laporan lawatan ilmiah

Upload: gayugeo1930

Post on 18-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tentang lawatan

TRANSCRIPT

Laporan Lawatan Ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Perak (MSN) dan Outward Bound School, Lumut Malaysia (OBM)

Pada 24 Februari 25 Februari 2014 yang lalu, suatu lawatan ilmiah telah diadakan ke Majlis Sukan Negeri Perak, Ipoh dan Outward Bound School, Lumut Malaysia. Lawatan ini telah dianjurkan oleh guru-guru pelatih dari empat unit iaitu PISMP Prasekolah 1, Prasekolah 2, Pengajian Cina 1 dan Pengajian Tamil semester lima diiringi oleh empat orang pensyarah iaitu En Zakari, En Halim, En Kamal dan En Rosli. Penganjuran lawatan ini adalah salah satu tugasan amali Pendidikan Jasmani 3112 pada semester ini. Lawatan ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat pengurusan dan pentadbiran agensi-agensi fakulti sukan bagi mempraktikkan dalam pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan di sekolah. Selepas sahaja kami sampai di MSN Perak, kami diberi taklimat oleh Ketua Bahagian Sains Sukan, En Shangkar A/L Ratnam. Beliau telah menerangkan pelbagai perkara mengenai MSN Perak mahupun keistimewaan yang diberikan kepada para atlit yang mengambil latihan di MSN. Tugas utama MSN ialah membantu dan menyediakan atlit dari segi mental dan fizikal. Terdapat lima puluh dua persatuan di bawah MSN Perak ini. MSN yang akan memberi bantuan kepada persatuan-persatuan ini. Terdapat dua bahagian iaitu pengurusan persatuan/jurulatih/tunas dan Sukma. Selain itu, MSN juga membuat anugerah sukan Perak kepada atlit yang cemerlang iaitu Anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Mulai tahun 2012, pencalonan telah dibuat secara online. Tetapi peserta yang ingin membuat pencalonan tersebut hendaklah mempunyai kebolehan dan berpotensi dalam sukan. Dia harus mempunyai rekod-rekod lama yang menunjukkan dia telah mewakili negeri. Barulah orang yang memohon akan mendapat peluang untuk mengambil latihan di MSN. Tambahan pula, pelbagai peralatan yang diperlukan untuk semua jenis sukan telah disediakan di MSN ini. Sebanyak 1.5 million diperuntukkan hanya untuk peralatan sahaja dalam setahun. Hal ini kerana, sukan seperti memanah memerlukan peralatan yang berkualiti. Atlit-atlit perlu menggunakan peralatan tersebut setiap hari semasa latihan. Mereka tidak boleh menggunakan peralatan yang berkualiti rendah kerana ia mungkin mendatangkan bahaya kepada peserta yang menggunakannya. Jumlah peruntukkan diperolehi oleh MSN Perak ialah sebanyak 7 million. Bagi bahagian Sukma, jurulatih sambilan akan bekerja mengikut waktu bekerja. Setiap jurulatih diwajibkan untuk menghadiri kursus Sains Sukan supaya mereka dapat menimba pengetahuan mengenai sains sukan ini. Barulah mereka boleh memberi latihan kepada para atlit dengan baik sekali. Bagaimanakah atlit akan dipilih? Semua atlit yang di bawah USPTN akan dipilih dan dihantar ke MSN. Mereka akan diberi elauns setiap bulan. Atlit yang mendapat pingat emas dalam sesuatu sukan akan diberi elauns RM 500 setiap bulan. Manakala, atlit yang tiada ada sebarang pencapaian dalam sukan yang disertai, akan diberi sebanyak RM 150 setiap bulan. Selain itu, atlit yang mewakili sesuatu pertandingan atau melanjutkan pendidikan juga akan diberi elauns tambahan. Elauns tambahan ini akan diberikan mengikut tahun yang mereka berkhidmat. Tambahan pula, banyak kemudahan telah disediakan untuk atlit supaya mereka sentiasa sihat dan segar. Contohnya, MSN telah mewujudkan Fisio centre bagi memudahkan para atlit mengambil rawatan fisiologi supaya mereka tidak perlu mencari Fisio centre di luar. Rawatan kecergasan akan diberi kepada setiap atlit semasa ke semasa untuk mengetahui bahawa atlit-atlit menghadapi sebarang masalah dalam kesihatannya. Jika mereka menghadapi apa-apa masalah dalam tubuh badannya, maka mereka akan dihantar ke SNC. Mereka juga akan diberi vitamin-vitamin yang memberi kesegaran kepada badan mereka. Misalnya, vitamin C, Calcium, B complex untuk recovery dan sebagainya. Selain itu, ceramah akan diadakan kerap diadakan untuk menerangkan tentang sistem pemakanan, amalan gaya hidup sihat, waktu tidur yang betul dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, walaupun mereka menjadi atlet, kebanyakannya tidak tahu untuk menjaga tubuh badan mereka dengan baik. Dengan mengadakan lawatan ke MSN, saya dapat mengetahui pelbagai perkara mengenai tugas MSN, keistimewaan yang diberi kepada atlit, risiko yang dihadapi oleh para atlit dan lain-lain lagi. Sebelum ini, saya tidak tahu apakah objektif, tugas, peranan MSN serta apakah atlit akan akan buat dalam MSN. Kini, saya dapat tahu tugas utama MSN ialah menyediakan atlit-atlit dari segi mental dan fizikal. Pihak MSN sanggup menyediakan banyak kemudahan untuk memenuhi keperluan dan kehendak atlit-atlit dari segi infrastruktur, kesihatan, makanan dan sebagainya. