laporan hab inovasi sektor awam (hisa) nama...

21
LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Nama Inisiatif Inovasi : 1MATLAMAT MEMBANTERAS AEDES: KOLABORASI STRATEGIK MERENTASI SEMPADAN, MEMBERDAYAKAN MASYARAKAT 1) Pengenalan 1Matlamat Membanteras Aedes: Kolaborasi Strategik Merentas Sempadan, Memberdayakan Masyarakat adalah satu inisiatif baru yang telah diilhamkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk membasmi nyamuk Aedes dan menurunkan kejadian demam denggi. Objektif umumnya untuk menjadikan Negeri Kelantan bebas wabak denggi 2015 manakala objektif khususnya adalah untuk menurunkan kejadian kes dan wabak di negeri Kelantan, memperkukuhkan kolaborasi pelbagai agensi dalam aktiviti kawalan denggi dan memberdayakan masyarakat dalam mengawal dan mencegah kejadian kes dan wabak denggi. Ringkasnya, pada tahun 2014, Negeri Kelantan dilanda wabak denggi yang sangat teruk, dimana sebanyak 14,311 kes telah direkodkan dengan 17 kematian dilaporkan. Sejumlah 795 wabak dicatatkan, menjadikan seluruh daerah di Negeri Kelantan endemik denggi. Antara punca masalah yang telah dikenal pasti adalah kurangnya koordinasi dalam membanteras denggi, kurang pengurusan sumber, sikap masyarakat yang tidak ambil kisah dan kelemahan di peringkat pengurusan kes pada tahap klinikal dan non klinikal. Pendekatan yang relevan dengan strategi lautan biru di mana kolaborasi strategik antara agensi diperkukuhkan dengan perkongsian sumber secara optimum, bersepadu, efektif dan efisien. Kerajaan Negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri telah bertindak sebagai badan Induk kolaborasi strategik dengan MKN dan Jabatan Kesihatan Negeri sebagai Urus Setia. Bagi memberdayakan masyarakat dalam kawalan denggi, pendekatan melalui Bijok Buang sampah dilaksanakan untuk memperkasakan komuniti mengamalkan kitar semula bersama agensi, Pelajar sekolah dilatih sebagai agen perubahan dalam masyarakat melalui aktiviti memperkasakan 288 kelab doktor muda sekolah rendah. Masyarakat diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kerja kawalan melalui Community Larvaciding. Maklumat berkaitan dengan denggi telah disampaikan melalui mass education, infoblast dan aktiviti outreach pendidikan kesihatan. Inovasi

Upload: hoangnhan

Post on 06-Feb-2018

319 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

LAPORAN

HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA)

Nama Kementerian : KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA

Nama Inisiatif Inovasi : 1MATLAMAT MEMBANTERAS AEDES:

KOLABORASI STRATEGIK MERENTASI

SEMPADAN, MEMBERDAYAKAN

MASYARAKAT

1) Pengenalan

1Matlamat Membanteras Aedes: Kolaborasi Strategik Merentas Sempadan,

Memberdayakan Masyarakat adalah satu inisiatif baru yang telah diilhamkan

oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk membasmi nyamuk Aedes

dan menurunkan kejadian demam denggi. Objektif umumnya untuk

menjadikan Negeri Kelantan bebas wabak denggi 2015 manakala objektif

khususnya adalah untuk menurunkan kejadian kes dan wabak di negeri

Kelantan, memperkukuhkan kolaborasi pelbagai agensi dalam aktiviti kawalan

denggi dan memberdayakan masyarakat dalam mengawal dan mencegah

kejadian kes dan wabak denggi. Ringkasnya, pada tahun 2014, Negeri

Kelantan dilanda wabak denggi yang sangat teruk, dimana sebanyak 14,311

kes telah direkodkan dengan 17 kematian dilaporkan. Sejumlah 795 wabak

dicatatkan, menjadikan seluruh daerah di Negeri Kelantan endemik denggi.

Antara punca masalah yang telah dikenal pasti adalah kurangnya koordinasi

dalam membanteras denggi, kurang pengurusan sumber, sikap masyarakat

yang tidak ambil kisah dan kelemahan di peringkat pengurusan kes pada

tahap klinikal dan non klinikal. Pendekatan yang relevan dengan strategi

lautan biru di mana kolaborasi strategik antara agensi diperkukuhkan dengan

perkongsian sumber secara optimum, bersepadu, efektif dan efisien.

