laporan inovasi kotak9

Upload: william-howell

Post on 04-Mar-2016

37 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA PELAJAR:NORASHIKIN BIN ISMAIL

NO MATRIK:E 30203120296

NAMA SEKOLAH:SK DESA TEMU JODOH

KELAS:5 Bestari

TAJUK INOVASI:Ilmu 9 Kotak

MATA PELAJARAN:Bahasa Melayu Tahun 5

TEMPOH PERLAKSANAAN:30 60 minit ( 1 2 waktu )

1.0Kertas Kerja Inovasi

1.1Tajuk : Ilmu 9 Kotak

1.2AbstrakKajian ini dijalankan bagi tujuan mengatasi masalah tatabahasa yang dihadapi murid-murid Tahun 5 Bestari SK Desa Temu Jodoh, Segamat. dalam mata Pelajaran Bahasa Melayu yang terdiri daripada 16 orang pelajar.. Tinjuan awal yang telah dilaksanakan melalui latihan, pemerhatian, Penilaian Kurikulum dan Peperiksaan Penggal didapati terdapat kelemahan yang ketara. Setelah murid-murid didedahkan dengan beberapa aktiviti rawatan yang dijalankan dan hasilnya agak memuaskan.

1.3Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran yang laluMurid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang pencapaiannya berbeza iaitu pandai, sederhana dan lemah. Pemerhatian saya mengajar kelas 5 Bestari dan melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, secara bertulis dan Penilaian Kurikulum, saya dapati mereka masih lemah dalam aspek tatabahasa. Murid juga lemah dalam memahami dan penggunaan tatabahasa dalam sesuatu ayat. Hal ini berlaku kerana setelah saya menyemak latihan yang diberi, mereka ada melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

Masalah ini berpunca daripada murid yang tidak memahami aspek penggunaan tatabahasa dalam ayat. Mereka bersikap ambil mudah, tidak cuba untuk memahami dengan betul semasa menggunakan tatabahasa tersebut. Mereka jarang sekali ingin menggunakan kamus sebagai sumber rujukan untuk lebih memahami masalah dan penambahan kosa kata yang mereka hadapi di dalam bahasa Melayu.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa kegagalan ini berpunca daripada diri saya sendiri. Saya menyangkakan murid-murid ini boleh bertutur bahasa Melayu maka dengan mudah mereka menguasai bahasa Melayu. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Daripada 16 orang murid yang berada dalam kelas 5 Bestari, 9 orang daripadanya tidak menguasai aspek tatabahasa. Sebelum ini, saya telah menggunakan kaedah cuba dan jaya dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran serta berdasarkan pengalaman mengajar yang lalu.

Selain itu juga, saya juga berkongsi pandangan dengan guru-guru yang lebih berpengalaman di sini dan mereka membantu saya dalam menangani masalah yang dihadapi. Apa yang membimbangkan saya sekarang, latihan yang diberikan kepada murid-murid tidak dapat membantu mereka meningkatkan prestasi di dalam pelajaran dan lebih membimbangkan keadaan ini akan menjejaskan keputusan mereka dalam penilaian yang akan datang terutama UPSR.

Sejak kebelakangan ini, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan memandangkan murid-murid ini akan menghadapi peperiksaan yang mendatang. Oleh itu, saya telah cuba untuk membantu murid-murid ini dalam mengatasi masalah yang dihadapi dengan cara lebih mudah iaitu menggunakan interaksi dua hala antara saya dan murid-murid. Saya juga menggalakkan murid-murid ini kerap membuat latihan kendiri. Murid-murid juga dibimbing cara menggunakan kamus untuk memahami istilah atau maksud perkataan.

Secara keseluruhannya, kelas yang saya ajar ini merupakan kelas yang sederhana pencapaiannya. Keadaan persekitaran di dalam kelas sudah cukup kondusif dan baik untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Selain daripada itu, tingkahlaku murid juga agak terkawal dan suasana pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan tenang dan terkawal.1.4Fokus KajianMelalui refleksi di atas, i.saya dapati murid-murid agak lemah dalam aspek tatabahasa kerana :ii.Murid tidak memahami aspek tatabahasa.iii.Murid tidak mahir tentang penggunaan tatabahasa dalam ayat.iv.Murid tidak dapat membina ayat yang lengkap menggunakan tatabahasa.

Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid yang malas hendak berfikir, tidak mahu mencuba dan hendak cepat siap. Selain itu, murid tidak membiasakan diri mahu membuat latihan tentang tatabahasa dan tidak menjadikan kamus sebagai sumber rujukan. Hal ini berlaku disebabkan mereka malas menggunakan kamus semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat di atasi, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Murid ini juga akan melepaskan peluang memperoleh markah yang lebih baik kerana mereka menganggap soalan yang dikemukakan susah dan tidak berusaha untuk berubah. Tambahan pula, murid-murid ini mempunyai potensi yang baik untuk berjaya sekira mengamalkan teknik pembelajaran yang betul. Begitu juga jika penggunaan kamus tidak dipratikkan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran, maka murid-murid akan terus lemah dalam perbendaharaan kata, memahami maksud perkataan dan struktur ayat.

Oleh yang demikian, saya akan cuba mengatasi masalah murid-murid Tahun 5 Bestari dalam aspek tatabahasa seterusnya menggunakan kamus untuk mengetahui makna perkataan tersebut. Semua pemasalahan tersebut saya cuba atasi dengan projek inovasi saya iaitu Ilmu 9 Kotak.

1.5OBJEKTIF i.Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam aspek tatabahasa semasa proses pembelajaran dan pengajaran dengan bantuan program inovasi Ilmu 9 Kotak .ii.Murid-murid dapat memahami tatabahasa seperti kata hubung, kata sendi, kata ganti nama diri, kata Tanya dan lain-lain.iii.Murid-murid dapat melengkapkan ayat atau membina ayat yang lengkap. 1.6KUMPULAN SASARANLokasi kajian yang saya jalankan ialah di Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh, Segamat, Johor Darul Tazim. Murid-murid yang terlibat dalam projek inovasi ini ialah seramai 16 orang murid Tahun 5 Bestari SK Desa Temu Jodoh, Segamat. Dalam projek ini, murid yang tidak dapat menguasai tatabahasa akan diberikan bimbingan.

1.7Jangka Masa Pelaksanaan ProjekTarikh: 11 Mei hingga 16 Ogos 2015

1.8Jumlah Kos: RM40.00Sumber:Diri sendiri

Disediakan Oleh

( NORASHIKIN BIN ISMAIL )No.Matriks : E 30203120296

2.0LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1Tajuk:Mengatasi Masalah Tatabahasa Menggunakan Kaedah Ilmu 9 Kotak

2.2Pengenalan / Abstrak2.2.1PengenalanBahasa Melayu telah diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara Malaysia semenjak pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu lagi. Bahasa rasmi ialah bahasa yang mesti digunakan dalam segala urusan rasmi kerajaan. Maksud ini dijelaskan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967 Akta 7/67, s.2 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi. Lantaran itu adalah menjadi kewajipan setiap rakyat negara ini menguasai kemahiran bahasa Melayu dengan baik mengikut ujaran dan hukum-hukumnya. Penguasaan yang baik akan mencerminkan kepada bangsa pengguna bahasa tersebut. Ketinggian ilmu dan ketinggian intelaktual warga Malaysia boleh digambarkan melalui ketinggian kualiti bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Oleh itu, untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta bahasa pengantar yang mampu membicarakan pelbagai bidang ilmu pengetahun, Bahasa Melayu mestilah menjadi bahasa yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia.

Bahasa Melayu amat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh yang demikian. Pelajar perlulah menguasai bahasa Melayu dengan menguasai tiga kemahiran berbahasa iaitu kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini merupakan asas yang akan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah dan kekal relevan dalam pelbagai zaman seterusnya menjadikan penggunanya sebagai menguasai dengan baik.

