laporan program lawatan ilmiah ke agensi sukan di peringkat negeri.docx

11
LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI TARIKH: 27 APRIL 2009 (ISNIN) MASA: 1.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT: PERSATUAN ANGKAT BERAT AMATUR SABAH, STADIUM LIKAS PENSYARAH PENGIRING: EN. MOHD. SAWARI B. RAHIM Sebelum bertolak ke Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah di Stadium Likas, kesemua guru pelatih telah berkumpul awal pada jam 12.45 di perkarangan pondok cendawan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran. 15 minit terakhir sebelum bertolak ini digunakan oleh guru pelatih untuk memastikan kesemua peralatan dan persiapan telah dibawa dan diuruskan. Tepat pada jam 1.00 petang, bas Institut Perguruan Kent bertolak membawa guru pelatih ke Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa 45 minit dan kami telah sampai ke destinasi pada jam 1.45 petang. Setibanya di sana, kami telah disambut oleh Encik Alfried Bily@Sylvester iaitu Pegawai Penyelaras Sukan Negeri Angkat Berat. Encik Alfried meminta kami untuk duduk sebentar di kawasan perkarangan Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah bagi menunggu ketibaan Presiden Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah.

Upload: atiqa-nur

Post on 20-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan pelaksanaan program amali lawatan ilmiah PJM3112 ke persatuan-persatuan dan agensi sukan yang terdapat di negeri Sabah untuk mempelajari cara pengurusan dan pengelolaan sukan.

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI.docx

LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH

KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI

TARIKH: 27 APRIL 2009 (ISNIN)

MASA: 1.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT: PERSATUAN ANGKAT BERAT AMATUR SABAH, STADIUM LIKAS

PENSYARAH PENGIRING: EN. MOHD. SAWARI B. RAHIM

Sebelum bertolak ke Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah di Stadium Likas,

kesemua guru pelatih telah berkumpul awal pada jam 12.45 di perkarangan pondok

cendawan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran. 15 minit

terakhir sebelum bertolak ini digunakan oleh guru pelatih untuk memastikan

kesemua peralatan dan persiapan telah dibawa dan diuruskan.

Tepat pada jam 1.00 petang, bas Institut Perguruan Kent bertolak membawa

guru pelatih ke Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah di Stadium Likas, Kota

Kinabalu. Perjalanan mengambil masa 45 minit dan kami telah sampai ke destinasi

pada jam 1.45 petang.

Setibanya di sana, kami telah disambut oleh Encik Alfried Bily@Sylvester iaitu

Pegawai Penyelaras Sukan Negeri Angkat Berat. Encik Alfried meminta kami untuk

duduk sebentar di kawasan perkarangan Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah

bagi menunggu ketibaan Presiden Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah.

SAUDARA AK. AZWAN BERBINCANG BERSAMA ENCIK ALFRIED SEBELUM KETIBAAN PRESIDEN PERSATUAN ANGKAT BERAT AMATUR SABAH

Page 2: LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI.docx

Pada jam 2.05 petang, Encik Philip Gisan iaitu Presiden Persatuan Angkat

Berat Amatur Sabah tiba dan kami diminta masuk ke dalam bilik latihan Persatuan

Angkat Berat Amatur Sabah. Encik Philip sendiri telah mempersilakan kami untuk

mengambil tempat bagi mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh beliau

sebentar lagi.

Acara diteruskan dengan memulakan majlis taklimat dan dipengerusikan oleh

Encik Alfried Bily@Sylvester. Beliau mengalu-alukan kedatangan kami dan tanpa

membuang masa beliau terus mempersilakan Encik Philip Gisan untuk memberikan

taklimat pengurusan dan pentadbiran persatuan kepada kami.

Encik Philip memberikan taklimat kepada mengenai pengurusan dan

pentadbiran persatuan, sejarah dan latarbelakang sukan angkat berat di Sabah,

peraturan-peraturan, peralatan dan pengetahuan asas mengenai sukan angkat

berat. Antara isi-isi penting yang telah dinyatakan di dalam taklimat beliau itu ialah:

1. Sukan angkat berat di Sabah berkembang lebih awal namun kini

penyertaan dari pelbagai negeri seperti negeri Pahang memberikan

saingan hebat kepada atlet negeri Sabah di peringkat sukan angkat

berat di Malaysia.

