laporan lawatan sambil belajar ke langkawi

23
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010 LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI 1.0 NAMA PROGRAM Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan ke Pulau Langkawi, Kedah) bersama ibubapa dan guru anjuran Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pelajaran SMK Permata Jaya, Rengit, Batu Pahat, Johor. 1.1 PENGENALAN Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Pulau Langkawi ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat- tempat yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar berkeperluan khas ini. 1.2 MATLAMAT PROGRAM Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar. Melalui lawatan ini pelajar Pendidikan Khas SMK Permata Jaya akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya. 1

Upload: aaabcd

Post on 27-Jun-2015

12.303 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

1.0 NAMA PROGRAM

Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan ke Pulau Langkawi, Kedah) bersama ibubapa dan guru anjuran Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pelajaran SMK Permata Jaya, Rengit, Batu Pahat, Johor.

1.1 PENGENALAN

Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Pulau Langkawi ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar berkeperluan khas ini.

1.2 MATLAMAT PROGRAM

Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar.

Melalui lawatan ini pelajar Pendidikan Khas SMK Permata Jaya akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya.

Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara ibubapa dan pelajar istimewa melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran ibubapa betapa pentingnya perhatian dan belaian terhadap pelajar istimewa ini.

1.3 SASARAN PESERTA PROGRAM

Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar istimewa yang mengalami pelbagai kecacatan seperti:-

a) SINDROM DOWNb) AUTISME

1

Page 2: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

c) TERENCAT AKAL RINGANd) HYPERAKTIF

e) DISLEKSIA

1.4 BILANGAN PESERTA PROGRAM

Seramai 19 orang pelajar Pendidikan Khas, 8 orang guru, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid dan 8 orang ibubapa

1.5 TARIKH PROGRAM

28 JUN 2010 – 1 JULAI 2010 (ISNIN – KHAMIS)

1.6 JANGKA MASA PROGRAM

Program ini berlangsung untuk tempoh 3 hari 2 malam

1.7 DESTINASI PROGRAM

Galeria Perdana, Underwater World, Laman Padi, Beras Terbakar, Kereta Kabel, Kota Mahsuri (PULAU LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN)

2.0 OBJEKTIF

Objektif Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi, Kedah) ini diadakan ialah :

1. Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran serta guru-guru dan ibubapa disamping membentuk kestabilan diri.

2. Memberikan pengetahuan kepada pelajar cara berinteraksi dan menghormati orang luar

3. Memberi ruang kepada pelajar mempelajari dan menghormati adat dan budaya negeri lain

4. Memberi peluang bersiar-siar ke tempat-tempat yang belum pernah mereka kunjungi disamping dapat menimba pengetahuan baru.

5. Membina daya tahan pelajar mengharungi perjalanan yang jauh dan mencabar

3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti lawatan ini bermula pada hari Isnin (28 Jun 2010). Peserta–peserta lawatan berkumpul di dataran sekolah SMK Permata Jaya pada pukul 4 petang. Para peserta bersama-sama mengerjakan sembahyang Asar berjemaah. Pada pukul 5.30 petang, bas mula bergerak meninggalkan SMK Permata Jaya. Sepanjang perjalanan ke Kuala Perlis

2

Page 3: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

Isnin, 28 Jun 2010

MASA AKTIVITI

4.00 – 5.30 petang Peserta lawatan berkumpul di dataran SMK Permata Jaya

Menunaikan solat Asar berjemaah Menaiki bas

Selasa, 29 Jun 2010

MASA AKTIVITI

8.45 pagi Tiba di Jeti Kuala Perlis

9.00 pagi Menaiki feri ‘My Ferry 2’ menuju ke jeti Pulau Langkawi

10.00 pagi Tiba di jeti Pulau Langkawi Mendapatkan bas persiaran yang disediakan oleh

pihak Koperasi MRSM Langkawi Berhad

10.30 pagi Menuju ke Galeria Perdana. Berada di Galeria Perdana selama satu setengah jam

11.45 pagi Menuju ke Kompleks LADA untuk menikmati makan tengahari yang ditaja oleh pihak LADA

1.00 tengahari Singgah sebentar di tempat penghasilan gamat ‘Legenda Warisan Gamat’