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji memilih pemasalahan tatabahasa. Penekanan tatabahasa adalah fokus yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat kepada khalayak atau pembaca. Justeru itu, pengkaji melihat pemasalahan tatabahasa yang berlaku dalam kalangan pelajar perlu diatasi. Hal demikian, jika aspek tatabahasa tidak dikuasai oleh pelajar pada peringkat awal maka mereka akan menghadapi masalah pada masa akan datang. Natijahnya kelemahan dalam aspek tatabahasa menjadi salah satu punca murid gagal mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan. Oleh itu, satu teknik telah digunakan oleh pengkaji untuk mengatasi pemasalahan yang dihadapi dalam kalangan pelajar dan seterusnya dapat menguasai aspek tatabahasa. Teknik yang digunakan oleh pengkaji ialah Ilmu 9 Kotak yang antara matlamatnya untuk meningkatkan kefahaman murid dalam aspek tatabahasa. Lanjutan daripada itu saya menggunakan Ilmu 9 Kotak sebagai projek inovasi bagi membantu pelajar membina ayat dengan lebih mudah, tersusun dan berpandu. 2.2.2Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang sederhana dan lemah. Pemerhatian saya selama beberapa bulan mengajar kelas 3 Cerdik dan melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, saya dapati mereka masih lemah dalam aspek tatabahasa. Hal ini dapat saya kesan setelah saya menyemak jawapan bagi Penilaian Kurikulum mereka yang pertama.

Mengikut Skinner, tingkah laku bahasa dapat dilakukan dengan penguatan. Penguatan terjadi melalui proses stimuli-respons. Stimuli-respons yang berulang-ulang akan menjadi kebiasaan. Kebiasaan yang terbentuk akan menjadi sesuatu yang automatik. Semasa mempelajari tingkah laku kanak-kanak belajar bahasa kedua, Heidi Dulay, Marina Burt, dan Stephen Krashen mengemukakan Strategi Belajar yang mencakupi penyederhanaan (simplification) kaedah-kaedah untuk memudahkan pembelajaran, dan pengajaran secara latih-tubi dan menghafal (drills and rote memorization) supaya satu pendekatan memproses informasi (information-processing approach) ke arah pembelajaran terbentuk pada diri kanak-kanak.

Pemasalahan juga berpunca daripada murid-murid yang tidak dapat menguasai aspek tatabahasa, mengambil sikap ambil mudah, tidak cuba untuk memahami dengan betul semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Malah mereka jarang sekali ingin menggunakan kamus sebagai sumber rujukan untuk lebih memahami masalah dan penambahan kosa kata yang mereka hadapi di dalam bahasa Melayu.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa kegagalan ini berpunca daripada diri saya. Sikap saya yang mengambil mudah dan menyangkakan murid-murid ini boleh bertutur bahasa Melayu maka dengan mudah mereka menguasai bahasa Melayu. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Selain itu juga, saya juga banyak berbincang dengan guru-guru yang lebih berpengalaman di sini dan mereka membantu saya dalam menangani masalah yang dihadapi. Apa yang membimbangkan saya sekarang, latihan yang diberikan kepada murid-murid tidak dapat membantu mereka meningkatkan prestasi dalam pelajaran dan lebih membimbangkan keadaan ini akan menjejaskan keputusan mereka dalam penilaian yang akan datang.

Sejak kebelakangan ini, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan memandangkan murid-murid ini akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Oleh itu, saya telah cuba untuk membantu murid-murid ini dalam mengatasi masalah yang dihadapi dengan cara lebih mudah iaitu menggunakan interaksi dua hala antara saya dan murid-murid. Selain itu saya menggalakkan murid-murid menyalin semula jawapan yang telah dibincangkan. Murid-murid juga dibimbing cara menggunakan kamus untuk memahami istilah atau maksud perkataan.

Secara keseluruhannya, kelas yang saya ajar ini merupakan kelas yang sederhana dan lemah. Keadaan persekitaran di dalam kelas sudah cukup kondusif dan baik untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Selain daripada itu, tingkah laku murid juga agak terkawal dan suasana pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan tenang dan terkawal.

3.0KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

3.1Tinjauan Awal Masalah.Tinjauan awal sebelum proses inovasi diperkenalkan melalui proses pemerhatian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, tingkah laku murid dalam tugasan yang diberi sama ada secara lisan atau bertulis terdapat kesukaran dalam proses menjawab soalan. Keadaan ini berlaku kerana sebahagian murid menghadapi masalah dalam aspek tatabahasa. Oleh itu saya telah membuat sedikit inovasi pembelajaran dan pengajaran.

Pada minggu pertama Intership, saya telah memberi latihan kepada murid tentang tatabahasa. Hasil dapatan daripada latihan yang dijalankan ternyata murid belum memahami sepenuhnya aspek tatabahasa.