Kerajaan Negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri telah bertindak sebagai

badan Induk kolaborasi strategik dengan MKN dan Jabatan Kesihatan Negeri

sebagai Urus Setia. Bagi memberdayakan masyarakat dalam kawalan

denggi, pendekatan melalui Bijok Buang sampah dilaksanakan untuk

memperkasakan komuniti mengamalkan kitar semula bersama agensi,

Pelajar sekolah dilatih sebagai agen perubahan dalam masyarakat melalui

aktiviti memperkasakan 288 kelab doktor muda sekolah rendah. Masyarakat

diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kerja kawalan melalui Community

Larvaciding. Maklumat berkaitan dengan denggi telah disampaikan melalui

mass education, infoblast dan aktiviti outreach pendidikan kesihatan. Inovasi

Page 2: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

ini telah memberi impak yang tinggi melalui pembentukan technical working

group, aktiviti Entomologi Risk Assessment/ Investigation (ERA/ EI) oleh

pasukan, pembersihan tanah terbiar oleh agensi, pengesanan awal kes di

penjagaan primer dengan menggunakan rapid test kit di klinik kesihatan dan

swasta. Hasil dari memberdayakan masyarakat dan kolaborasi strategik

merentasi agensi telah menurunkan bilangan kes dan wabak denggi di negeri

Kelantan bermula pada Ogos 2014 sehingga tahun 2015.

2) Latar Belakang Inisiatif

2.1. Kelantan

Negeri Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Negeri Kelantan mempunyai keluasan 15,104.62 km2 dan terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, serta bersempadan dengan Thailand. Negeri Kelantan terpisah dari negeri-negeri lain disebabkan adanya Banjaran Titiwangsa yang merentasi sempadan negerinya. Ibu negeri dan Bandar Diraja terletak di Kota Bharu. Negeri Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Negeri Kelantan terdiri daripada 10 jajahan iaitu Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, dan Gua Musang. Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Gua Musang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai selain pertumbuhan pusat-pusat bandar baru seperti Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Pengkalan Chepa, Bandar Baru Tunjong dan Tok Bali.

Jumlah penduduk Kelantan adalah seramai 1.65 juta orang dengan 34 % adalah penduduk di Kota Bharu iaitu seramai 561,1237 orang. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95 %, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 3.8 %, kaum India sebanyak 0.3 % dan lain-lain kaum sebanyak 0.9 %. Berdasarkan bancian, sebanyak 95 % beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha sebanyak 4.4 %, Kristian sebanyak 0.2 %, Hindu sebanyak 0.2 % dan agama lain sebanyak 0.2 %.

2.2. Perkhidmatan Kesihatan

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mula ditubuhkan pada 1930 dengan nama Pejabat Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Chief Medical and Health Officer yang mana pejabatnya terletak di dalam kawasan Rumah Sakit Umum Kota Bharu. Pada tahun 1980, Pejabat Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri Kelantan telah berpindah ke Wisma Persekutuan Negeri Kelantan dan namanya telah ditukar kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan dibantu oleh 5 Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri bagi Program Kesihatan Awam, Perubatan, Pergigian, Farmasi, Keselamatan dan

Page 3: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

Kualiti Makanan serta Pengurusan. Anggota kesihatan terdiri dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Sokongan.

JKNK menguruskan perkhidmatan kesihatan bagi 10 buah daerah iaitu Daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang, Bachok, Machang dan Tumpat. Perlaksanaan perkhidmatan ini dilakukan melalui rangkaian 10 buah Pejabat Kesihatan Daerah, 9 buah Hospital, 10 buah Pejabat Pergigian Daerah, sebuah Makmal Kesihatan Awam serta sebuah Makmal Kesihatan dan Kualiti Makanan.

VISI

• Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

• Misi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan adalah untuk menerajui

dan berusaha bersama-sama:

• Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

• mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan

• menghargai kesihatan sebagai aset yang paling berharga

• mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan

mereka

• Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

• Mengutamakan pelanggan

• Saksama

• Tidak membebankan

• Cekap

• Wajar mengikut teknologi

• Boleh disesuaikan mengikut persekitaran

• Inovatif

• dengan menekankan:

• Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan

• Sifat menghormati maruah insan

• Penglibatan masyarakat

Rajah 1: Misi dan Visi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Page 4: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merupakan agensi di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan yang bertanggungawab secara langsung dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di Kelantan termasuk aktiviti kawalan penyakit berjangkit seperti Demam Denggi. Kerajaan Negeri Kelantan pula melalui pihak berkuasa tempatan juga memberi perkhidmatan kawalan denggi. Daripada 12 pihak berkuasa tempatan, hanya Majlis Perbandaran Kota Bharu BRI yang berdaya menjalankan aktiviti semburan ruang dan larvisiding. Kawalan denggi dijalankan mengikut keutamaan masing-masing yang menyebabkan wujudnya jurang dalam pelaksanaan yang secara langsung memberi kesan kepada kesejahteraan.

