latihan intensif acara lontar peluru

9
LATIHAN INTENSIF ACARA LONTAR PELURU Latihan intensif acara lontar peluru ini dijalankan untuk 8 orang peserta yang akan mewakili sekolah iaitu acara Lelaki Bawah 12, Perempuan Bawah 12, Lelaki Bawah 10, dan Perempuan Bawah 10. Pesertanya ialah: Kategori Nama peserta Lelaki Bawah 12 Mohd Azrul Azizi bin Azmi Rizal Syameer bin Mohd Rosli Perempuan Bawah 12 Nur Liyana bt Abdul Rashid Siti Maisarah bt Masri Lelaki Bawah 10 Ahmad Fitri bin Abdul Rahman Tuan Mohd Fitri bin Tuan Jamil Perempuan Bawah 10 Zara Saffiya bt Rashdan Ain Syahirah bt Amran Latihan ini akan dijalankan setiap hari di padang sekolah pada pukul 7.40 pagi hingga 8.40 pagi di bawah

Upload: alongysy

Post on 29-Nov-2015

201 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

olahraga

TRANSCRIPT

Page 1: LATIHAN INTENSIF ACARA LONTAR PELURU

LATIHAN INTENSIF ACARA LONTAR PELURU

Latihan intensif acara lontar peluru ini dijalankan untuk 8 orang peserta

yang akan mewakili sekolah iaitu acara Lelaki Bawah 12, Perempuan Bawah 12,

Lelaki Bawah 10, dan Perempuan Bawah 10. Pesertanya ialah:

Kategori Nama peserta

Lelaki Bawah 12 Mohd Azrul Azizi bin Azmi

Rizal Syameer bin Mohd Rosli

Perempuan Bawah 12 Nur Liyana bt Abdul Rashid

Siti Maisarah bt Masri

Lelaki Bawah 10 Ahmad Fitri bin Abdul Rahman

Tuan Mohd Fitri bin Tuan Jamil

Perempuan Bawah 10 Zara Saffiya bt Rashdan

Ain Syahirah bt Amran

Latihan ini akan dijalankan setiap hari di padang sekolah pada pukul 7.40

pagi hingga 8.40 pagi di bawah bimbingan Encik Hisyam bin Omar dan dibantu

oleh Pn Sarina bt Hassan.

LANGKAH 1

Tempoh masa : 5 minit

Nama aktivti : Memanaskan badan

Aktiviti :

i) Semua murid bentuk dalam satu bulatan untuk membuat aktiviti pemanasan dan

regangan badan.

ii) Aktiviti ini lebih ditekankan pada bahagian tangan, bahu dan kaki.

Page 2: LATIHAN INTENSIF ACARA LONTAR PELURU

LANGKAH 2

Tempoh masa : 5 minit

Nama aktivti : Peraturan asas acara lontar peluru.

Aktiviti :

Penerangan oleh guru tentang peraturan semasa membuat lontaran dan

perkara-perkara yang boleh membatalkan lontaran.

PERATURAN ASAS ACARA LONTAR PELURU

Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan.

Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah

tangan sahaja.

Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan besi atau

papan penahan.

Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah

dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri tegak

semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan seperti ini

dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan.

Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam kawasan garis sektor.

Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan melalui

bahagian belakang bulatan.

Selepas melontar, menyentuh mana-mana bahagian kawasan melontar

dengan mana-mana bahagian badan.

Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan

PERLAKUAN YANG MEMBATALKAN LONTARAN

Page 3: LATIHAN INTENSIF ACARA LONTAR PELURU

Melontar di luar

kawasan

Memegang jauh dari tempat sepatutnya.

Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penaha

LANGKAH 3

Tempoh masa : 10 minit

Nama aktivti : Fasa I

Aktiviti :

i) Guru menunjuk cara latihan ansur maju melontar peluru gaya melungsur

selangkah

ii) Latihan ini dapat membiasakan para pelajar menolak peluru dengan baik.

iii) Perhatian yang khusus harus diberi kepada pergerakan tangan dan

pegangan peluru.

LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH

Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan

tolakan yang kencang (melontar dari kedudukan berdiri).

Latihan ini dapat membiasakan para pelajar menolak peluru dengan baik.

Perhatian yang khusus harus diberi kepada pergerakan tangan dan

pegangan peluru.

Page 4: LATIHAN INTENSIF ACARA LONTAR PELURU

LANGKAH 4

Tempoh masa : 10 minit

Nama aktivti : Fasa II

Aktiviti :

i) Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki

direnggangkan

ii) Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan

dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang.

iii) Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.

iv) Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua

pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru

Page 5: LATIHAN INTENSIF ACARA LONTAR PELURU

LANGKAH 5

Tempoh masa : 10 minit

Nama aktivti : Fasa III

Aktiviti :

i) Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri

diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran

dengan lingkaran bulatan.

ii) Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Ketingting ke

hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah

bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan

iii) Kilaskan badan dan buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat

lungsuran dan mengilas badan.

Page 6: LATIHAN INTENSIF ACARA LONTAR PELURU

LANGKAH 6

Tempoh masa : 10 minit

Nama aktivti : Fasa IV

Aktiviti :

i) Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke

hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan

ii) Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang (tanpa mengilas badan

atau melontar peluru).

iii) Latihan ini dibuat secara berulang-ulang.

iv) Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat

lungsuran.

LANGKAH 7

Tempoh masa : 5 minit

Page 7: LATIHAN INTENSIF ACARA LONTAR PELURU

Nama aktivti : Fasa IV

Aktiviti :

i) Pelajar digalakkan mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur

selangkah.

ii) Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu para pelajar

dapat menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang

lebih sistematik.

LANGKAH 7

Tempoh masa : 5 minit

Nama aktivti : Aktiviti Penyejukkan Badan

Aktiviti :

i) Murid melakukan aktivit penyejukan dan kenduran anggota badan secara

berkumpulan.