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menyediakan atlit-atlit supaya dapat mencapai kejayaan dalam sukan yang disertai. Atlit-atlit juga melatihkan diri secara tungkus lumus untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam sukan yang mereka sertai. Mereka dikehendaki membuat latihan setiap hari selama mereka berada di bawah MSN. Atlit-atlit tidak boleh berkelakuan sambil lewa dalam membuat latihan. Hal ini akan menjejaskan kemajuan mereka dalam sukan yang mereka sertai. Seorang jurulatih akan membantu mereka untuk membuat ansur maju dan latihan yang bersesuaian mengikut sukan yang dipertandingkan.Selain itu, saya dapat memahami bahawa kemasukan ke MSN bukannya satu perkara yang senang dilakukan. Seseorang yang berminat untuk menyertai dalam MSN haruslah mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang dalam sukan. Syaratnya adalah peserta tersebut pernah mewakili peringkat negeri dalam sukan yang disertai semasa sekolah rendah dan menengah. Barulah seseorang itu mendapat peluang untuk masuk ke MSN. Sebelum ini saya ingat, kemasukan ke MSN adalah satu perkara yang biasa boleh dilakukan dan latihan yang diambilnya adalah senang untuk dilakukan. Selepas mendengar taklimat daripada En. Shangkar, saya dapat mengetahui bahawa seseorang itu perlu aktif dalam sukan yang diminati untuk masuk ke MSN. Pada hari tersebut, saya melihat atlit-atlit taekwando mengambil latihan dengan bantuan jurulatih. Latihan yang mereka lakukan adalah dari peringkat mudah ke peringkat susah. Jurulatih hanya bertiup wisel dan mengatakan nama ansur maju yang harus lakukan. Apabila mendengar nama ansur maju dan bunyi tiupan wisel, mereka tahu secara auotmatiknya apa yang harus buat. Hal ini menunjukkan mereka melakukan latihan-latihan ini setiap kali semasa waktu latihan. Ia sudah menjadi perkara yang biasa sebagai rutin harian kepada mereka. Tambahan pula, sebelum ini saya tidak tahu bahawa adanya pelbagai risiko yang perlu dihadapi oleh para atlit. Setiap sukan mempunyai risiko yang berperingkat dari rendah ke tinggi. Kita juga biasa mendengar banyak berita yang mengatakan bahawa berlaku kecederaan pada kaki atlit ini semasa membuat latihan. Oleh itu, saya dapat tahu seseorang atlit itu tidak boleh mengambil kira risiko-risiko seperti ini jika dia hendak mencapai kejayaan. Dia haruslah menanggung perkara yang baik dan buruk oleh hadapinya dengan hati yang terbuka. Tetapi En.Shangkar mengatakan kebanyakan atlet negara kita menyertai dalam sesuatu pertandingan hanya untuk mendapat kepujian dan kewangan semata-mata. Fokus utama mereka adalah mendapat wang dan boleh menjadi orang yang terkenal di negara kita. Segelintir atlit sahaja mempunyai rasa semangat patriotisme terhadap negara kita. Beliau mengatakan bahawa atlit yang masa dulu sahaja menyertai sesuatu pertandingan dengan bertujuan menjasa bakti kepada negara. Atlit masa kini tidak ada tujuan yang diperkatakan tadi. Apa yang saya ketahui adalah setiap atlit yang ingin menceburi dalam bidang sukan harus mempunyai semangat kesukanan dahulu. Minat tersebut harus dilahirkan di dalam hati dan dicurahkan kepada negara demi mengharumkan nama negara kita. Itulah tanggungjawab utama bagi seorang atlit. Dia harus berani dalam menghadapi apa jua risiko yang dihadapi semasa melakukan latihan atau pun semasa dipertandingkan. Perkara ini hanya boleh diterima oleh seorang atlit jika dia mempunyai semangat patriotisme.Pada keesokan hari, kami telah menuju ke Outward Bound School, Lumut. Sebelum menuju ke OBM, saya ingat ia adalah sekolah yang biasa seperti sekolah lain. Tetapi, apa yang saya fikir adalah salah. OBM adalah satu sekolah yang menilai seseorang individu sejauh manakah kebolehan atau kekuatan atau kelebihan mereka dari segi mental dan fizikal. Selepas sampai ke OBM, saya dapat menikmati keindahan tempat tersebut. Persekitaran OBM ini sangat cantik dan aman. Pelbagai aktiviti