tugasan lempar cakera

Upload: zulhilmi-ahmad

Post on 03-Apr-2018

865 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    1/32

    PENGENALAN

    Acara-acara lontaran walaupun sudah bermula sejak zaman kuno lagi sebagai salah

    satu aktiviti dalam kehidupan seharian manusia, sehingga kini menjadi acara sukanolahraga, masih kurang mendapat sambutan. Acara lontaran seakan-akan tersisih

    daripada acara-acara olahraga yang lain, malah ada pihak yang kurang memberi

    perhatian terhadap acara-acara lontaran ini. Pada masa silam, juga lembing

    umpamanya sering digunakan untuk aktiviti perburuan, sebagai senjata dalam dalam

    peperangan dan pertahanan diri. Pada masa silam juga mereka yang terlibat dalam

    peperangan terpaksa menggunakkan sesuatu untuk mempertahankan diri daripada

    senjata musuh yang paling sering mereka gunakan ialah menggunakkan perisai yang

    diubah suai digunakkan untuk maksud ini.Lama kelamaan perisai diubah suai

    digunakkan untuk tujuan lain,iaitu untuk menguji kekuatan mereka dengan cara

    melempar .Seseorang yang berjaya membuat lemparan yang jauh dikira pemenang. Aktiviti

    lontaran lain termasuk juga melontar peluru dan melontar tukul besi .Akan tetapi

    kedua-dua acara ini tercipta kemudian kerana kedua-duanya tidak mempunyai kaitan

    dalam peperangan atau pertahanan diri pada masa silam. Jika adapun lebih

    merupakan sebagai aktiviti di kalangan penduduk masa silam untuk menguji kekuatan

    masing-masing sebagai aktiviti biasa sahaja. Bagaimanapun, lama kelamaan aktiviti

    lontaran ini diubah suai menggunakan peralatan yang juga diubahsuai, kini menjadi acara

    sukan olahraga yang diminati dan dipertandingkan di seluruh dunia, termasuk dinegara kita.

    SEJARAH LEMPAR CAKERA

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    2/32

    Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara

    sukan, walaupun baling lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam.

    Lempar cakera dimasukkan ke dalam sukan olimpik kuno di Greek. Pada masa itu,

    peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih beratdaripada cakera yang digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan dalam

    sukan olimpik moden pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera

    yang digunakan sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang

    berbventuk bulat leper dan dibaluti besi sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam

    pada bahagian tengah dengan beratnya hampir 2kg, iaitu 1.923kg. Untuk mengelakkan

    cakera dilempar kemerata arah, disediakan satu kawasan khas yang berbentuk segi

    empat sama dengan 2.5m panjang dan lebar. Teknik atau cara membuat lemparan ketika

    itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan

    pada masa silam, yang menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan

    yang sedikit bongkoh, tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara

    lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak

    yang lebih jauh.

    Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan

    menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan

    membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua

    menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak

    mendapat sambutan kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak

    cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920,

    dan selepas itu teknik lemparan baharu diperkenalkan.

    PERKEMBANGAN MASA KINI

    Kini lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam

    kebanyakan perjumpaan sukan olahraga, termasuk di peringkat sekolah. Acara ini

    disertai oleh lelaki dan juga wanita, tetapi cakera yang lebih kecil dan lebih ringan

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    3/32

    digunakan oleh wanita. Begitu juga dengan penggunaan cakeradi peringkat sekolah.

    Jenis cakera ini adalah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur

    sesuatu kejohanan olahraga, walau di mana-mana kejohanan diadakan. Jika kita lihat

    sepintas lalu, acara ini kelihatan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Bagaimanapun,

    sebenarnyasukan lempar cakera tidaklah semudah dijangkakan. Mungkin ada antaramerekayang baru menceburkan diri dalam acara ini mampu melakukan lemparan yang

    agak jauh, tetapi dari segi teknikatau cara melakukan lemparan mungkin tidak betul atau

    kurang tepat. Untuk mendapatkan teknik lemparan yang betuk dan mampu

    menghasilkan jarak yang lebih jauh, seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan

    berpandukan tunjuk ajar dan bimbingan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman.

    Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan khas.

    Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa , kawasan lemparan

    cakera berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya, yang terbuka

    untuk peserta melakukan lemparan. Pada peringkat sekolah, disebabkan jarak

    lemparan dan teknik lemparan yang mudah menyebabkan kawasan lemparan terbuka

    keseluruhannya. Pagar berjaring besi ini bertujuan mengelakkan cakera daripada

    melayang keluar kawasan sehingga boleh membahayakan pegawai pertandingan dan

    penonton. Teknik lemparan yang diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa serta

    bentuk latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yang dicapai terus

    meningkat. Sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan ataupun

    antarabangsa, jarak yang dicapai terus mengingkat sehingga tiada rekod yang dapat

    bertahan lama. Umpamanya di peringkat dunia, jarak lemparan yang dilakukan telah

    melebihi 74 meter dan jarak ini dipercayai tidak akan kekal lama, seperti yang terjadi pada

    acara-acara lontaran dan lompatan yang lainnya.

    Di Malaysia, jika dibandingkan dengan peserta dunia, masih terlalu jauh.

    Bagaimanapun, lemparan terbaik yang dicapai iaitu 47.38m mungkin akan diperbaiki

    pada masa akan datang. Begitu juga dengan jarak yang diperoleh oleh pesertrta

    wanita, sama ada diperingkat dunia mahupun kebangsaan. Penggunaan teknik latihan

    yang menggunakan peralatan serba moden masa kini seperti kaedah sain sukan,

    pemakanan yang teratur dan terkawal, jurulatih yang berpengalaman, serta latihan

    yang diadakan di luar negeri, memungkinkan peserta-peserta lempar cakera kita

    mencapai jarak yang lebih baik dan mungkin akan muncul peserta lempar cakera Negara

    kita setanding dengan pencapaian peserta lain di dunia, atau sekadar di peringkat

    Asia

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    4/32

    PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

    Tujuan utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauhyang boleh daribulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan

    peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini adalah mengarahkan cakera ke kawasan

    sector yang bersudut 40 darjah di hadapan bulatan.

    Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan ritma yang

    seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu

    diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera. Empat faktor utama

    yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut pelepasan

    cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia

    bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk bulan

    punama apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka

    cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera

    yang dapat digerakan secara mememotong udara akan kurangkan rintangan udara dan

    mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh. Ketika memberi demostrasi

    kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru

    hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan bahagian badan. Ini dapat

    membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan

    sperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

    KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA

    Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka

    menjalani latihan melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini

    berlaku, guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah

    keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnyasemua pelajar mematuhinya.

    Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani

    pelajaran melempar cakera.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    5/32

    FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA

    Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:

    (a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera

    (b) Fasa hayunan awalan

    (c) Fasa lemparan

    (d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

    PERALATAN YANG DIGUNAKAN

    Setiap acara padang memerlukan peralatan dan kawasan khusus untuk

    membolehkan acara ini dijalankan. Peralatan ini direka dan dibentuk selari dengan

    keperluan jenis acara serta peraturan yang disyaratkan oleh IAAF. Dengan adanya

    peralatan kawasan khusus ini, dapat membezakan sesuatu acara lontaran atau lompatan

    dengan yang lain

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    6/32

    1. CAKERA

    Cakera ialah sejenis alat berbentuk bulat tapi leper dan di perbuat daripada kayu

    serta dilingkari (disimpai) oleh logam besi atau tembaga yang licin. Saiz yang di

    gunakan oleh atlet lelaki dan wanita adalah berbeza. Terdapat juga jenis cakera

    yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik. Walaupun cakera ini menepati

    spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan

    rasmi

    Rajah 1

    Rajah 2

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    7/32

    2. BULATAN LEMPARAN

    bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk

    khas untuk peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau

    bahan yang membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain

    dan kayu dengan bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan

    sekeliling. Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atay

    bahan lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hhendaklah rata dan ukuran

    pada saiz bulatan ini ialah 2.5m pada diameternya. Bulatan lemparan ini

    dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama besar. Diameter bahagian dalam

    bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang 5mm,

    manakala garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya 6mm tebal dan

    diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan di

    luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan.

    Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang

    sesuai.

    Rajah 3

    3. KAWASAN LEMPARAN

    kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh

    bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak

    terhad. Bagi peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m

    panjang, manakala, bagi peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan

    sehingga mencapai 100m. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    8/32

    bulatan lemparan cakera. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang

    halangan atau gangguan atau penonton. Garisan melengkung mengikut

    bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di adakan pada jarak tertentu,

    umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah, dan jarak yang lebih

    jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan rekod atau

    pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh sesetengah

    penganmjur. Garisan ini adalah sebagai panduan kepada para peserta untuk

    membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod baru.

    Rajah 4

    4. KURUNGAN KESELAMATAN

    Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku

    semasa acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan

    henbdaklah diambil. Langkah yang paling penting ialah dengan memasangkurungan keselamatan dikawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah

    direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat menahan lemparan cakera

    yang beratnya 2kg serta dilemparpada kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat.

    Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang

    tiang yang menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak

    5m dihadapan bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah

    sekurang-kurangnya 4m tinggi. Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau

    wayar yang seumpamanya.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    9/32

    Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang

    disediakan, kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini.

    Dengan demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan

    bukan melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana

    gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan.

    Rajah 5

    5. PITA PENGUKUR

    Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan ditentukkan

    oleh jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur.

    Alat yang digunakan ialah pita pengukur.pegawai pertandingan akan

    mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya

    dibatalkan.ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera

    hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan lemparan,walaupun pita ditarik

    hingga titik tengah bulatan lemparan itu.Bagaimanapun dalam kebanyakkan

    perjumpaan olahraga peringkat antara-bangsa, alat pengukur elektronik sudah

    digunakan untuk menggantikan pengunnaan pita pengukur. Dengan demikian,

    setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    10/32

    Rajah 6

    CARA MEMEGANG CAKERA

    Rajah 7

    CARA 1

    Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera yang menutupi bahagian

    logam ditengah cakera. Cakera dipegang hanya dengan ruas hujung jari yang

    dibengkokkan, manakala ibu jari diletakkan di atas permukaan cakera untuk

    kawalan. Jar i - jar i d i renggangakan pada jarak yang hampir sama.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    11/32

    CARA 2

    Cara ini hampir sama dengan cara 1, yang berbeza hanya jari telunjuk dirapatkan

    dengan jari hantu, manakala jari manis dirapatkan dengan anak jari.

    CARA 3

    Cara ini ialah untuk peserta yang saiz tapak tangannya agak kecil dan ruas jarinya

    agak pendek. Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera dengan

    menutupi dua pertiga sahaja daripada bahagian logam tengan cakera. Ini untuk

    membolehkan jari-jari memegang simpai logan cakera. Jarak antara jari-jari

    adalah serupa dengan cara 1 dan cara 2.

    CARA MENGUKUR LEMPARAN

    1. Jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira

    2. kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan

    3. pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan.

    4. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan

    5. cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan

    6. lemparan ketika jarak lemparan diukur.

    7. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis

    8. bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan

    9. menunjukkan jarak lemparan.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    12/32

    TEKNIK LEMPARAN

    Terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu;

    Gaya Berdiri

    Gaya Berpusing

    TEKNIK GAYA BERDIRI

    Fasa 1: Persediaan

    a) Berdiri, menghalakan bahu kirinya ke arah kawasan cakera mendarat.

    Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.

    b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

    Fasa 2: Hayunan Awalan

    a) Cakera digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri untuk memulakan

    hayunan ke belakang, kemudian dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan

    yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri.

    Fasa 3: Pelemparan

    a) Selepas dua atau tiga hayunan, mengilaskan badan ke hadapan, didahului

    dengan siku kiri dan kepala mendongak.

    b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus.

    Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan.

    Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

    (a) Ketika melempar cakera, kedua-dua belah kaki menolak tanah dan diluruskan

    sehingga badan terangkat.

