laporan lawatan thailand

13
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SONGKHLA, THAILAND KUMPULAN PISMP SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2013 (P2E &P2F) JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI, KEDAH Jabatan Pendidikan Seni Visual Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPG KSAH) telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Songkhla, Thailand pada hari 27 Ogos 2013 (Selasa) hingga 29 Ogos 2013 (Khamis). Seramai 42 orang guru pelatih dari kumpulan PISMP semester 2 Ambilan JAN. 2013 (P2E & P2F) dan 7 orang pensyarah telah mengambil bahagian dalam lawatan ini. Program ini merupakan usaha pencetus pembinaan intelektual guru pelatih Pendidikan Seni Visual dalam bidang seni merentasi negara, dan memberi pendedahan berkaitan dengan budaya seni negara lain serta mendapatkan sumber inspirasi bagi penghasilan karya kelak. Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi lawatan ini adalah seperti berikut: JAWATANKUASA INDUK Penaung : Tuan Haji Mustafa bin Abd. Hamid (Pengarah IPG KSAH) Penasihat 1 : Tuan Haji Mohd. Shobri B Saad (Timbalan Pengarah IPG KSAH) Penasihat 2 : En. Mansor bin Abdullah (Ketua Jabatan Pendidikan Seni Visual) Ketua Rombongan : En. Othaya Kumaran a/l Kandasamy Penyelaras Kursus (PSV3103) : En. Othaya Kumaran a/l Kandasamy Pen. Penyelaras (PSV3103) : En.Hj.Jaafar bin Mahmud Perhubungan : Tn. Hj. Jaafar bin Mahmud Pengangkutan : En. Zakariah bin Abd. Ghani Ahli : 1. En. Mohd. Fauzi bin Fadzil 2. Puan Chin Soo Fong 3. En. Ananthan a/l Nagu 4. En. Mohd. Yusoff Mat Saad

Upload: li-ting

Post on 27-Oct-2015

129 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Thailand

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE SONGKHLA, THAILAND

KUMPULAN PISMP SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2013 (P2E &P2F)

JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI, KEDAH

Jabatan Pendidikan Seni Visual Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

(IPG KSAH) telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Songkhla, Thailand pada hari

27 Ogos 2013 (Selasa) hingga 29 Ogos 2013 (Khamis). Seramai 42 orang guru pelatih dari

kumpulan PISMP semester 2 Ambilan JAN. 2013 (P2E & P2F) dan 7 orang pensyarah telah

mengambil bahagian dalam lawatan ini. Program ini merupakan usaha pencetus pembinaan

intelektual guru pelatih Pendidikan Seni Visual dalam bidang seni merentasi negara, dan

memberi pendedahan berkaitan dengan budaya seni negara lain serta mendapatkan

sumber inspirasi bagi penghasilan karya kelak. Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi lawatan ini

adalah seperti berikut:

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tuan Haji Mustafa bin Abd. Hamid

(Pengarah IPG KSAH)

Penasihat 1 : Tuan Haji Mohd. Shobri B Saad

(Timbalan Pengarah IPG KSAH)

Penasihat 2 : En. Mansor bin Abdullah

(Ketua Jabatan Pendidikan Seni Visual)

Ketua Rombongan : En. Othaya Kumaran a/l Kandasamy

Penyelaras Kursus (PSV3103) : En. Othaya Kumaran a/l Kandasamy

Pen. Penyelaras (PSV3103) : En.Hj.Jaafar bin Mahmud

Perhubungan : Tn. Hj. Jaafar bin Mahmud

Pengangkutan : En. Zakariah bin Abd. Ghani

Ahli : 1. En. Mohd. Fauzi bin Fadzil

2. Puan Chin Soo Fong

3. En. Ananthan a/l Nagu

4. En. Mohd. Yusoff Mat Saad

Page 2: Laporan Lawatan Thailand

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Ketua Rombongan : En. Othaya Kumaran a/l Kandasamy