2.3. Situasi denggi Kelantan 2000-2014

Survelan kejadian kes demam denggi di Negeri Kelantan bagi tempoh 15 tahun menunjukkan terdapat pola peningkatan kes setiap 3 hingga 4 tahun, di mana telah dijangkakan akan berlakunya peningkatan kes pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, magnitud kejadian adalah di luar jangkaan di mana sebanyak 14,311 kes demam denggi telah direkodkan. Sebanyak 2,126 kes dilaporkan semasa gelombang pertama, manakala sebanyak 12,185 kes dilaporkan semasa gelombang kedua. Peningkatan kes ini sebanyak 900 % berbanding tahun sebelumnya. Sebanyak 17 kes kematian telah dicatatkan sepanjang tahun 2014 dengan kadar 0.12/100,000 orang. Bilangan kes tertinggi dicatatkan berlaku di Kota Bharu dengan 10,961 kes (76.6 %), diikuti Tumpat dengan 1,343 kes (9.4 %).

Rajah 2: Kes demam denggi Kelantan 2000-2014

Page 5: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

Rajah 3: Kadar insiden denggi mengikut daerah

Sebanyak 795 wabak denggi telah dilaporkan pada tahun 2014. Kebanyakan

wabak berlaku di daerah Kota Bharu iaitu 677 wabak (85.2 %), diikuti daerah Tumpat dengan 50 wabak (6.3 %). Kategori wabak adalah seperti berikut:

a) 510 wabak terkawal (dapat dikawal dalam tempoh 14 hari) b) 41 wabak tidak terkawal (tempoh wabak melebihi 14 hari) c) 244 Hotspot (tempoh wabak melebihi 30 hari)

Rajah 4: Trend Kejadian Kes Denggi Kelantan 2014

Page 6: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

2.4. Aktiviti pencegahan dan kawalan denggi

2.4.1. Pencegahan denggi

Aktiviti pencegahan denggi merangkumi penghapusan tempat pembiakan serta semburan ruang termal dan cold fog (ULV) yang dijalankan sepanjang tahun terutamanya sebelum tiba musim perayaan dan cuti sekolah

2.4.2. Kawalan kes dan wabak

Aktiviti kawalan perlu dilakukan di lokaliti yang melaporkan satu kes denggi untuk mencegah daripada berlakunya kejadian wabak. Aktiviti-aktiviti kawalan yang perlu dijalankan adalah merangkumi penghapusan tempat pembiakan (PTP) dengan menjalankan aktiviti cari, periksa dan musnahkan tempat pembiakan Aedes meliputi semua premis dalam lingkungan 200 m radius dari rumah kes. Selain itu, semburan ruang termal juga dilakukan meliputi dalam dan luar premis dengan menggunakan dosej racun serangga yang mencukupi. Aktiviti pendidikan kesihatan turut dijalankan meliputi aktiviti pengedaran risalah, nasihat individu, tunjuk cara dan perbincangan kumpulan kecil dengan memberi penekanan kepada sumber pembiakan Aedes dan cara menghapuskannya.

Kawalan wabak dijalankan di lokaliti yang melaporkan lebih dari satu kes denggi dalam lokaliti yang sama. Aktiviti-aktiviti kawalan yang dijalankan adalah sama seperti kawalan single kes, namun aktiviti semburan ruang termal perlu dijalankan secara komplemen dengan semburan ruang ULV meliputi 400 m radius.

2.5. Isu kawalan denggi

2.5.1. Penyelarasan operasi dan pengurusan sumber

Kawalan kes dapat dilaksanakan dengan efisien dan efektif apabila segala sumber yang diperlukan seperti peralatan untuk semburan ruang thermal dan ULV, fogger, kenderaan, racun serangga dan lain-lain mencukupi. Apabila berlakunya wabak yang banyak dan melebihi dari keupayaan sumber yang ada akan menyebabkan liputan kawalan yang dilakukan tidak berkesan dan tidak efisien. Keadaan ini akan bertambah buruk lagi jika tiada penyelarasan semasa operasi, ketidakseimbangan pengagihan sumber yang ada dan kurangnya koordinasi inter-agensi dalam tindakan yang diambil. Akibat daripada itu pembaziran sumber akan berlaku dan lokaliti wabak denggi akan terus meningkat.

