laporan lawatan ilmiah ke indah water konsortium sdn

25
LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE INDAH WATER KONSORTIUM SDN.BHD MELAKA (IWK) Pada 1 Ogos 2013 yang lalu, seramai 21 orang guru pelatih bersama seorang pensyarah pengiring daripada IPG Kampus Perempuan Melayu telah menyertai lawatan ilmiah ke Indah Water Konsortium Sdn.Bhd. Lawatan ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus bagi subjek Sains, Teknologi & Masyarakat (SCE 3114). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan guru pelatih mengenai sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia demi memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan. Selain itu, lawatan ke Indah Water juga akan mendedahkan kami dengan penggunaan teknologi dan kepakaran yang cukup dalam mengendalikan jentera-jentera dan makmal yang cekap dalam mengawasi sistem kumbahan yang dijalankan. Tambahan pula, lawatan ini bermatlamat untuk melahirkan guru yang mempunyai kefahaman tentang proses pemuliharaan air dan tanah khususnya di negeri Melaka. Sebelum lawatan bermula, beberapa prosedur penting perlu dilakukan. Setelah jawatankuasa pelaksana dibentuk, kertas kerja mula dirangka. Pengesahan daripada pihak pentadbir IPG mengambil masa kira- kira hampir dua minggu. Setelah kertas kerja mendapat pengesahan secara rasmi, kami mula menghubungi pihak IWK Konsortium untuk memaklumkan mengenai lawatan kami. Pihak IWK amat berbesar hati menerima kunjungan ilmiah ini. Kami lebih banyak berhubung dengan menggunakan kiriman emel kerana lebih mudah dan tidak mengambil masa. Pihak pengurusan IWK juga sentiasa memberi layanan yang baik jika kami menghubungi mereka. Setelah mendapat surat daripada IWK, kami meneruskan beberapa prosedur lain seperti membuat tempahan penggunaan bas dan pesanan barang daripada stor pusat IPG. Setiap permohonan berjalan lancar dan mendapat sokongan daripada pihak IPG. Kami bertolak dari IPG pada jam 8.00 pagi dengan menaiki bas. Kami tiba di sana pada jam 8.30 pagi dengan disambut mesra pegawai IWK iaitu Puan Azira Binti Sulong. Setibanya di sana, kami diminta untuk

Upload: pismpsainsjan10

Post on 30-Nov-2015

616 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

SCE 3114

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE INDAH WATER KONSORTIUM SDN.BHD

MELAKA (IWK)

Pada 1 Ogos 2013 yang lalu, seramai 21 orang guru pelatih bersama seorang

pensyarah pengiring daripada IPG Kampus Perempuan Melayu telah menyertai

lawatan ilmiah ke Indah Water Konsortium Sdn.Bhd. Lawatan ini diadakan bagi

memenuhi keperluan kursus bagi subjek Sains, Teknologi & Masyarakat (SCE 3114).

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan guru pelatih mengenai

sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia demi

memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan.

Selain itu, lawatan ke Indah Water juga akan mendedahkan kami dengan

penggunaan teknologi dan kepakaran yang cukup dalam mengendalikan jentera-

jentera dan makmal yang cekap dalam mengawasi sistem kumbahan yang

dijalankan. Tambahan pula, lawatan ini bermatlamat untuk melahirkan guru yang

mempunyai kefahaman tentang proses pemuliharaan air dan tanah khususnya di

negeri Melaka.

Sebelum lawatan bermula, beberapa prosedur penting perlu dilakukan.

Setelah jawatankuasa pelaksana dibentuk, kertas kerja mula dirangka. Pengesahan

daripada pihak pentadbir IPG mengambil masa kira-kira hampir dua minggu. Setelah

kertas kerja mendapat pengesahan secara rasmi, kami mula menghubungi pihak

IWK Konsortium untuk memaklumkan mengenai lawatan kami. Pihak IWK amat

berbesar hati menerima kunjungan ilmiah ini. Kami lebih banyak berhubung dengan

menggunakan kiriman emel kerana lebih mudah dan tidak mengambil masa. Pihak

pengurusan IWK juga sentiasa memberi layanan yang baik jika kami menghubungi

mereka. Setelah mendapat surat daripada IWK, kami meneruskan beberapa

prosedur lain seperti membuat tempahan penggunaan bas dan pesanan barang

daripada stor pusat IPG. Setiap permohonan berjalan lancar dan mendapat

sokongan daripada pihak IPG.