Pengerusi : Suntharamoorthi a/l Kannan

Naib Pengerusi : Devasrilatchumy a/p Thavakumar

Setiausaha : Lau Xin Yi

Naib Setiausaha : Ling Bin Ru

Bendahari : Heng Guet Ying

Naib Bendahari : Lim Li Ting

Buku Program / Banner : Liang Yan Pei

Fotografi : Hong Hui Chin

: Kong Siew Ling

Dokumentasi : Tamarai Selvi a/p Tamil Selvan

: Sathiya Vani a/p Muthusamy

Keselamatan : Wong Ye Chen

Perhubungan : Shirly Ang Yen Nie

Pengangkutan : Ng Hui Yu

Peralatan : Ling Ka Yin

Cenderahati : Ling Ngiik Bing

Pada hari pertama, iaitu 27 Ogos 2013 (Selasa) semua guru-guru pelatih yang

mengambil bahagian dalam lawatan ini telah berkumpul di depan Dewan Munsyi IPG KSAH

pada pukul 5.00 petang bersama pensyarah. Pada pukul 5.15 petang bas persiaran telah

sampai ke kampus dan semua guru pelatih dan pensyarah telah menyimpan beg-beg ke

dalam bas serta bersiap sedia untuk bertolak. Pengerusi lawatan telah memastikan bilangan

para guru pelatih dalam bas. Sebelum bas bertolak bacaan doa telah dibaca oleh para guru

pelatih beragama Islam untuk melalui perjalanan yang selamat. Brosur lawatan turut

diedarkan dalam bas oleh AJK Buku Program. Pada pukul 5.35 petang tepat bas telah

bertolak dari kampus.

Page 3: Laporan Lawatan Thailand

Gambar bersama pensyarah dengan guru pelatih sebelum bertolak.

Guru pelatih dan pensyarah bersedia untuk menyimpan beg-beg ke dalam bas.

Pada pukul 7.15 petang kami telah sampai di Changlun untuk menukar wang Ringgit

Malaysia kepada Bhatt di tempat pertukaran wang. Setelah selesai pertukaran wang, suatu

taklimat ringkas telah diberi oleh Encik Azman, pembimbing pelancongan lawatan Thailand

dengan jelas. Beliau telah menjelaskan perjalanan kami sehingga tiba di Bukit Kayu Hitam

Sempadan Malaysia. Setelah tamat pemeriksaan pasport dengan pas sempadan, kami telah

menaik semula ke dalam bas. Pada pukul 8.10 malam kami telah sampai di sempadan

Thailand dengan selamat dan pada pukul 8.40 malam kami telah masuk ke Thailand dengan

sah selepas pemeriksaan pasport para guru pelatih dan pensyarah.

Page 4: Laporan Lawatan Thailand

Guru pelatih dan pensyarah menukar wang Ringgit Malaysia kepada Bhatt di tempat

pertukaran wang.

Guru pelatih sedang menguruskan pas sempadan sebelum meneruskan perjalanan

ke Thailand.

Suatu taklimat ringkas telah diberi oleh pembimbing pelancongan berkaitan lawatan

serta beliau telah mengajar beberapa perkataan yang mudah dalam Bahasa Siam yang

boleh digunakan semasa membeli-belah di sana. Pada pukul 9.50 malam kami telah sampai

di Restoran Kai Tod Daycha & Seaafood Hat Yai untuk makan malam. Kami telah menikmati

nasi ayam Thailand yang cukup sedap di situ bersama para pensyarah. Seterusnya, pada

pukul 10.40 malam kami menaik semula ke dalam bas selepas makan malam untuk menuju

ke hotel. Pada pukul 10.46 petang tepat kami telah sampai di hotel dan mengemas barang-

barang daripada bas untuk memasuki ke dalam hotel. Suatu taklimat malam telah diberi oleh

Encik Zakariah, pensyarah pengangkutan dan Encik Azman, pembimbing pelancongan

mengenai pengurusan bilik serta aktiviti hari kedua. Pada pukul 11.00 malam para guru

Page 5: Laporan Lawatan Thailand

pelatih dan para pensyarah telah beredar ke bilik masing-masing bagi penginapan diri serta

tidur.

Encik Azman, pembimbing pelancongan dan Encik Zakariah, pensyarah

pengangkutan telah memberi taklimat ringkas.

Para guru pelatih bersedia untuk menikmati makan malam.

Page 6: Laporan Lawatan Thailand

Inilah restoran makan malam pada hari tersebut.