2.5.2. Masyarakat

Sikap masyarakat yang mengambil mudah tentang tempat pembiakan nyamuk dengan membiarkan risiko ini berterusan amat sukar untuk diubah. Penglibatan mereka dalam aktiviti gotong royong di kawasan masing-asing amat rendah menyebabkan kegagalan aktiviti cari dan musnah Aedes.

2.5.3. Keberkesanan aktiviti kawalan

Analisa keberkesanan aktiviti kawalan dijalankan bagi menentukan

Page 7: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

kawalan yang dijalankan adalah efektif dan efisien. Walau bagaimanapun, tiada penilaian yang dibuat ke atas lokaliti tersebut bagi mengenal pasti maklumat punca pembiakan utama (key container) dan status nyamuk Aedes di lokaliti kes / wabak denggi serta tiada cadangan kawalan susulan yang diperlukan bagi memutuskan jangkitan kes. Selain itu, tiada perjumpaan khas bagi membincangkan isu yang dikenal pasti di lokaliti wabak dan strategi serta langkah kawalan yang perlu diambil.

2.5.4. Pengendalian kes denggi

Pengamal Perubatan perlu mendiagnosis segera kes denggi supaya kes dapat diberi rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi termasuk kematian. Kegagalan mendiagnosis menyebabkan banyak kes tidak dikesan pada peringkat awal walaupun pesakit datang lebih awal dalam tempoh 3 hari dari tarikh onset demam. Beban kerja kakitangan pencegahan, kawalan dan perawatan meningkat berikutan peningkatan kes. Jabatan perlu melanjutkan waktu operasi klinik untuk mengurangkan masa menunggu, meningkatkan pengesanan awal kes dan untuk mengurangkan kejadian kes yang teruk, komplikasi dan kematian denggi.

3) Kumpulan Sasaran dan Skop Perkhidmatan

Kumpulan Sasar

Melalui iniasitif inovasi ini, pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi dapat dikongsi bersama masyarakat. Pemusnahan tempat pembiakan Aedes merupakan komponen utama yang perlu dimainkan oleh masyarakat dalam pencegahan dan kawalan denggi. Masyarakat perlu diberdayakan supaya lebih peka dan bertanggungjawab untuk memastikan diri, keluarga dan kejiranan bebas dari ancaman denggi. Pemimpin tempatan dan ahli politik merupakan role model yang perlu diketengahkan dalam aktiviti kawalan dan pencegahan denggi. Kedua-dua perlu bersatu dan berada pada landasan yang sama dalam mengembeleng tenaga untuk membenteras ancaman denggi. Agensi kerajaan perlu bergerak bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri Kelatan dalam menangani ancaman denggi. Kemahiran dan aset agensi boleh dikongsi bersama bagi meningkatkan kekuatan sedia ada di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Sumber manusia, peralatan dan kenderaan merupakan limitasi jabatan yang boleh dibantu oleh agensi lain. Sumbangan besar yang boleh dimainkan oleh NGO adalah sumber manusia yang boleh digunakan dalam aktiviti pemusnahan tempat pembiakan Aedes.

Skop Liputan

Skop projek inovasi ini merangkumi kerja-kerja dalam kawalan dan

pencegahan denggi bermula dari bulan Mac 2014 hingga Mei 2015. Aktiviti

kawalan denggi meliputi promosi kesihatan, pengurusan kes dan wabak,

pengurusan sumber dan penguatkuasaan.

Page 8: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

4) Objektif/ Tujuan Inisiatif

Menjadikan Negeri Kelantan Bebas Wabak Denggi 2015

Menurunkan kejadian kes dan wabak denggi di Negeri Kelantan

Memperkukuhkan kolaborasi pelbagai agensi dalam aktiviti kawalan denggi

Memberdayakan masyarakat dalam mengawal dan mencegah kejadian kes dan wabak denggi

5) Penerangan Mengikut Kriteria HISA

5.1 Kreativiti

WOW factor

Bijok Buang Sampah (Bijak Buang Sampah - BBS)

Bijok Buang Sampah - BBS merupakan satu pendekatan untuk melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap alam sekitar yang dilaksanakan secara berterusan. BBS bermatlamat untuk memperkasakan komuniti supaya mengamalkan kitar semula melalui kerjasama dan penglibatan aktif pelbagai agensi. Hasil daripada usaha yang dilaksanakan, kejadian penyakit berjangkit yang diakibatkan daripada persekitaran tercemar dapat dielakkan. Kejayaan kepada program ini memerlukan kesediaan yang tinggi, kerjasama daripada penduduk serta ketua masyarakat, kerjasama daripada agensi kerajaan serta swasta, sokongan dan sumbangan luar demi kesinambungannya pada masa-masa akan datang.

