laporan program bina insan guru semester 6

3
Laporan Program Bina Insan Guru Semester 6 Saya, Fakhirah binti Ab Aziz, telah menjalankan Program Bina Insan Guru Semester 6 di SK Taman Tunku Jaafar. Saya bersama rakan-rakan unit TESL 2 dipertanggungjawabkan untuk menemuramah guru cemerlang Bahasa Inggeris. Antara matlamat Program BIG ini ialah bagi mendedahkan guru pelatih kepada kecemerlangan bahasa Inggeris di sekolah di samping mendapatkan maklumat mengenai cabaran-cabaran yang perlu dihadapi sebagai guru di sekolah. Kami telah menjalankan aktiviti ini semasa tempoh praktikum di sekolah tersebut untuk menemuramah guru cemerlang Bahasa Inggeris, iaitu Puan Zanifah binti Mohamed. Saya telah menimba pelbagai ilmu yang sangat bermakna melalui program ini. Kelayakan akademik semata-mata sahaja tidak dapat menentukan kejayaaan dalam bidang pendidikan, tetapi usaha yang berterusan bagi meningkatkan kualiti serta kepakaran dalam pengajaran juga sangat penting. Puan Zanifah memaklumkan dalam temu ramahnya bahawa seseorang guru perlu bersedia berdepan dengan apa sahaja halangan serta cabaran setelah mula bekerja. Puan Zanifah mendapat anugerah cemerlangnya yang pertama pada tahun 2010. Beliau memberitahu bahawa anugerah Guru Cemerlang ini merupakan salah satu cara untuk kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun, proses untuk menjadi Guru Cemerlang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan usaha yang tekad dan berterusan bukan sahaja semasa waktu persekolahan, malah di luar

Upload: fakhirah-ab-aziz

Post on 04-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Laporan Program Bina Insan Guru Semester 6

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Bina Insan Guru Semester 6

Laporan Program Bina Insan Guru Semester 6

Saya, Fakhirah binti Ab Aziz, telah menjalankan Program Bina Insan Guru

Semester 6 di SK Taman Tunku Jaafar. Saya bersama rakan-rakan unit TESL 2

dipertanggungjawabkan untuk menemuramah guru cemerlang Bahasa Inggeris. Antara

matlamat Program BIG ini ialah bagi mendedahkan guru pelatih kepada kecemerlangan

bahasa Inggeris di sekolah di samping mendapatkan maklumat mengenai cabaran-

cabaran yang perlu dihadapi sebagai guru di sekolah. Kami telah menjalankan aktiviti

ini semasa tempoh praktikum di sekolah tersebut untuk menemuramah guru cemerlang

Bahasa Inggeris, iaitu Puan Zanifah binti Mohamed.

Saya telah menimba pelbagai ilmu yang sangat bermakna melalui program ini.

Kelayakan akademik semata-mata sahaja tidak dapat menentukan kejayaaan dalam

bidang pendidikan, tetapi usaha yang berterusan bagi meningkatkan kualiti serta

kepakaran dalam pengajaran juga sangat penting. Puan Zanifah memaklumkan dalam

temu ramahnya bahawa seseorang guru perlu bersedia berdepan dengan apa sahaja

halangan serta cabaran setelah mula bekerja.

Puan Zanifah mendapat anugerah cemerlangnya yang pertama pada tahun

2010. Beliau memberitahu bahawa anugerah Guru Cemerlang ini merupakan salah

satu cara untuk kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun, proses untuk menjadi Guru

Cemerlang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan usaha yang tekad dan

berterusan bukan sahaja semasa waktu persekolahan, malah di luar kawasan sekolah

juga. Beliau menerangkan proses permohonan anugerah Guru Cemerlang. Ia

menyedarkan saya akan komitmen yang perlu ada bagi meningkatkan profesionalisme

dan kepakaran saya nanti.

Seterusnya, saya berasa sangat berpuas hati dengan sesi temu ramah yang

berlangsung selama satu jam ini. Hal ini demikian kerana Puan Zanifah menjawab

segala soalan yang dikemukakan dengan profesional dan teliti. Antara soalan yang

ditanya ialah mengenai tips dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Beliau

menerangkan bahawa perkara paling penting ialah tidak meletakkan harapan yang

Page 2: Laporan Program Bina Insan Guru Semester 6

terlalu tinggi terhadap murid-murid. Objektif pembelajaran dan aktiviti mestilah

bersesuaian dengan kemampuan murid-murid.

Tambahan pula, apabila bertanya tentang pendapat beliau mengenai undang-

undang guru tidak boleh mempunyai sebarang sentuhan fizikal dengan murid- murid

(memukul, mencubit dan/atau merotan), beliau bersetuju dengan undang-undang

tersebut. Puan Zanifah berkata bahawa setiap murid ialah seorang yang baik pada

dasarnya. Sebarang kesilapan dalam tingkah lakunya mestilah mempunyai sebab yang

kukuh. Tugas guru sebagai fasilitator dan motivator adalah bagi mencari punca tersebut

dan cuba mengatasinya.

Kesimpulannya, sikap tanggungjawab guru yang tinggi dan rasa sayang

terhadap kerjaya yang mulia ini akan semestinya memberi manfaat kepada murid-murid

serta guru itu sendiri. Tambahan lagi, saya sedar bahawa guru seharusnya peka

dengan segala perubahan dan penambahbaikan dalam sistem pendidikan di negara

kita. Sifat profesionalisme beserta daya inovatif seorang guru yang tidak terhingga

dapat melahirkan satu generasi yang berkaliber dan berdedikasi.

Disediakan oleh,

Fakhirah Binti Ab Aziz

TESL 2.

Page 3: Laporan Program Bina Insan Guru Semester 6