laporan lawatan ilmiah ke sekolah jalan enam.docx

4
LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE SEKOLAH JALAN ENAM Alhamdulillah, seramai 21 orang guru pelatih yang mengambil matapelajaran Pendidikan Jasmani Suaian telah mengadakan lawatan ke SK Jalan Enam. Pada Jam 7.30 pagi, kami bertolak dari IPG Kampus Pendidikan Islam dan tiba di SK Jalan Enam tepat jam 8 pagi. Di sana kami disambut oleh guru- guru dari Jabatan Pendidikan Khas. Setelah mendengar taklimat dari guru- guru pendidkan khas, kami melawati kawasan dan kelas-kelas murid pendidikan khas sebelum menjalankan sesi pengajaran bersama mereka. Apa yang kami dapati, kelas mereka amat berbeza dengan kelas murid normal. Kelas mereka hanya dapat memuatkan 10 orang sahaja. Selepas itu, kami secara berkumpulan mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama mereka. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, kami dapati murid-murid ini dapat mengikuti arahan dengan baik. Pada set permulaan, kami telah mengadakan aktiviti pecah belon. Ada diantara mereka yang suka dengan belon dan 2 orang murid sangat takut apabila kami menyuruh mereka memijak belon tersebut.

Upload: wawa-hassan

Post on 25-Oct-2015

60 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PJM 3114

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE SEKOLAH JALAN ENAM.docx

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE SEKOLAH JALAN ENAM

Alhamdulillah, seramai 21 orang guru pelatih yang mengambil matapelajaran

Pendidikan Jasmani Suaian telah mengadakan lawatan ke SK Jalan Enam. Pada Jam

7.30 pagi, kami bertolak dari IPG Kampus Pendidikan Islam dan tiba di SK Jalan Enam

tepat jam 8 pagi. Di sana kami disambut oleh guru-guru dari Jabatan Pendidikan Khas.

Setelah mendengar taklimat dari guru-guru pendidkan khas, kami melawati kawasan

dan kelas-kelas murid pendidikan khas sebelum menjalankan sesi pengajaran bersama

mereka. Apa yang kami dapati, kelas mereka amat berbeza dengan kelas murid

normal. Kelas mereka hanya dapat memuatkan 10 orang sahaja.

Selepas itu, kami secara berkumpulan mengadakan sesi pengajaran dan

pembelajaran bersama mereka. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang

berlangsung, kami dapati murid-murid ini dapat mengikuti arahan dengan baik. Pada

set permulaan, kami telah mengadakan aktiviti pecah belon. Ada diantara mereka yang

suka dengan belon dan 2 orang murid sangat takut apabila kami menyuruh mereka

memijak belon tersebut.

Page 2: LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE SEKOLAH JALAN ENAM.docx

Pada set perkembangan dan kemuncak berjalan dengan baik dan menarik.

Aktiviti yang kami rancang ialah melompat dengan pelbagai gaya seperti lompat katak,

dan lompat kanggaru. Alhamdulillh mereka dapat membuatnya dengan baik. Pada

aktiviti kemuncak, kami membuat pertandingan melompat di dalam gelung dari jarak A

ke jarak B sambil membawa pundi kacang. Di garisan penamat, mereka harus

membalingkan pundi kacang tersebut ke dalam gelung. Kumpulan mana yang

membalingkan pundi kacang banyak ke dalam gelung dikira sebagai pemenang.

Fasa penutup kami membuat aktiviti regangan menggunakan muzik. Bila kami

memasang lagu “chicken dance”, murid-murid agak seronok dan mereka sudah

terbiasa untuk membuat gaya. Selepas itu, kami memutarkan lagu “slow motion” dan

membuat gerakan regangan dan murid mengikuti gerakan yang kami lakukan.

Selepas selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di padang. Murid murid

dilepaskan untuk waktu rehat selama 30 minit. Selepas itu, kami mengadakan aktiviti

untuk Pendidikan Kesihatan di dalam aspek pengurusan diri. Murid ditayangkan dengan

video cara-cara untuk melipat baju dengan kemas. Selepas itu, murid-murid

dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.

Setiap kumpulan dikendalikan oleh 3 orang guru pelatih untuk menerangkan dan

Page 3: LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE SEKOLAH JALAN ENAM.docx

menunjukkan cara-cara melipat baju dengan lebih terperinci dan kemas. Selepas

demonstrasi dilakukan dan diulang selama 3 kali, setiap murid dikehendaki melipat baju

dengan baik.

Pada jam 11 pagi, acara penutup dijalankan dan dihadiri oleh Guru Penolong

Kanan Pendidikan Khas SK Jalan Enam. Pengarah program kami iaitu Muhammad

Amirul Iqmal mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kami kerana sudi

menerima kunjungan lawatan kami. Pihak sekolah dan murid-murid diberikan sedikit

cenderahati sebagai kenangan.

Page 4: LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE SEKOLAH JALAN ENAM.docx