laporan lawatan ke dataran tiananmen

4
Laporan Lawatan ke Dataran Tiananmen Dataran Tiananmen merupakan tempat yang pertama kami lawati setelah menempuhi perjalanan selama lebih kurang enam jam sebelum sampai di Beijing. Dataran ini adalah dataran yang besar berdekatan pusat bandaraya Beijing dan dinamakan Tiananmen iaitu bermaksud Pintu Damai Syurga. Dataran ini sangat penting selaku lambing kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah China. Dataran ini meliputi 40.5 hektar dan menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia. Gambar 1: Peta Dataran Tiananmen Dataran Tiananmen juga merupakan tempat pengisytiharan negara China sebagai sebuah Republik oleh Pengerusi Mao Tze Dong pada 1 Oktober 1949. Setiap tahun pada 1 Oktober, negara China akan meraikan hari kebangsaan mereka dan di sinilah

Upload: fitri-ayub

Post on 27-Nov-2015

72 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Ke Dataran Tiananmen

Laporan Lawatan ke Dataran Tiananmen

Dataran Tiananmen merupakan tempat yang pertama kami lawati setelah

menempuhi perjalanan selama lebih kurang enam jam sebelum sampai di Beijing.

Dataran ini adalah dataran yang besar berdekatan pusat bandaraya Beijing dan

dinamakan Tiananmen iaitu bermaksud Pintu Damai Syurga. Dataran ini sangat

penting selaku lambing kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-

peristiwa terpenting dalam sejarah China. Dataran ini meliputi 40.5 hektar dan

menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.

Gambar 1: Peta Dataran Tiananmen

Dataran Tiananmen juga merupakan tempat pengisytiharan negara China

sebagai sebuah Republik oleh Pengerusi Mao Tze Dong pada 1 Oktober 1949.

Setiap tahun pada 1 Oktober, negara China akan meraikan hari kebangsaan mereka

dan di sinilah tempat rakyat berkumpul. Sepanjang minggu pertama Oktober adalah

cuti umum. Manusia dari pelbagai pelosok China datang ke sini dan tempat ini akan

menjadi sesak. Polis akan sentiasa mengawasi tempat ini kerana dikhuatiri orang

awam akan melakukan demonstrasi. Namun begitu, kami tidak berpeluang untuk

melihat sambutan hari kebangsaan Republik China kerana lawatan kami adalah

pada bulan November.

Page 2: Laporan Lawatan Ke Dataran Tiananmen

Gambar 2: Sekitar Dataran Tiananmen

Dataran ini sering dijadikan tempat oleh rakyat untuk melakukan demonstrasi.

Antara demonstrasi yang terbesar dan terkenal adalah demonstrasi pelajar pada

tahun 1989. Demonstrasi tersebut mendapat liputan yang meluas di media massa

seluruh dunia. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya kita sentiasa memerhati

polis dan pengawal keselamatan sentiasa mengawal kawasan ini.

Gambar 3: Pelancong yang melawat Dataran Tiananmen

Page 3: Laporan Lawatan Ke Dataran Tiananmen

Kami memperoleh pengalaman yang sangat berharga kerana dapat melihat

sendiri dataran yang sangat luas ini secara nyata. Di dataran ini juga, tandas awam

juga disediakan untuk kemudahan pelancong yang datang. Namun begitu, Dataran

Tiananmen ini juga menjadi tempat untuk rakyat tempatan melakukan penipuan

seperti menawarkan perkhidmatan melancong ke Tembok Besar dan tempat-tempat

lain di Beijing. Kami juga terserempak dengan mereka yang menjual barangan dan

menawarkan perkhidmatan ‘fotografi tidak rasmi’ kepada kami iaitu menangkap

gambar secara tidak sedar dan ingin menjual gambar kepada kami. Kami juga agak

terkejut kerana terdapat juga rakyat China yang boleh berbahasa Melayu walaupun

hanya beberapa istilah untuk menarik minat pelancong dari Malaysia seperti

perkataan ‘murah’.

Kesimpulannya, lawatan ke Dataran Tiananmen ini memberikan impak yang

besar kepada guru pelatih seperti kami. Lawatan ke dataran ini bukan semata-mata

atas faktor keseronokan semata-mata tetapi juga memberikan pengalaman yang

amat bermakna. Semoga lawatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan

datang.

Disediakan oleh,

___________________________

( )