Rajah 9: Bijok Buang Sampah (Bijak Buang Sampah - BBS)

Page 9: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

5.1.1.2. Pondok Panas Denggi

Mekanisme Pondok Panas Denggi diperkenalkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk mewujudkan satu pusat maklumat kepada masyarakat setempat. Operasi Pondok Panas Denggi bermula dari jam 2.00 petang hingga 7.00 malam yang dilaksanakan oleh petugas kesihatan. Waktu operasi sebegini berjaya menarik penduduk sekitar untuk mendapatkan maklumat berkaitan sepanjang tempoh berkenaan.

5.1.1.3. Outreach Pendidikan Kesihatan

Program Outreach Pendidikan Kesihatan dilaksanakan melalui Unit Pendidikan Kesihatan Negeri bermatlamat untuk menyalurkan maklumat dan saringan kesihatan kepada masyarakat. Sepanjang tempoh program 3 hari 2 malam, aktiviti yang dijalankan meliputi kuiz kepada pelajar sekolah, explorace, penyampaian maklumat dari rumah ke rumah, sukan rakyat, perbincangan dalam kumpulan dan wayang pacak. Program ini mengamalkan konsep turun padang bagi menyampaikan maklumat masyarakat.

5.1.2. Pendekatan luar kotak

5.1.2.1. Pelajar sebagai agen perubahan

a) Memperkasakan Kelab Doktor Muda

Program Kelab Doktor Muda sekolah rendah merupakan program

sedia ada melibatkan kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamatnya untuk melahirkan pelajar yang dipilih sebagai agen perubahan dalam meningkatkan taraf kesihatan. Terdapat sebanyak 288 Kelab Doktor Muda sekolah rendah di Negeri Kelantan yang telah diperkasakan bagi membantu menyalurkan maklumat kepada masyarakat melalui aktiviti seperti berikut:

1) Ceramah di masjid 2) Pameran denggi dalam komuniti 3) Ceramah kepada rakan sebaya 4) Gotong-royong bersama penduduk kampung

b) Mass Education

Mass Education merupakan satu lagi pendekatan dalam komuniti bagi menyampaikan maklumat khusus berkaitan denggi di kawasan wabak dalam negeri Kelantan. Pendekatan yang digunakan adalah melibatkan golongan pelajar IPTA/ IPTS sebagai agen promosi di mana mereka dilatih untuk menyampaikan maklumat pencegahan seperti Hapuskan Tempat Pembiakan Denggi dan Segera Dapatkan Rawatan Di Hospital/Klinik. Para pelajar bersama penyelia (pegawai Unit Pendidikan Kesihatan) akan melawat dari rumah untuk menyampaikan mesej berkenaan denggi, mengedarkan risalah dan abate. Sebanyak 9 mass education telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Lincoln University and College, Kolej Polytech Mara, Universiti Malaysia Kelantan, Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Institut Latihan

Page 10: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

Perindustrian Pengkalan Chepa, Kolej Teknik Pengkalan Chepa dan Kolej Teknologi Darul Naim. Pembabitan golongan pelajar seperti ini memberikan impak kepada kejayaan program yang dianjurkan.

5.1.3. Impak tinggi 5.1.3.1. Technical Working Group (TWG)

Jabatan Kesihatan Negeri membentuk satu Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yg berfungsi sebagai perancang, pembuat polisi dan pemantau kejadian denggi di peringkat negeri. Kumpulan ini diaktifkan apabila berlakunya wabak denggi. Ianya terdiri dari Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari pelbagai bidang kesihatan dan Perubatan, Ahli Sains (AKS), pendidikan kesihatan dan inspektorat. TWG memberi impak yang besar dalam gerak kerja kawalan wabak di mana situasi denggi dapat dinilai secara berterusan dan langkah-langkah proaktif dapat diambil melalui cadangan dan polisi yang dibentuk di samping pengurusan sumber yang lebih efisien dan efektif. TWG juga dapat meningkatan dan memperkukuhkan kolaborasi merentasi agensi.

