laporan lawatan ilmiah ke majlis sukan negara dan sekolah sukan bukit jalil (1)

6
LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MAJLIS SUKAN NEGARA DAN SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL Pada hari Selasa bersamaan 19 Februari 2013 yang lalu, dalam subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan, kami sekumpulan guru pelatih unit J13 dan J15 IPGM Kampus Ipoh seramai 32 orang telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Majlis Sukan Negara dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Lawatan kami telah diiringi oleh seorang pensyarah perempuan dari Jabatan Pendidkan Jasmani dan Kesihatan iaitu Pn.Taslimah Binti Haji Jalaludin. Program Lawatan Ilmiah PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran PendidikanJasmani dan Sukan ini benar-benar telah memberi pengalaman yang cukup berharga buat diri kami sebagai seorang guru pelatih. Antara input berguna yang telah kami perolehi semasa program lawatan ilmiah ini ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan merupakan asas kejayaan yang sebenar dan perlu dititikberatkan. Selain memberikan satu pengalaman baru yang bermakna dalam hidup kami, pelbagai pendedahan yang kami perolehi semasa lawatanilmiah ini juga telah membuka mata dan minda kami bahawa pengurusan dan pentadbiran sukan merupakan satu perkara yang sangat penting sekali. Perancangan yang teliti akan menghasilkan tugasan yang sempurna. kami juga dapat mengaplikasi ilmu yang kami terima ini untuk menguruskan panitia dengan baik dan lancar. Pelantikan ahli jawatankuasa telah dilaksanakan di antara Unit J13 dan J15 bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur, semua pelajar menerima tugasan masing-masing seperti AJK tugas- tugas khas dan sebagainya. Setelah bermesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa lawatan, semua pelajar telah bersepakat untuk mengadakan lawatan ilmiah ke MSN dan SSBJ. Pada 19 Februari 2013 kami seramai 32 orang guru pelatih telah bertolak dari IPG pada pukul 5.00 pagi dan sampai di Majlis Sukan Negara pada pukul 9.00pagi. kehadiran kami telah disambut baik oleh pihak MSN. Kami telah diberikan taklimat ringkas oleh seorang penceramah di Majlis

Upload: abigal-qutie-gal

Post on 22-Oct-2015

737 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan Ilmiah

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negara Dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (1)

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MAJLIS SUKAN NEGARA DAN SEKOLAH SUKAN

BUKIT JALIL

Pada hari Selasa bersamaan 19 Februari 2013 yang lalu, dalam subjek

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan, kami sekumpulan guru

pelatih unit J13 dan J15 IPGM Kampus Ipoh seramai 32 orang telah mengadakan satu

lawatan sambil belajar ke Majlis Sukan Negara dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Lawatan

kami telah diiringi oleh seorang pensyarah perempuan dari Jabatan Pendidkan Jasmani

dan Kesihatan iaitu Pn.Taslimah Binti Haji Jalaludin.

Program Lawatan Ilmiah PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran

PendidikanJasmani dan Sukan ini benar-benar telah memberi pengalaman yang cukup

berharga buat diri kami sebagai seorang guru pelatih. Antara input berguna yang telah

kami perolehi semasa program lawatan ilmiah ini ialah pengurusan dan pentadbiran

pendidikan jasmani dan sukan merupakan asas kejayaan yang sebenar dan perlu

dititikberatkan. Selain memberikan satu pengalaman baru yang bermakna dalam hidup

kami, pelbagai pendedahan yang kami perolehi semasa lawatanilmiah ini juga telah

membuka mata dan minda kami bahawa pengurusan dan pentadbiran sukan

merupakan satu perkara yang sangat penting sekali. Perancangan yang teliti akan

menghasilkan tugasan yang sempurna. kami juga dapat mengaplikasi ilmu yang kami

terima ini untuk menguruskan panitia dengan baik dan lancar.

Pelantikan ahli jawatankuasa telah dilaksanakan di antara Unit J13 dan J15

bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur, semua pelajar

menerima tugasan masing-masing seperti AJK tugas-tugas khas dan sebagainya.

Setelah bermesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa lawatan, semua pelajar telah

bersepakat untuk mengadakan lawatan ilmiah ke MSN dan SSBJ.

Pada 19 Februari 2013 kami seramai 32 orang guru pelatih telah bertolak dari

IPG pada pukul 5.00 pagi dan sampai di Majlis Sukan Negara pada pukul 9.00pagi.

kehadiran kami telah disambut baik oleh pihak MSN. Kami telah diberikan taklimat

ringkas oleh seorang penceramah di Majlis Sukan Negara. Beliau telah menerangkan

Page 2: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negara Dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (1)

kami tetang tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pihak MSN terhadap para atlet

Malaysia. Selain daripada itu, beliau juga menerangkan kami tentang visi, misi dan

carta organisasi Majlis Sukan Negara.

Tambahan pula, beliau telah pun memberitahu kami tentang rutin harian para

atlet kita. Kami berasa terkejut setelah melihat jadual harian atlet kita kerana mereka

tidak ada masa untuk menikmati kehidupan mereka. Dari awal pagi pukul 5.00 sampai

ke malam mereka perlu membuat latihan fizikal untuk mengatasi kelemahan-kelemahan

yang ada pada diri mereka. Mereka tidak ada cuti dan perlu berlatih sepanjang minggu.

