laporan lawatan penanda aras

17
Laporan Lawatan Penanda Aras Nama Aktiviti: Lawatan Penanda Aras Tarikh Pelaksanaan Projek: 16 Mac 2015 Tempat Pelaksanaan Projek: SK Paon / Tembaga, Sematan (Sekolah Kluster) dan SK Bumiputera, Lundu (Guru Cemerlang) Jumlah Peserta: 18 orang pelajar PISMP PJJ Ambilan Jun 2011 (Kumpulan Sains 2) Matlamat 1. Memberi peluang kepada pelajar mengenali ciri-ciri profesionalisme dan komitmen seorang guru cemerlang. 2. Memberi pendedahan terhadap pengurusan tugas dan pentadbiran guru cemerlang. Objektif Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat; 1. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan. 2. Melahirkan para guru yang mempunyai visi dan misi, berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, berperwatakan dan berperibadian mulia . 3. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan perguruan sebagai khidmat rujuk dalam bidang keguruan

Upload: mary-phang

Post on 20-Dec-2015

842 views

Category:

Documents


39 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Penanda Aras

Laporan Lawatan Penanda Aras

Nama Aktiviti: Lawatan Penanda Aras

Tarikh Pelaksanaan Projek: 16 Mac 2015

Tempat Pelaksanaan Projek: SK Paon / Tembaga, Sematan (Sekolah Kluster) dan

SK Bumiputera, Lundu (Guru Cemerlang)

Jumlah Peserta: 18 orang pelajar PISMP PJJ Ambilan Jun 2011 (Kumpulan Sains 2)

Matlamat

1. Memberi peluang kepada pelajar mengenali ciri-ciri profesionalisme dan komitmen

seorang guru cemerlang.

2. Memberi pendedahan terhadap pengurusan tugas dan pentadbiran guru

cemerlang.

Objektif

Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat;

1. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti

pendidikan.

2. Melahirkan para guru yang mempunyai visi dan misi, berdisiplin,

bertanggungjawab, berdedikasi, berperwatakan dan berperibadian mulia .

3. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan perguruan sebagai khidmat rujuk

dalam bidang keguruan

4. Menyesuaikan diri dalam dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang

pendidik.

5. Memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan

tugas setiap hari.

Page 2: Laporan Lawatan Penanda Aras

6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam

pengurusan pendidikan seharian.

Laporan aktiviti:

Kumpulan Sains 2 PISMP PJJ Jun 2011 telah mengadakan lawatan ke SK

Paon / Tembaga, Samatan dan SK Bumiputera, Lundu pada 16 Mac 2015. Sebanyak

18 orang pelajar PISMP PJJ telah menyertai lawatan tersebut.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenali cara pentadbiran di sekolah kluster

SK Paon dan juga untuk mengadakan sesi temu bual dengan guru cemerlang Cikgu

Jeafree Bin Morni di SK Bumiputera. Selain itu, lawatan ini diharapkan dapat

melahirkan warga pendidik yang memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang

dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

Sebelum bertolak ke SK Paon / Tembaga, Samatan dan SK Bumiputera, Lundu,

semua peserta berkumpul di sekolah pengerusi Cikgu Surkumi Jermi iaitu SK Catholic

English sebelum 7.00 pagi untuk mendengar taklimat. Kami bertolak ke SK Paon

Tembaga, Samatan pada pukul 7.20 pagi . Ketibaan kami pada 9.10pagi disambut oleh

Pn. Roseline Ak Batu selaku Guru Besar SK Paon. Selepas pendaftaran, Pn. Roseline

telah membawa kami melawat ke persekitaran kawasan sekolah dan memperkenalkan

beberapa bilik khas yang terdapat di sekolahnya. Kemudian, kami melawat ke Pra

Sekolah SK Paon dan mengadakan sesi berdialog bersama Pn. Roselin.

Menurut beliau, sekolah ini diitirafkan sebagai sekolah kluster pada tahun 2010.

Pada tahun 2014, sekolah SK Paon telah mendapat Anugerah Kecemerlangan Pra

sekolah. Dari segi akademik, pencapaian UPSR sekolah tersebut sangat cemerlang

kerana mendapat GPS yang tidak melebihi 1.70 setiap tahun. Dari segi ko kurikulum

pula, murid sekolah SK Paon sangat aktif dalam pertandingan Bahasa Inggeris seperti

action song dan story telling serta selalu mendapat johan atau naib johan di peringkat

Page 3: Laporan Lawatan Penanda Aras

daerah. Murid sekolah tersebut juga sangat aktif dalam sukan bola sepak dan terdapat

murid yang terpilih untuk menjadi wakil peringkat negeri pada tahun 2012 dan 2013.

