laporan lawatan penanda aras guru cemerlang

10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH 80350 JOHOR BARU LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6 TAHUN 2015 “LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG” NAMA PELAJAR PPG : NORALIZA BT. HASHIM AMBILAN : PPG AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1) SEMESTER : SEMESTER 8 OPSYEN : MATEMATIK (KUMPULAN 4) TARIKH : 31 JANUARI 2015 / SABTU TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN FELCRA SUNGAI ARA , KOTA TINGGI, JOHOR LAPORAN REFLEKTIF (A) LAPORAN AKTIVITI/ PERISTIWA Pada 31 Januari 2015 (Sabtu) yang lalu, kami guru-guru PPG Matematik Kumpulan 4 seramai 21 orang telah berkumpul di SK Sungai Ara, Kota Tinggi seawal 8.00 pagi bagi mengikuti Program BIG Fasa 6 iaitu Lawatan Penanda Aras (bench marking) Guru Cemerlang. Dalam program ini kami telah melawat seorang Guru Cemerlang Matematik di sekolah ini, iaitu Puan Noornaseffa bt Mohd Nasir. 1

Upload: aziezudin

Post on 19-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JALAN DATIN HALIMAH

80350 JOHOR BARU

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6TAHUN 2015LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG

NAMA PELAJAR PPG: NORALIZA BT. HASHIMAMBILAN

: PPG AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1)

SEMESTER

: SEMESTER 8OPSYEN

: MATEMATIK (KUMPULAN 4)

TARIKH

: 31 JANUARI 2015 / SABTU

TEMPAT

: SEKOLAH KEBANGSAAN FELCRA SUNGAI ARA ,

KOTA TINGGI, JOHOR

LAPORAN REFLEKTIF(A) LAPORAN AKTIVITI/ PERISTIWAPada 31 Januari 2015 (Sabtu) yang lalu, kami guru-guru PPG Matematik Kumpulan 4 seramai 21 orang telah berkumpul di SK Sungai Ara, Kota Tinggi seawal 8.00 pagi bagi mengikuti Program BIG Fasa 6 iaitu Lawatan Penanda Aras (bench marking) Guru Cemerlang. Dalam program ini kami telah melawat seorang Guru Cemerlang Matematik di sekolah ini, iaitu Puan Noornaseffa bt Mohd Nasir. Apabila tiba di SK Felcra Sungai Ara, kami disambut mesra oleh Guru Cemerlang itu sendiri iaitu Puan Noornaseffa bt Mohd Nasir dengan senyuman manis beliau. Kami dipersilakan ke bilik mesyuarat di tingkat dua untuk sesi seterusnya. Dalam bilik mesyuarat tersebut, kami dapat berkenalan dengan lebih rapat mengenai beliau. Selain memperkenalkan diri secara umum, beliau turut menceritakan serba sedikit tentang latar belakang keluarga dan sejarah pendidikannya.Puan Noornaseffa bt Mohd Nasir telah mula berkhidmat di SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi sejak penempatan pertama beliau iaitu pada tahun 2005 kira-kira 10 tahun yang lalu. Dalam usia yang muda, beliau telah pun dilantik sebagai Guru Cemerlang Matematik iaitu selepas enam tahun berkhidmat sebagai pendidik. Beliau merupakan seorang guru yang aktif. Selain bertugas sebagai pendidik, beliau juga turut terlibat dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan. Antaranya ialah Jurulatih Utama Matematik Daerah Kota Tinggi, Jawatan Kuasa Tertinggi Matematik Daerah Kota Tinggi Jurulatih Utama Kajian Tindakan serta pelbagai aktiviti dan program yang beliau sertai di peringkat daerah, negeri mahu pun kebangsaan. Menurut Puan Noornaseffa, beliau sangat aktif dalam Kajian Tindakan dan Inovasi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Beliau pernah beberapa kali membentangkan Kajian Tindakannya di Seminar Kajian Tindakan sehingga ke peringkat kebangsaan serta mendapat Anugerah Cemerlang Kajian Tindakan bagi kategori sekolah rendah. Menurutnya lagi, beliau sangat gemar melakukan Kajian Tindakan bagi menyelesaikan masalah atau kelemahan pelajar-pelajarnya dalam kemahiran yang diajar. Apabila kajian tindakan yang beliau jalankan dapat mengatasi kelemahan pelajarnya, beliau berasa sangat puas dan berbangga menjadi pendidik yang berinovasi. Kajian-kajian tindakan yang telah beliau lakukan akan didokumentasikan dan dipersembahkan dalam Seminar Kajian Tindakan agar dapat dikongsikan bersama pendidik-pendidik di seluruh Negara.

Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan anugerah Guru Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh perkhidmatan. Selain itu, guru juga mestilah memiliki inovasi yang dilakukan sama ada untuk pelajar, sekolah atau bidang pendidikan. Tidak lupa juga pesanan beliau untuk menghormati Guru Penolong Kanan dan Guru Besar walau siapa pun kita dan banyak manapun aktiviti yang kita sertai. Ketika sesi minum pagi, kami berpeluang meninjau plag-plag dan piala-piala anugerahyang beliauperolehi sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan. Kami juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan dan penyertaan beliau dalam semua aktiviti yang pernah beliau sertai di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Selepas minum pagi, sesi temu bual dijalankan dengan menemu bual Puan Noornaseffa berkaitan dengan pengalaman beliau sepanjang menjadi Guru Cemerlang. Akhir sekali, pada pukul 12 tengah hari, sesi fotografi dijalankan sebagai tanda kenang-kenangan dan untuk dimasukkan ke dalam laporan dan folio BIG kami. Program ini tamat dengan hidangan jamuan makan tengah hari di mana kami telah diberikan layanan yang sangat sempurna. Kami bersurai pada jam satu petang.(B) LAPORAN BERGAMBAR SK Felcra Sungai Ara merupakan sekolah Guru Cemerlang Matematik, Puan Noornaseffa bt. Mohd Nasir bertugas Sesi temubual bersama Guru Cemerlang Matematik, SK Felcra Sungai AraPuan Noornaseffa bt. Mohd Nasir

