latihan edu 2.doc

10
Topik : Asas Grafik Soalan: Apakah kelebihan dan kelemahan setiap bahan 2D yang telah dinyatakan di atas ? (rujuk modul). Jawapan: Bahan 2 Dimensi(2D) Bahan 2D ialah bahan yang mempunyai dua dimensi iaitu lebar dan panjang. Jenis bahan 2D: bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar/foto. Bahan bercetak Kelebihan: Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk. Mudah digunakan dan tidak perlu banyak perenggan. Boleh dialih Murah dari segi penghasilan/percuma Kelemahan: Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu. Dianggap sebagai bahan hafalan(fakta dan definisi). Banyak perbendaharaan kata(beban kognitif terhadap pelajar. Tidak bersifat interaktif/persembahan satu hala.

Upload: zarinaamna

Post on 25-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: latihan edu 2.doc

Topik : Asas Grafik

Soalan: Apakah kelebihan dan kelemahan setiap bahan 2D yang telah dinyatakan di atas ? (rujuk

modul).

Jawapan:

Bahan 2 Dimensi(2D)

Bahan 2D ialah bahan yang mempunyai dua dimensi iaitu lebar dan panjang.

Jenis bahan 2D: bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar/foto.

Bahan bercetak

Kelebihan:

Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk.

Mudah digunakan dan tidak perlu banyak perenggan.

Boleh dialih

Murah dari segi penghasilan/percuma

Kelemahan:

Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu.

Dianggap sebagai bahan hafalan(fakta dan definisi).

Banyak perbendaharaan kata(beban kognitif terhadap pelajar.

Tidak bersifat interaktif/persembahan satu hala.

Gambar/foto

Bahan visual 2D mengenai manusia, tempat @ benda-benda dan digunakan untuk

memudahkan pemahaman pelajar.

Page 2: latihan edu 2.doc

Kelebihan:

- Murah dan mudah diperoleh.

- Perincian visualnya memudahkan pemahaman.

- Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya.

- Memberikan rangsangan sebagai bukti visual.

- Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.

Kelemahan:

- Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.

- Kurangnya warna bolehmenghadkan ketepatan tafsiran.

- Adak kala mengalami masalah menafsir dan memahami.

- Kurang berkesan jika tidak diberikan kepada setiap pelajar.

Carta

Perwakilan visual menggambarkan suatu konsep yang sukar difahami secara lisan/bertulis.

Jenis-jenis carta:

Carta organisasi – menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segi pemeringkatan.

Carta klafikasi – menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan dan sebagainya.

Carta tabular/jadual – mengandungi data dalam bentuk nombor dan peratus dalam bentuk

jadual.

Carta aliran – carta proses menunjukkan sekuen, prosedur atau aliran sesuatu aktivi

.

Page 3: latihan edu 2.doc

Kelebihan:

- Grafik yang menarik dapat dilihat dari segi penggunaan unsur warna, ilustrasi dan bentuk yang

menarik.

- Mudah difahami oleh pembaca terutamanya pelajar.

- Meringkaskan data dalam bentuk imej.

- Dapat menyampaikan mesej yang jelas dengan gambaran visual.

Kelemahan:

- Statik (tidak bergerak).

- Pembelajaran dan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti mungkin menjadi pasif (jika guru tidak

mempunyai kemahiran yang cukup dalam penyampaian (p&p)

Graf

Perwakilan visual data numerical.

Jenis-jenis Graf:

Graf bar – menggambarkan graf skala di mana ketinggian bar mengukur kuantiti yang ingin

diwakili.

Graf garisan – graf skala dua yang menggambarkan variasi nilai pada dua dimensi.

Graf pai – satu bulatan yang dibahagikan kepada segmen dan setiap segmen mewakili

sebahagian peratus daripada keseluruhan.

Kekuatan

-Meringkaskan data dalam bentuk imej grafik.

- Memudahkan maklumat disampaikan kepada pelajar.

Page 4: latihan edu 2.doc

- Membolehkan pelajar membezakan maklumat.

- Pembelajaran menjadi lebih menarik.

- Mudah dan lebih cepat untuk dibaca ( data dalam bentuk graf dapat ditafsirkan dengan lebih

cepat jika dibandingkan dengan data bentuk jadual (teks)

- Ringkas dan padat.

Kelemahan

- Graf yang berserabut dan tidak teratur akan mengelirukan pelajar.

- Graf yang tidak dilabel juga mampu mengelirukan pelajar.

- Pelajar akan menjadi bosan jika graf yang digunakan tidak berwarna.

Page 5: latihan edu 2.doc

Topik : OHP

Soalan :Terdapat pelbagai teknik penghasilan trasparensi berdasarkan prinsip grafik.Nyatakan teknik-

teknik tersebut berserta contoh sub-topik yang bersesuaian.

Jawapan:

a) Tulis terus (write – on)

Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem

transperansi.Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.

Teknik ini paling mudah dihasilkan. Dengan hanya sekeping transparensi dan kalau boleh ada bingkai

(Tak wajib), lukis apa yang hendak dilukis dengan pen OHP . Menggunakan kaedah fotostat di kedai

fotostat . Sediakan illustrasinya samada dilukis atau dicetak dengan komputer. Boleh juga

menggunakan cetakan dengan menggunakan ink-jet filem. Rekabentuk menggunakan komputer dan

cetak. Teknik ini semua untuk menerangkan keseluruhan isi pelajaran atau sebagai set induksi.