Page 2: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Kami bertolak dari IPG pada jam 8.00 pagi dengan menaiki bas. Kami tiba di

sana pada jam 8.30 pagi dengan disambut mesra pegawai IWK iaitu Puan Azira Binti

Sulong. Setibanya di sana, kami diminta untuk ke dewan mesyuarat untuk

mendengar taklimat keselamatan dan pengenalan tentang Indah Water Konsortium

Sdn.Bhd. Taklimat ini disampaikan oleh En.Johari Bin Mat Jusin yang juga

merupakan seorang pegawai di tempat tersebut. Taklimat keselamatan merupakan

prosedur penting yang perlu disampaikan kepada semua pelawat bagi memastikan

pelawat mengikut langkah keselamatan yang betul sekiranya berlaku kecemasan.

Kemudian, Puan Azira menerangkan serba sedikit maklumat mengenai proses

dan teknologi yang digunakan untuk merawat air kumbahan di pusat tersebut. Puan

Azira menayangkan slaid powerpoint bagi menerangkan cara air dirawat di mana

menggunakan teknologi canggih. Beliau juga menerangkan bahawa Indah Water di

Malaysia merupakan antara syarikat yang berjaya menguruskan sisa kumbahan

dengan baik dan menjadi contoh kepada negara-negara Asia Tenggara lain.

Tambahan pula, menurut Puan Azira, pengurusan pembuangan sludge adalah yang

terbaik berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Malaysia telah membuat satu

inovasi iaitu dengan menggunakan sludge tersebut dijadikan sebagai baja organik.

Malah pihak Indah Water Konsortium Melaka juga telah bekerjasama dengan Majlis

Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk membekalkan sludge yang telah

dirawat untuk dijadikan baja bagi pokok hiasan di sekitar bandaraya Melaka.

Selepas taklimat diberikan, kami dibawa melawat ke sekitar kawasan IWK. En

Johari dan Puan Azira menunjukkan beberapa peralatan yang digunakan oleh IWK

dalam proses rawatan air kumbahan. Antara tempat yang kami lawati ialah seperti

Sludge Dewatering, Clarifier, Tanker Sludge Receiving Station, Aeration Tank

Facilities, Sludge Holding Tank (SHT), Polymer Dissolving Tank, Sludge Dewatering

Unit, dan Sludge Cake Storage Yard. Beliau telah menerangkan fungsi setiap satu

peralatan teknologi di situ dan proses yang berlaku.

Kami dibawa melawat ke setiap tempat yang berbeza peralatan dan

pemprosesan. Tempat pertama yang kami lawati adalah tanker sludge receiving

station. Di sini, kami diterangkan tentang fungsi peralatan tersebut. Sludge yang

dikumpul akan disimpan di dalam tangki ini. Apabila sludge tersebut mencapai aras

yang dikehendaki, operasi pemprosesan akan terhenti secara automatik untuk

Page 3: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

mengelakkan pemanasan melampau. Kemudian ,tempat kedua yang kami lawati

adalah Aeration Tank Facilities. Di sini, terdapat dua proses yang berlaku iaitu

anoksid dan aerobik. Perbezaan antara tangki anoksid adalah ia mempunyai

pengadun boleh tenggelam. Manakala tangki aerobik mempunyai blower bagi tujuan

proses pengudaraan air.

Seterusnya, kami melawat ke Clarifier. Di sini, proses pengasingan antara sisa

pepejal dan cecair berlaku menggunakan graviti. Sisa kumbahan akan dipindahkan

ke sludge holding tank menggunakan pam di mana operasi ini dikawal oleh mesin

automatik. Tempat terakhir yang kami lawati adalah di pusat pengumpulan sludge

yang akan dijadikan sebagai baja. Longgokan sludge atau baja ini dikumpul di satu

kawasan yang besar dan akan diambil oleh Majlis Bandaraya Melaka. Pihak luar

juga boleh membeli baja tersebut untuk tujuan pembajaan tanaman hiasan dan

sebagainya.

