Contoh storan sekunder adalah cakera keras, pemacu keadaan pepejal (solid state drive), kad ingatan, pemacu bas bersiri semesta (universal serial bus USB), cakera optik, kad pintar, kad jalur magnetik

  • TOPIK 4 STORAN SEKUNDER 67

    dan mikrofilem. Storan awan (cloud storage) merupakan pilihan peranti storan yang terkini di mana media storan ini tidak kelihatan kepada pengguna. Kapasiti simpanan medium storan merujuk kepada jumlah bilangan bait (aksara) yang boleh disimpan. Rajah 4.2 menunjukkan kapasiti medium storan.

    Rajah 4.2: Kapasiti storan

    Kelajuan peranti storan ditentukan melalui masa capaian. Masa capaian mengukur jumlah masa yang diperlukan untuk mencari data yang diperlukan dalam media storan. Lima kelebihan storan sekunder ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

    Jadual 4.1: Lima Kelebihan Storan Sekunder

    Ciri-ciri Kelebihan

    Saiz Boleh menampung jumlah data yang besar

    Data disimpan boleh mencecah gigabait (GB) atau terabait (TB)

    Kebolehpercayaan Ia boleh dianggap selamat

    Keselesaan Data boleh dicapai dengan segera

    Jimat Kos storan boleh dikurangkan

    Jangka hayat Ia adalah kekal dan boleh digunakan untuk pengarkiban

    Beberapa storan mempunyai jangka hayat sehingga 100 tahun

  • TOPIK 4 STORAN SEKUNDER 68

    PERANTI STORAN MAGNETIK

    Peranti storan magnetik merujuk kepada peralatan yang menggunakan kepala magnetik untuk membaca dan menulis data. Ia mendapatkan dan menghantar data dari medium yang boleh dimagnetkan. Medium ini mungkin pita plastik yang disalut jirim logam yang sangat halus. Dua jenis peranti magnetik adalah pita magnetik dan cakera keras.

    4.2.1 Pita Magnetik

    Pita magnetik adalah medium storan sekunder di mana datanya disimpan di dalam gulungan pita. Secara khususnya, pita magnetik adalah pita plastik nipis yang telah disaluti dengan bahan bermagnet. Data pada pita ini diwakili oleh partikel magnet yang merupakan data digital dalam bentuk diskret 0 dan 1. Pita mengandungi sejumlah trek dan saluran yang biasa digunakan untuk menyimpan data. Biasanya ada tujuh hingga sembilan trek. Data pada pita akan dihapuskan sebelum data baru ditulis ke atasnya. Jumlah trek pada pita bergantung kepada jumlah kepala baca atau tulis yang terdapat pada unit pemacu pita tersebut. Oleh kerana pita adalah dalam bentuk gulungan, data akan disimpan secara bersiri. Setiap jalur pita (tujuh hingga sembilan trek) akan mewakili satu aksara. Untuk data yang disimpan secara bersiri, kaedah storan digunakan adalah bengkang-bengkok di mana data disimpan satu demi satu sepanjang satu atau dua trek pada satu masa. Data akan ditulis daripada permulaan hingga ke akhir trek yang berkenaan dan ia akan berterusan ke atas bahagian yang masih belum digunakan seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.3.

    4.2

    AKTIVITI 4.1

    Mengapa kita perlukan storan di dalam komputer? Terangkan.

  • TOPIK 4 STORAN SEKUNDER 69

    Rajah 4.3: Pita Magnetik

    Di samping itu, terdapat juga data yang disimpan secara selari. Untuk jenis selari, data akan ditulis blok demi blok atau rekod demi rekod. Setiap blok data akan diasingkan dengan ruang yang dipanggil sela antara blok. Untuk rekod demi rekod, ruang tersebut dipanggil sela antara rekod. Ruang ini diperlukan kerana pita tidak boleh berhenti dengan segera setelah pita digulung. Biasanya, penggunaan pita hanyalah 35%70% bergantung kepada faktor halangan. Pita magnetik diukur melalui banyaknya data yang boleh disimpan pada pita magnetik dan juga kelajuan pita melepasi kepala baca atau tulis. Kombinasi kedua-duanya menentukan kadar pemindahan atau bilangan aksara sesaat yang boleh dihantar ke storan primer. Kepadatan pita diukur dengan aksara per inci, atau bit per inci. Kepadatan data berbeza-beza daripada 800bpi ke 7,000bpi. Panjang pita biasanya 600m, 366m atau 731m. Oleh itu, pita sepanjang 366m dengan 6,250bpi boleh menyimpan sehingga 180MB data. Saiz data boleh disimpan biasanya antara 40MB hingga 5GB. Pemacu yang boleh meningkatkan pemuatan maksimumnya adalah pita audio digital (digital audio tape DAT). Pemacu pita audio digital terdiri daripada dua kepala baca dan dua kepala tulis yang baca atau tulis satu jenis kutub magnet sahaja. Data pada pita akan dicapai dan ditulis secara bersiri. Ada dua jenis pita magnetik unit pita magnetik untuk komputer besar dan unit katrij pita untuk komputer peribadi. Kini, kebanyakan pita digunakan untuk storan selamat dan storan salinan kerana ia mudah alih dan murah. Saiz storan untuk pita magnetik biasa adalah antara 20GB40GB.