Pada peringkat awal saya juga menjalankan sesi temu bual bersama-sama murid. Saya juga menjalankan sesi temu bual dengan guru kelas murid dan guru-guru mata pelajaran. Temu bual ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang murid serta mengenal pasti kemampuan sebenar murid yang terlibat.

Setelah dapat maklumat tentang murid, saya menjalankan tindakan susulan dengan mengumpulkan murid mengikut tahap pencapaian. Setelah itu, saya telah memperkenalkan inovasi Ilmu 9 Kotak. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan Ilmu 9 Kotak ini telah mula dilaksanakan. 4.0 MASALAH YANG DIHADAPI

4.1Melalui refleksi di atas, saya dapati murid-murid tidak menguasai aspek tatabahasa kerana :i.Murid tidak dapat menjawab soalan yang diberi dengan tepat.

4.2Analisis Tinjauan Masalah

Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid yang malas hendak berfikir, dan melihat dengan teliti maklumat yang terdapat dalam gambar dan tidak mahu mencuba serta ingin cepat siap atau sekadar siap latihan yang diberikan. Selain itu, murid tidak menjadikan kamus sebagai sumber rujukan. Hal ini berlaku kerana budaya menggunakan kamus semasa proses pembelajaran dan pengajaran tidak diterjemahkan dan guru sendiri tidak membudayakan penggunaannya.

Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Murid ini juga akan melepaskan peluang memperoleh markah yang lebih baik kerana mereka menganggap soalan yang dikemukakan susah dan tidak berusaha untuk berubah. Tambahan pula, murid-murid ini mempunyai potensi yang baik untuk berjaya sekira mengamalkan teknik pembelajaran yang betul..

5.0INOVASI YANG DILAKSANAKAN

5.1Bahasa Melayu Mata pelajaran WajibBahasa Melayu merupakan salah subjek wajib yang perlu diambil oleh para pelajar apabila menduduki peperiksaan. Dalam saya menjalankan inovasi, saya menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart yang popular dalam kalangan pengamal pendidikan dan guru-guru. Perancangan telah lakukan dengan mengkaji kelemahan pembelajaran dan pengajaran yang saya jalankan. Hal ini kerana kegagalan murid menjawab soalan latihan tatabahasa dengan baik. Justeru itu, saya memperkenalkan inovasi saya yang bertajuk Ilmu 9 Kotak bagi meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu.

5.2Langkah-langkah Pelaksanaan.

i.Ambil kad yang anda ingin main.ii.Buka kotak Pilih dan Padan. iii.Letakkannya di atas kad yang dipilih tadi.iv.Pastikan tetingkap kotak Pilih dan Padan betul-betul masuk dalam ruang kotak kad yang dipilih.v.Dengan nombor menghadap ke atas, susun jubin 1 hingga 9 di dalam tetingkap yang terletak di sebelah kiri kotak Pilih dan Padan.vi.Baca arahan yang terdapat di sebelah atas bahagian kiri kad.vii.Ambil jubin bertanda nombor 1 dan telitikan apa yang terdapat di bawahnya.

viii.Cari jawapan yang betul di sebelah kanan muka surat dan letakkan jubin 1 dengan nombor yang menghadap ke atas di dalam tetingkap tersebut.ix.Ulang langkah yang sama untuk 8 baki jubin yang ada.x.Tutup kotak Pilih dan Padan dengan kemas dan palingkannya. Anda akan dapat lihat 3 barisan jubin yang berwarna.xi.Semak sama ada anda telah menjawab soalan-soalan dengan betul. Bandingkan corak jubin yang berwarna pada kotak xii.Pilih dan Padan anda dengan jawapan yang disediakan di penjuru atas sebelah kanan setiap kad.xiii.Selepas menyemak jawapan anda, teruskan dngan aktiviti yang seterusnya.

5.3Bidang UtamaBidang Utama tumpuan inovasi ialah bidang pembelajaran dan pelajaran dalam kelas iaitu meningkatan penguasaan aspek tatabahasa.

5.4Proses InovasiProses Inovasi ini telah bermula 1hb April 2015 iaitu bermulanya Projek Inovasi Praktikum yang saya jalani. Projek ini telah memperuntukkan kos sebanyak RM40.00 untuk menyediakan Ilmu 9 Kotak.

