bacaan intensif

7

Upload: wanierashid

Post on 09-Nov-2015

364 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bmm sem 7

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

BACAAN INTENSIF (MENDALAM)

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat

Memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan

Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Mawarni Abdul Rashid MTE B

Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas.

Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memahami dengan baik apa sahaja yang dibaca. BACAAN INTENSIF (MENDALAM)

Mawarni Abdul Rashid MTE B

KONSEPBACAAN INTENSIFsatu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.asas untuk pengajar beri penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar. aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannyamengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting

Mawarni Abdul Rashid MTE B

TUJUAN BACAAN INTENSIFmembolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancer dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca. mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnyaMengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasaMembuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

Mengenal-pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

Mawarni Abdul Rashid MTE B5Mawarni Abdul Rashid MTE B

Bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan bersama oleh murid dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua, latihan perkamusan, hari ketiga latihan meneka maksud mengikut konteks, hari keempat membaca dengan laju dan sebagainya.

Murid-murid patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasaSoalan-soalan untuk bacaan intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan atau bentuk jawapan bertulis.

Segala kajian harus dibuat secara mendalam.

Aktiviti

Mawarni Abdul Rashid MTE BMawarni Abdul Rashid MTE BSekian terima kasih