laporan inovasi

4
LAPORAN PERTANDINGAN INOVASI SK (L) JALAN PASAR 1 Nama Program : Pertandingan Inovasi Sk (L) Jalan Pasar 1 Tarikh : 7 Oktober 2015 Hari / Masa :Rabu (8.00 pg-12.00 t/h) Tempat :SK Danau Kota Objektif : 1. Memberi pengalaman kepada murid tentang pertandingan inovasi dan penghasilan produk yang mendapat permintaan. 2. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. 3. Mengasah bakat murid dalam mencipta sesuatu yang kreatif dan inovatif 4. Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dalam keusahawanan Sasaran: Ahli kelab olahraga sekolah. Butiran aktiviti: Pertandingan inovasi telah dijalankan pada 7 oktober 2015 di SK Danau Kota.Pihak SK (L) Jalan Pasar 1 telah menghantar 4 orang wakil dari kelab olahraga sekolah untuk menyertai

Upload: faiz-yusoff

Post on 27-Jan-2016

278 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN Inovasi

LAPORAN PERTANDINGAN INOVASI SK (L) JALAN PASAR 1

Nama Program : Pertandingan Inovasi Sk (L) Jalan Pasar 1

Tarikh : 7 Oktober 2015

Hari / Masa :Rabu (8.00 pg-12.00 t/h)

Tempat :SK Danau Kota

Objektif :

1. Memberi pengalaman kepada murid tentang pertandingan inovasi dan

penghasilan produk yang mendapat permintaan.

2. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

3. Mengasah bakat murid dalam mencipta sesuatu yang kreatif dan

inovatif

4. Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dalam

keusahawanan

Sasaran:

Ahli kelab olahraga sekolah.

Butiran aktiviti:

Pertandingan inovasi telah dijalankan pada 7 oktober 2015 di SK Danau

Kota.Pihak SK (L) Jalan Pasar 1 telah menghantar 4 orang wakil dari kelab olahraga

sekolah untuk menyertai pertandingan ini.Murid telah dibawa oleh guru pengiring

iaitu En.Khairul Nazri Bin Mohd Yatim ke sekolah Danau Kota.Semasa di sekolah

tersebut,murid perlu menyediakan satu sudut pameran produk inovasi dan menghias

sudut tersebut dan mempamerkan produk inovasi yang telah dicipta.Di samping

itu,sudut tersebut perlu dijaga oleh dua murid dan memberi penerangan kepada

pihak juri dan pegawai yang hadir serta orang ramai yang ingin tahu berkenaan

prodk yang dicipta.Seterusnya,dua orang murid perlu membuat persediaan untuk

pembentangan tentang produk yang dibuat kepada juri atau hakim pertandingan di

Page 2: LAPORAN Inovasi

dalam bilik atau ruang yang telah di khaskan.Akhir sekali,pengumuman pemenang

dibuat pada hari tersebut.

Penilaian Program :

Pertandingan ini telah memberi pengalaman berguna kepada murid yang

telah menyertainya.Melalui pertandingan ini,pihak sekolah dapat mengesan bakat

dan semangat dalam kalangan murid yang betul-betul ingin menyertai

pertandingan.Guru-guru juga memberi kerjasama yang baik dalam menyediakan

murid untuk menyertai pertandingan ini.Disamping itu juga,guru-guru juga sanggup

berkongsi duit untuk membeli kelengkapan yang diperlukan.

Namun terdapat juga kekurangan atau kelemahan dimana masa latihan dan

persediaan untuk murid-murid menyertai pertandingan ini adalah terhad kerana

kebanyakan guru sibuk dengan pemanatauan SPSK di peringkat sekolah.

Pada masa akan datang,pihak sekolah akan lebih memberi fokus dan melatih

murid yang akan dihantar bertanding dengan lebih awal kerana telah mengesan

bakat yang sesuai dan mencipta idea-idea baru yang lebih kreatif supaya dapat

bersaing dan layak menyertai pertandingan ini lagi pada masa akan datang.

Dokumentasi Bergambar :

Page 3: LAPORAN Inovasi

Disediakan :

………………………

Khairul Nazri Bin Mohd Yatim

Guru Pengiring Pertandingan Inovasi