laporan lawatan bermaklumat ke pdk.doc

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA TERENGGANU TUGASAN KERJA KURSUS PROGRAM IJAZAH MUDA PERGURUAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN SEMESTER 6 AMBILAN FEBRUARI 2012 SUBJEK: PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI ( Laporan Lawatan Ke PDK Batu Rakit dan PDK Bandar Marang) PENSYARAH: TN. HJ. ABDULLAH KAMAL BIN A.BAKAR Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu MOHD ZARUL IKMAL BIN A.RAHMAN NO. KAD PENGENALAN: 831221 -11- 5379 PPG Unit PKB Semester 06/2014 Ambilan Februari 2012 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

Upload: ernesto-cruz

Post on 19-Nov-2015

125 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

TUGASAN KERJA KURSUS PROGRAM IJAZAH MUDA PERGURUAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER 6AMBILAN FEBRUARI 2012

SUBJEK: PKU3123PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

( Laporan Lawatan Ke PDK Batu Rakit dan PDK Bandar Marang)PENSYARAH:

TN. HJ. ABDULLAH KAMAL BIN A.BAKARJabatan Ilmu Pendidikan,IPG Kampus Dato Razali Ismail,

21030 Kuala Terengganu

MOHD ZARUL IKMAL BIN A.RAHMAN

NO. KAD PENGENALAN: 831221 -11- 5379

PPG Unit PKB Semester 06/2014

Ambilan Februari 2012

IPG Kampus Dato Razali Ismail.Laporan lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) Batu Rakit dan Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa serta Pusat Khidmat Setempat Orang Kurang Upaya, Bandar MarangPada 21 September 2014 yang lepas, seramai 29 orang pelajar program PPG Opsyen PKB Ambilan Januari 2012 bersama seorang pensyarah pengiring iaitu Tn Hj. Abdullah Kamal bin Abu Bakar telah mengadakan lawatan bermaklumat ke dua Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu PDK Batu Rakit dan juga PDK Marang. Pada jam 7.30 pagi kami dikehendaki berkumpul di hadapan dewan maktab untuk diberi taklimat tentang tentatif lawatan dan perkara yang perlu dilakukan. Taklimat tersebut disampaikan oleh pensyarah pembimbing sendiri iaitu Tn Hj. Abdullah Kamal bin Abu Bakar. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan dan pentadbiran di PDK. Guru pelatih juga dapat melihat sendiri realiti kehidupan di PDK dan secara tidak langsung dapat membuat banding beza antara PDK dengan Program Pendidikan Khas yang dilaksanakan di sekolah.Pada jam 8.00 pagi kami mula bertolak ke lokasi yang pertama iaitu PDK Batu Rakit. Rombongan kami tiba di PDK Batu Rakit kira kira pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas IPG Kampus Dato Razali Ismail. Setibanya di PDK Batu Rakit, kami semua disambut oleh petugas-petugas dan pelatih PDK di situ. Pusat PDK ini merupakan antara PDK yang terawal ditubuhkan dalam Negeri Terengganu. PDK ini telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan telah ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Pusat PDK ini mempunyai 5 orang petugas dan 54 orang pelatih. Seramai 48 orang pelatih yang dapat datang mengikuti aktiviti di PDK ini dan 6 orang pelatih lagi berada di rumah. Setibanya di Pusat PDK ini, pelatih akan memulakan aktiviti dengan menyanyi lagu Negaraku. Walaupun ada di kalangan pelatih yang tidak mampu menyanyi dengan baik tetapi mereka tetap berdiri tegap bagi menghormati lagu tersebut. Kemudian aktiviti diteruskan dengan senaman ringkas. Petugas akan menunjukkan beberapa pergerakan dan membantu pelatih untuk melakukan pergerakan sambil diiringi oleh muzik.Kami turut berpeluang untuk membantu pelatih-pelatih tersebut melakukan pergerakan yang ditunjukkan oleh petugas. Walaupun pada awalnya kami merasa sedikit kekok, namun aktiviti dapat dijalankan dengan seronok sekali. Pelatih ini juga telah mempersembahkan nyanyian dan tarian yang menarik pada kami. Semasa tarian di buat kami agak terpegun kerana dengan kelemahan yang ada pada pelatih ini tetapi mereka masih lagi dapat membuat pergerakan yang baik seperti orang yang normal. Menurut petugas, untuk melakukan tarian yang bagus seperti ini mereka perlu menjalankan latihan tarian selama berbulan-bulan lamanya. Pelatih di sini amat mesra kerana mudah didampingi dan mudah untuk diajak berkomunikasi. Selepas aktiviti ini selesai, kami telah diberi penerangan oleh petugas mengenai sejarah penubuhan di PDK Batu Rakit ini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat ini. Menurut petugas di sini, pelatih yang tinggal di rumah akan dilawat oleh petugas dalam aktiviti Home Based. Aktiviti Home Based ini biasanya akan dijalankan aktiviti terapi oleh petugas kepada pelatih. Antara pengetahuan baharu yang kami perolehi ialah tentang prosedur kemasukan murid khas ke PDK. Kami dimaklumkan bahawa murid yang tidak diterima di program pendidikan khas akan dihantar ke PDK. Fakta menarik yang diperolehi ialah kanak kanak seawal umur 4 tahun sudahpun boleh diterima di PDK. Selain itu, kami turut mendalami tentang pengurusan di PDK iaitu aktiviti aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu. Kami difahamkan bahawa pada hari Isnin dan Selasa murid akan berada di sekolah, hari Rabu untuk fisioterapi, dan Khamis pula adalah lawatan ke rumah murid. Penekanan diberikan kepada latihan motor kasar dan motor halus untuk menyediakan diri murid sebelum melakukan apa jua aktiviti. Aspek pengurusan diri juga dititikberatkan.Selesai sahaja sesi penerangan dan beramah mesra, semua guru pelatih dijemput untuk menikmati jamuan ringan. Kami menikmati hidangan yang disediakan sambil berbual bersama pihak PDK di sana. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama guru pelatih IPG Kampus DatoRazali Ismail dan pihak pengurusan PDK. Selain itu, penyampaian cenderahati turut diberikan sebagai tanda penghargaan kerana kesudian mereka menerima kehadiran rombongan kami ke PDK.