6.0PLAN TINDAKANTindakan utama saya ialah menelliti latihan yang telah dijalankan dan proses pembelajaran dan pengajaran saya di dalam kelas terutama kelemahan pelajar dalam aspek tatabahasa. Saya dapat murid-murid masih lemah dan perlukan bimbingan.

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memperkenal satu cara untuk membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam aspek tatabahasa. Cara tersebut ialah memperkenal bahan bantu mengajar iaitu Ilmu 9 Kotak. Semasa proses pembelajaran dan pengajaran, saya telah menggunakan bahan ini untuk membantu murid menguasai aspek tatabahasa.

Set Induksi :Guru pamerkan bahan inovasi yang hendak digunakan.Langkah 1:Memperkenalkan Inovasi Ilmu 9 Kotak dan langkah-langkah melaksanakan proses Pengajaran dan PembelajaranLangkah 2:Aktivit kumpulan menjawab soalan yang diberi.Langkah 3:Menyemak jawapan berpandukan warna jubin yang disusun.Langkah 4:Refleksi murid terhadap projek inovasi dan pembelajaran dan pengajaran melalui inovasi yang dibina.Penutup:Rumusan dan kesimpulan guru.

7.0 PELAKSANAAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANProses Pembelajaran dan pengajaran saya dimulakan dengan proses set induksi yang dijalankan selama 5 minit. Saya menarik perhatian murid dengan mempamerkan kotak bahan inovasi saya . Kemudiannya saya mengemukan beberapa soalan yang berkaitan kotak tersebut.

Langkah 1: Saya mulakan dengan memperkenal projek inovasi saya. Langkah 2:Saya mempamerkan kotak yang mengandungi bahan yang akan digunakan dan keterangan. Saya juga memperkenal kad soalan kepada murid.Langkah 3: Saya membahagikan murid-murid kepada kumpulan dan memberikan tugasan kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan soalan dan kotak jubin. Setelah murid berjaya menyiapkan tugasan, proses pembentang dijalankan dan guru memainkan peranan sebagai pemudah cara.Langkah 4:ialah proses refleksi oleh murid-murid. Murid-murid diminta memberikan pendapat tentang projek inovasi dan proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan menggunakan inovasi yang diperkenal.Penutup:Langkah terakhir ialah penutup. Pada sesi penutup ini, guru akan merumuskan isi pelajaran yang dipelajari dan menyatakan nilai-nilai murni .

8. PENILAIAN

Saya rasa bersyukur kerana projek inovasi yang dihasilkan berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam aspek tatabahasa walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.

9.REFLEKSI

Bersyukur kepada Allah dengan limpah dan kurnianya tugasan Projek Inovasi Praktikum yang merupakan projek wajib yang mestilah dilaksanakan oleh semua Pelajar AEU PPG telah dapat saya selesai pada waktu yang telah ditetapkan. Tugasan ini mengambil masa selama sebulan bermula dari 11 Mei hingga 16 Ogos 2015 . Projek Inovasi ini hendaklah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major setiap pelajar. Projek ini kami jalankan secara individu di sekolah masing-masing.

Sebelum projek ini dijalankan kami telah diberikan taklimat untuk memberikan maklumat yang lebih bagaimana projek ini hendak dilaksanakan. Dengan kesungguhan dan keprihatinan pihak AEU semasa memberikan tugasan ini telah sedikit sebanyak membantu dan memberikan kepada kami gambaran untuk menyelesaikan tugasan ini. Tugasan ini terpaksa saya susunan mengikut perancangan yang baik kerana kesuntukan masa kami dan kepadatan tugasan hakiki di sekolah yang menjadi tanggungjawab utama sebagai guru.

Semasa pertama kami menerima tugasan ini, timbul persoalan di kotak minda saya adakah saya mampu untuk melaksanakan tugasan projek ini dalam masa yang singkat. Dalam masa yang sama, kami juga perlu menyelesaikan kerja-kerja kursus lain. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan kekangan masa tugasan di sekolah. Situasi ini sedikit sebanyak memberikan tekan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan ini. Walau bagaimanapun saya tetap tidak mengambil mudah dengan memberikan alasan dan helah untuk mengabaikan tugasan yang diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan dan panduan yang telah diberikan.