Menilai situasi semasa denggi melalui analisis dan perbincangan oleh ahli kumpulan

Membincang, mengkaji dan membuat polisi berkaitan denggi dengan menyediakan panduan dan melakukan perubahan polisi semasa untuk dilaksanakan

Mencadang dan membuat keputusan yang diperlukan dalam aktiviti kawalan denggi

Merangka kerja-kerja teknikal dan persediaan untuk

menghadapi situasi yang lebih buruk

Membincang dan mengkaji kaedah kerja yang sedia ada berkaitan pengesanan kes, rawatan aktiviti kawalan, penguatkuasaan dan promosi kesihatan

Menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dalam kerja-kerja kawalan dan pencegahan

Page 11: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

Rajah 10: Aktiviti yang dijalankan oleh Technical Working Group

5.1.3.2. Entomologi Risk Assessment/ Investigation (ERA/ EI)

Entomological Investigation dilaksanakan selepas aktiviti kawalan diambil dengan membuat pemeriksaan pembiakan Aedes dan pengesanan nyamuk dewasa di lokaliti wabak denggi. Melalui aktiviti ini, maklumat tempat pembiakan utama (key container) dan punca masalah sebenar boleh diketahui dan menjadi panduan untuk mencari tindakan penyelesaian yang tepat dan seterusnya menyumbang kepada pengurangan vektor.

Nota : WT – Wabak Terkawal

WTK –

Wabak Tidak Terkawal HS - Hotspot

Rajah 11: Kaedah dalam melaksanakan Entomological Investigation

Pada tahun 2014, Entomological Investigation telah dijalankan di 107

lokaliti wabak denggi. Berdasarkan aktiviti kawalan yang dibuat, 79 % lokaliti wabak didapati positif pembiakan Aedes dan kehadiran nyamuk dewasa. Jenis tempat pembiakan utama yang dikenal pasti adalah bekas plastik di mana ianya berkaitan dengan isu kebersihan. Punca masalah di lokaliti wabak dapat dikenal pasti dengan lebih terperinci dan tepat. Penghasilan vector mapping membantu mendapatkan langkah penyelesaian berdasarkan penemuan yang diperolehi dengan lebih terperinci mengikut isu di lokaliti tersebut.

Tindakan yang diambil hasil daripada penemuan Entomological Investigation ialah menjalankan pemeriksaan rumah pada sebelah malam bagi rumah yang tidak dapat diperiksa pada sebelah pagi, aktiviti penguatkuasaan, kenal pasti pemilik rumah atau tanah kosong dengan mendapatkan bantuan PBT dalam carian pemilik, menjalankan aktiviti larvasiding di dalam semak, komuniti larvasiding dan pembersihan semak yang dikenalpasti menjadi punca pembiakan dengan jentolak.

Page 12: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

Bilangan

70 Key Container

60 50 40 30 20 10

0

Bek

as

pla

stik

B

ald

i P

am

ta

nd

as

Ton

g c

at(

BP

) K

ela

pa

min

um

an

tern

aka

n

Tem

pu

run

g

Po

listr

en

Pasu

B

esen

A

qu

ari

um

P

eriu

k K

ola

h

Taya

r Si

nki

C

an

vas

Tela

ga

Pel

epa

h k

ela

pa

Tem

pa

yan

Ala

s p

eti s

eju

k M

esin

ba

suh

Ton

g s

am

pa

h

Ma

ng

kuk

tan

da

s K

ola

m ik

an

Ala

s p

asu

A

tas

lan

tai

Gu

tter

Ti

n

Tan

gki

sep

tik

Ton

g d

rum

K

eret

a t

erp

aka

i P

elep

ah

nib

on

g

Lon

gka

ng

Ma

ng

kuk

Tan

gki

air

Ping

gan

Ti

kar

get

ah

Teko

Bek

as

Rajah 12: Jenis bekas pembiakan Aedes

Rajah 13: Pemetaan Vektor di Kota Bharu

Page 13: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

Rajah 14: Tempat pembiakan yang ditemui termasuk di rumah kosong, tanah lapang dan semak

5.1.4. Sebaran maklumat denggi melalui Infoblast

Penyebaran maklumat yang tepat dan cepat kepada anggota kesihatan, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat, dan pengamal perubatan swasta amat penting bagi membolehkan setiap individu mengambil langkah yang sewajarnya dalam menangani peningkatan kes denggi. Pemilihan media melalui infoblast adalah bersesuaian kerana penggunaan telefon bimbit adalah meluas pada masa kini dan hampir semua individu mempunyai telefon bimbit. Penyebaran maklumat melalui infoblast adalah lebih fokus kerana maklumat yang dimasukkan adalah ringkas tetapi padat. Ianya meliputi situasi semasa Denggi termasuk bilangan kes dan wabak, lokaliti kes dan wabak, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan serta langkah yang perlu diambil oleh individu, jabatan dan masyarakat. Penyebaran ini dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat denggi.

