laporan tanaman

15
Laporan Minggu Kelima LAPORAN MINGGU KELIMA NO.KUMPULAN Kumpulan 8 TAJUK Pembiakan Vegetatif TARIKH 25 Julai 2012 MASA 8.00 pagi 1 0.00 pagi NAMA AHLI KUMPULAN Esther Siow Shuen Shin Hou Sen Joo Tan Zing Min

Upload: esther-siow-shuen-shin

Post on 02-Dec-2015

258 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

laporan tanaman

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan tanaman

Laporan Minggu Kelima

LAPORAN MINGGU KELIMA

NO.KUMPULAN Kumpulan 8

TAJUK Pembiakan Vegetatif

TARIKH 25 Julai 2012

MASA 8.00 pagi – 10.00 pagi

NAMA AHLI KUMPULAN Esther Siow Shuen Shin

Hou Sen Joo

Tan Zing Min

Page 2: Laporan tanaman

1.0 Pengenalan

Pembiakan aseks ialah pembiakan individu baru dari satu induk tanpa

melibatkan penggabungan gamet. Pembiakan aseks atau juga disebut

pembiakan tanpa seks adalah cara yang paling kerap digunakan untuk

membiakkan tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap. Pembiakan vegetatif

ialah pembiakan aseks yang melibatkan perkembangan organ atau bahagian

tumbuhan untuk menghasilkan anak pokok.

Cara ini mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah pengeluaran

baka yang tulen, cepat dan mudah dikerjakan, dan bahagian-bahagian untuk

pembiakan banyak dan senang didapati. Pembiakan aseks juga mempunyai

beberapa kelemahan. Antaranya ialah ketiadaan akar tunjang pada

tumbuhaan yang dibiak melalui aseks, ketiadaan varieti baru, menggalakkan

penyebaran penyakit virus dari pokok induk kepada anak poko yang baru dan

tempoh ekonomi yang pendek.

Jenis pembiakan aseks termasuklah pembiakan vegetatif (tampang)

yang menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan yang tertentu seperti

keratan batang, daun dan akar, tut, cantuman mata tunas, bahagian khas dan

pembiakan mikro. Dalam pembiakan secara keratan, terdapat 3 jenis iaitu

batang, daun dan akar. Keratan batang dibahagikan kepada keratan kayu

lembut, sederhana dan keras, keratan daun pula merangkumi keratan lai

daun, urat daun, tunas daun dan keratan lai daun dan tangkai daun.

Pembiakan secara tut pula merupakan pembiakan yang dilakukan ketika

bahagian-bahagian tumbuhan seperti dahan dan ranting masih lagi terlekat

pada pokok hidup. Dengan cara tut, bahagian-bahagian yang terlibat masih

boleh menerima air dan makanan daripada pokok induk sehingga tut tersebut

berjaya dihasilkan dan boleh dipisahkan dari pokok induk. Terdapat dua cara

pembiakan secara tut, iaitu tut udara dan tut lentur.

Page 3: Laporan tanaman

Pembiakan secara cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-klon

yang lebih baik. Proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua

komponen penting iaitu pokok penanti dan sion. Pokok penanti ialah pokok

yang sistem akarnya akan digunakan di dalam cantuman ini. Sion pula ialah

bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan

dengan pokok penanti. Cantuman mata tunas boleh dilakukan dengan

beberapa cara, iaitu cantuman mata tunas, cantuman baji, cantuman lidah

dan sandingan. Cantuman mata tunas dilakukan dengan cara mencantum

mata tunas pokok yang dikehendaki pada batang pokok penanti. Cantuman

baji dilakukan untuk menukar kultivar pokok-pokok besar .

 

Page 4: Laporan tanaman

2.0 Objektif

Untuk mengetahui manfaat pembiakan vegetatif (tampang).

Mengenali prosedur dan cara kerja setiap jenis pembiakan aseks.

Mempelajari cara untuk melakukan proses pembiakan tumbuhan

secara vegetatif.

Mengetahui kebaikan dan kelemahan pembiakan aseks.

Page 5: Laporan tanaman

3.0 Alatan

ALATAN KUANTITI GAMBAR

Nescofilm 1

Pisau 1

Gunting pokok 1

Beg plastik 1

Page 6: Laporan tanaman

ALATAN KUANTITI GAMBAR

Tali rafia 1

Beg politena 1

Page 7: Laporan tanaman

4.0 Bahan

BAHAN KUANTITI GAMBAR

Medium

penanamanSecukupnya

Hormon

PengakaranSecukupnya

Page 8: Laporan tanaman

5 .0 Langkah-Langkah Kerja

5.1 Pembiakan Secara Keratan Batang

1. Dapatkan keratan batang tumbuhan yang panjangnya lebih kurang 10-

15 cm.