    (b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    13/32

    ke belakang untuk mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih

    memerhatikan pergerakan cakera.

    TEKNIK GAYA BERPUSING

    Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang

    kawasan lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan

    cakera. Biasanya dalam lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1

    pusingan sebelum membuat lemparan. Dalam pada itu peserta juga hendaklah

    bersedia dari segi mentalnya, yakni menumpukan penuh konsentrasi terhadap

    acara ini. Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam

    melakukan berpusing. Perlu diingat panduan ini adalah lebih sesuai untuk

    peserta lelaki, walaupun mungkin dapat juga dijadikan panduan untuk peserta

    wanita.

    1.Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan

    membelakangi arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada

    jarak bahunya dengan tapak kaki belakang diserongkan sedikit dengan

    menghala kea rah sisi kakan badan, manakala tapak kaki kiri dalam

    kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi kawasan lemparan.

    Sementara itu berat badan peserta hendaklah diseimbangi pada kedua-dua

    belah kaki.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    14/32

    2.Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera

    sebagai persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika

    melakukan hayunan, berat badan peserta akan berpindah dari kaki belakang ke

    kaki hadapan mengikut arah tangan yang memegang cakera

    3. Pesrta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan

    persediaan terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan,

    manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan baru,mengikut

    pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya bergerakan ini berlaku secara

    atomatik kesan hayunan tangan bersama cakera. Seterusnya hayunan bertukardalam pergerakan yang lancer lagi licin kepada pusingan keseluruhan badan

    peserta. Peserta hendaklah memusingkan badan dengan segera serta lurus

    ke hadapan bagi mendapatkan pengawalan yang rapi terhadap pergerakan

    badan, peserta hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang rendah.

    4. Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing,

    mengarahkan badan ke hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan

    melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri bermula di belakang bulatan

    hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada kedudukan

    membuat lemparan dengan berkesan.

    5. Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua

    pusingan, bermakna peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap

    cakera dalam pegangannya. Teknik lemparan adalah hamper sama dengan

    teknik dalam lemparan static. Caranya ialah ketika bahagian badan bergerak

    menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri di lepaskan sambil lutut didongak

    kea rah kawasan pendaratan. Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas

    lonjakan akhir untuk pelepasan cakera. Cakera dilemparkan apabila tangan

    yang memegang cakera menamatkan hayunan sampai ke arah bahu.

    6. Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung

    kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan, berikut

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    15/32

    adalah kedudukan untuk melakukan lajakan.

    a. Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan

    peserta berdiri di atas kaki kanan secara menjengket.

    b. Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan

    kaki daripada terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari

    bulatan itu.

    c. Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga

    cakera mendarat dengan selamat.

    7. Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera

    mendarat di kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian separuh

    belakang bulatan.

    8. Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan

    untuk lemparan teknik badan berpusing ini.

    Gaya berpusing

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    16/32

    UNDANG-UNDANG DAN KESELAMATAN

    1. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut

    susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.

    2. Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga lemparan

    dan lapan peserta yang mempunyai lemparan paling jauh akan memasuki

    pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga lemparan lagi

    untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang peserta untuk

    pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam percubaan seorang, dan

    lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan menentukan pemenang

    keseluruhan.

    3. Setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan menggunakan kawasan

    pertandingan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan,sama ada

    dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.

    4. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak

    lemparan paling jauh dan yang sah.

    5. Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan

    hendaklah bermula daripada kedudukan statik.

    6. Peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat

    atau menyentuh kawasan pendaratan.cara keluar dari bulatan yang tidak di kira

    batal.

    7. Untuk menjadikan lemparan itu sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan

    pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan

    mengelilingi bulatan lemparan.

    8. Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap

    peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan

    sebelumnya.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    17/32

    9. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh

    memberikan kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.

    10. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau

    pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau

    lemparannya

    11. Sekiranya terdapat keputusan seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik

    bagi setiap peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap

    peserta berkenaan melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang mencapai

    jarak lebih jauh daripada lemparan tambahan dikira pemenang.

    12. Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang

    ditetapkan,termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.

    13. Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh

    semangat kesukanan,sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira

    14. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan

    untuk acara ini.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    18/32

    BIBLIOGRAFI

    Aris Faizil Hj. Ujang, Mohd Khairi Zawi, Salleh Mohamed Sheh, Teh Lah Hoong

    (2004), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3,

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    Prof. Madya Vasudevan T. Arasoo, (Julai 1993) Olahraga Fakulti Pendidikan,

    Universiti Malaya.

    Carl Johnson, (1994) Olahraga Balapan, England International Coach, British

    Athletic Federation.

    Teng Boon Tong, (2001) Panduan Pengajaran Olahraga, Unit Pendidikan

    Jasmani dan kesihatan, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka,

    Longman.

    Sumber bahan daripada Internet www.discus.com.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    19/32

    PENGENALAN

    Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami

    banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara

    berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti

    "melangkah dan lempar", gaya melempar 90, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan

    pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu.

    Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah

    sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan

    jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai

    kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari

    acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alatini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk

    melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah

    dianggap sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya.

    Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para pelajarnya

    mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas tentang prinsip

    pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika melempar boleh

    diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu ditegaskan bahawa

    para pelajar hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera dilakukan dengan tangan,

    tindakan kakinya juga mempunyai peranan yang penting dalam perlakuannya

    JENIS DAN BENTUK CAKERA

    Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang

    sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan

    di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring

    bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran

    serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan

    Olahraga Amatur Antarabangsa).

    Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik.

    Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak

    untuk pert"andingan rasmi.

    Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk

    maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspekaspek yang lain antara cakera untuk

    lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan

    Olahraga Amatur Malaysia).

    Gambar rajah yang diberi menunjukkan beberapa maklumat ten tang cakera dan bahagiannya.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    20/32

    KAWASAN LEMPARAN CAKERA

    Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan-akan sarna

    bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan palingan.

    Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan lemparan cakera dan bandingkannya dengan

    bulatan untuk lontar peluru.

    Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang

    menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan.

    Kurungan ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan

    bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi.

    Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta

    lain yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan

    tersebut demi keselamatan.Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik

    semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru seharusnya

    menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

    CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA

    Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama

    dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru.

    Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan terdekat

    yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Pita

    ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan

    lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di

    bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

    PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

    Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh

    dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki

    bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40 di

    hadapan bulatan.

    Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya

    dimiliki oleh seorang pelempar cakera. Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian

    untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.

    Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut

    pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak

    di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan pumama" apabila

    dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankanpergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    21/32

    udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih

    jauh.

    Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru

    hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian badan. Ini dapat

    membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki,

    lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

    lempar cakera

    Lempar cakeraSejarah

    Acara lempar cakera adalah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai

    acarasukan. Acara ini juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno

    Greek. Namun begitu, cakerayang digunakan adalah jauh lebih besar dan

    lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini. Acara lempar

    cakera mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.

    PeralatanCakera ini diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk

    bulat,leper,dan dibalutibesidi sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam

    seberat 1.923 kilogram pada bahagian tengah dan menghampiri 2 kilogram

    untuk atlet lelaki.Peraturan dan Teknik

    Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas

    yang disediakan berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik

    dan cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini,

    permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa

    silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada dalam

    kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera

    pula berada di sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini akan

    menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yanglebih jauh.

    Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada

    tahun 1912 dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Setiap peserta

    akan melakukan lemparan kali pertama dengan hanya menggunakan

    sebelah tangan manakala lemparan pada kali kedua peserta akan

    menggunakan sebelah tangan yang belum digunakan lagi.

    Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara

    lemparan ini tidak mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil

    bahagian di dalam acara lempar cakera. Pertandingan melempar cakera

    menggunakan cara ini oleh peserta sehingga tahun 1920 dan selepas itu,

    teknik lemparan baru telah diperkenalkan.

    Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Greekhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cakera&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/1896http://ms.wikipedia.org/wiki/Besihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Besihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Besihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Besihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1896http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Cakera&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Greekhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan
  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    22/32

    semasa ke semasa dan bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak

    lemparan yang dicapai dalam setiap kejohanan terus meningkat maju. Jaguh

    yang pernah mengharumkan nama negara Malaysiadalam acara ini ialah

    Danapal Naidu.

    Keselamatan

    Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang

    disediakan untuk acara ini bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam

    kejohanan Sukan Olimpik dan kejohanan yang lain, kawasan acara ini

    berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian hadapannya yang terbuka

    untuk peserta melakukan lemparan.

    Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk

    mencapai jarak paling jauh.

    1.0 PENGENALAN

    Acara melempar cakera merupakan acara tertua dalam kalangan acara balingan. Ia dipertandingkan di Sukan Olimpik di Greek Purba. Pada tahun1896, cakera kayu digunakan di Athens dengan beratnya sedikit kurang daripada 2 kg. dalam tahun 1908 di Olimpik London barulah berat cakeraditetapkan sebagai 2 kg.

    Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturandan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti"melangkah dan lempar", gaya melempar 90, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh

    jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu.

    Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajamya masuk ke sekolah menengah. Inidisebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasaikemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera.Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Selain itu, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untukmelempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap sangat penting bermula dari masahayunan awal sehingga pelemparannya.

    2.0 PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

    Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah

    berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40 dihadapan bulatan.

    Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.

    Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah:

    1- pegangan cakera dan lakuan sedia2-hayunan awal3-pusingan4-lemparan5-pulihan

    Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan purnama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akanmemperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara

    dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Danapal_Naidu&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Danapal_Naidu&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia
  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    23/32

    Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepadaturutan tindakan bahagian badan. lni dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut,siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

    3.0 KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA

    Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka menjalani latihan melempar cakera. Untuk mengelakkankejadian yang tidak diingini berlaku, guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika menjalani latihan

    dan pentingnya semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani pelajaranmelempar cakera.

    (a) Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan guru.

    (b) Pelajar menunggu gilirannya di tempat yang selamat dan tidakmenunggu di keliling atau berhampiran bulatan lemparan di mana pelajar lain sedang membuat percubaan.

    (c) Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau di hadapannyadalam kawasan pendaratan ketika dia memulakan lemparannya.

    (d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu "semua melempar, semua memungut" jika latihan berkumpulan diamalkan oleh pelajar.

    (e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membaling cakera kepadapeserta yang menunggu gilirannya.

    4.0 FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA

    Melempar cakera melibatkan lima fasa seperti berikut :

    Fasa 1: Pegangan cakera dan lakuan sedia

    (a) Pegangan Cakera

    Cakera diletak di atas tapak tangan dan rimnya (simpain logam) dipaut oleh ruas pertama jari-jari tangan. Ibu jari tangan diletakkan di atas mukacakera dan jari-jari lain direngangkan selesa. Pergelangan tangan tidak dibengkokkan dan tidak menyentuh cakera.(Rujuk rajah 1.1).

    Rajah 1.1 cara memegang cakera

    (b) Lakuan sedia

    Pelempar cakera berdiri tegak atau lutut dibengkokkan sedikit di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan lemparan. Pastikangaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki dibuka berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.

    Fasa 2: Hayunan Awalan

    1. Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambilberpaksi di atas hujung kaki. (Rujuk Rajah 1.2).

    Rajah 1.2

    2. Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan rnenyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kirimemberi sokongan kepada cakera., Lihat juga fasa 1.

    3. Cakera dihayun ke beiakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah

    dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    24/32

    Fasa 3: Pusingan

    1. Pada akhir hayunan ke hadapan, pelempar mengilaskan badan ke kiri. Dengan berpaksi atas bebola kaki kiri, badan dipusing dengan

    menggerakkan kaki kanan mengikut mengikut arah jam.2. Seterusnya kaki kiri melangkah ke belakang dan disusuli dengan pusingan badan.3. Sebaik sahaja kaki kiri menyentuh lantai, kaki kanan digerakkan ke hadapan dan diikuti dengan pusingan badan.4. Sebaik sahaja kaki kiri menyentuh lantai, kaki kanan digerakkan ke hadapan dan diikuti dengan pusingan badan.