5.2 Keberkesanan

5.2.1 Impak tinggi

Peningkatan kes amat ketara berlaku pada tahun 2014, iaitu hampir 4 kali ganda jika dibandingkan dengan tahun 2010. Sebanyak 14,311 kes dilaporkan pada tahun 2014, manakala pada tahun 2015 hanya 2,850 kes dilaporkan, menurun sebanyak 80 % berikutan inisiatif yang telah diambil pada tahun 2014. Tindakan yang diambil telah memberi kesan yang drastik iaitu penurunan kes denggi dalam tempoh singkat hasil daripada:

a) Pengesanan awal kes di penjagaan primer; dan

b) Penggunaan Rapid Test Kit di klinik kesihatan & swasta.

Page 14: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

Pengesanan awal di penjagaan primer adalah melalui saringan gejala demam dan pemeriksaan fizikal oleh anggota Kesihatan. Namun gold standard diagnosa denggi adalah melalui ujian serologi yang mengambil masa lama untuk mendapatkan keputusan. Ini menjejaskan pengesanan awal kes, rawatan dan tindakan kawalan serta mengakibatkan penambahan kejadian kes dan wabak denggi. Pada peringkat awal, penggunaan Rapid Test Kit bagi kes-kes demam mula dilakukan di klinik-klinik kesihatan kerajaan bagi membolehkan diagnosa awal denggi dibuat.

Rajah 15: Pendaftaran kes di peringkat primer 2014-2015

Walau bagaimanapun, survelan yang dilakukan mendapati terdapat

sejumlah kes-kes demam yang mendapat rawatan awal di klinik swasta telah gagal dilakukan diagnosa awal. Kegagalan membuat diagnosa awal telah menyusahkan rakyat kerana kes tersebut perlu dirujuk ke hospital semata-mata untuk dilakukan ujian denggi. Kelewatan memulakan rawatan menyebabkan keadaan pesakit menjadi teruk sehingga mengalami komplikasi dan boleh mengakibatkan kematian.

Page 15: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

Rajah 16: Kadar kes dan kematian denggi 2014-2015

Tindakan yang diambil adalah dengan membekalkan Rapid Test Kit kepada semua klinik kesihatan dan klinik swasta di lokaliti wabak bagi memudahkan penyiasatan dan diagnosa awal dilakukan. Pada tahun 2014 hingga 2015, sebanyak 27,110 kit telah diedarkan kepada hospital, klinik kesihatan dan klinik swasta. Pengesanan awal kes denggi membolehkan tindakan kawalan dilakukan bagi mengekang penularan kes denggi yang seterusnya menurunkan kejadian wabak denggi secara drastik.

5.2.2. Kelestarian

5.2.2.1. Community larvaciding dilakukan oleh masyarakat setempat

Community larvaciding merupakan salah satu aktiviti memberdayakan masyarakat dengan menjalankan pemusnahan tempat pembiakan melalui kaedah larvasiding. Komuniti dibekalkan dengan racun serangga membunuh jentik-jentik. Aktiviti ini diutamakan di kawasan tanah lapang dan semak yang telah dikenal pasti menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes. Community larvaciding telah dijalankan di beberapa lokaliti hotspot seperti Pulau Melaka, Taman Desa Rahmat, Kok Pasir dan Taman Uda Murni. Aktiviti ini mampu memupuk sikap tanggungjawab kepada masyarakat dalam mencegah penularan denggi.

5.2.2.2. Membersihkan tanah terbiar (punca pembiakan)

Pembersihan tanah terbiar atau no man’s land merupakan salah satu faktor penyumbang didalam keberkesanan kawalan denggi pada tahun 2014. Kebanyakan tanah terbiar ini secara tidak langsung menjadi tempat pembuangan sampah dan memudahkan nyamuk bertelur dan membiak. Dengan bantuan Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan, sebanyak 6 tanah terbiar di Kota Bharu telah dibersihkan menggunakan jentolak sepanjang bulan Ogos dan September tahun 2014 iaitu di Kampung Paya Senang, Taman Sari, Taman Peradang, Taman Desa Rahmat dan

Page 16: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

Kampung Tapang. Aktiviti pembersihan tanah terbiar ini sangat membantu untuk mengurangkan bilangan kes denggi di kawasan sekitarnya.