Selepas itu, kami bertolak ke pekan Lundu untuk makan tengah hari dan berehat

seketika. Pada pukul 1.35 petang, kami sampai ke SK Bumiputera dan bermulanya sesi

bengkel bersama dengan guru cemerlang Cikgu Jeafree Bin Morni. Beliau adalah guru

cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Malayu dan pernah menjadi jurulatih utama

antara daerah. Selain itu, beliau juga selalu dijemput untuk memberi ceramah teknik

menjawab soalan kertas dua Bahasa Melayu UPSR.

Setelah selesai sesi temu bual bersama dengan guru cemerlang, kami dijemput

untuk menikmati jamuan ringan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Kekuatan:

Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperolehi daripada Lawatan Penanra Aras ini.

Di sini, saya mengemukakan tiga wajarannya:

1.    Dapat mengenali dengan lebih dekat lagi tentang sistem pentadbiran di sekolah

kluster.

2.    Selain itu, pihak pengurusan SK Paon Temaga juga memberikan sepenuh

kerjasama dari awal ke akhir lawatan. Maka, lawatan penanda aras ini merupakan

suatu  program susulan untuk meneruskan kesinambungan silaturahim ini.

Seterusnya memberi aspirasi kepada semua peserta untuk berjaya dalam

akademik sekaligus menempatkan diri di menara gading.

3.    Menwujudkan perhubungan erat dan dinamis anatara peserta dengan penduduk

setempat disamping bertukar pendapat. Contohnya, kami dapat berinteraksi antara

satu sama lain semasa lawatan. Hal ini membolehkan kami mempelajari kemahiran

berkomunikasi.

Page 4: Laporan Lawatan Penanda Aras

Kelemahan:

1. Pemilihan kawasan. Kumpulan kami berpendapat bahawa SK Paon Temaga

terletak agak jauh dari tempat tinggal peserta lawatan kerana kebanyakan peserta

adalan tinggal di bahagian Kuching. Kami perlu melalui perjalanan yang agak jauh

untuk sampai ke destinasi.

2. Pengangkutan. Penguru lawatan tidak menyediakan pengangkutan seperti bas

untuk membawa peserta ke destinasi yang ditujui. Peserta dikehendaki

menggunakan kenderaan masing-masing. Disebabkan kebanyakkan peserta

adalah kaum wanita dan tinggal agak jauh dari tapak lawatan. Maka ramai yang

tidak berani untuk memandu sendiri. Bagi menyelesaikan Masalah ini, Kami

meminta peserta lelaki yang mempunyai kenderaan untuk berkongsi kenderaan

dengan peserta wanita.

Cadangan penambahbaikan:

Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan di atas, kumpulan kami

mengariskan beberapa cadangan penambahbaikan seperti di bawah ini:

1.    Pemilihan kawasan. Lawatan penanda aras ini boleh dijalankan di sekolah sekitar

bandar Kuching. Tujuan adalah supaya peserta tidak perlu memandu dalam suatu

jarak yang jauh dan tidak meletihkan peserta.

2.    Pengangkutan. Pengurus pengangkutan boleh menempah bas atau van supaya

tidak berlakunya masalah tiada pengangkutan untuk pergi ke destinasi yang hendak

ditujui.

Page 5: Laporan Lawatan Penanda Aras

Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Sukurni B. Jemi

Setiausaha : Josephine Ak John Balassan

Bendahari : Phang Chai Fung

Ajk Pengangkutan : Saie B. Kip, Madehi B. Bolhan,

Mohd. Mukhzani B. Teng

Ajk Rakaman / Video : Yong Khein Choi, Ting Pang Soon

Ajk Jamuan Ringan : Fauziah Bt. Tahir, Ng Choo Mei

Ajk Buku Program : Reni Ak Ai, Christina Chee

Ajk Cenderahati : Cecilia Ak Moden, Niwlia Ak Midai

Juruacara :Iswandy B Ahamad ( sekolah kluster )

Maslihun Bt. Mahshin ( guru cemerlang )

Penemubual : Kornia Bt. Bakar ( sekolah kluster )

Veevi Hazzrah Bt. Abd. Razak (guru cemerlang )