Singgah ke kedai penjualan kain batik dan hasil bumi Langkawi

2.00 petang Ke Kota Mahsuri

3.00 petang Singgah solat Jamak Zohor dan Asar

4.00 petang Menuju ke Underwater World

6.00 petang Berhenti makan di Dataran Lang

7.00 petang Mendaftar masuk ke apartment MRSM Langkawi

3

Page 4: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

Rabu, 30 Jun 2010

MASA AKTIVITI

8.00 pagi

8.30 pagi

Menaiki bas persiaran ke pekan Kuah untuk bersarapan

Sarapan pagi

9.00 pagi Menuju ke Kilim Geoforest Park – melihat aktiviti memberi makan burung Helang dan aktiviti laut yang dijalankan

Ke Gua Kelawar11.30 pagi Singgah di Cable Car (tetapi keadaan cuaca yang

tidak mengizinkan menyebabkan operasi Cable Car dihentikan)

Bersiar-siar disekitar kawasan Cable Car12.15 pagi Menuju ke Pantai Pasir Hitam

Membeli-belah hasil laut di Pantai Pasir Hitam1.00 tengahari Menuju ke Beras Terbakar

1.30 tengahari Singgah solat Jamak Zohor dan Asar di surau berdekatan dengan Beras Terbakar

2.00 petang Membeli-belah di Haji Ismail Group

4.00 petang Membeli-belah di Idaman Suri

6.00 petang Membeli makan malam di Pasar Malam berhampiran Pekan Kuah

7.00 petang Pulang ke apartment MRSM Langkawi

Rabu, 1 Julai 2010

MASA AKTIVITI

9.00 pagi Menaiki bas menuju ke Jeti Pulau Langkawi

11.00 pagi Menaiki feri ‘My Ferry 2’ menuju ke jeti Kuala Perlis

12.00 tengahari Tiba di jeti Kuala Perlis Mendapatkan bas yang menanti di jeti Kuala Perlis

12.30 pagi Menuju ke Padang Besar, Perlis Membeli-belah di Padang Besar

3.00 petang Menuju pulang ke Batu Pahat, Johor

8.00 malam Singgah sebentar di Mc Donald, Juru, Seberang Perai untuk makan malam yang ditaja oleh Mc

4

Page 5: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

Donald Malaysia9.30 petang Menuju pulang ke SMK Permata Jaya, Batu Pahat,

Johor

Jumaat, 2 Julai 2010

MASA AKTIVITI

9.30 pagi Tiba di SMK Permata Jaya

5.0 PERBELANJAAN SEPANJANG LAWATAN

Yuran pelajar = RM 4200Yuran guru (RM120 x 1 orang) = RM 120

(RM 140 x 4 orang) = RM 560(RM 180 x 5 orang) = RM 900

= RM 1580Yuran ibu bapa (RM250 x 6) = RM 1500Yuran ibu bapa (RM140 x 2) = RM 280

RM 1780

JUMLAH = RM 4200 + RM 1580 + RM 1780 = RM 7560

Perbelanjaan sepanjang lawatan

Tambang feri = RM 1014.00Sewa apartment MRSM = RM 1512.00 Makan pagi di MRSM = RM 136.50Sewa bas di Langkawi = RM 1170.00Wang saku pelajar = RM 600.00Baju lawatan = RM 527.00Bayaran bot (Kilim Geoforest Park) = RM 435.00Tiket masuk U/water world (RM22 x 12)+(RM 7 x 19) = RM 397.00Tiket masuk Galeria Perdana (RM5 x 17) = RM 85.00Tiket masuk Kota Mahsuri (RM 4.50 x 11) = RM 49.50Wang tiket masuk Cable Car yang dikembalikan = RM 72.00Lain – lain = RM 110.00

= RM 6108.00Baki wang lawatan = RM 1452

5

Page 6: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

PERBELANJAAN WANG TAJAAN

Wang tajaan = RM 700.00Telefon = RM 100.00Kerepek = RM 20.00Baju pemandu bas = RM 40.00Key chain = RM 120.00Coklat (saguhati) = RM 150.00Duit saguhati driver = RM 100.00Duit minyak = RM 50.00JUMLAH = RM 580.00

Baki wang tajaan = RM 120.00

*baki wang lawatan dan tajaan disalurkan ke Tabung Kelas Pendidikan Khas SMK Permata Jaya

5.0 BATASAN / MASALAH YANG DIHADAPI

Tiada masalah yang besar dihadapi sepanjang lawatan ini. Pelajar perlu diberi perhatian

sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk menjaganya daripada sebarang bahaya.