Pada jam 10. Pagi, kami telah bertolak pula ke lokasi kedua iaitu Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa serta Pusat Setempat Orang Kurang Upaya Bandar Marang. Pusat ini terletak betul-betul di pusat Bandar Marang dan tiba di lokasi ini pada jam 11.30 pagi Kami difahamkan, Pusat PDK ini merupakan PDK yang terbesar dalam Negeri Terengganu dan mempunyai banyak kemudahan kepada para pelatih. PDK Marang ini juga dikenali sebagai Pusat One Stop Centre. Pusat PDK ini juga telah di pengerusikan oleh Dato Tg Zainodin bt Tg Zahir.Tahap umur pelatih yang di daftarkan di PDK ini ialah dari seawal 1 tahun hingga 35 tahun. Bilangan petugas di sini ialah seramai 8 orang dan pelatih seramai 69 telah mendaftar di sini .Hanya 39 orang pelatih sahaja yang dapat hadir ke PDK ini dan yang bakinya seramai 30 orang akan mendapatkan aktiviti Home Based oleh petugas PDK ini. Setibanya di sini, kami dibawa ke bilik-bilik khas yang ada di PDK ini. Antaranya, ialah bilik terapi iaitu tempat murid akan diberi terapi bagi yang mempunyai masalah fizikal oleh petugas. Semasa terapi dijalankan ibubapa dialu-alukan untuk dapat bersama dengan pertugas bagi menjalankan sesi terapi anak mereka. Bilik Multimedia juga turut diadakan bagi membantu murid dalam mengenal Teknologi Maklumat (ICT) pada masa kini. Selain itu, bilik Snoozelen juga diwujudkan bagi membantu murid dalam masalah deria bagi pelatih di sini. Dalam bilik ini terdapat banyak alat seperti permainan digunakan untuk membantu pelatih. Bilik jahitan juga telah diwujudkan bagi mengajar pelatih untuk menjahit. Program ini berguna kepada pelatih agar dapat hidup berdikari dan mencari sumber pendapatan pada masa akan datang. Antara hasil jahitan mereka ialah sarung bantal, baju dan pelbagai lagi. Hasil yang dibuat akan dijual bagi manjadi sumber kewangan kepada pusat tersebut.