dijalankan kepada sesiapa yang hendak melatih di OBM ini. Contohnya, water confident, jungle tracking, initiative game, overnight camp, kayak, sea rafting, repelling dan sebagainya. Aktivit-aktiviti ini dijalankan mengikut umur peserta. Tempoh aktiviti dan jenis aktiviti adalah berbeza mengikut umur peserta. Peserta-peserta akan disediakan tempat penginapan, makanan dan kemudahan lain.OBM ini ditubuhkan oleh DR Kurt Hahm pada tahun 1954. Warden pertama OBM ini adalah General Sir Gerald Templer. Tiga tahun sebelum merdeka, tujuan OBM ini adalah untuk melatih sesiapa sahaja yang berkelayakan dari segi mental dan fizikal untuk memimpin negara. Targetnya adalah untuk melatih mara remaja bagi menghadapi cabaran dewasa. Sebelum ini saya tidak tahun ada juga sekolah seperti yang bertujuan unuk melatih seseorang menghadapi cabaran. Saya dapat mengetahui bahawa seseorang yang ingin melibatkan diri dalam OBM ini boleh meningkatkan tahap keberanian mereka. Mereka tidak akan rasa takut untuk menghadapi walau apa jua cabaran dalam kehidupan mereka. Mereka akan menerima masalah dan cabaran dengan hati yang terbuka. Selain itu, mereka juga akan menyedari ikhtiar hidup adalah sangat susah. Dengan mengikuti aktiviti OBM, seseorang boleh meningkatkan personality mereka ke arah yang baik. Selepas kami sampai ke OBM, fasilitator OBM telah mengadakan beberapa aktiviti. Aktiviti pertama adalah game salam. Dalam permainan kami kami dikehendaki untuk berdiri dengan pasangan masing-masing. Fasilitator telah mengajar beberapa cara bersalam. Selepas itu, beliau menyuruh kami untuk mencari pasangan lain untuk membuat salam. Selepas sahaja beliau mengatakan nama salam, kami terburu-buru mencari pasangan dam buat salaman. Melalui aktiviti ini, kami dapat bermain dengan guru pelatih unit lain. Dengan melaksanakan aktiviti ini, dapat mewujudkan hubungan yang baik antara kami. Aktiviti yang kedua adalah, People to People. Dalam aktiviti ini, kami dikehendaki membuat perlakuan dengan pasangan masing-masing mengikut arahan fasilitator. Apabila, beliau memberi arahan hidung ke hidung, kami dikehendaki menyentuh hidung dengan hidung. Apabila arahan yang seterusnya diberi contohnya perut to perut kami dikehendaki menyentuh perut dengan perut tanpa mengalihkan perlakuan pertama. Kami tidak boleh mengalihkan apa-apa perlakuan yang diarahkan oleh fasilitator sehingga permainan ini tamat. Permainan ini juga, kami terburu-terburu mencari pasangan dan membuat perlakuan ini. permainan ini dijalankan sebanyak lima kali dengan pasangan lain. Semasa terburu-buru mencari pasangan, kami tidak tahu siapa yang akan menjadi pasangan kami. Melalui aktiviti ini, kami dapat mengenali kawan yang baik kerana mungkin ada yang tidak suka untuk menyentuh orang lain. Tetapi saya tidak mengalami masalah ini. kesemua pasangan yang saya dapat telah memberi komitmen yang baik sekali. Oleh itu, saya dapat tahu mereka adalah kawan yang baik. Saya juga dapat mengenali kawan baru kerana saya telah menemu rakan dari unit lain semasa mencari pasangan. Saya dapat mengenali dia selepas bermain aktiviti ini. Aktiviti yang terakhir adalah Fire and Hunters. Permainan ini perlu bermain secara bertiga-tiga. Dua orang harus menjadi pokok dan seorang menjadi tupai. Apabila fasilitator mengatakan fire kedua-dua pokok tersebut hendaklah mencari tupai lain. Apabila fasilitator mengatakan hunters tupai hendaklah mencari pokok lain. Sesiapa yang tidak dapat mencari pokok dan tupai akan diberi denda. Melalui aktiviti ini, dapatlah mengenali rakan yang jujur iaitu true friend kerana semasa berdiri sebagai pokok selepas sahaja fire dikatakan, kedua-dua pokok itu harus bersama-sama mencari tupai. Jika mereka mencari secara berasingan, maka dapatlah tahu siapa yang jujur kepada kita. Tetapi masalah ini tidak berlaku pada masa tersebut. semua orang saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Kami memang berseronok dan gembira sepanjang aktiviti-aktiviti ini dijalankan. Akhir sekali, saya ingin menucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan jasmani kami dan ahli jawatankuasa program ini kerana telah memilih tempat yang sangat bermanfaat. Dengan mengikuti lawatan ilmiah ini, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya mengenai atlit dan sukan. Saya juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan kelas saya dan juga rakan dari kelas lain. Sekian, terima kasih.