Terdapat dua jenis rawatan loji iaitu mekanikal yang terdiri dari lagun berudara

dan bukan mekanikal yang menggunakan kolam oksida. Kedua-dua kaedah rawatan

aliran efluen ini sangat penting bagi menjamin air yang disalurkan semula ke laut dan

sungai menepati piawaian antarabangsa dan selamat serta bersih daripada

sebarang penyakit jangkitan air seperti taun dan kolera.

Proses rawatan efluen lazimnya melibatkan dua proses iaitu proses primer

dan sekunder. Proses rawatan primer terdiri dari stesen pengepam, sebuah kebuk

dan tangki pemendapan utama manakala proses rawatan sekunder pula melibatkan

efluen yang telah dienapcemar melalui proses pencernaan lapis turas. Kumbahan

yang belum dirawat akan melalui satu tapisan skrin yang diperbuat daripada batang

keluli berukuran 20-40 mm.

Selain berfungsi membuang bahan-bahan ampaian bersaiz besar, ia juga

meyekat aliran masuk sedimen dan bahan kasar yang boleh mengganggu mesin

pengoksidaan. Efluen ini seterusnya akan dimasukkan ke dalam tangki-tangki

pemendapan yang berfungsi secara graviti bagi mengasingkan komponen pepejal

dan cecair.

Page 4: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Rajah 1: Peringkat-peringkat rawatan efluen

Terdapat beberapa jenis tangki yang digunakan oleh IWK semasa proses

pemendapan ini, antaranya ialah tangki septik dan tangki imhof. Tangki septik

mempunyai dua ruang utama di mana bahagian atas ialah pengumpulan sedimen

terampai manakala ruang di bawah merupakan pengumpulan efluen. Enapcemar

yang terkumpul mestilah dibuang pada sela masa yang tertentu antara satu hingga

lima tahun dan pembinaannya mestilah jauh dari sumber atau laluan air.

Diperingkat rawatan sekunder, efluen lazimnya telah diuraikan melalui kaedah

biologi. Melalui proses ini, sekurang-kurangnya 90 peratus sedimen terampai dan

BOD (Bio Oxygen Demand) telah dapat dikurangkan melalui struktur rawatan di

kolam fakultatif, lagun berudara ataupun kolam oksida. Melalui lagun berudara

misalnya, BOD dapat disingkirkan antara dua hingga enam hari. Proses ini

digerakkan melalui pam pengudaraan yang membekalkan udara sempurna kepada

kolam.

Selain itu, rawatan sekunder juga menggunakan kaedah kolam oksida. Kolam

oksida mempunyai dua kolam selari di peringkat pertama dan dua kolam di peringkat

kedua. Pengenapan efluen dan lumpur akan berlaku di tangki pertama dan setelah

beberapa hari ia akan disalurkan ke tangki kedua untuk rawatan melalui pencernaan

biologi sebelum dibuang ke sungai. Terdapat sebahagian lebihan efluen yang masuk

Page 5: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

ke pemandat turas di mana efluen akan dimampatkan, dikeringkan dan seterusnya

dibuang ke tempat pelupusan sampah.

Proses menyahbauan dilakukan melalui kaedah penghadaman aerob yang

diudarakan selama 4 hingga 10 hari. Pada masa kini, IWK telahpun menggunakan

aerator cereka bagi mengurangkan kandungan BOD sehingga 95 peratus.

Pada peringkat permulaan Indah Water beroperasi masih ramai yang tidak

tahu apa fungsi sebenar Indah Water tetapi dengan publisiti yang lebih menyeluruh

ramai yang telah mula memahami dan membuka mata mengenai fungsi sebenar

IWK. Tidak dapat dinafikan peranan Indah Water amat penting untuk memastikan

alam sekitar bersih dan tidak tercemar bersesuaian dengan moto IWK sebagai

“Syarikat Pembentungan Nasional Anda”.

Peranan IWK adalah mengendali dan menguruskan kesemua perkhidmatan

pembentungan negara. Selain itu, IWK juga bertanggungjawab menyelia rangkaian

paip pembentung yang menyambungkan premis-premis terus ke loji rawatan efluen.

IWK juga berperanan mengutip caj dan bayaran untuk setiap perkhidmatan yang

ditawarkan.