Contohnya, guru menayangkan gambar suasana di kampong sebelum mengajar murid mebuat

karangan berkaitan Tajuk ‘Balik ke kampung’.

Bertingkap

Berjalur

Animasi

Tulis Terus Lutsinar

Ink Jet Film Lutsinar

Fotokopi Lutsinar

Thermal Lutsinar

Tebukan

Bertindih

Pusingan

Tulis Terus

TEKNIK PENGHASILAN TRANSPARENSI

Page 6: latihan edu 2.doc

b) Bertingkap

Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan

transperansi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tingkap

rumah untuk memaparkan isi atau imej.

Teknik ini sesuai digunakan untuk menguji ingatan murid. Transparensi ditutup dengan tetingkap

yang dibuat daripada kertas tebal, lebih kurang macam tingkap rumah kayu. Cuma enselnya dibuat

dari masking tape.. Kotak tetingkap boleh dibuat dengan menyambungkannya dengan masking tape.

Ini untuk mengelak tetingkap tertutup semula bila dibuka,. Sesuatu imej boleh dibuka dan ditutup

dengan mudah. Teknik ini sesuai digunakan untuk mengajar murid mengenali buah-buahan

tempatan.

c) Berjalur

Mempunyai beberapa jalur sama ada melintang atau menegak. Ianya dibuka satu hala sahaja tidak

seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingga 4 jalur dalam satu trasperansi. Teknik

ini sesuai untuk mengajar Pendidikan Seni. Guru dapatmenerangkan tentang roda warna.

d) Bertindih (berlapis)

Terdiri dari filem dasar yang diletakkan terus padabingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang

diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam. Teknik ini sesuai untuk menunjukkan

bahagian-bahagian tertentu pada manusia, haiwan, mesin dan sebagainya. Contohnya untuk

memaparkan organ dalam badan:

Transparensi 1- keseluruhan bentuk luaran tubuh

Transparensi 2- mulut dan kerongkong

Transparensi 3- paru-paru

Transparensi 4- jantung

Transparensi 5- organ lain  

Teknik ini agak teknikal sedikit. Boleh guna sehingga 5 keping transparensi serentak tetapi semasa

guna, tayang satu demi satu.

Lapisan 1, dibahagian bawah bingkai bagi imej asas.

Lapisan 2,3,4,5 di bahagian atas bingkai. Lukis imej ikut peringkat demi peringkat. Sebelum melukis,

Page 7: latihan edu 2.doc

tampal (matikan) illustrasi dibahagian bawah dan tekap. Jangan tanggal illustrasi sehingga habis

melukis. Pen OHP yang berwarna-warni boleh digunakan untuk menarik minat murid.

e) Pusingan

Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa

yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan (secara menegak, mendatar atau

pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin

ditengah-tengah.

Teknik ini sesuai untuk menunjukkan proses atau kitaran dalam mata pelajaran Sains. Contohnya

kitaran hidup katak dan rama-rama.,

f) Animasi

Kepingan-kepingan plastik dilekatkan  pada bahagian-bahagian tertentu visual yang hendak

diketengahkan. Ketika menggunakannya ia akan kelihatan bergerak apabila visual itu ditarik atau

digerakkan.

Teknik ini sesuai untuk aktiviti bercerita bagi murid Tahap 1. Bahagian-bahagian tertentu pada imej

boleh digerak-gerakkan akan menarik minat dan tumpuan murid. Contohnya transparensi imej

animasi kanak-kanak.Tangan imej tu boleh dibengkokkan dengan kreativiti dalam memanipulasi

plastik transparensi tu. Bahagian yang hendak dirgerakan itu boleh disambung dengan benang atau

pin.

g)Tebukan

Tebukan-tebukan dibuat pada penutup transparensi. Tebukan-tebukan itu merupakan bentuk imej

yang  dipaparkan pada layar.

Jenis Lutsinar

a) Tulis terus- write on

Page 8: latihan edu 2.doc

Diperbuat daripada acetate dan polyester. Mempunyai 3 peringkat ketebalan iaitu 0.08mm, 0.1mm

dan 0.12mm. Untuk kegunaan am, boleh menggunakan transparensi ketebalan 0,1mm. Pena

berasaskan air atau pena berasaskan spirit boleh digunakan .

b) Fotokopi

Diproses menggunakan mesin fotostat. Bahan dasar diletakkan di atas cermin dan transparensi

dimasukkan ke dalam dulang kertas seperti membuat fotostat. Gambar warna atau hitam bpleh

dipindahkan tetapi gambar berwarna akan menjadi hitam putih

c) Ink Jet Film

Boleh digunakan terus dengan pencetak berasaskan ink jet seperti Canon dan Epson. Bahan dasar

boleh disediakan dengan menggunakan computer dan arahan menyalin seperti mana membuat

penyalin di atas kertas.

d) Thermal (infra – merah)

Diproses dengan mesin ‘Transparensi Maker’. Mempunyai pelbagai latar dan warna seperti Black On

Clear(imej hitam latarbelakang jernih), Black On Colour ( imej hitam latar belakang warna), Colour On

Clear(imej berwarna latar belakang putih). Bahan dasar berasaskan karbon seperti keratan akhbar,

bahan fotokopi berasaskan debu, bahan cetak daripada laser print berasaskan debu.