Pada atlet akan bercuti apabila jurulatih memberikan cuti kepada mereka. Oleh itu,

sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati pengorbanan para atlet kita dan

mendoakan kepada tuhan agar mereka dapat mengharumkan nama negara di

peringkat antarabangsa.

Selaras dengan itu, para atlet kita juga ada beberapa kelebihan. Antaranya

ialah, mereka mendapat elaun pada tiap-tiap bulan. Selain itu, MSN menyediakan

tempat penginapan bagi mereka dan mereka tidak perlu bayar duit untuk itu. Para atlet

juga dibekalkan makanan percuma di kafetaria dan di situ terdapat pelbagai jenis

makanan yang berkhasiat.

Selepas taklimat ringkas tersebut, beliau telah mengadakan sesi soal jawab

dengan kami. Melalui sesi soal jawab dan penerangan yang diberikan oleh beliau, jelas

sekali peranan pihak pengurusan danpentadbiran adalah asas kepada kejayaan MSN

melahirkan atlet bertaraf dunia. Sesuaidengan matlamat MSN untuk melahirkan lebih

Gambar 1 : Taklimat dan ‘slide show’ diberikan oleh pihak MSN

Page 3: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negara Dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (1)

ramai atlet bertaraf dunia, saya dapati bahawa kejayaan atlet bukanlah datang dari

kemahiran dan kekuatan atlet semata-mata, tetapi disokong dan dibantu oleh pihak

pengurusan dan pentadbiran yang menyediakan pelbagai bantuan dari pelbagai

bahagian.

Sesi pemberian cenderamata juga telah berlangsung di dalam dewan

tersebut. wakil IPG Kampus Ipoh telah memberikan cenderamata kepada pihak MSN

sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana menyambut baik kedatangan

kami. Selepas agenda tersebut, salah seorang pegawai MSN telah membawa kami

untuk melawat kawasan MSN. MSN mempunyai segala kemudahan-kemudahan yang

diperlukan oleh para atlet sukan. Antaranya ialah, gelanggang badminton, padang bola

sepak dan peralatan gimnastik, gymnasium dan sebagainya.

Saya berasa amat kecewa kerana kami tidak dapat menyaksikan

kesungguhan atlet melakukan aktiviti kerana masa untuk melakukan aktiviti adalah

mula pada 5.00pagi hingga 8.30pagi. Tetapi kami hanya mendapat peluang untuk

melihat 3 orang atlet iaitu atlet olaraga 2 orang dan atlet squasy seorang.

Gambar 2 : Pihak MSN menerangkan tentang kemudahan-kemudahan yang terdapat di MSN

Gambar 3 : tempat acara lawan pedang

Page 4: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negara Dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (1)

Selepas lawatan tersebut kami telah menikmati jamuan ringkas bersama-sama

dengan pihak Majlis Sukan Negara. Kemudian, pada pukul 12.45 tengah hari hingga

1.45 kami diberi masa rehat dan dibenarkan pergi ke Carrefour. Tepat pada pukul 2.00

petang kami telah sampai di perkarangan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kami disambut

baik oleh pihak pentadbiran. Mula – mula, kami diberikan taklimat oleh pihak

pengurusan sekolah mengenai sistem yang diamalkan. Wakil Penolong Kanan

Kokurikulum telah mempamerkan sebuah tayangan montaj mengenai latar belakang,

infrastruktur sekolah, pihak pentadbiran dan pencapaian sekolah tersebut. Ini memberi

peluang kepada kami untuk mengenali tentang sekolah tersebut dengan lebih jelas.

Gambar 6 : kemudahan gimnastik

Gambar 3 : tempat acara lawan pedang

Gambar 4 : akademik kejurulatihan kebangsaan

Gambar 5 : taekwando

Page 5: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negara Dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (1)

Kemudian, sesi perbincangan telah diadakan. Kami dibuka peluang untuk

mengajukan soalan kepada pihak pengurusan. Beberapa pelatih telah mengajukkan

soalan terhadap mereka. Seterusnya, sesi lawatan berlaku di mana kami melawat

sekolah tersebut. Seorang guru pembimbing telah membawa kami ke seluruh kawasan

sekolah sambil menerangkan peraturan dan kemudahan yang terdapat di sekolah.

Kami juga mendapat peluang keemasan untuk melihat para atlet sedang berlatih pada

waktu petang. Mereka dilatih oleh jurulatih – jurulatih yang handal. Kami sempat

mengambil gambar sesi latihan para pelatih.

Pada akhir, kami mengambil gambar bersama guru – guru sekolah tersebut.

Pada pukul, 4.45 petang kami telah bertolak daripada sekolah tersebut. Kami sampai di

perkarangan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada pukul 7.30 malam. Ini

merupakan pengalaman yang sungguh bermakna kepada semua pelatih.

Gambar 7: Ucapan rasmi oleh guru Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Gambar 8 : Ucapan oleh Penolong Kokurikulum SSBJ

Page 6: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negara Dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (1)

Gambar 11: Pemberian Gambar 12: Pondok bacaan

Gambar 9: Pusat gimnasium Gambar 10: Terdapat klinik di SSBJ

Page 7: Laporan Lawatan Ilmiah Ke Majlis Sukan Negara Dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (1)

Gambar 13: Pusat rawatan Gambar 14: Bilik darjah SSBJ