Pada hari kedua, semua guru pelatih telah berkumpul di lobi bersama pensyarah

selepas penginapan diri pada pukul 8.30 pagi. Encik Zakariah, pensyarah pengangkutan

telah memberi taklimat ringkas tentang aktiviti seterusnya. Selepas mendengar taklimat

tersebut kami telah bertolak ke kedai makan untuk mengambil sarapan pagi. Pada pukul

8.50 pagi kami tiba di Restoran Shah Alam Seafood. Kami dihidangkan roti canai dengan

teh oh panas yang sedap. Selepas itu, kami bertolak ke kedai membeli-belah dan sampai di

situ pada pukul 9.25 pagi. Di situ kami mendapat peluang untuk membeli barang-barang

hiasan serta cenderahati dengan harga yang berpatutan. Pada pukul 10.25 pagi, kami telah

bergerak dari situ dan tiba di kedai pemborong makanan ringan seperti kacang, keropok,

gula-gula, asam dan sebagainya. Kami berpeluang untuk membeli makanan ringan dengan

harga yang murah di situ.

Seterusnya, kami telah sampai di kedai madu pada pukul 11.00 pagi. Di situ kami

telah dialu-alukan oleh pembantu-pembantu kedai tersebut dan kami telah duduk dalam

suatu bilik serta diberi taklimat mengenai madu serta kami dihidangkan segelas minuman

madu yang manis amat sedap. Mereka telah memberi penjelasan yang baik tentang madu

yang asli dan mengajar cara-cara memeriksa madu yang asli. Kami juga mengetahui

tentang jenis-jenis madu yang dijual di kedai itu serta kegunaannya. Setelah tamat taklimat

tersebut, kami diberi masa untuk membeli madu dan barang-barang yang diperbuat

daripada madu seperti sabun.

Page 7: Laporan Lawatan Thailand

Inilah kedai madu yang dilawati oleh guru pelatih dan pensyarah.

Pada pukul 11.46 pagi kami telah bertolak dari situ dan menuju ke Chang Kuak

Camp tempat pemeliharaan gajah di Hat Yai, Thailand. Kami telah tiba di situ pada pukul

11.56 pagi dan memberi peluang untuk mengambil gambar bersama gajah. Selain melihat

gajah, aktiviti memandu motor ATV turut terdapat di sana. Selepas melawat tempat tersebut,

kami telah bertolak ke restoran Sami Kitchen untuk makan tengah hari. Kami sampai di

restoran tersebut pada pukul 1.05 petang bersama para pensyarah dan menikmati makanan

yang cukup sedap di situ.

Pensyarah dan guru pelatih tiba di Chang Puak Camp.

Page 8: Laporan Lawatan Thailand

Selepas itu, kami beredar ke Masjid besar dan sampai di sana pada pukul 2.15

petang di Hat Yai untuk sembahyang. Pelajar yang lain menurun dari bas dan menikmati

keindahan persekitaran Masjid Besar tersebut. Masjid Besar itu sedikit serupa dengan Taj

Mahal di India. Setelah sesi sembahyang habis kami beredar dari sana dan menuju ke Bukit

Tang Kuan di Songkhla, Hat Yai pada 3.00 petang. Bukit itu adalah sebuah bukit yang

sangat cantik dan dikelilingi banyak monyet. Kami sekumpulan menaiki lif untuk sampai di

puncak bukit tersebut. Di sana kami jumpa kuil Buddha yang sangat unik dengan mengikuti

sami – sami Buddha. Tambahan pula di sana terdapat sami yang menganugerahi kami

teman hidup. Jikalau kita mendoakan untuk mendapatkan teman hidup, beliau akan

merestui kita. Seterusnya kami mengambil banyak foto di sana juga kerana tempat itu

sangat cantik dengan pemandangannya. Selepas menurun dari puncak bukit, kami makan

aiskrim kelapa yang sangat enak sekali.

Seterusnya, pada 5 petang kami sampai di Samila Beach Songkhla untuk tengok

dan menghayati estetika arca ikan duyung yang merestui lelaki – lelaki yang mendoakan

teman hidup mereka. Selain itu, kami mengadakan aktiviti melakarkan pemandangan

kawasan itu serta dua orang pensyarah kami melukis orang tempatan dengan amat cantik

sekali. Seterusnya pada pukul 6.15 petang kami melawat tempat arca “ The Surphan Nag”

yang sangat besar sekali serta kami mengambil foto kumpulan. Pada 6.30 petang kami

bergerak ke hotel kami serta kami bersiap sedia untuk membeli – belah.

