laporan lawatan makmal.docx

26
AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256) SCE 3112 1.0 Pengenalan Sebelum membincangkan tentang Pengurusan Makmal Sains, kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan makmal sains. Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (PDP) sains pada peringkat sekolah menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan universiti. Makmal sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segiempat tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan bilik stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains. Walaubagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah mempunyai makmal sains. Jika tidak ada makmal sains, di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk PDP sains yang dipanggil bilik sains untuk menggantikan makmal sains.Bilik sains ini kebiasaannya akan mempunyai meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula sesuai untuk melakukan eksperimen.Meja dan kerusi adalah bersifat mudah alih agar ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk PDP sains.Pada bahagian belakang bilik sains dilengkapi dengan almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak berisiko tinggi (cth: bikar plastik).Suasana sekitar bilik sains akan dihiasi dengan poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan. Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.Biasanya, terdapat hanya satu sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah rendah.Berbanding di sekolah menengah yang mempunyai beberapa makmal 1

Upload: azlinahassanbakri

Post on 15-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)

AZLINA BT HASSAN BAKRI (761227086256)SCE 3112

1.0 PengenalanSebelum membincangkan tentang Pengurusan Makmal Sains, kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan makmal sains. Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (PDP) sains pada peringkat sekolah menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan universiti. Makmal sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segiempat tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan bilik stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains.Walaubagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah mempunyai makmal sains. Jika tidak ada makmal sains, di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk PDP sains yang dipanggil bilik sains untuk menggantikan makmal sains.Bilik sains ini kebiasaannya akan mempunyai meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula sesuai untuk melakukan eksperimen.Meja dan kerusi adalah bersifat mudah alih agar ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk PDP sains.Pada bahagian belakang bilik sains dilengkapi dengan almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak berisiko tinggi (cth: bikar plastik).Suasana sekitar bilik sains akan dihiasi dengan poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan.Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.Biasanya, terdapat hanya satu sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah rendah.Berbanding di sekolah menengah yang mempunyai beberapa makmal sains yang disediakan. Seterusnya kita beralih pula kepada apakah yang perlu guru sains tahu mengenai pengurusan makmal sains. Terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui dalam pengurusan makmal sains yang ideal dan memenuhi garis panduan kementerian.

2.0 Latar Belakang Sekolah Dilawati.

Saya dan rakan Rosmawati Bt Ismail telah bersepakat untuk melawat makmal sains di Sek. Men. Keb. Raja Lope Nur Rashid di Tanjung Piandang, Perak.Kami telah melawat ke makmal sekolah ini pada 18 Feb 2014 yang lalu.Kami diberi kebenaran untuk melawat makmal-makmal yang terdapat di sekolah ini seterusnya mengambil beberapa keping gambar untuk tugasan ini.Guru Kanan Sains ialah Pn. Rosnamilah Bt Hj. Mohamed Noor yang telah memulakan tugas beliau pada 1 November 2002 hingga sekarang.Menurut beliau sekolah ini mempunyai sebanyak 5 buah makmal iaitu 2 buah makmal sains teras, sebuah makmal sains fizik , sebuah makmal kimia dan sebuah makmal biologi.Makmal-makmal tersebut di uruskan oleh 5 orang pembantu makmal dan seorang pembantu am rendah.Sebagai persediaan untuk langkah keselamatan makmal pihak jabatan sains telah mengadakan 2 kali latihan kebakaran.Di samping itu ,segala urusan stok makmal di sekolah ini adalah berada dalam keadaan baik.Di sepanjang lawatan dan temubual yang dilaksanakan ketika lawatan dapat memberikan kami banyak maklumat berkaitan pengurusan makmal sains bagi melengkapkan tugasan subjek ini.

3.0 Carta Organisasi Jabatan Sains Di Sek.Men.Keb Raja Lope Nur Rashid.Jabatan Sains merupakan satu daripada beberapa jabatan yang terdapat dalam struktur organisasi di sekolah menengah.Jabatan ini bertanggungjawab dalam hal [pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum sains.Setiap anggota dalam jabatan ini perlu mengetahuidan mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mentadbirkan Jabatan Sains dengan berkesan.Setiap anggota dalam jabatan ini mempunyai tugastugas tertentu dalam menguruskan jabatan ini.

