laporan lawatan ke kelantan dan terengganu

2
LAPORAN LAWATAN KE KELANTAN DAN TERENGGANU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BUKIT LINTANG Program pendidikan khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu. Lawatan ini dijalankan bersama dengan Sekolah Kebangsaan Paya Redan dan Sekolah Kebangsaan Tambak Paya. Lawatan ini telah diadakan pada 9 Julai 2012 sehingga 12 Julai 2012 . Lawatan ini telah disertai oleh 35 orang terdiri daripada 8 orang guru, 4 orang Pembantu Pengurusan Murid dan 14 orang murid. Murid-murid SK Bukit Lintang dan SK Paya Redan telah berkumpul di SK Bukit Lintang pada 9 Julai 2012 jam 9.00 malam dan bas telah bertolak pada pukul 9.20 malam. Kemudian, kami bergerak ke SK Tambak Paya untuk mengambil ahli rombongan di sana. Kami telah menggunakan jalan Segamat, Muazam Shah. Kami telah sampai di Kelantan pada 10 Julai 2012 jam 6.00 pagi. Setelah menunaikan solat Subuh di Masjid Muhammadi dan telah mendaftarkan diri ke bilik @ rumah tumpangan di Kota Bahru, Kelantan. Selepas bersarapan pagi kami terus bertolak ke Rantau Panjang. Seterusnya kami ke Muzium Kelantan. Kami berkesempatan melihat aktiviti berjual beli di pasar Siti Khadijah. Ada pelbagai jenis makanan, buah-buahan, pakaian dan barang keperluan harian di jual di situ. Pada sebelah malamnya pula kami berkesempatan melihat aktiviti berjual beli di pasar malam Wakaf Che Yeh. Pada hari ketiga iaitu pada hari Rabu 11 Julai 2012 kami memulakan perjalanan ke Terengganu jam 7.30 pagi. Rombongan kami telah menaiki “ Cruise Tasik “ selama 1 jam. Sepanjang perjalanan, kami telah diberi penerangan mengenai nama bangunan-bangunan yang ada di sepanjang tasik tersebut. Kami juga berkesempatan bergambar berlatar belakangkan Masjid Kristal dari dalam bot. Seterusnya kami memasuki ke dalam masjid sambil memerhatikan keindahan masjid yang terapung tersebut. Setelah makan tengahari, kami meruskan lawatan ke Pasar Payang, Terengganu. Pada hari terakhir iaitu pada hari Khamis 12 Julai 2012, kami telah meneruskan perjalanan pulang ke Melaka. Kami telah singgah di Marang di mana kami telah melihat aktiviti memproses keropok losong. Kami dapat melihat bagaimana keropok itu dihasilkan dari awal sehingga ke akhirnya menjadi keropok losong. Kami juga dijamukan dengan keropok losong yang baru di masak dan masih panas lagi untuk di makan. Akhirnya kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Melaka. Rombongan kami telah sampai dengan selamat di Melaka pada pukul 6.30 petang. Objektif program ini ialah memberi pengalaman sebenar supaya murid-murid boleh meneroka apa yang ada di sekeliling murid-murid. Aktiviti pendidikan di luar bilik darjah ini juga dapat memberi

Upload: ismahani-hani

Post on 30-Jul-2015

174 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Ke Kelantan Dan Terengganu

LAPORAN LAWATAN KE KELANTAN DAN TERENGGANUPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BUKIT LINTANG

Program pendidikan khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Terengganu. Lawatan ini dijalankan bersama dengan Sekolah Kebangsaan Paya Redan dan Sekolah Kebangsaan Tambak Paya. Lawatan ini telah diadakan pada 9 Julai 2012 sehingga 12 Julai 2012 . Lawatan ini telah disertai oleh 35 orang terdiri daripada 8 orang guru, 4 orang Pembantu Pengurusan Murid dan 14 orang murid.

Murid-murid SK Bukit Lintang dan SK Paya Redan telah berkumpul di SK Bukit Lintang pada 9 Julai 2012 jam 9.00 malam dan bas telah bertolak pada pukul 9.20 malam. Kemudian, kami bergerak ke SK Tambak Paya untuk mengambil ahli rombongan di sana. Kami telah menggunakan jalan Segamat, Muazam Shah. Kami telah sampai di Kelantan pada 10 Julai 2012 jam 6.00 pagi. Setelah menunaikan solat Subuh di Masjid Muhammadi dan telah mendaftarkan diri ke bilik @ rumah tumpangan di Kota Bahru, Kelantan. Selepas bersarapan pagi kami terus bertolak ke Rantau Panjang. Seterusnya kami ke Muzium Kelantan. Kami berkesempatan melihat aktiviti berjual beli di pasar Siti Khadijah. Ada pelbagai jenis makanan, buah-buahan, pakaian dan barang keperluan harian di jual di situ. Pada sebelah malamnya pula kami berkesempatan melihat aktiviti berjual beli di pasar malam Wakaf Che Yeh.

Pada hari ketiga iaitu pada hari Rabu 11 Julai 2012 kami memulakan perjalanan ke Terengganu jam 7.30 pagi. Rombongan kami telah menaiki “ Cruise Tasik “ selama 1 jam. Sepanjang perjalanan, kami telah diberi penerangan mengenai nama bangunan-bangunan yang ada di sepanjang tasik tersebut. Kami juga berkesempatan bergambar berlatar belakangkan Masjid Kristal dari dalam bot. Seterusnya kami memasuki ke dalam masjid sambil memerhatikan keindahan masjid yang terapung tersebut. Setelah makan tengahari, kami meruskan lawatan ke Pasar Payang, Terengganu.

Pada hari terakhir iaitu pada hari Khamis 12 Julai 2012, kami telah meneruskan perjalanan pulang ke Melaka. Kami telah singgah di Marang di mana kami telah melihat aktiviti memproses keropok losong. Kami dapat melihat bagaimana keropok itu dihasilkan dari awal sehingga ke akhirnya menjadi keropok losong. Kami juga dijamukan dengan keropok losong yang baru di masak dan masih panas lagi untuk di makan. Akhirnya kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Melaka. Rombongan kami telah sampai dengan selamat di Melaka pada pukul 6.30 petang.

Objektif program ini ialah memberi pengalaman sebenar supaya murid-murid boleh meneroka apa yang ada di sekeliling murid-murid. Aktiviti pendidikan di luar bilik darjah ini juga dapat memberi pengalaman cara berinteraksi dan bersosial dengan masyarakat di luar. Secara keseluruhannya objektif ini telah dapat di capai dan murid-murid dapat manafaat daripada program ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

---------------------------- --------------------------- -------------------(PN. JULITAH BT MINHAD) (PN. ANITA RAHATU BT HASAN) (EN. MUSTAFA HUSIN)SU Lawatan ke Kelantan / Terengganu PENYELARAS Guru Besar,Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Bukit LintangSK Bukit Lintang. SK Bukit Lintang.

Page 2: Laporan Lawatan Ke Kelantan Dan Terengganu

Gambar Aktiviti Bermain Bowling