Di atas kuasa yang diberikan kepada IWK, maka seharusnya IWK memainkan

peranan yang penting dalam mempertingkatkan pengurusan efluen negara. Ini

termasuklah melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan khusus yang disediakan seperti

membaikpulih dan menaikkan taraf loji rawatan efluen yang sedia ada. Tambahan

pula, IWK berperanan dalam menyelia rangkaian paip pembentung dan stesen pam.

Selain itu, IWK juga memainkan peranan dalam membuat penyelenggaraan

loji rawatan efluen. IWK juga berperanan membina loji rawatan efluen yang baru di

kawasan perumahan atau bandar yang tidak mempunyai loji rawatan berpusat.

Malah, IWK menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik yang berjadual

dari premis-premis yang memerlukan perkhidmatannya dan kerja ini akan dikenakan

caj.

Indah Water Konsortium di Malaysia juga berperanan dalam merawat dan

melupuskan enapcemar bagi memastikan ia mengikuti garis panduan yang

ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan.

Page 6: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Sebagai bakal guru, apa yang diperoleh sepanjang mengendalikan lawatan

ilmiah ini adalah kami dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan agensi

luar iaitu Indah Water Konsortium Melaka (IWK) bagi mendapatkan kelulusan

mengadakan lawatan ke tempat mereka. Kami dapat mempelajari bagaimana untuk

berkomunikasi dengan baik dan berkesan bagi memudahkan urusan. Sebagai bakal

guru, kemahiran komunikasi sangat penting di mana guru menjadi tempat rujukan

mendapatkan maklumat bagi murid-murid, ibu bapa dan juga masyarakat setempat.

Tanpa komunikasi yang baik, guru tidak akan dapat menyampaikan sesuatu

maklumat dengan berkesan dan segala urusan akan berjalan dengan tidak lancar.

Melalui lawatan ini juga, kami dapat mempelajari kemahiran pengurusan iaitu

menguruskan satu lawatan ilmiah di mana pengurusan lawatan ini dilakukan secara

berkumpulan yang mempunyai tiga orang ahli sahaja. Ini merupakan pengalaman

pertama kami mengendalikan lawatan ilmiah dengan hanya tiga orang ahli sahaja.

Sebelum ini kami mengendalikan lawatan dalam kumpulan yang besar dan urusan

pembahagian tugas menjadi lebih mudah. Namun, melalui pengurusan lawatan

ilmiah yang hanya melibatkan kami bertiga, skop tugas menjadi lebih besar. Kami

tidak menganggapnya sebagai beban malah menjadikannya sebagai satu cabaran

yang perlu digalas.

Sebagai seorang bakal guru, kami perlu menghadapi tugas menguruskan satu

lawatan ilmiah di sekolah kelak. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman menguruskan

lawatan ini menjadi titik tolak kepada kami dalam menjadikannya sebagai

pengalaman baru untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Ini kerana di sekolah, mejadi

satu kemestian kepada guru untuk mengendalikan tugas menguruskan satu lawatan

ilmiah contohnya seperti lawatan ke zoo, Petrosains dan juga ke tempat lain.

Selain itu, melalui lawatan ini juga, kami dapat mempelajari semangat

bekerjasama dalam satu pasukan. Walaupun bekerjasama dalam satu pasukan kecil

,namun kami tetap bersatu dan membahagikan tugas dengan sama rata dan

melakukannya bersama-sama. Sebagai seorang bakal guru, pengalaman

bekerjasama dalam satu pasukan amat diperlukan terutamanya ketika berada di

sekolah kelak. Kerjasama yang baik sebagai satu pasukan dengan rakan sekerja

iaitu guru-guru lain akan menjadi faktor kejayaan sesuatu kerja dan segala tugas

akan menjadi lebih mudah.

Page 7: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Melalui lawatan ini, kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang

penggunaan teknologi bagi merawat sisa kumbahan. Ilmu ini sangat penting untuk

dikuasai terutamanya bagi bakal guru yang mengambil opsyen Sains seperti kami.

Penguasaan ilmu mengenai teknologi yang canggih dalam menguruskan sisa

kumbahan merupakan satu ilmu tambahan dan perlu dikuasai kerana teknologi ini

dijalankan dalan negara kita sendiri.