Pada pukul 8.00 malam En. Azman memberi taklimat sebelum bergerak ke open

market di Bandar Hat Yai. Beliau memberi taklimat bahawa semua pelajar harus berjaga-

jaga semasa membeli - belah. Pada jam 8.30 malam kami tiba di Open Market Hat Yai untuk

membeli - belah. Kami sangat suka tempat Open Market tetapi tidak cukup masa untuk

melawat semua kedai di Open market. Setelah habis sesi membeli-belah kami bergerak ke

Hotel sekurang-kurangnya pada pukul 11.30 malam.

Pada hari ketiga kami bangun pada pukul 7.00 pagi. Setelah pengurusan diri masing-

masing kami makan sarapan kami di suatu restoran. Sarapan kami ialah roti canai juga

dengan memberi kupon yang mendapatkan daripada pensyarah. Selepas sarapan pagi kami

pulang ke hotel untuk mengambil barang kami dan meletakkannya di dalam bas. Semua

barang-barang telah ambil menyerahkan kad bilik hotel di lobi hotel. Pada 9.50 pagi kami

diberi taklimat oleh En.Azman dan sedia untuk bergerak ke Sekolah Saengthong Vitthaya

School di Bandar Hat Yai. Di sekolah tersebut kami dijemput dengan baik sekali dan

seorang guru di sekolah tersebut bernama Encik Sam memberi taklimat kepada kami

mengenai sekolah itu. Sekolah itu sangat cantik, dan canggih. Pada pukul 10.30 pagi Rektor

Tuan En..Anthony memberi sedikit ucapan untuk kami. Sekolah itu sangat bagus dalam

Page 9: Laporan Lawatan Thailand

akademik dan kokurikulum. Bangunannya sangat besar dan banyak murid. Pada masa yang

sama kami mengambil gambar kumpulan dan kami menikmati keindahan alam sekolah

tersebut. Pihak sekolah tersebut telah menyediakan minuman ringan untuk kami. Setelah

sesi minum minuman ringan habis kami beredar dari sekolah tersebut pada pukul 12.30

tengah hari.

Dewan Saengthong Vitthaya School

Pensyarah bersama murid-murid di sekolah tersebut.

Page 10: Laporan Lawatan Thailand

Para pensyarah Jabatan Pendidikan Seni Visual.

Pengarah sekolah sedang memberikan taklimat ringkas tentang sekolah tersebut.

Page 11: Laporan Lawatan Thailand

Rektor Tuan En.Anthony memberikan sedikit ucapan.

Ketua Jabatan PSV, Encik Mansor menyampaikan cenderahati kepada Rektor Tuan

En.Anthony.

Page 12: Laporan Lawatan Thailand

Ketua Jabatan PSV, Encik Mansor menyampaikan cenderahati kepada seorang guru

sekolah tersebut, Encik Sam yang telah menyampaikan taklimat ringkas kepada kami.

Sesi fotografi para pensyarah Jabatan PSV, pensyarah HEP bersama Rektor Tuan

En.Anthony.

Page 13: Laporan Lawatan Thailand

Sesi fotografi para pensyarah, guru-guru pelatih bersama Rektor Tuan En.Anthony.

Seterusnya kami beredar ke Plaza Shopping Centre di Hat Yai dan kami sampai di

sana pada pukul 12.45pm. Selama tiga jam kami membeli-belah dan makan makanan

tengah hari kami di tempat itu. Plaza itu sangat besar dan penuh dengan kedai-kedai yang

jualan murah di Bandar Hat Yai. Pada pukul 3 petang kami berkumpul di depan Plaza dan

menunggu untuk bas. Pada masa yang sama kami mengambil gambar kumpulan di sana.

Setelah bas sampai kami menaiki bas dan sampai di sempadan Negara Thailand pada

pukul 4.30 petang. Di situ pihak imigresen telah memeriksa pasport kami. Seterusnya kami

sampai di sempadan Malaysia dan mereka memeriksa pasport dan pas sempadan kami

pada pukul 5.00 petang. Selepas itu kami berhenti di Gurun untuk makan malam dan

sembahyang. Akhirnya pada pukul 10.00 malam kami sampai di IPG Kampus Sultan Abdul

Halim dengan selamat.

Di sediakan oleh,

(TAMARAI SELVI TAMIL SELVAN) AJK LAPORAN 1

(SATHIYA VANI MUTHUSAMY)AJK LAPORAN 2