  • TOPIK 4 STORAN SEKUNDER 70

    Kekurangan pita magnetik adalah kadar yang perlahan bagi capaian data bersiri. Kelebihannya adalah murah, mudah alih dan tahan lama.

    4.2.2 Cakera Keras

    Cakera keras merupakan peranti storan yang mengandungi satu atau lebih piring metalik yang berbentuk membulat, tebal, tidak boleh dilenturkan dan kuat yang mengandungi jirim magnetik untuk menyimpan data, arahan dan maklumat. Cakera disimpan di dalam bekas yang kedap udara dan dimaterikan. Cakera keras yang dipasang di dalam unit sistem sebuah komputer dipanggil cakera keras dalaman (rujuk Rajah 4.4). Ia tidak bersifat mudah alih seperti cakera keras luaran.

    Rajah 4.4: Cakera keras dalaman

    Cakera keras dapat menyimpan dan mencapai data dengan lebih pantas dan mempunyai kapasiti yang lebih besar. Cakera keras adalah peranti yang sangat sensitif. Kepala baca atau tulisnya terapung di atas permukaan cakera pada jarak 0.000001inci. Walaupun jarak ini adalah sangat rapat, ia masih membenarkan debu, atom asap, rambut manusia dan cap jari merosakkan kepala baca atau tulis. Kerosakan ini boleh menyebabkan banyak data atau keseluruhan data pada cakera keras dimusnahkan sama sekali.

    1. Berikan dua kelebihan storan sekunder.

    2. Pelbagai jenis storan terdapat di pasaran. Nyatakan tiga jenis storan magnetik yang biasa menjadi pilihan pengguna.

    SEMAK KENDIRI 4.1

  • TOPIK 4 STORAN SEKUNDER 71

    Cakera keras luaran merupakan suatu cakera keras yang terpisah dan disambungkan kepada port USB di unit sistem dengan menggunakan kabel atau berkomunikasi secara tanpa wayar. Sementara itu, cakera keras mudah alih adalah cakera keras yang dimasukkan dan dikeluarkan daripada pemacu. Berbanding cakera keras dalaman, cakera keras luaran dan cakera keras mudah alih (rujuk Rajah 4.5) adalah lebih baik dari segi:

    (a) Kebolehan mengangkut bilangan fail yang besar;

    (b) Kemudahan menyimpan saiz audio dan video yang besar;

    (c) Menjamin keselamatan data; dan

    (d) Menambah ruang storan kepada komputer riba atau komputer meja, tanpa perlu membuka sistem unit.

    Rajah 4.5: Cakera keras luaran dan mudah alih

    4.2.3 Storan Optik

    Peranti storan optik menyediakan alternatif untuk menyimpan banyak data. Peranti ini menggunakan prinsip cahaya berbanding prinsip magnetik dalam menyimpan data. Pancaran sinar laser menentukan data ditulis atau dibaca. Semasa penulisan data ke atas permukaan peranti optik, sinar laser berkuasa tinggi digunakan untuk membentuk lubang mikroskopik (pit) di cakera. Setiap

    Bagaimanakah rupa di dalam pemacu cakera keras? Layari pautanberikut untuk melihat komponen pemacu cakera keras:

    http://www.youtube.com/watch?v=kdmLvl1n82U

    Bolehkah anda menerangkan secara ringkas komponen-komponen ini?

    AKTIVITI 4.2

  • TOPIK 4 STORAN SEKUNDER 72

    pit mewakili data 0 sementara bahagian cakera tanpa pit mewakili data 1. Semasa bacaan cakera optik, sinar laser berkuasa rendah diarahkan ke permukaan cakera. Pantulan sinar laser bergantung kepada lubang di permukaan. Jika terdapat lubang, pantulan sinar itu diserakkan dan tidak dapat dikesan oleh pengesan cahaya. Ini menggambarkan keadaan 0. Jika tidak ada lubang atau jika permukaan adalah rata, pantulan sinar tertumpu dan boleh dikesan oleh pengesan caha

Recommended

View more >