laporan permainan koko

5
1.0Pengenalan Unit Permainan Kokurikulum PPKI Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang menyasarkan sukan untuk semua di mana segala aktiviti dan program yang dilaksanakan dibawah unit ini melibatkan keseluruhan komuniti Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang iaitu seramai 94 orang murid dengan jumlah guru seramai 24 orang serta dibantu oleh pembantu pengurusan murid seramai 7 orang. Selain itu, bidang kesukanan ini memberikan landasan terbaik dan usaha membangunkan murid-murid kurang upaya untuk menjadi modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, unit permainan telah melaksanakan segala aktiviti dan perancangan tahunan berdasarkan takwim kokurikulum 2014. 2.0Objektif 2.1Merancang, mengelola dan melaksanakan program atau aktiviti sukan dan permainan sepanjang tahun 2.2Meningkatkan persepsi positif terhadap bidang sukan di kalangan semua warga Program Pendidikan Khas Integrasi dan masyarakat keseluruhannya 2.3Membina hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak 2.4Merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 2.5mengaspirasikan semangat murid berkeperluan khas untuk lebih maju dalam bidang kesukanan.

Upload: aja-cikedis

Post on 02-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jo

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanUnit Permainan Kokurikulum PPKI Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang menyasarkan sukan untuk semua di mana segala aktiviti dan program yang dilaksanakan dibawah unit ini melibatkan keseluruhan komuniti Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang iaitu seramai 94 orang murid dengan jumlah guru seramai 24 orang serta dibantu oleh pembantu pengurusan murid seramai 7 orang. Selain itu, bidang kesukanan ini memberikan landasan terbaik dan usaha membangunkan murid-murid kurang upaya untuk menjadi modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, unit permainan telah melaksanakan segala aktiviti dan perancangan tahunan berdasarkan takwim kokurikulum 2014.

2.0 Objektif2.1 Merancang, mengelola dan melaksanakan program atau aktiviti sukan dan permainan sepanjang tahun 2.2 Meningkatkan persepsi positif terhadap bidang sukan di kalangan semua warga Program Pendidikan Khas Integrasi dan masyarakat keseluruhannya2.3 Membina hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak 2.4 Merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 2.5 mengaspirasikan semangat murid berkeperluan khas untuk lebih maju dalam bidang kesukanan.

3.0 Tarikh & Tempoh PerlaksanaanMelaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang tahun mengikut takwim Unit Kokurikulum PPKI Tahun 2014. Rujuk Lampiran 1

4.0 Bilangan peserta yang terlibat Seramai 24 orang guru PPKI, 7 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan 94 orang murid PPKI yang terlibat . Rujuk Lampiran 2

5.0 Aktiviti / jadualSegala aktiviti dan perancangan mengikut takwim Unit Kokurikulum PPKI 2014.HARI/ TARIKHAKTIVITIOBJEKTIFPENGHASILAN (OUTCOME)

RABU26/2/2014Kokurikulum PPKI Permainan futsal, badminton, petanque, bowling Permainan dalamanMelaksanakan minggu kokurikulum permainanBerjaya dilaksanakan

RABU23/4/2014

Kokurikulum PPKI Permainan futsal, badminton, petanque, bowling Permainan dalamanMelaksanakan minggu kokurikulum permainanBerjaya dilaksanakan

RABU21/5/2014Kokurikulum PPKI Senam aerobik permainan kecil (tahap 1&2) bowling mini, badminton dan bola sepakMelaksanakan minggu kokurikulum permainanBerjaya dilaksanakan

SELASA4/11/2014Latihan Permainan Rumah Sukan Program Tautan KasihMelaksanakan latihan aktiviti permainan ProgramBerjaya dilaksanakan

RABU5/11/2014Latihan Permainan Rumah Sukan Program Tautan KasihMelaksanakan latihan aktiviti permainan ProgramBerjaya dilaksanakan

KHAMIS6/11/2014Raptai Perbarisan & Permainan Program Tautan KasihMelaksanakan latihan aktiviti permainan ProgramBerjaya dilaksanakan

JUMAAT7/11/2014Raptai Penuh Program Tautan KasihMelaksanakan raptai penuh Berjaya dilaksanakan

SABTU8 /11/2014Program Tautan KasihMelaksanakan aktiviti-aktiviti permainan & perbarisan seperti yang dirancangBerjaya dilaksanakan

6.0 Kelemahan Kemudahan peralatan sukan yang bersesuaian dengan murid tahap rendah yang kurang menyebabkan aktiviti yang dijalankan tidak pelbagai dan terhad. Terdapat beberapa orang murid yang mempunyai tahap kesihatan yang teruk menyebabkan mereka terhalang daripada terlibat dalam beberapa aktiviti dan program yang dianjurkan Kekurangan sumbangan yang berbentuk kewangan

7.0 Cadangan dan penambahbaikan Pelbagaikan aktiviti yang boleh melibatkan keseluruhan murid PPKI termasuklah murid yang mempunyai kecacatan fizikal teruk (berkerusi roda) Perancangan yang lebih teliti melibatkan keseluruhan AJK supaya segala persiapan dan perancangan dapat berjalan dengan lancar Membuat autopsi setiap program yang telah dianjurkan pada hujung tahun agar segala kekurangan dapat diperbaiki dan penambahbaikan pada masa akan datang

8.0 Impak/refleksiSegala aktiviti dan program yang dirancang oleh Unit Kokurikulum Permainan PPKI dapat berjalan dengan lancar mengikut takwim serta mencapai objektif unit sepertimana yang digariskan. Tambahan lagi, aktiviti yang dianjurkan oleh unit mendapat perhatian dan sokongan daripada semua pihak termasuklah dari bahagian pentadbiran, guru-guru aliran perdana, ibu bapa dan pihak-pihak swasta.

Malahan, penglibatan murid dari segi kehadiran dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan agak menggalakkan. Segalanya atas dasar komitmen kerjasama dan usaha keras daripada setiap AJK unit kokurikulum dalam menggembleng tenaga dan idea bagi memantapkan program yang dianjurkan. Selain itu, program-program yang dianjurkan mendapat sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Batu Unjur, Klang.

9.0 PenutupUnit Kokurilum Permainan PPKI mengharapkan segala aktiviti dan program yang dianjurkan dapat memantapkan dan mencungkil bakat murid dalam bidang kesukanan. Selain itu, diharapkan dapat mencapai objektif di samping mengaplikasikan konsep gaya hidup sihat bagi murid-murid Progam Pendidikan Khas Integrasi SK Batu Unjur, Klang.

Disediakan oleh :

( SITI HAJARAT BINTI RAMLY )Setiausaha Unit Permainan KokurikulumSek.Keb.Batu Unjur, Klang

Disemak oleh :

.......................................................(HAFSHAM BIN ROHMAT)Ketua Unit Kokurikulum PPKISek.Keb.Batu Unjur, Klang

Disahkan oleh :

.......................................................(ARBAAYAH BINTI JAILANI) GPK Pendidikan KhasSek.Keb.Batu Unjur, Klang