2. Pihak pengurusan Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah amat

mementingkan penggunaan teknik yang betul apabila membuat latihan

ENCIK PHILIP SEDANG MEMBERIKAN TAKLIMAT KEPADA

GURU PELATIH

Page 3: LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI.docx

bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan di samping

meningkatkan lagi prestasi atlet.

3. Di dalam acara sukan angkat berat, terdapat tiga aspek utama yang

penting iaitu titik pusat gravity (center gravity), keseimbangan

(balancing), dan kelajuan (speed).

4. Penyertaan kanak-kanak bagi sukan angkat berat ialah seawal umur

10 tahun.

5. Bina badan dan angkat berat merupakan dua konsep dan sukan yang

berbeza.

6. Terdapat 5 lagi pusat latihan angkat berat yang terdapat di Sabah

(selain di Stadium Likas, Kota Kinabalu) iaitu di Menggatal, Ranau,

Sandakan, Keningau dan juga Kinarut)

Selain itu, Encik Philip Gisan juga sangat menaruh harapan kepada bakal-

bakal guru seperti kami untuk memperkenalkan sukan angkat berat ini di peringkat

sekolah. Beliau mengharapkan agar dengan adanya pendedahan yang diberikan

oleh pihak guru dan sekolah, ianya dapat membantu persatuan di dalam mencari

bakat-bakat baru dan seterusnya dapat memupuk aktiviti senaman yang

sememangnya perlu di dalam kesihatan seharian. Namun, Encik Philip sendiri turut

mengakui bahawa faktor halangan dari segi ekonomi sememangnya menjadi

penghalang utama di dalam menjayakan sukan angkat berat ini di peringkat sekolah.

GURU PELATIH MENDENGAR DAN MEMBERIKAN FOKUS KEPADA

TAKLIMAT YANG DIBERIKAN OLEH EN. PHILIP

Page 4: LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI.docx

Encik Philip juga berharap agar penyertaan dan penglibatan jurulatih-jurulatih

perempuan perlulah diperbanyakkan agar acara sukan ini juga boleh diikuti oleh

kaum wanita.

Sebelum mengakhiri taklimat beliau, Encik Philip telah memberikan kami

edaran mengenai sukan angkat berat dan diberikan kepada wakil lelaki dan juga

perempuan. Beliau menyatakan bahawa edaran tersebut adalah sebagai rujukan

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara sukan angkat berat. Beliau juga turut

memberitahu kami mengenai acara sukan angkat berat yang seterusnya adalah

pada 8,9,10 dan 11 Ogos 2009 bertempat di Stadium Likas dan berharap agar kami

dapat memberikan sokongan dan hadir ke acara tersebut. Taklimat beliau berakhir

pada jam 3.00 petang.

Lawatan ini diteruskan lagi dengan mengadakan sesi soal jawab bersama

Encik Philip Gisan. Respon yang diberikan oleh guru pelatih sangatlah

memberansangkan. Terdapat beberapa soalan yang telah diajukan oleh para pelatih

dan diantaranya ialah:

1. Apakah program-program yang telah dijalankan oleh pihak persatuan?

2. Apakah kesan sampingan kepada badan atlet sukan angkat berat.

Adakah ianya mempengaruhi ketinggian seseorang?

3. Apakah pula kesan kesan terhadap perempuan (pada bahagian

peranakan)?

4. Bagaimana kanak-kanak berusia 10 tahun memulakan latihan sukan

angkat berat?

5. Apakah maksud bagi setiap acara seperti 56kg dan sebagainya?

SESI SOAL JAWAB GURU PELATIH BERSAMA ENCIK PHILIP

Page 5: LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI.docx

Encik Philip Gisan memberikan jawapan bagi setiap pertanyaan yang telah

diberikan. Antara jawapan-jawapan yang telah diberikan ialah:

1. Terdapat beberapa program yang telah dijalankan oleh persatuan iaitu

seperti program yang mempromosikan acara angkat sukan di sekolah-

sekolah dan juga membuat iklan di surat khabar.