Bagi mengatasi kesukaran dan kekangan masa, saya telah mengambil inisiatif dengan berbincang dan berkolaboratif dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaboratif ini telah dapat membantu saya menyiapkan tugasan ini sedikit demi sedikit kerana berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah bagaimana untuk melaksanakan tugasan selain mendapat kerjasama untuk mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan. Perbincangan dan kolobaratif ini bermula pada peringkat memahami tugasan, mencari bahan-bahan, pengkongsian idea dan pengetahuan tetap dan seterusnya menyelesaikan tugasan.

Tugasan Projek Inovasi ini sebenarnya telah memberikan impak yang baik kepada kerjaya saya sebagai seorang guru. Permasalahan yang timbul di sekolah terutama dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat diatasi dengan melakukan inovasi agar pencapaian pelajar dapat ditingkatkan. Sebagai seorang guru, kita mestilah mempunyai kreativiti dan inovasi untuk menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik dan berkesan. Melakukan inovasi ini sebagai satu usaha pendekatan untuk guru mengatasi permasalahan yang berlaku dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dihadapi oleh pelajar. Sebagai seorang guru kita mestilah peka dan bertanggungjawab kepada masalah dan keperluan pelajar. Ini menjadi tanggungjawab kepada guru untuk menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi. Seorang guru juga mestilah mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif, kritis dan inovasi bagi menjayakan hasrat dan nyawa Falsafah Pendidikan Negara.

Akhirnya, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja di sekolah, rakan-rakan sekuliah dan seterusnya kepada mereka yang secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menyelesaikan projek inovasi ini. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang membantu dan membimbing saya. Tidak ketinggalan kepada keluarga saya yang telah banyak membantu dan memahami sepanjang saya melunaskan projek ini. Semua kebaikan yang dicurahkan kepada Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Disediakan oleh,NORASHIKIN BIN ISMAILE 30203120296AEU MELAKA.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTahun: 5 BestariBilangan Murid:16 OrangTarikh: 8 Julai 2015Masa: 10.10 11.10Tema: SekolahkuTajuk: Bergotong royong membersihkan sekolah

Standard Pembelajaran:-3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber5.3Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi Standard Prestasi :-3.5.2Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan daripada pelbagai sumber.5.3.1Memahami dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat dengan betul dalam pelbagai situasiHasil Pembelajaran:-Di akhir sesi pembelajaran ini ,murid-murid akan dapat: -A. Menguasai isi kandungan 1. Menjelaskan isi yang terdapat di dalam gambar sekurang-kurangnya daripada 7 frasa berkaitan aktiviti dalam gambar.2. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan frasa berkaitan aktiviti sekurang-kurangnya 5 ayat yang lengkap.

B. Membina Kemahiran Saintifik berfikir dan Strategi Berfikir.1. Memelihara kebersihan alam sekitar dan tempat belajar sebagai satu amalan yang harus dilaksanakan.

C. Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni 1. Menyemaikan sikap cintakan kebersihan dan memupuk sikap kerjasama dalam menyempurnakan sesuatu aktiviti.

Bahan Bantu Mengajar: Gambar gotong royong, slaid power point, komputer riba dan lembaran kerja.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah mengikuti aktiviti gotong royong Perdana sambutan sempena hari guru.

Sistem Bahasa:-Kata kerjaayat majmuk dan ayat tunggal.

Pengisian kurikuluma. Ilmu : Pendidikan Sivik Kenegaraan, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islamb. Nilai Murni : Bekerjasama, kesyukuran, Menghargai Alam dan tempat belajar. Kemahiran Bernilai Tambah :

i. Kecerdasan Pelbagai: Verbal Lingusitik, Intrapersonal, Interpersonalii. Kemahiran Berfikir :meneliti, menjana idea, mengenalpasti, menghubungkaitiii. Kemahiran Belajar Belajar Cara Belajar: Membaca, mencatat, menulis

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH /MASAISI PELAJARANAKTIVITIPENGISIAN KURIKULUMBAHAN BANTU MENGAJAR & CATATAN

GURUMURID

SET INDUKSI(5 minit)