Puan Noornaseffa bt. Mohd Nasir bersama plag dan piala anugerah yang

pernah diterimanya

Antara sijil-sijil dan piala yang diterima oleh Puan Noornaseffa bt. Mohd Nasir

ISU / MASALAHAdat bagi setiap program yang dilaksanakan, pasti terdapat sebarang masalah. Begitu juga dengan Program Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang bagi Program Bina Insan Guru (BIG) yang dilaksanakan ini. Antara masalah yang timbul dalam melaksanakan bengkel ini ialah:

Sebelum Aktiviti

1. Pemilihan tempat yang sesuai

Pemilihan tempat bagi Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang ini menjadi masalah utama bagi kami dalam menjalankan Program Bina Insan Guru fasa 6. Kesibukan aktiviti dan program di sekolah masing-masing menyukarkan kami untuk memilih Guru Cemerlang dan lokasi yang sesuai untuk menjalankan program BIG. Ini kerana kami perlu mendapatkan kebenaran daripada Guru Cemerlang itu sendiri serta pihak pentadbir sekolah bagi membolehkan kami menjalankan program di sekolah berkenaan. Alhamdulillah, hasil perbincangan dalam kumpulan, kami sepakat untuk membuat lawatan guru cemerlang Puan Noornaseffa bt Mohd Nasir di SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi. Walaupun lokasi yang agak jauh kerana bersempadan dengan Daerah Mersing, namun ia tidak mematahkan semangat kami bagi menjayakan program yang telah diamanahkan kepada kami.2. Pemilihan tarikh yang sesuai.

Menetapkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan program Bengkel Guru Inovasi ini merupakan antara masalah lain yang kami hadapi. Ini kerana kesibukan kami sebagai guru sangat membataskan masa untuk berkumpul bagi melaksanakan program ini. Justeru itu, kami terpaksa memilih tarikh, waktu dan masa yang sesuai agar rakan-rakan guru PPG dan Guru Cemerlang dapat meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Hasil perbincangan, kami memutuskan 31 Januari 2015 sebagai masa yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti tersebut walaupun ianya merupakan hari cuti bagi kami dan juga Guru Cemerlang tersebut. 3. Tiada peruntukan kewangan Peruntukan kewangan merupakan salah satu masalah dalam melaksanakan program ini. Justeru itu, kami yang terdiri daripada guru-guru PPG seramai 21 orang telah sepakat menyumbang RM20 seorang untuk menampung kos perbelanjaan bagi membeli cenderahati untuk Guru Cemerlang dan juga jamuan yang perlu disediakan Program Bina Insan Guru (BIG) ini.

(C) Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Kehadiran Guru Cemerlang Matematik Daerah Kota Tinggi iaitu Puan Noornaseffa bt Mohd Nasir.2. Memberi banyak input baru mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran Guru Cemerlang.3. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan PPG Matematik kumpulan 4 seramai 21 orang.4. Dapat mewujudkan hubungan yang mesra dan mengeratkan silaturahim di kalangan guru-guru PPG dengan Guru Cemerlang dan pihak sekolah sendiri.5. Memupuk budaya dan semangat kerjasama berpasukan di kalangan guru-guru PPG.6. Sesi temu bual dan soal jawab secara dua hala

(ii) KELEMAHAN

1. Terdapat segelintir guru PPG yang datang lambat ke program BIG ini disebabkan lokasi yang agak jauh dan pedalaman. Kelewatan yang dialami sedikit sebanyak telah melambatkan perjalanan program ini.2. Tiada peruntukan kewangan menyebabkan guru-guru PPG terpaksa mengutip duit untuk menjalankan semua program BIG.

(iii) PELUANG

1. Kemudahan infrastruktur dan guru-guru yang berpengalaman menjadikan aktiviti dan program yang dijalankan lebih tersusun.

2. Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada guru-guru PPG berkenaan dengan Guru Cemerlang.3. Aktiviti yang dijalankan mendapat sokongan pihak pentadbir.4. Memberi peluang kepada guru-guru PPG untuk berusaha menjadi Guru Cemerlang di masa akan datang.

(iv) ANCAMAN

1. Lokasi lawatan yang agak jauh boleh menjadi risiko terhadap keselamatan para peserta program BIG.REFLEKSI KENDIRI

(i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Saya dapat berkongsi idea dan ilmu pengetahuan dari penceramah sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Guru Cemerlang.2. Guru Cemerlang seperti beliau harus membantu guru-guru sekolah khususnya bagi sekolah yang berprestasi rendah.3. Melalui program ini, semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan tolong menolong dapat dipupuk dalam kalangan guru.

(ii) PENAMBAHBAIKAN1. Perjumpaan atau kursus LDP di sekolah perlu kerap dijalankan oleh Guru Cemerlang seperti ini bagi membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolahTandatangan Pelapor: Disahkan oleh penyelia:. ( NORALIZA BT HASHIM ) ( )1