2. Kesan sampingan sering berlaku jika tidak melakukan dan membuat

latihan dengan teknik yang betul. Selain itu, acara sukan angkat berat

tidak mempengaruhi ketinggian seseorang.

3. Kesan terhadap peranakan perempuan hanya berlaku apabila sudah

melahirkan anak. Tempoh diberikan selama 2 tahun kepada

perempuan untuk berehat daripada melakukan latihan sukan angkat

berat.

4. Kanak-kanak berusia 10 tahun memulakan latihan menggunakan kayu

dan akan berpindah latihan secara berperingkat (mengikut keupayaan).

5. Acara tersebut bergantung kepada berat atlet dan individu tersebut

tidak boleh ringan daripada berat tersebut.

Lawatan ini diteruskan lagi dengan sesi demonstrasi oleh Encik Nicholas Ang

iaitu jurulatih Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah. Beliau merupakan bekas atlet

acara sukan angkat berat. Beliau juga telah dibantu oleh seorang atlet muda iaitu

saudara Lester untuk menunjukkan demonstrasi kepada kami.

SAUDARA LESTER MENUNJUKKAN TEKNIK DAN GAYA ANGKAT BERAT

KATEGORI SNATCH

Page 6: LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI.docx

Encik Nicholas menerangkan kepada kami dan menunjukkan teknik yang

betul mengenai kategori yang dipertandingkan di dalam sukan angkat berat iaitu

Snatch dan Clean and Jerk.

Setelah selesai sesi demonstrasi dan penerangan oleh Encik Nicholas dan

saudara Lester, mereka memberi peluang kepada guru pelatih untuk membuat

simulasi berdasarkan demostrasi langkah yang telah ditunjukkan.

Respon yang diberikan sangat menggalakkan dan hampir 4 hingga 5

orang(lelaki dan perempuan) mencuba untuk membuat simulasi bagi kedua-dua

jenis kategori. Namun, bagi menjaga keselamatan, Encik Nicholas Ang hanya

menyediakan palang besi seberat 15kg bagi sesi simulasi tersebut. Beliau juga

mengingatkan kami untuk memberikan tumpuan dan bersikap serius apabila melihat

rakan lain mencuba mengangkat palang tersebut bagi mengelakkan kemalangan

yang tidak diingini.

GURU PELATIH LELAKI DAN PEREMPUAN MASING-MASING

MENCUBA DI DALAM SESI SIMULASI

Page 7: LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI.docx

Sesi ini juga diselitkan dengan beberapa soal jawab di antara Encik Nicholas

dengan para pelatih. Di antara soalan-soalan yang diutarakan seperti peraturan

pertandingan sebenar, pemakanan atlet dan sebagainya. Sesi ini ditamatkan dengan

melihat demonstrasi oleh saudara Lester mengangkat palang besi seberat 45kg bagi

kedua-dua kategori (Snatch dan Clean and Jerk) pada jam 4.30 petang dan

diteruskan dengan majlis penutupan.

Majlis penutupan dimulai dengan ucapan oleh Ak. Azwan Bin Pengiran Ali

sebagai pengerusi Program Lawatan Ilmiah ke Agensi Sukan di Peringkat Negeri.

Beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan juga

mengharapkan agar lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil dan

cenderamata kepada pihak Persatuan Angkat Berat Amatur Sabah sebagai kenang-

kenangan dan hadiah terima kasih di atas kesudian mereka menerima lawatan oleh

guru pelatih PISMP-IPGM PSV, IPGM Kampus Kent, Tuaran. Majlis tamat pada jam

4.45 petang dan lawatan ini berakhir dengan sesi fotografi dan juga jamuan petang.

Tepat jam 5.00 petang, kami pun bertolak pulang ke Institut Perguruan Kent

dengan lambaian mesra dari pihak persatuan.

SAUDARA LESTER MEMBUAT DEMONSTRASI TERAKHIR SEBELUM

MAJLIS PENUTUPAN

Page 8: LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI.docx

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL DAN

CENDERAMATA

Page 9: LAPORAN PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN DI PERINGKAT NEGERI.docx