Namun begitu, pihak IWK lebih berpendapat lawatan ini lebih sesuai

dijalankan selepas bulan puasa berlalu. Ini kerana sepatutnya pihak IWK ingin

membawa kami ke tempat loji lain dan kami dapat membuat perbandingan dan

perbezaan. Namun, akibat kekangan masa, tempoh lawatan juga hanya setengah

hari, lawatan ke loji lain tidak dijalankan. Untuk mengatasi masalah ini, sepatutnya

kami berbincang dengan pihak IWK untuk menetapkan tarikh sejajar dengan tentatif

program yang mereka sediakan.

Sebagai seorang bakal guru, kami perlu membekalkan ilmu pengetahuan di

dada kerana ilmu Sains tiada batasan dan perlu sentiasa diterokai. Ilmu

pengetahuan ini perlu didedahkan kepada masyarakat terutamanya murid-murid

sekolah kerana merekalah generasi yang akan mencorakkan masa hadapan.

Justeru, pendedahan ilmu pengetahuan Sains seperti ini akan meningkatkan nilai

kualiti seorang guru yang bertindak sebagai agen penyebar maklumat.

Akhir sekali, sebelum meninggalkan IWK, kami telah memberi cenderamata

kepada pihak IWK sebagai tanda terima kasih di atas penerimaan kunjungan kami ke

sana. Kami bertolak pulang ke IPG pada jam 1 tengah hari.

Disediakan Oleh,

.........................................................

(NUR AMIRAH BINTI MOHD ZAIN)

Setiausaha Lawatan,

IPG Kampus Perempuan Melayu,Melaka.

Page 8: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

LAMPIRAN GAMBAR

\

Peserta lawatan berkumpul di garaj bas sebelum bertolak ke IWK Konsortium Sdn. Bhd Sg. Udang, Melaka.

Page 9: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Bacaan doa diketua oleh Saudari Nur Azira Farhana

Peserta lawatan meninjau sekitar pejabat IWK Konsortium setelah tiba di sana

Page 10: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Jurutera operasi, Puan Siti Nurazira memberikan taklimat kepada peserta mengenai proses operasi IWK Konsortium Sdn. Bhd

Page 11: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Peserta lawatan mendengar penerangan taklimat yang diberikan.

Page 12: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

En. Johari memberikan taklimat keselamatan kepada kami.

Bahan ‘sludge’ yang berbeza kepekatannya.

Page 13: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Peserta lawatan mencuba beberapa kelengkapan keselamatan yang digunakan oleh pekerja IWK Konsortium semasa menjalankan operasi.

Page 14: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Bersedia untuk memulakan sesi lawatan ‘field trip’ ke kawasan loji operasi IWK.

Page 15: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Pensyarah pengiring, Puan Fatimah bt Yusof turut serta ketika lawatan ke loji IWK Konsortium.

Sampah sarap yang ditemui di ‘Sludge Receiving Station’

Page 16: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Sisa kumbahan yang belum dirawat.

Page 17: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

‘Sludge Cake Storage’ tempat pengumpulan sisa pepejal. Tidak mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Page 18: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Bahan kimia yang digunakan untuk merawat sisa kumbahan

Page 19: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

‘Sludge Dewatering Unit’

Page 20: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

‘Motor Control Centre Room’. Segala operasi dikawal menggunakan sistem komputer

Page 21: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

‘Aeration Tank Facility’

Page 22: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

‘Blower Room’ yang mempunyai cirri dinding yang unik untuk tujuan operasi

Page 23: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

‘Aeration Tank’ digunakan untuk menyisihkan bendasing di dalam air sebelum dirawat sepenuhnya

Page 24: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Hasil ‘sludge’ yang digunakan untuk tujuan pertaniah. Digunakan sebagai baja.

Page 25: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Sesi ‘field trip’ ke tapak loji selesai

Page 26: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Penyampaian cenderahati daripada IPGKPM kepada IWK Konsortium

Page 27: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Sesi bergambar kenangan

Page 28: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Indah Water Konsortium Sdn

Ahli kumpulan yang bertanggungjawab menguruskan lawatan ke IWK Konsortium.