    Fasa 4 : Lemparan

    1. Fasa ini bermula bila tapak kaki kanan menapak di tengah bulatan, diikuti dengan penapakan tapak kaki kiri di hadapan bulatan. Ketika kakikanan menyentuh lantai dan sebelum kaki kiri menyentuh lantai, lutut kaki kanan dan pinggul bergerak cepat dan kuat ke hadapan. Tangan yangmemegang cakera masih mengekori di belakang.2. Tangan kiri bengkok dan rapat ke dada.3. Dengan menghadap ke hadapan, cakera digerak ke hadapan pada tahap ketinggian bahu. Jari- jari memutar cakera mengikut arah jam. Kedua-dua belah kaki menolak kuat ke atas lantai.

    Fasa 5 : Pulihan

    1. Selepas cakera dilepaskan, tangan yang melempar terus mengikuti arah lemparan dan kemudian dibengkokkan.2. Kaki kanan bergerak ke hadapan bulatan dan kaki kiri di angkat ke belakang.3. Mata pandang pada cakera.

    5.0 LATIHAN ANSUR MAJU

    1. Memegang cakera dan menghayun cakera dengan tangan melempar(Rajah 1.3).

    Rajah 1.3

    2. Melambung cakera- melambung rendah dan tinggi (Rajah 1.3a).3. Mengguling cakera ( Rajah 1.3b).4. Membuat boling sisi secara melutut. ( Rajah 1.3c).

    Rajah 1.3 ( a )( c )

    5. Melempar bola secara duduk.( Rajah 1.3d).

    Rajah 1.3d melempar bola secara duduk

    6. Melempar gelung getah secara berdiri. (Rajah 1.3e).

    Rajah 1.3e Melempar gelung getah secara berdiri

    7. Melempar cakera secara berdiri (Rajah 1.4)

    Rajah 1.4 Melempar cakera secara berdiri

    8. Berdiri membelakangkan kawasan lemparan, pelempar melempar cakera dengan melangkah ke belakang ( Rajah 12.5).

    Rajah 1.5 melempar cakera dengan melangkah ke belakang

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    25/32

    9. Melempar cakera dengan gaya pusingana) Mula dengan menghadap kawasan lemparan (Rajah 1.6a)

    Rajah 1.6a menghadap kawasan lemparan

    b) Mula dengan menghadap sisi arah lemparan ( Rajah 1.6b)

    Rajah 1.6b menghadap sisi arah lemparan

    c) Mula dengan membelakangkan kawasan lemparan (Rajah 1.6c)

    Rajah 1.6c membelakangkan kawasan lemparan

    6.0 JENIS DAN BENTUK CAKERA

    Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring

    bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasiyang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa).

    Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik.Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi.

    Cakera untuk acara lelaki minimum beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat yang lebih terperinci tentangperbezaan aspek-aspek yang lain antara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM(Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

    Contoh cakera

    7.0 KAWASAN LEMPARAN CAKERA

    Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan caker.seakan-akan sama bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalahsudut kawasan sektor dan saiz bulatan balingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan le.mparan cakera dan bandingkannyadengan bulatan untuk lontar peluru.Mengikut rasmi demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dan satukurungan keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera danmembaling tukul besi.

    Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannya hendaklah beradadi belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    26/32

    Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingancakera 01 yang demikian, guru seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

    KAWASAN LEMPARAN CAKERA

    KURUNGAN ATAU PAGAR KESELAMATAN

    8.0 CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA

    Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalamacara melontar peluru.

    Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasanpendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Sila lihat gambar rajah yang diberi. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesancakera sehingga titik atau tanda pada pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatandi bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

    9.0 PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA

    (a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendakiah memuIakan Iemparannya dari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan.

    (b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuhsebarang bahagian badannya di kawasan Iuar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the circle) atau terlepas cakera dari

    pegangannya ketika membuat percubaan.

    (c) Bagi Iemparan yang sah, cakera hendakiah mendarat atau jatuh supaya bekas (kesan)nya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan olehdua garis sektor.

    (d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Ia mesti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatandalam keadaan berdiri.

    (e) Untuk mendapat pegangan yang baik peserta dibenarkan menggunakan bahan-bahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenisdengannya di bahagian tangan sahaja. Sarung tangan tidak boleh digunakan.

    (f) Jika Iebih daripada Iapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta dibenarkan melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaanitu, Iapan peserta yang terbaik lemparannya akan membuat tiga Iagi percubaan untuk menen tukan pemenang. Sekiranya ber Iaku seri di tempatkelapan, keputusan itu dibiarkan dan peserta-peserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu.Sekiranyahanya Iapan atau kurang orang yang mengambil bahagian, setiap peserta akan membuat enam percubaan.

    10.0 PERATURAN 182

    1. Cakera dilempar dari kedudukan pegun.2. Lemparan dibuat dari dalam bulatan.3. Pembatalan berlaku :a. Jika pelempar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan.

    b. Jika pelempar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melempar.c. Jika lemparan dibuat melewati tempoh 1 minit.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    27/32

    11.0 PERATURAN 189

    CAKERA

    Pembikinan

    Badan cakera boleh dibuat padu atau lompong dan diperbuat daripada kayuatau bahan lain yang sesuai dengan bingkai logam, dan berbentukbulat.Kertan rentas tepinya yang dibulatkan berbentuk bulatan sempurna yang mempunyai jejari lebih kurang 6 mm.Cakera juga boleh dilekatkan dengan lapisan logam bulat ditengahtengah keduadua permukaan lepernya. Sebaliknya , permukaan ini boleh

    juga tidak dipasangkan asalnya permukaannya kekal rata dan ukuran dan beratnya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.Setiap belah cakera mestilah sama tanpa sebarang lekuk, benjolan, atau bucu tajam. Kedua dua belah ini juga hendaklah menirus lurus dari tepi

    bulatan tengahnya yang mempunyai anggaran 25 mm hingga 28.5 mm ke bucu di sekelilingnya.Profil cakera hendaklah direka bentuk seperti berikut :

    Dari bucunya, ketebalan cakera meningkat hingga ke bahagian tebal maksimum di tengah tengahnya.