Setelah selesai melihat semua kemudahan yang berada di pusat ini, kami telah diminta berkumpul di dalam mesyuarat bagi mendengar taklimat dari Puan Maznah Binti Abdullah iaitu penyelia di tempat ini. Dalam sesi taklimat ini, kami diberitahu bahawa tujuan PDK ini ditubuhkan adalah untuk memberi khidmat kemudahan kepada OKU dan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian. Tujuan Penubuhan PDK ini juga adalah untuk mengajar para pelatih agar dapat mengurus diri, bersosial dan bergaul dengan orang lain. Ia juga bertujuan untuk membantu para pelatih agar dapat berdikari dengan mengajar kemahiran-kemahiran asas kepada pelatih serta menggilap bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh setiap pelatih. Kesemua ini bertujuan untuk memberi keyakinan diri dan kehidupan yang lebih bermakna kepada mereka bagi menghadapi hari-hari mendatang.

Setelah selesai taklimat, penyampaian cenderahati diberikan sebagai tanda penghargaan kesudian menerima kehadiran rombongan kami ke PDK ini. Pada Jam 2.00 petang, kami bersiap sedia untuk pulang semula ke IPG. Sebelum pulang, kami sempat merakam kenangan bergambar bersama para petugas PDK Marang. Kami juga sempat bersalam-salaman sebelum mengucapkan selamat tinggal. Wajah-wajah kegembiraan jelas terbayang bagi pelatih-pelatih di PDK dengan kehadiran kami. Semoga mereka terus tabah dan redha menerima ketentuan Ilahi serta diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ganjaran pahala juga diharapkan bagi para petugas PDK yang sememangnya mempunyai kesabaran serta pengorbanan yang tinggi semasa menjalankan tugas menguruskan OKU. Semoga segala usaha mereka menguruskan insan istimewa mendapat keberkatan dari Yang Esa. Aamiin.

Disediakan Oleh :..........................................( MOHD ZARUL IKMAL BIN A.RAHMAN )

Guru Pelatih,

PPG Pendidikan Khas Ambilan Januari 2012,

IPG Kampus DatoRazali Ismail.LAPORAN BERGAMBAR

Bergambar di PDK Batu Rakit

Mendengar taklimat dari Penyelia PDK Marang

Pelatih diajar menjahit dan memotong kain

Pelatih tekun menyiapkan latihan

Pelatih yang mempunyai masalah fizikal diberi terapi HYPERLINK "http://images.search.yahoo.com/images/view;_ylt=A2KJke7J3GlP6z8A8ueJzbkF;_ylu=X3oDMTBlMTQ4cGxyBHNlYwNzcgRzbGsDaW1n?back=http://images.search.yahoo.com/search/images?p=logo+ipg+kdri&ei=utf-8&fr=sfp&fr2=sg-gac-sy&tab=organic&ri=4&w=162&h=220&imgurl=2.bp.blogspot.com/_dFxKCZKEL2A/TDQvnGbT5QI/AAAAAAAAAAY/x6oQWfx5EUQ/S220/LOGO.jpg&rurl=http://www.blogger.com/profile/12155429412845162585&size=11.9+KB&name=Blogger:+User+Profile:+BIKOM+IPG+KDRI&p=logo+ipg+kdri&oid=2d3dc388b45073e361a00150e81a12e3&fr2=sg-gac-sy&fr=sfp&tt=Blogger:+User+Profile:+BIKOM+IPG+KDRI&b=0&ni=21&no=4&tab=organic&ts=&sigr=11jro5034&sigb=13b4r3vrr&sigi=12gtdmkrv&.crumb=AHL7M89Rjqb"

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

21030 KUALA TERENGGANU