Pelajar ini tidak mengenal erti bahaya. Selain itu, program ini melibatkan ibu bapa pelajar dan ini

telah memberi sedikit masalah kepada guru-guru untuk menguruskan pelajar kerana kadangkala

terpaksa mengurus ibu bapa tersebut. Walaubagaimanapun, segala masalah dapat dihadapi dan

diselesaikan dengan baik.

6.0 CADANGAN UNTUK KECEMERLANGAN PROGRAM

Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan pemantauan berterusan

banyak membantu kelancaran program tersebut. Bagi meningkatkan tahap pengurusan yang

lebih cemerlang dalam program akan datang adalah dicadangan seperti tugasan guru perlu

6

Page 7: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

diperincikan agar setiap guru dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan

lebih berkesan. Diharap juga semua peserta lawatan memberi kerjasama yang lebih baik dengan

mematuhi setiap arahan untuk mengelakkan sebarang masalah. Pelajar juga seharusnya lebih

kerap didedahkan dengan program luar untuk membiasakan pelajar dengan disiplin dan

peraturan lawatan.

7.0 KEBERKESANAN PROGRAM KEPADA PELAJAR

Pelajar dapat mengenal dunia luar seperti bentuk muka bumi setiap negeri dan nama

negeri yang dilalui. Sekaligus pelajar dapat menimba pengetahuan baru yang hanya boleh

dipelajari daripada subjek Geografi.

Selain itu, melalui program ini pelajar dapat pendedahan tentang komunikasi antara

sesama mereka serta orang luar. Pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiranyang dipelajari

dalam mataelajaran Matematik seperti penggunaan wang ketika membeli-belah dan membayar

harga makanan.. Pelajar berpeluang berkomunikasi dengan orang asing dalam Bahasa Inggeris

walaupun tahap bahasa mereka masih rendah. Ini dapat membina keyakinan diri bila berhadapan

engan orang luar. Pelajar mula berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam

percakapan seharian mereka selepas pulang dari lawatan tersebut. Pelajar juga didedahkan

kepada menghormati orang yang berada disekeliling mereka. Kerjasama antara pelajar juga

terserlah apabila saling bantu-membantu mengurus diri rakan mereka yang lemah.

Setiap tempat yang dilawati, pelajar dapat menimba ilmu serta meningkatkan keyakinan

diri mereka. Pelajar dapat mempelajari sejarah Langkawi, bentuk muka bumi, dan dapat

menikmati keindahan dan keunikan persekitaran Langkawi.

8.0 SEKITAR AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

7

Page 8: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

1) Semasa perjalanan menuju ke Pulau Langkawi

2) Para pelajar semasa lawatan di Galeria Perdana, Langkawi

3) Makan tengahari yang ditaja oleh LADA di Restoran Azwalangka

8

Page 9: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

4) Mempelajari pembuatan minyak gamat di Warisan Gamat

5) Menimba ilmu sejarah Mahsuri di Kota Mahsuri

6) Mempelajari dan melihat keindahan hidupan laut di Underwater World Langkawi

9

Page 10: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

7) Menaiki bot untuk mejalankan aktiviti memberi makan Helang di Kilim Geoforest Park

8) Menyelusuri Gua Kelawar

9) Bermesra dengan Ikan Sumpit dan Ikan Pari

10

Page 11: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

10) Aktiviti memberi makan kepada burung Helang

11) Melihat aktiviti mencanting batik di Kompleks Kraftangan Malaysia

12) Singgah sebentar di Langkawi Cable Car

11

Page 12: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

13) Di Beras Terbakar, Padang Mat Sirat

14) Menanti feri di Jeti Pulau Langkawi

15) Makan malam yang ditaja oleh Mc Donald Malaysia di Mc Donald, Juru, Seberang Perai

12

Page 13: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

9.0 PENUTUP

Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru,

ibubapa dan pelajar serta hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga memupuk

semangat pelajar untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, dan menimba ilmu baru

serta menikmati persekitaran yang indah sekaligus menghargai persekitaran sekeliling mereka.

Harapan kami selaku warga pendidik Program Pendidikan Khas Integrasi agar program seperti

ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan anak-anak pendidikan khas.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………… ……………………………….

CIK NURSHUHAIDA BINTI MOHD SALLEH TN. HJ. SUBARI B. JUBRISetiausaha Penolong KananLawatan sambil belajar ke Langkawi Program Pendidikan Khas IntegrasiSMK Permata Jaya SMK Permata Jaya

Disahkan oleh :

………………………………..HJH. FARIDAH BT KALAMPengetuaSMK Permata JayaRengit, Batu Pahat, Johor

13