    Ketebalan maksimum diperolehi kirakira 25 mm hingga 28.5 mm dari paksi cakera.

    Sebelah atas dan bawah cakera mestilah serupa.

    Cakera mestilah simetri bersabit putaran di sekeliling paksi cakera termasuk permukaan rimnya hendaklah tidak kesat dan keadaannya licin.

    SPESIFIKASISPESIFIKASI PROFIL CAKERA

    CAKERA WANITA REMAJA/ JUNIOR/SENIORLELAKI REMAJALELAKIJUNIORLELAKISENIOR

    Berat minimum untuk dibenarkan dan diterima sebagai rekod

    1.000 kg1.500 kg1.750 kg2.000 kgMaklumat pengeluar :Beraneka jenis alat yang dikeluarkan untuk pertandingan1.005 kg1.025 kg1.505 kg1.525 kg1.755 kg1.775 kg2.005 kg2.025 kgGaris pusat luarRim logam min

    max180 mm182 mm

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    28/32

    200 mm202 mm210 mm212 mm219 mm221 mmGaris pusat lapisan logam atau bahagian MinRata ditengah Max

    50 mm57 mm50 mm57 mm50 mm57 mm50 mm57 mmKetebalan pada

    bahagian rata Mindi tengah Max37 mm39 mm38 mm40 mm41 mm43 mm44 mm46 mmKetebalan rim( 6mm dari tepi ) MinMax12 mm13 mm12 mm13 mm12 mm13 mm

    12 mm13 mm

    12.0 PERATURAN 190KURUNGAN KESELAMATAN LEMPAR CAKERASemua lemparan cakera hendaklah dibuat dari dalam kandang atau kurungan bagi menjamin keselamatan penonton, pegawai pegawai dan

    peserta. Kurungan yang dinyatakan dalam peraturan adalah untuk digunakan dalam stadium utama yang mempunyai penonton disekelilingnya diluar arena dan dengan adanya acaraacara lain berjalan serentak di bahagianbahagian lain di arena.

    Kurungan hendaklah direka cipta, dibuat dan disenggara supaya berupaya menahan cakera seberat 2 kg melayang pada kadar kelajuan sehingga25 meter sesaat. Pembikinannya hendaklah sebegitu rupa supaya tidak mungkin terdapat lantunan atau pantulan balik kepada peserta yang

    melempar atau melalui sebelah atas kurungan. Asalkan mematuhi keperluankeperluan peratuan ini, apa jua bentuk kurungan boleh digunakan.

    Kurungan hendaklah berbentuk U dari pandangan atas. Lebar buka pintunya ialah 6 m, ditempatkan 7 m di hadapan pusat bulatan balingan.Tinggi jaring dindingnya hendaklah sekurangkurangnya 4 m. perkiraan hendaklah dibuat semasa mereka bentuk dan memasangnya bagimengelakkan cakera menghentam penyambung tetulang atau cakera membolosi bawah jaring.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    29/32

    Jaring kurungan oleh diperbuat daripada tali serat asli atau tiruan yang sesuai atau daripada dawai keluli tekanan tinggi atau sederhana. Saizmaksimum lubang jaring ialah 50 mm bagi jaring keluli dan 40 m bagi jaring tali. Saiz minimum lubang bergantung kepada pembinaan kurungan, tetapi kekuatan tahan hentam wajarlah 40 kg. Bagi memastikan kurungan sentiasa selamat , jaring dawai keluli hendaklah diperiksa sekurang kurangnya 12 bulan.

    Sektor bahaya maksimum dari kurungan bagi lempar cakera ialah lebih kurang 69 darjah, apabila dugunakan oleh pelempar tangan kanan ataupelempar kidaldalam pertandingan yang sama. Jesteru , penempatan dan penjajaran kurungan di dalam arena sangatlah penting demi menjaminkeselamatan semua pihak yang terlibat.

    KURUNGAN LEMPAR CAKERA

    13.0 REFLEKSI

    Syukur Alhamdulillah,akhirnya dapat juga kami Tengku Nor Adila Bt. Tg. Mohd. Salim dan Nor Fadhila Bt. Mohamad Norizan bersama-samamenyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah

    pembimbing En. Wan Suhaimi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan kerja kursus.

    Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai kekangan yang kami hadapai antaranya ialah kekurangan bahan rujukan. Ini menyebabkankami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas. Selain itu, kami juga mengalami masalah mencari maklumatmelalui internet. Hal ini demikian kerana system Wi-Fi yang dipasang di asrama tidak dapat berfungsi dengan baik.Pelbagai pengalaman dan ilmu yang kami peroleh sepanjang menyiapkan kerja kursus ini walaupun pelbagai kekangan terpaksa kami harungi.Antaranya ialah kami dapat belajar menyelesaikan tugasan secara muafakat. Selain itu, kami dapat memahami dengan lebih mendalam tentangacara olahraga Lempar Cakera. Kami juga dapat memahami fasa -fasa dan peraturan-peraturan yang terdapat dalam acara lempar cakera.Selaindaripada itu,kami juga dapat mempelajari latihan ansur maju yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kemahiran melempar cakera.

    Kesimpulannya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, secara tidak langsung kami berpeluang melatih diri kami menjadi seorang yang lebihbertanggungjawab dalam melakukan tugasan yang diberikan dan sekali gus menyedarkan kami betapa pentingnya nilai kerjasama bagimemudahkan lagi proses menyiapkan tugasan yang perlu disempurnakan ini.

    14.0 REFLEKSI INDIVIDU

    Nor Fadhila bt Mohamad Norizan

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya sempurnakan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) inibagi mata pelajaran PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (TMK lempar cakera) bagi Kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana MudaPerguruan ( PPISMP SEMESTER 2 2009 ) dengan jayanya . Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu En WanSuhaimi bin Wan Setapa di atas bimbingan dan tujuk ajar yang diberikan .