2. Buangkan daun yang ada pada keratan batang tersebut sehingga

tinggal beberapa helai.

3. Potong bahagian bawah keratan batang tersebut secara runcing.

4. Pangkal dicelup dalam hormon pengakaran dan kemudiannya keratan

ditanam di dalam beg politena yang dipenuhi medium penanaman

sedalam 2-3 cm.

5. Siram keratan batang yang telah ditanam.

Page 9: Laporan tanaman

5.2 Pembiakan Secara Tut Udara

1. Pilih ranting atau batang yang bergaris pusat sebesar ibu jari (lebih

kurang 1 – 2cm).

2. Buat dua kelaran mengelilingi ranting atau dahan tadi. Jarak di antara

kedua-dua kelaran itu ialah 2.5 cm yang dibuat sehingga sampai ke

bahagian kayu ranting atau dahan tersebut.

3. Potong keluar kulit ranting atau dahan di antara kelaran itu dan kikis

bahagian dalamnya sehingga nampak bahagian kayu yang putih.

Semua lapisan kambium (yang berwarna hijau) perlulah dikikis habis-

habis. Tujuannya ialah untuk membuang kambium. Jika lapisan

kambium masih ada, tut udara tidak berjaya dihasilkan.

4. Sapu sedikit serbuk hormon pengakaran di bahagian atas kelaran.

5. Sediakan medium campuran tanah tut. Medium campuran tanah tut

dibuat dengan mencampurkan tanah dengan bahan organik (1:1).

Medium campuran tanah tut hendaklah dilembapkan sedikit sebelum

dikepalkan dalam bentuk bola golf atau tenis.

6. Belah kepalan tanah tut tadi dan letakkan di sekeliling bahagian ranting

atau dahan yang telah dikelar tadi.

7. Balut kepalan tanah tut itu dengan menggunakan plastik lut sinar

ataupun sabut kelapa.

Page 10: Laporan tanaman

5.3 Pembiakan Secara Cantuman Mata Tunas

1. Pilih mata tunas sion yang sihat.

2. Kelar sedikit kulit pokok penanti dan dikeluarkan.

3. Tampal kulit pokok sion yang mengandungi satu mata tunas pada kulit

pokok penanti yang telah dikeluarkan itu.

4. Bahagian yang dicantum kemudiannya dibalut dengan menggunakan

Nescofilm.

Page 11: Laporan tanaman

5.4 Pembiakan Secara Cantuman Baji

1. Pilih ranting-ranting pokok yang sihat yang akan dicantumkan sebagai

sion.

2. Pilih satu pokok penanti yang akan menyambung sion tersebut.

3. Belah sedikit batang pokok penanti tersebut dengan menggunakan

pisau.

4. Potong runcing di bahagian bawah sion.

5. Selitkan sion di tengah-tengah belahan tadi.

Page 12: Laporan tanaman

6. Pastikan lapisan kambium sion bertemu dengan lapisan kambium

pokok penanti.

7. Balutkan sion dan pokok penanti dengan menggunakan Nescofilm

dengan berhati-hati.

8. Bungkuskan cantuman baji tersebut dengan beg plastik lut sinar dan

diketatkan dengan mengikat tali rafia.

Page 13: Laporan tanaman

6 .0 Kesimpulan

Selepas menjalankan pelbagai jenis proses pembiakan secara

vegetatif, kami telah mempelajari cara untuk memilih sion yang sihat dan

subur untuk dilakukan pembiakan. Di samping itu, kami juga telah mengetahui

langkah yang betul untuk melakukan setiap jenis pembiakan vegetatif agar

tidak mencederakan sion yang akan dibiak di pokok penanti tersebut. Kami

juga mengetahui bahawa tumbuhan boleh dibiak secara aseks selain

daripada dibiak menggunakan biji benih. Kami juga telah mempelajari

beberapa manfaat yang dapat diperolehi melalui pembiakan vegetatif.

Antaranya ialah pengeluaran sesuatu baka tumbuhan yang tulen dari pokok

induknya, dapat dikerjakan dengan lebih cepat dan mudah serta bahagian-

Page 14: Laporan tanaman

bahagian yang digunakan untuk pembiakan banyak dan senang didapati

dalam sesuatu pokok tersebut. Selepas melakukan kesemua proses

pembiakan vegetatif, kami mengetahui bahawa untuk melakukan sesuatu

jenis pembiakan vegetatif, ia memerlukan kemahiran, kesabaran serta

ketelitian yang cukup untuk memastikan kejayaan pertumbuhan sion tersebut

pada pokok penanti.