laporan lawatan sambil belajar

5
Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Planetarium Ter engganu dan Taman Ta madun Islam Te rengganu Pada 5 Apr il 2011, Pe rsa tuan Sains dan Matemati k ses i petang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Planetarium Terengganu dan Taman Tamadun Islam Te rengg anu. Seramai 0 !rang murid telah men" ertai lawatan ini dan diiringi !leh lima !rang guru. #ami bert !l ak pada pukul $. 00 pagi dan ti ba di de sti nasi pertama iait u Planetarium Tereng ganu di Pusat Sains dan #reati%iti Te rengganu &PS#T' pada pukul $.15 pagi. #ami disambut mesra oleh sta( )ahagian Pameran * Planetarium PS# iaitu +ik Alia Ibrahim dan diberi taklimat !leh petugas-petugas di situ. Seterusn" a kami dibawa ke dewan ta" angan unt uk men gik uti ta" angan simulasi langit, bulan dan bintang "ang dapat dipanarkan !leh pr!jekt!r In(init" Twin serta dibantu !leh kesan khas "ang digerakkan melalui sistem k!mputer. #ubah atau dome "ang berbentuk setengah bulatan mampu membuatkan kami se!lah-!lah menjelajah langit "ang dipenuhi bulan, bintang, planet, mete!r dan !bjek-!bjek "ang  berada dalam s"stem suria kita. #ami berasa sangat teruja men!nt!n ta"angan ini kerana ia membuatkan kami terasa seperti kami berada di ruang angkasa "ang sangat luas. #ami turut didedahkan dengan in(!rmasi mengenai bumi dan angkasa "ang  berkait antara satu sama lain. Sel epa s itu, kami men gik uti satu akt i%i ti sain s din ama kan Pr! gram Sai ns #re at i( anjur an Pu sat Sains "a ng beerb entuk hands on. Ak ti%iti ter sebu t ada lah /!ket Pinwheel/. Akti%iti ini melibatkan semua pelajar. Mereka dibekalkan dengan  peralatan seperti straw, bel!n, dan jarum. Pelajar berasa sungguh teruja untuk melakukan akti%iti ini kerana ia dapat meaplikasikan k!nsep tekanan udara "ang dapat mereka pelajari dalam subjek Sains tingkatan 2. Seterusn"a, kami di bawa masuk ke dalam galeri sains. aleri ini terdiri daripada 5 barangan pameran "ang  berbea di ruang Sudut Asas Sains, Sudut Aplikasi Sains dan Sudut Sains dan Is lam. Te rdapat pelbagai iptaan dan penemuan sains "ang dipamerkan di dalam. Seterusn"a,kami meneruskan lawatan ke Taman Tamadun Islam Te rengganu di Pulau 3an Man, #uala Terengganu pada pukul 11.40 tengahari. bjekti( lawatan ke Taman Tamadun ini adalah untuk melihat keindahan, keunikan dan kehalusan seni  bina Islam serta mengha"ati keunggulan seni warisan Isla m hasil daripada terbinan"a Tamadun Islam di seluruh dunia. !mb!ngan kami dibawa melihat replika m!numen dengan me na iki trem "a ng b!leh memuat kan 0 !r ang sek al igus. Pa ra pelajar   berpeluang untuk melihat beberapa replika m!numen "ang berada di seluruh dunia dibina dalam skala 167 berbanding sai asal dan dibina mengikut spesi(ikasi khusus mengikut pelan bangunan asal. 8i sini terletakn"a 21 m!numen atau pun replika binaan berunsur keislaman "ang terkenal "ang terletak di seluruh dunia, termasuklah Masjid 9egara &Mala"sia', Masjid 9abawi &Madinah', Masjid il :aram &Mekah', Masjid il A;sa &)aitu lma;d is', Ta j Mahal &India ' dan lai n-l ain lagi. Mel alui replika m!numen-m!numen "an g dipamerkan, kami dapat melihat sendiri dari dekat struktur binaan beririkan Islam "ang mewakili era ketemadunan Islam di seluruh dunia.

Upload: azlida-aziz

Post on 12-Oct-2015

248 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB DAN PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK KE ZOO KEMAMAN

TRANSCRIPT

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Bangunan Kembar Petronas Kuala Lumpur

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Planetarium Terengganu dan Taman Tamadun Islam Terengganu