    Saya telah menghadapi beberapa kesulitan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya , saya berasa agak kabur mengenai tugasanini kerana taklimat yang diberikan pada peringkat awal tidak berapa jelas dan sukar bagi saya untuk memahaminya. Tambahan pula, sayamerasakan tugasan kali ini agak berat dan rumit kerana memerlukan persediaan dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang teknologi. Selain

    itu , kesulitan untuk mencari maklumat yang tepat berdasarkan fakta melalui sumbersumber yang boleh dipercayai. Keadaan ini menyukarkanlagi usaha saya melaksanakan tugasan ini. Namun demikian , saya amat berterima kasih kepada rakan rakan seperjuangan yang membantu darisegi perkongsian maklumat dan pendapat tentang tugasan ini. Bimbingan pensyarah dan perbincangan yang dijalankan bersama rakanrakanyang lain membantu memudahkan saya melaksanakan tugasan ini.

    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan itulah pepatah keramat yang saya pegang dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini. Sayaberusaha keras bagi mencari jalan penyelesaian di mana saya telah mencari maklumat dari pelbagai bahan rujukan. Walaupun buku yang terdapatdi perpustakaan amat terhad , saya mencari jalan penyelesaian dengan meminjam buku-buku tersebut dan bertukar tukar maklumat dengan rakan

    rakan lain. Saya juga meminta bantuan dan pandangan dari senior-senior yang lebih berpengalaman. Melalui kerja khusus ini, saya dapatmengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara rakan-rakan dan juga para pensyarah.

    Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan melalui kerja kursus ini di mana saya dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi yangsemakin mendapat tempat dalam arena perguruan masa kini. Di samping itu, saya juga sedar mengenai kepentingan teknologi maklumat dankomunikasi dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang selama ini berasaskan pembelajaran fizikal sematamata.

    Banyak pengajaran yang saya perolehi dari tugasan ini. Antaranya , menjadi lebih sabar dan berdisiplin di mana kesabaran yang tinggi amatdiperlukan untuk mencari maklumat dan menyiapkannya pada tempoh yang diberikan. Saya juga berjaya menjadi seorang yang menepati masa di

    mana saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan juga lebih komited terhadap kerja yang diberi dan berjayamenjadi orang yang fleksibel untuk berada dalam apa jua keadaan. Akhirnya , saya berharap agar tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang telahditetapkan dan memuaskan hati semua pihak.

  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    30/32

    Sekian , terima kasih.

    Disediakan oleh ,

    Nor Fadhila Binti Mohamad Norizan,PPISMP BM / PJ / KS,Semester 2 2009.

    TG. NOR ADILA BINTI TG. MOHD SALIM

    Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya menyempurnakan Tugasan Kerja Berasaskan Ilmu(KKBI) Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Semester 2 (2009) dengan jayanya. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada

    pensyarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu En. Wan Suhaimi Bin Wan Setapa di atas bantuan dan tujuk ajar yang diberikan .

    Saya telah menghadapi beberapa kesulitan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini seperti kesulitan mencari maklumat di perpustakaan keranabuku-buku yang diperlukan amat terhad. Rata-rata guru pelatih mempunyai masalah pemahaman soalan tugasan memandangkan tugasan inidiberikan tanpa panduan mengikut kehendak soalan. Ditambah pula dengan kami guru pelatih baru yang masih ketandusan ilmu amatmenyukarkan kami semua menghantar tugasan ke dalam laman web Pendidikan Jasmani .Selain itu, kami menghadapi sedikit kekeliruan ketikamengenal pasti tentang pengisian maklumat yang perlu kami sediakan di dalam kerja kursus ini mengikut kehendak soalan.Namun begitu, berkat

    pertolongan dari pensyarah dan kerjasama yang diberikan oleh rakan sekelas, saya dan rakan berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan dapatmenyiapkan kerja kursus menepati masa yang diberikan.

    Berat sama dipikul ringan sama dijinjing itulah pepatah keramat yang saya pegang untuk menyiapkan kerja kursus ini .Walaupun tugasan inimerupakan tugasan individu, saya dan rakan berkumpul dan berbincang bagi sama- sama membuat penambahan ilmu dan cuba menghuraikan

    persoalan- persoalan yang timbul tambahan pula tugasan kali ini perlu dihantar melalui hard copy, soft copy dan laman web. Walaupun bukuyang terdapat di perpustakaan amat terhad , saya mencari jalan penyelesaian dengan meminjam buku-buku tersebut dan bertukar tukar maklumatdengan rakan - rakan dari kelas lain. Saya juga meminta bantuan dan pandangan daripada pelajar senior yang lebih berpengalaman mengenai caramenghasilkan tugasan berbentuk grafik dengan menarik.

    Melalui kerja khusus ini, saya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakan-rakan sekelas dan juga rakanrakan lain serta para

    pensyarah . Ada pepatah pernah berkata semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tidak faham. Saya mendapat banyak ilmupengetahuan melalui kerja kursus ini di mana saya dapat mengetahui cara-cara untuk menyiapkan sebuah kerja kursus di peringkat pengajiantinggi yang berbeza caranya dengan peringkat sekolah. Saya menjadi lebih sabar dan berdisiplin di mana saya memerlukan kesabaran yang tinggiuntuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang ditetapkan. Saya juga menjadi lebih komited terhadap kerja yang diberidan berjaya menjadi orang yang fleksibel di mana saya menyesuaikan diri walau berada dalam apa jua keadaan .Akhir kata, saya berharap kerja kursus saya ini menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak yang insititut. Saya juga berharap kerjakursus saya boleh menjadi rujukan kepada guru-guru pelatih pada masa hadapan .Sekian, terima Kasih.

    Disediakan oleh ,

    Tengku Nor Adila Bt. Tg. Mohd Salim

    Semerster 2 PPISMP (BM/PJ/KS)

    12.0 BIBILIOGRAFI

    Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, Buku Peraturan Olahraga KOAM 2008-2009.

    Teng Boon Tong (1989) SIRI PENDIDIKAN LOGMAN, Panduan Pengajaran Olahraga (Kepegawaian & Kejurulatihan). KARISMAPUBLICATIONS SDN.BHD. SHAH ALAM.