Jabatan Sains dianggotai oleh semua guru sains dan staf sokongan makmal sains yang diketuai oleh Guru Kanan Sains. Mereka bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aspek yang berkaitan dengan pengurusan Jabatan Sains termasuk hal pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokuriklulum sains.3.1 Tugas Ketua Bidang /Guru Kanan SainsTugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dalam pengurusan makmal sains adalah seperti : a.Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.b.Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.c.Merancang dan menyediakan :i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasanii.Peraturan keselamataniii.Latihan kecemasan dan kebakaraniv.Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraanv.Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannyad.Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.e. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.f.Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.g.Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.h.Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.i.Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.j. Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya.k.Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains).l.Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.m.Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.n.Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.o.Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan.p.Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.3.2 Tugas Ketua Panitia SainsTugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :a.Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains.b.Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.c.Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.d.Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.e.Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut : i.Pesanan peralatan dan bahan sains ii. Stok makmal sains iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains iv. Kerosakan dan kehilangan v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan vi. Kemalangan vii. Rekod penggunaan makmal sainsf.Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.g.Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.h.Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.i.Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.j.Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.k.Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains.l.Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.m.Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.n.Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.o.Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.p.Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.q.Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan : i.Pengurusan makmal dan bilik sains ii.Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan iii.Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lainr.Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains.s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.t.Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.u.Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

3.3Tugas Pembantu Makmal2.4.1Tugas Harian a.Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.b.Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih.c.Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.d.Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.e.Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.f.Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.g.Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.h.Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.i.Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.j.Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.k.Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.l.Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.m.Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari :i.Membersihkan makmal sainsii.Menutup bekalan gas ,air dan elektrikiii.Menutup tingkap,dan mengunci bilik makmal sains.iv.Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan Pengetua.n.Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.o.Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya.p.Mencuci peralatan sains yang kotor.q.Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.r.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

4.0 Pengurusan Keselamatan Makmal SainsPara pelajar memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya eksperimen. Namun demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunya kemalangan jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, guru bartanggungjawab menerangkan kepada pelajar tentang aspek keselamatan dan langkah-langkah keselamatan serta memastikan setiap pengguna makmal sains mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

SEKOLAH DAN KAKITANGAN MAKMAL

Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja yang selamat.

GURU

Merancang aktiviti makmal dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk langkah keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan.

PELAJAR

Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari bahan kimia, peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum. Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan semasa di makmal

3.1Langkah-langkah keselamatan dalam makmal

Peraturan makmal Satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa bearada dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap pelajar memahami peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan diberi semasa pelajar pertama kali mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang mudah dilihat oleh pelajar.

Kemahiran manipulatif Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi arahan guru tentang prosedur amali.

Kotak pertolongan cemas Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan.

Peralatan keselamatan Pastikan semua peralatan keselamatan, misalnya alat pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan di tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua pelajar tahu menggunakan peralatan berkenaan.

Petunjuk Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di tempat yang mudah dilihat dalam setiap makmal. Kebersihan Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah hendaklah disediakan Rancangan untuk keadaan kecemasan Pastikan pelajar tahu prosedur menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.

Pencahayaan dan pengudaraan Pastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di dalam makmal. Panduan keselamatan Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan guru dan kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-langkah keselamatan bila perlu.

Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik berada dalam keadaan baik. Pelupusan bahan sisa Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang betul. Rawatan kecemasan Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan.Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai tanggungjawab tambahan, iaitu: Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan, Rancangan tindakan untuk keadaan cemas.

3.2Rawatan Kecemasan

Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi rawatan awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam rawatan kecemasan ialah: AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN.

JANGAN CEMAS.

TAHU PUNCA KEMALANGAN.

TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL.

5.0 Prosedur Pembelian Alatan Sains

4.1Peruntukan Makmal Sains

Makmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber.PERUNTUKAN SUBSIDI DARI KERAJAAN SEKOLAH PERUNTUKAN SAINS

FIZIKKIMIA BIOLOGI SAINS

4.2Belanjawan Makmal Sains Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan kebijaksanaan perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan tersebut.

4.3 Bagaimana membuat belanjawan

Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.

4.4Saranan membuat belanjawan makmal

1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item.2. Ketua Jabatan Sains tentukan:(a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis.(b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.(c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.(d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.(e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan.4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll.5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun hadapan.6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca, plastik dan logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll.7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.