Tentatif Program

Masa Perkara Tindakan

0700 Berkumpul di Sk Catholic English ( sekolah cikgu Sukurni B. Jemi )

Semua

0720 Bertolak ke Sk Paon / Tembaga, Sematan Lundu Semua

0915 Pendaftaran peserta di Sk Paon / Tembaga Semua

0930 Aktiviti bermula :

1. Lawatan ke persekitaran kawasan sekolah dan bilik khas.

2. Taklimat bersama guru besar Sk Paon / Tembaga

3. Jamuan ringan / Bersurai

Semua

1145 Bertolak ke pekan Lundu Semua

1230 Makan tengahari dan rehat di pekan Lundu. Semua

1345 Berkumpul di Sk Bumiputera, Lundu. Semua

1400 Taklimat bersama guru cemerlang, Encik Jeafree B. Morni Semua

Page 6: Laporan Lawatan Penanda Aras

1530 - Sesi ceramah dan temu bual bersama guru cemerlang

- Jamuan ringan / bersurai

Analisis SWOT Lawatan Penanda Aras

Kekuatan (S)

S1: Semua peserta berkerjasama dan bersikap rajin .

S2: Program susulan untuk meneruskan kesinambungan

silaturahim.

S3: Menwujudkan perhubungan erat dan dinamis

anatara peserta dengan guru di SK Paon dan guru

cemerlang di SK Bumiputera disamping bertukar

pendapat.

S4: Menyelitkan nilai-nilai yang dikehendaki dalam diri

setiap peserta dapat mematarbatkan profesion

perguruan ini.

Kelemahan (W)

W1: Lokasi untuk menjalankan

lawatan agak jauh.

W2: Pengangkutan kurang sesuai.

Peluang (O)

O1: Hubungan yang baik antara peserta dengan

komuniti.

O2: Sokongan moral yang kuat daripada pihak

sekolah SK Paon.

O3: Semangat bekerjasama yang kuat antara peserta.

Ancaman (T)

T1: Peserta terpaksa melalui

perjalanan yang jauh untuk

sampai ke destinasi yang ditujui

dan ini membahayakan nyawa

peserta kerana kemalangan

mungkin akan terjadi.

Disediakan oleh

_____________________

(PHANG CHAI FUNG)

Page 7: Laporan Lawatan Penanda Aras

Jurnal Refleksi Keseluruhan

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan

bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta

mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam

terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan

mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri

setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG

seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik

menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa,

bangsa dan juga negara.

Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang

berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental ,

rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan

nilai-nilai keguruan.

Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap

bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Page 8: Laporan Lawatan Penanda Aras

Refleksi BIG Fasa 1

Program BIG Fasa 1 telah berlangsung selama 4 hari 3 malam di Kem Alapong

Sematan Lundu. Melalui BIG Fasa 1 ini, saya telah belajar untuk menepati masa.

Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan saya untuk bersiap sedia 10 minit lebih

awal. Saya juga telah mengakui pepatah yang menganggap masa itu sebagai emas.

Menepati masa adalah sangat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang

dilaksanakan berlangsung dengan lancar.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah mencabar seperti berkayak dan jejak

kembara. Aktiviti seperti ini dapat memupuk sifat berkerjasama dan ketahanan diri yang

utuh.

Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah

mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi

yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.

Page 9: Laporan Lawatan Penanda Aras

Refleksi BIG Fasa 2

Program Bina Insan (BIG) Fasa 4 ini telah dilaksanakan di SJK Sungai Tengah

yang berteraskan kepada program aktiviti Kem 1 Murid 1 Sukan.

            Secara ringkasnya, Program Kem Sukan 1 murid 1 sukan telah dijalankan

dengan jayanya mengikut masa yang ditetapkan. Semua guru pengiring atau penasihat

telah memainkan peranan dengan baik dan penglibatan peserta amat menggalakkan.

Penerangan daripada penasihat banyak membantu pemahaman ahli tentang ceramah

yang diberi. Di samping itu, peserta kursus yang dibekalkan dalam bentuk softcopy.

Makanan untuk murid dan guru juga disediakan dengan mencukupi.

            Selain itu, program Kem Sukan 1M1S ini juga merupakan suatu aktiviti yang

bermakna di samping dapat menyihatkan tubuh badan kita. Maka, ianya merupakan

peluang yang baik untuk semua peserta bersenam. Bukan itu sahaja, program ini juga

berjaya membawa diri saya lebih mendekati dengan rakan guru dan juga para murid.

Secara keseluruhan, program Kem Sukan 1murid 1 sukan memang memberikan

manfaat yang tidak terkira nilainya kepada saya. Saya berharap di masa yang akan

datang, saya dapat menyertai lagi program seperti ini untuk menimba pengalaman yang

baharu.