Memperdengarkan lagu Tanya sama lalat menerusi tayangan video..-

Guru memperdengarkan lagu Tanya sama lalat menerusi tayangan video..-

Dan menayangkan senikata lagu

Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan dengan senikata lagu berkaitan menjaga kebersihan.Murid memdengar lagu Tanya sama lalat menerusi tayangan video..-

melihat tayangan senikata lagu

Guru bersoaljawab dengan murid berkaitan dengan senikata lagu berkaitan menjaga kebersihan.Nilai :KebersihanKemahiran BerfikirKecerdasan pelbagaiVideo lagiTanya sama lalat

LANGKAH 1( 10 minit)

Perkaitan Pengetahuan Sedia Ada.Kepentingan kebersihanNyanyian laguGuru menjelaskan tajuk

Guru bersoal jawab dengan murid

Guru mengaitkan tajuk dengan senikata laguMurid mendengar penjelasan tajuk oleh guruMurid bersoal jawab dengan guru

Murid mengaitkan tajuk dengan senikata lagu berdasarkan bimbingan guruNilai :KebersihanKemahiran BerfikirKecerdasan pelbagaiVideo lagiTanya sama lalat

LANGKAH 2(10 Minit)

Menstuktur semulaMenunjukkan gambar gotong-royong

Murid diarah untuk memahami aktiviti dalam gambar

Murid diminta untuk berbincang dalam kumpulan secara ber pasanganMelihat gambar gotong-royong

Murid memahami aktiviti dalam gambar

Murid berbincang dalam kumpulan secara ber pasanganKaedah SimulasiBimbingan rakan sebaya

LANGKAH 3(10 minit)

MenelitiMengenal pastiGuru menampalkan gambar aktiviti gotong royongGuru meminta murid membulatkan aktiviti yang berkait dengan kata kerja

Guru meminta murid menyenaraikan kata kerja

Guru meminta murid berbincang tentang aktiviti gotong royong dalam kelas dan membulatkan kata kerjaMurid melihat gambar aktiviti gotong royong

Murid membulatkan aktiviti yang berkait dengan kata kerja

Murid menyenaraikan kata kerja

Murid berbincang tentang aktiviti gotong royong dalam kelas danKemahiran BerfikirMengenal pasti

Langkah 4(10 minit )Aplikasi IdeaMembina ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan kata kerjaGuru meminta murid membina rangka ayat tunggal dan majmuk secara perbincangan

Guru meminta murid membina ayat lengkap secara lisan

Guru mengarahkan murid membuat latihan bertulis dan memberi rangka untuk membina ayat yang lengkap melalui slaid

Murid membina rangka ayat tunggal dan majmuk secara perbincangan

Murid membina ayat lengkap secara lisan

Murid membuat latihan bertulis dan memberi rangka untuk membina ayat yang lengkap melalui slaid

PENILAIAN( 5 minit)

RefleksiGuru meminta murid membuat refleksi pengajaran dan pembelajaranMurid membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran

PENUTUP(5 minit)

Membuat rumusan isi pelajaranBersoal jawab secara lisanMerumus penjelasan murid dan membuat perkaitan dengan nilai murniBersoal jawab secara lisanMerumus penjelasan murid dan membuat perkaitan dengan nilai murni

LEMBARAN KERJA 1Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 1) Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan makan malam. A menggoreng C menjerangB memasak D memotong

2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul10.45 malam. A berlepas C bertolak B berangkat D berjalan

3) Kami________terbahak-bahak apabila mendengar kisah Angan-angan Mat Jenin.A menangis C ketawa B menjerit D melompat

4) Encik Teh__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Tahun Baru Cina. A membakar C menconteng B membersihkan D menghiasi

5) Mangsa-mangsa banjir itu telah_____ke tempat yang lebih selamat sehingga air surut. A berpindah C berlari B bermain D berdiri

6) Encik Fadli_________ sanak saudadaranya datang ke majilis perkahwinan anak bongsunya. A meminta C mengangkut B menjemput D menghantar

7) Kami sekeluarga ______di tepi kolam itu sambil melihat anak-anak ikan berenang A berpindah C berehat B beradu D berlatih

8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamat para penumpang. A membawa C mengangkut B memandu Dmenunggang

9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak lelaki gila itu menuju ke arah mereka. A duduk C tidur B turun D lari10)Ular sawa yang _____ayam-ayam Pak Cik Harun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung. A membunuh C mengulung B mematuk D memakan