4.5 Garis panduan menyediakan senarai keperluan

1. Apakah item-item yang: sangat diperlukan? boleh diubahsuaikan? boleh dibeli dengan murah? boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah, sekitaran? boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar.

4.6 Pesanan dan pembelian

Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan. Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh Pengetua.

4.7Pertimbangan sebelum pembelian:

1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah.2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa: . Kuantiti banyak, lebih murah. . Bahan kimia, jangan beli banyak.3. Masa pembelian: . Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan segar. . Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum.4. Cari pembekal yang murah: . Harga mahal dari pembekal alatan sains. . Beli dari syarikat yang belum terkenal. . Beli dari kedai biasa.

4.8Prosedur pembelianJika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender.Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut harga. Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu:

1. Meminta Sebut harga Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat.

1. Pemilihan pembekal Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu

3. Borang pesanan. Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya.. Simpan salinan pesanan4. Surat/nota tanda terima. Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.. Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.5. Nota hantaran. Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. . Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar.. Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran.. Failkan nota bersama-sama dokumen lain.6. Penerimaan barangan . Pembekal menghantar barangan. . Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.7. Invois. Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah ditandatangani. . Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat.. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran

5.0Penyelenggaraan Stok

5.1 Jenis storDi sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.

STOR UTAMASTOR AGIHAN

Menyimpan semua alat dan bahan pengajaran sains. Bahan/alat dari stor ini tidak diagihkan kepada individu. Bahan/alat diagihka kepada stor di setiap makmal. Di setiap makmal. Agihan/pengeluaran bahan/alat kepada pelajar di makmal berkenaan.

5.2Ciri-ciri stor utama Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk memudahkan hantaran bahan/alat. Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli. Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong, antara lorong dan antara rak.

5.3Sistem penyimpanan item-item sainsDi stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.Contoh: Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam makmal Fizik II. Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5.Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5.Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item dalam bentuk kod.Contoh: Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3.Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.

5.4Dokumen-dokumen penting di dalam makmal

Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci. Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains. Jangan dibawa keluar dari makmal.Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok.5.5Kad-kad Stok Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang disimpan di dalam stor. Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk memudahkan pemeriksaan stok. Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama)Contoh kad stok:(a) Item-item tahan lama. (Nama sekolah)

Item: Kelalang,volumetrik 500ml

Lokasi : K8

TarikhStokMasukTarikhKuantitiDibeliHargaJumlah StokTarikhDipinjam,Rosak, dll.BakiTandatangan

199625/3 5

26/4

2

RM12 5

61 pecah 4

6

(b) Bahan pakai habis.

STOK MAKSIMUM 2 kg (Nama sekolah)STOKMINIMUM 0.5kg

Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur)

Lokasi : K3

TarikhStokMasukTarikhKuantitiDitermaHargaPembekalJumlah StokDigunakan BakiTandatangan

199619/31.5kg

26/4

0.5kg

RM30

R&R

2.0kg

0.5kg1.5kg

5.6 Penyimpanan Bahan/Radas1. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. Gunakan stok yang lama dahulu. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.

6.0 Kesimpulan.

Sains adalah mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Sesuai dengan status tersebut, makmal sains disediakan di sekolah menengah dengan kelengkapan seperti radas, peralatan dan bahan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains. Di sekolah rendah, bilik sains disediakan di samping sekolah digalakkan mengubah suai bilik untuk menjalankan aktiviti makmal bagi pembelajaran sains di samping menyimpan bahan dan peralatan sains.Makmal sains/ bilik sains yang dilengkapi dengan kemudahan, peralatan dan bahan secukupnya merupakan wahana penting bagi pelaksanaan aktiviti yang mungkin membantu murid mencapai hasil/ standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti makmal menyediakan peluang bagi murid berinteraksi secara terus dengan bahan semula jadi, menggunakan peralatan yang bersesuaian, teknik pengumpulan data, model, konsep, prinsip serta teori dalam sains. Di samping itu, guru juga perlu mengenal pasti peralatan, bahan dan persekitaran yang sesuai sama ada makmal sains/ bilik sains, kawasan sekitar sekolah mahupun di luar sekolah untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.2