laporan lawatan ilmiah

7
LAPORAN LAWATAN ILMIAH Pada 22 Februari 2012 yang lepas, satu lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Kompleks Belia dan Sukan di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan telah membawa seramai 41 orang guru pelatih terdiri dari dua kelas iaitu IP5H dan IP5J. Kami bertolak seawal jam 9.00 pagi dan tiba pada jam 10.00 pagi dengan menaiki bas Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Seramai 3 orang pensyarah pengiring yang terdiri daripada En Zul, Madam Mari dan En Tanabal Sewaktu sampai di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, kami telah disambut baik oleh En Hadi selaku wakil ketua program kami di situ.En Hadi telah membawa kami melawat ke gimnasium di mana atlet-atlet gimrama telah menjalankan latihan gimrama di situ. Kami sangat teruja kerana itu pertama kali kami dapat melihat dan merasa sendiri bagaimana alat-alat yang digunakan oleh atlet untuk berlatih. Selepas itu, kami telah melawat ke dewan besar di mana ia telah digunakan untuk latihan silat, tae kwon do dan juga kungfu di situ. Sejurus selepas itu, kami telah di bawa

Upload: rogayahsuparman

Post on 20-Jun-2015

4.117 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan lawatan ilmiah

LAPORAN LAWATAN ILMIAH

Pada 22 Februari 2012 yang lepas, satu lawatan ilmiah ke Majlis Sukan

Negeri Pulau Pinang dan Kompleks Belia dan Sukan di bawah kelolaan Jabatan

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan telah membawa seramai 41 orang guru

pelatih terdiri dari dua kelas iaitu IP5H dan IP5J.

Kami bertolak seawal jam 9.00 pagi dan tiba pada jam 10.00 pagi dengan

menaiki bas Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Seramai 3 orang

pensyarah pengiring yang terdiri daripada En Zul, Madam Mari dan En Tanabal

Sewaktu sampai di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, kami telah disambut baik oleh

En Hadi selaku wakil ketua program kami di situ.En Hadi telah membawa kami

melawat ke gimnasium di mana atlet-atlet gimrama telah menjalankan latihan

gimrama di situ. Kami sangat teruja kerana itu pertama kali kami dapat melihat dan

merasa sendiri bagaimana alat-alat yang digunakan oleh atlet untuk berlatih.

Selepas itu, kami telah melawat ke dewan besar di mana ia telah digunakan

untuk latihan silat, tae kwon do dan juga kungfu di situ. Sejurus selepas itu, kami

telah di bawa berjumpa dengan jurulatih tinju Pulau Pinang, En Johny. Banyak ilmu

dan pengalaman-pengalaman beliau yang telah dikongsikan dengan kami.

Antaranya adalah pengalaman pahit dan manis beliau melatih atlet-atlet tinju, antara

kekangan-kekangan yang terdapat selama menjadi jurulatih dan banyak lagi. Kami

juga berkesempatan melihat atlet-atlet tinju membuat aktiviti pemanasan badan yang

penuh dengan stamina yang tinggi

Setelah selesai mendengar pengalaman-pengalaman yang memberi banyak

ilmu sukan kepada kami, tamatlah sesi lawatan ilmiah kami di Majlis Sukan Negeri

Page 2: Laporan lawatan ilmiah

Pulau Pinang. Wakil kelas telah menyampaikan cenderahati kepada En Hadi tanda

penghargaan dan terima kasih kerana menyambut baik kedatangan kami.

Destinasi kami yang kedua selepas itu ialah ke Kompleks Belia dan Sukan,

Pulau Pinang. Memandangkan lokasinya berdekatan dengan Majlis Sukan Negeri,

kami hanya perlu berjalan kaki sahaja sambil menikmati pemandangan pagi yang

indah. Kedatangan kami telah disambut baik oleh dua orang pegawai pengiring iaitu

En Hafiz dan En. Mohd Rozaimi. Kami telah di bawa ke bilik mesyuarat untuk

melihat tayangan-tayangan slaid mengenai Kompleks Belia dan Sukan. Antaranya

ialah Kompleks Belia dan Sukan, Pulau Pinang ini menyediakan program-program

latihan yang berkesan dalam bidang kemahiran, kepimpinan dan keusahawanan

khususnya kepada golongan belia yang merupakan pelapis kepada pentadbiran dan

pembangunan Negara.

Selain itu juga, Jabatan Belia dan Sukan juga menyediakan khidmat nasihat

dan bimbingan selaras dengan Dasar Pembangunan Belia dan Dasar Pembangunan

Sukan bagi mencapai wawasan Negara dan juga menyelaras semua proses

permohonan pendaftaran persatuan belia dan sukan untuk dipanjangkan ke Pejabat

Pendaftar Pertubuhan (ROY) dan Pesuruhjaya Sukan (PPS) dalam tempoh 7 hari.

Di sini, setiap pertubuhan kelab-kelab sukan hendaklah di daftarkan supaya kelab-

kelab yang telah didaftarkan boleh bersama-sama menjalankan aktiviti disamping

meminta sumbangan untuk membuat sebarang aktiviti.

Banyak ilmu-ilmu yang telah diperolehi kami semasa sesi pembukaan soalan

berkaitan dengan subjek kami iaitu PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran

Pendidikan Jasmani dan Sukan dan jawapan yang diberikan oleh En Hafiz dan En

Page 3: Laporan lawatan ilmiah

Rozaimi cukup membuatkan kami puas dan mendapat banyak input-input yang

boleh digunakan di sekolah kelak.

Setelah selesai melihat tayangan-tayangan slaid dan penjelasan yang cukup

difahami itu, kami telah di bawa untuk melawat ke tempat-tempat yang ada di situ.

Antaranya ialah gymnasium, dewan-dewan besar dan banyak lagi. Kami juga telah

disedikan juadah nasi goreng dan kuih muih untuk minum pagi. Sebelum pulang,

kami sempat bergambar untuk merakamkan saat-saat manis kami ketika berada di

Kompleks Belia dan Sukan, Pulau Pinang.

Lawatan ini telah memberikan banyak ilmu pengetahuan kepada kami

mengenai Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ilmu-

ilmu ini akan kami gunakan untuk praktikum kelak mahupun sesudah kami bekerja

sebagai seorang guru pendidikan jasmani. Lawatan ini sememangnya banyak

memberi kesan dalam kepada kami terhadap subjek Pendidikan Jasmani dan

menjadikan subjek ini amat penting dan seronok untuk diajar dan dipelajari.

Dilaporkan oleh

.................................................................

(NORAKMA LIYANA BINTI MOHAMED SALLEH)

Guru pelatih Pendidikan Seni Visual,

IP5H.

Page 4: Laporan lawatan ilmiah

LAMPIRAN

Page 5: Laporan lawatan ilmiah