    Wee Eng Hoe (1996). Gerak Kerja Kokurikulum (sukan). Shah Alam: Fajar Bakti

    Vasudevant T. Arasoo (1993). Olahraga Acara Padang. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Last edited byfaie_goldmineon 01 Apr 2009, 08:41, edited 3 times in total.faie_goldmine

    Posts: 4Joined: 09 Jan 2009, 02:58

    Top

    http://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=126&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=126&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=126&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=126&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=126&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#wraphttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#wraphttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#wraphttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=126&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=126&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bac
  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    31/32

    Re: Lempar Cakera

    byfatahon 18 Feb 2009, 00:37

    Code: Select all

    Tugasan kertas kerja ini disediakan oleh :

    ABDUL FATAH BIN SHAARI

    ABDUL HALIM BIN MAT HANIPI

    PPISMP SEM2 PJ/BI/BM

    1.0 PENGENALAN ACARA LEMPAR CAKERAfatah

    Posts: 6Joined: 14 Jan 2009, 00:48

    Top

    Re: Lempar Cakerabyhishamon 22 Feb 2009, 03:28

    Mohd Aswadi bin Ab. AzizMohd Hishamuddin bin M.Hashim

    PENGENALAN

    LEMPAR CAKERA

    Acara lontaran telah bermula sejak Zaman kuno lagi.Ia menjadi salah satu aktiviti dalam kehidupan seharian manusia dan kini telah berkembangmenjadi acara sukan olahraga.Lempar cakera ini pada mulanya dimasukkan ke dalam sukan Olimpik kuno di Greek.Pada masa tersebut, peralatan

    atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada masa kini.

    Dalam Sukan Olimpik moden pada tahun 1896,Cakera yang digunakan adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan pada masasekarang.Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan dibaluti besi disekelilingnya.Dibahagian tengah cakeratersebut dimasukkan timah hitam dengan beratnya hampir dua kilogram,iaitu, 1.923 kg.

    Sebuah kawasan khas yang berbentuk segiempat sama yang berukuran 2.5 meter panjang dan lebar disediakan bagi mengelakkan cakera dilemparke merata kawasan.Teknik atau cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas ,tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yangdilakukan pada masa silam.Lemparan tersebut menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkok,tanganmenghayunkan cakera dari sisi badan peserta.Cara lemparan seperti menyebabkan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.

    Pada sukan Olimpik 1912, di Stockholm,acara lempar cakera dipertandingkan menerusi penggunaan dua belah tangan.Cara tersebut ialah setiappeserta akan membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan,dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah lagi.Cara lemparanini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana tiada teknik tertentu yang digunakan dan jarak lemparan cakera juga tidak jauh.Pertandingancara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920,dan kemudian teknik lemparan baru diperkenalkan.

    PERKEMBANGAN MASA KINI

    Pada masa kini lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan sukan olahraga,termasuklahdiperingkat sekolah.Acara ini disertai oleh golongan lelaki dan juga wanita.Namun begitu,Cakera yang lebih kecil dan lebih ringan digunakanoleh wanita.Ia juga sama seperti diperingkat sekolah.Jenis cakera yang digunakan adalah ditetapkan oleh IAAF yang haruslah dipatuhi oleh setiap

    penganjur sesuatu kejohanan olahraga,walaupun di mana-mana sesuatu kejohanan diadakan.

    Jika dilihat melalui mata kasar,acara lempar cakera kelihatan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.Walau bagaimanapun,Sebenarnya sukanini tidaklah semudah yang difikirkan.Mungkin ada di antara ahli masyarakat yang baru menceburkan diri dalam bidang ini mampu melakukanlemparan yang agak jauh,tetapi daripada segi teknik atau cara lemparan dilakukan mungkin tidak betul atau kurang tepat.Untuk memperolehteknik lemparan yang betul dan mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh,seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan berpandukan tunjukajar dan bimbingan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman.

    Sebagai acara sukan,lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan khas.Dalam kejohanan peringkat kebangsaan atauantarabangsa,kawasan lemparan dibina secara berpagar dengan jaring besi kecuali dibahagian hadapannya yang dibiarkan terbuka untuk pesertamelakukan lemparan yang maksimum.Diperingkat sekolah,disebabkan oleh jarak lemparan dan teknik lemparan yang mudah menyebabkan

    kawasan lemparan terbuka keseluruhannya.Pagar berjaring besi ini dibina atas dasar keselamatan yang bertujuan untuk mengelakkan cakeradaripada melayang ke luar kawasan sehingga boleh membahayakan pegawai pertandingan dan penonton.

    http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#p702http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#p702http://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=201&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=201&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=201&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177http://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=201&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=201&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#wraphttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#wraphttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#p718http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#p718http://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=193&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=193&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=193&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?p=718&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?p=702&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?p=718&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?p=702&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?p=718&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?p=702&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?p=718&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?p=702&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=193&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#p718http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#wraphttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=201&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177http://ipgkkb.forumphpbb3.com/memberlist.php?mode=viewprofile&u=201&sid=682e3db90082394eb2a1c06ac2bc4bachttp://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=177#p702
  • 7/28/2019 tugasan LEMPAR CAKERA

    32/32

    Teknik lemparan yang diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa serta bentuk latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yangdicapai terus meningkat.Sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa jarak yang dicapai terus meningkatsehingga tiada rekod yang dapat bertahan lama.Sebagai contoh,Diperingkat dunia,jarak lemparan yang dilakukan melebihi 74 meter dan jarak inidipercayai tidak akan kekal lama.Hal ini adalah seperti yang terjadi pada acara-acara lontaran dan lompatan yang lain.

    Penggunaan teknik latihan yang menggunakan peralatan serba moden seperti kaedah sains sukan,pemakanan yang teratur dan terkawal,jurulatihyang berpengalaman serta latihan yang diadakan pada tempat yang kondusif boleh memungkinkan para peserta lempar cakera kita bolehmencapai jarak yang lebih baik.Hasil daripada itu akan lahirlah peserta lempar cakera Negara yang setanding dengan pencapaian peserta lain di

    dunia.

    Danapal Naidu.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Danapal_Naidu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Danapal_Naidu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Danapal_Naidu&action=edit&redlink=1