Page 10: Laporan Lawatan Penanda Aras

Refleksi BIG Fasa 3

Program Bina Insan (BIG) Fasa 4 ini telah dilaksanakan di SK Catholic English

yang berteraskan kepada program aktiviti khidmat masyarakat. Peserta  perlu menjalani

aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan SK Catholic English.

Secara ringkasnya, aktiviti khidmat masyarakat ini melatih sikap kerjasama

antara ahli-ahli kumpulan. Seperti yang diketahui, sikap kerjasama memang penting

dalam konteks yang membawa kepada pembangunan sesuatu masyarakat tersebut.

Sebagai contoh, dengan berkat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan, kami telah berjaya

menyiapkan kerja gotong-royong ini dengan begitu cepat.

            Selain itu, program khidmat masyarakat ini juga merupakan suatu aktiviti yang

bermakna di samping dapat menyihatkan tubuh badan kita. Maka, ianya merupakan

peluang yang baik untuk semua peserta bersenam dan memberikan sedikit sumbangan

kepada masyarakat ini. Bukan itu sahaja, program ini juga berjaya membawa diri saya

lebih mendekati dengan masyarakat.

Secara keseluruhan, program khidmat masyarakat memang memberikan

manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap peserta yang mengambil bahagian.

Saya berharap di masa yang akan datang, saya dapat menyertai lagi program seperti

ini untuk menimba pengalaman yang baharu

Page 11: Laporan Lawatan Penanda Aras

REFLEKSI BIG FASA 4

Program Bina Insan (BIG) Fasa 4 ini telah dilaksanakan di SK Catholic English

yang berteraskan kepada program perkhemahan persatuan pengakap.

Banyak perkara yang saya telah peroleh daripada program ini. Pertama, saya

telah belajar bagaimana untuk merancang aktiviti yang sesuai dan boleh mewujudkan

semangat bekerjasama antara ahli-ahli pengakap. Sebelum program ini bermula, saya

telah mengadakan mesyuarat peringkat kelas bagi membincangkan tempat program

yang ingin dilaksanakan, aktiviti yang perlu dilaksanakan, pengagihan ahli

jawatankuasa dan sebagainya.

Sepanjang program berlangsung, saya telah mendapat pengalaman bermesra

dengan murid-murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti mendirikan khemah,

latihan kawad kaki dan aktiviti memasak. Ini sedikit sebanyak telah meningkatkan

kemahiran interpersonal saya.

Program ini secara keseluruhannya telah mencapai objektif yang disasarkan.

Page 12: Laporan Lawatan Penanda Aras

Refleksi BIG Fasa 5 & 6

Pada BIG Fasa 5dan 6, saya telah menjalankan program lawatan penanda aras

di SK Paon Temaga.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 dan 6 berfokus kepada memberi

kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,

hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan

serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, saya telah didedahkan dengan

keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang

berkesan.

Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting kerana mampu

memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba

ilmu dan pengalaman agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan

meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.

Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang

pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak

kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah

ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-

masing supaya terus cemerlang.

Page 13: Laporan Lawatan Penanda Aras

LAMPIRAN

Kehadiran kami disambut mesra oleh Guru Besar SK Paon Temaga Pn.

Roseline Ak Batu.

Guru Besar SK Paon memberikan penerangan tentang papan notis yang

terdapat di sekolahnya.

Pn. Roseline memberikan penerangan

tetang cara prasekolahnya beroperasi.

Peserta melawat ke Prasekolah SK Paon

Peserta melawat ke bilik darjah setiap kelas.

Page 14: Laporan Lawatan Penanda Aras

Dinding prasekolah dipenuhi dengan gambar-gambar aktiviti murid prasekolah

Fail perkembangan murid prasekolah disusun dengan kemas

Tandas yang bersih dan kelihatan amat ceriah

Landskap persekitaran sekolah yang cantik.

Bilik dapur prasekolah yang bersih dan kemas.

Koridor yang berbumbung dihiaskan dengan tumbuhan berpasu dan papan

tanda.

Page 15: Laporan Lawatan Penanda Aras

Perpustakaan SK Paon

Dewan makan untuk murid-murid.

Mendengar taklimat daripada Guru Besar SK Paon

Guru Besar memberitahu tentang misi dan visi sekolah SK Paon

Sesi bergambar dengan Guru Besar SK Paon

Mendengar ceramah daripada guru cemerlang SK Bumiputera

Page 16: Laporan Lawatan Penanda Aras

Menghadiahkan cendera hati kepada Cikgu Jeafree sebagai tanda

penghargaan.