Pada 5 April 2011, Persatuan Sains dan Matematik sesi petang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Planetarium Terengganu dan Taman Tamadun Islam Terengganu. Seramai 40 orang murid telah menyertai lawatan ini dan diiringi oleh lima orang guru. Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi dan tiba di destinasi pertama iaitu Planetarium Terengganu di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) pada pukul 9.15 pagi. Kami disambut mesra oleh staf Bahagian Pameran & Planetarium PSK iaitu Cik Azliza Ibrahim dan diberi taklimat oleh petugas-petugas di situ. Seterusnya kami dibawa ke dewan tayangan untuk mengikuti tayangan simulasi langit, bulan dan bintang yang dapat dipancarkan oleh projektor Infinity Twin serta dibantu oleh kesan khas yang digerakkan melalui sistem komputer. Kubah atau dome yang berbentuk setengah bulatan mampu membuatkan kami seolah-olah menjelajah langit yang dipenuhi bulan, bintang, planet, meteor dan objek-objek yang berada dalam system suria kita. Kami berasa sangat teruja menonton tayangan ini kerana ia membuatkan kami terasa seperti kami berada di ruang angkasa yang sangat luas. Kami turut didedahkan dengan informasi mengenai bumi dan angkasa yang berkait antara satu sama lain.Selepas itu, kami mengikuti satu aktiviti sains dinamakan Program Sains Kreatif anjuran Pusat Sains yang beerbentuk hands on. Aktiviti tersebut adalah "Rocket Pinwheel". Aktiviti ini melibatkan semua pelajar. Mereka dibekalkan dengan peralatan seperti straw, belon, dan jarum. Pelajar berasa sungguh teruja untuk melakukan aktiviti ini kerana ia dapat meaplikasikan konsep tekanan udara yang dapat mereka pelajari dalam subjek Sains tingkatan 2. Seterusnya, kami di bawa masuk ke dalam galeri sains. Galeri ini terdiri daripada 75 barangan pameran yang berbeza di ruang Sudut Asas Sains, Sudut Aplikasi Sains dan Sudut Sains dan Islam. Terdapat pelbagai ciptaan dan penemuan sains yang dipamerkan di dalam.Seterusnya,kami meneruskan lawatan ke Taman Tamadun Islam Terengganu di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada pukul 11.30 tengahari. Objektif lawatan ke Taman Tamadun ini adalah untuk melihat keindahan, keunikan dan kehalusan seni bina Islam serta menghayati keunggulan seni warisan Islam hasil daripada terbinanya Tamadun Islam di seluruh dunia. Rombongan kami dibawa melihat replika monumen dengan menaiki trem yang boleh memuatkan 40 orang sekaligus. Para pelajar berpeluang untuk melihat beberapa replika monumen yang berada di seluruh dunia dibina dalam skala 1:8 berbanding saiz asal dan dibina mengikut spesifikasi khusus mengikut pelan bangunan asal.

Di sini terletaknya 21 monumen atau pun replika binaan berunsur keislaman yang terkenal yang terletak di seluruh dunia, termasuklah Masjid Negara (Malaysia), Masjid Nabawi (Madinah), Masjidil Haram (Mekah), Masjidil Aqsa (Baitulmaqdis), Taj Mahal (India) dan lain-lain lagi. Melalui replika monumen-monumen yang dipamerkan, kami dapat melihat sendiri dari dekat struktur binaan bercirikan Islam yang mewakili era ketemadunan Islam di seluruh dunia.

Kami juga berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat dan mempelajari tentang monumen-monumen agung ini melalui penerangan yang disediakan malah kami juga mengikuti tayangan video di bawah aktiviti Rakan Masjid di dalam mini studio penerangan dalam Masjidil Aqsa (Baitulmaqdis). Menurut petugas yang memberikan penerangan semasa lawatan ini, terdapat empat replika tugu yang menyediakan kemudahan mini studio penerangan dan menyediakan 60 tempat duduk.

Pada kira-kira pukul 2 petang, kami pun bertolak pulang ke SMK Bukit Tunggal. Semua peserta lawatan memberikan refleksi positif berkenaan lawatan ini. Semoga lawatan ini berjaya membuka minda ahli Persatuan Sains dan matematik yang terlibat supaya lebih cenderung dengan kemajuan teknologi terkini dalam penerokaan ruang angkasa dan meningkatkan pengetahuan mereka tentang sejarah senibina Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu. Persatuan Sains dan Matematik sesi petang juga bercadang akan mengadakan lagi aktiviti menarik seperti ini pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

(AZLIDA ABD AZIZ)Guru penasihat,Persatuan Sains dan MatematikSMK Bukit Tunggal.

Pintu masuk ke Pusait Ruang galeri

Pelajar sempat bergambar denganPusat Sains Terengganu.

Replika pakaian angkasawan.

Pelajar sedang kusyuk melakukan aktiviti Rocket Wheel. Susah juga nak tiup belon ni ya... Antara yang dipamerkan dalam ruang galeri Pusat Sains Terengganu.

Rombongan bas melalui pintu gerbang sebelum masuk ke Taman Tamadun Islam. Seterusnya kami beratur mendapatkan tiket untuk masuk ke dalam Taman Monumen.

Kami di bawa menaiki trem sambil diberi penerangan mengenai setiap monumen yang kami lalui. Sungguh indah Masjid Kristal. Kami rakyat Terengganu sangat bangga dapat menikmati pemandangan indah di Taman Tamadun Islam ini.