Rajah 17: Aktiviti membersihkan tanah terbiar menggunakan jentolak

5.2.3. Pasukan Pakar

Pasukan pakar adalah terdiri dari pakar perubatan kesihatan awam, pegawai sains kaji serangga dan penolong pegawai kesihatan persekitaran kanan. Pasukan ini diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah denggi di lokaliti-lokaliti hotspot dan wabak berulang. Pasukan ini mengambil pendekatan Pakar Turun Padang di mana mereka pereka perlu ke lapangan untuk meyelesaikan masalah. Sebelum turun padang, pasukan ini perlu menbuat analisa terhadap situasi kes di lokaliti terlibat, aktiviti-aktiviti kawalan yang telah dilakukan dan pemetaan kes serta kawasan berisiko tinggi dalam lokaliti tersebut. Semasa penyeliaan di lapangan, pasukan ini perlu mengenalpasti tempat-tempat pembiakan yang menjadi punca jangkitan berterusan di lokaliti terbabit. Kewujudan pasukan ini telah dapat menyelesaikan masalah denggi di lokaliti hotspot dan wabak berulang.

5.3 Relevan

5.3.1. Kolaborasi Strategi Interagensi

5.3.1.1 Konsep 1M dan stategi lautan biru

Beberapa agensi Kerajaan Persekutuan telah dikenal pasti untuk memberi khidmat yang diperlukan dalam kawalan denggi. Agensi tersebut adalah Jabatan Pendidikan, Jabatan Perpaduan, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, RELA, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pembangunan Perseketuan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Manakala beberapa jabatan/ agensi Kerajaan Negeri juga dikenal pasti bertanggungjawab secara tidak langsung menangani wabak denggi yang berlaku di Negeri Kelantan. Agensi ini

Page 17: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

termasuklah Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Agama Islam, Jabatan Parit dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya.

Bagi menyelaraskan seluruh agensi persekutuan dan negeri ini di bawah kolaborasi strategik agensi kerajaan, SUK Negeri yang merupakan Pengurusan Tertinggi di bawah Kerajaan Negeri Kelantan telah diberi mandat sebagai badan induk untuk mengendalikan kolaborasi antara agensi dan bertanggungjawab terus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan. Manakala Majlis Keselamatan Negara merupakan agensi yang bertanggungjawab kepada bencana dilantik sebagai urus setia kepada kolaborasi strategik ini bersama JKNK. MKN dipilih bertepatan dengan situasi denggi di Kelantan pada tahun 2014 yang boleh diisytiharkan sebagai bencana kepada negeri Kelantan.

Peranan MKN dalam mengendalikan bencana denggi ini adalah suatu yang cukup besar dan memudahkan proses penyelarasan semua agensi perseketuan dan negeri. Ini sangat bertepatan dengan Strategi Lautan Biru yang mengurangkan silo dan menggalakan perkongsian sumber yang sedia ada di agensi kerajaan masing-masing secara optimum dan bersepadu. Gerak kerja ini diselaraskan di bawah satu Pasukan Khas Kawalan Denggi Negeri yang dibentuk di bawah Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan.

Pada keseluruhannya setiap agensi mempunyai peranan masing-masing yang bersesuaian dengan bidang tugas dan kos yang sedia ada. Tiada penempatan anggota atau pewujudan jawatan baru dalam setiap agensi yang terlibat malah setiap agensi telah mengoptimumkan sumber yang sedia ada. Oleh itu, kolaborasi strategik ini telah memberi impak yang tinggi dengan kos yang efisien serta penyampaian sistem perkhidmatan yang bertepatan dengan konsep 1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

5.3.1.2.Mewujudkan Lokaliti Angkat Denggi

5.3.1.2.1. Inisiatif Kawalan Denggi

Inisiatif Kawalan Denggi merupakan satu strategi yang dilakukan dalam aktiviti pencegahan denggi. Strategi ini menggunakan prinsip pendekatan kepada masyarakat dalam melibatkan diri untuk memastikan tiada vektor dan menghapuskan tempat pembiakan di rumah. Inisiatif Kawalan Denggi dilaksanakan bagi menurunkan kejadian kes demam denggi di kawasan berisiko dengan mengurangkan tempat pembiakan Aedes yang melibatkan kerjasama masyarakat. Setiap pasukan kawalan diberi tanggunggjawab untuk menjaga 8 lokaliti angkat yang telah dikenalpasti berisiko dan perlu membuat lawatan pada setiap bulan.

Kesedaran awam

Lokaliti angkat diperkenalkan untuk mengatasi masalah kurangnya kerjasama dan komitmen yang rendah daripada masyarakat. Ini bagi memastikan lokaliti angkat tersebut dipantau secara langsung dan wujudnya perhubungan yang berterusan. Pengisian program ialah gotong-royong

Page 18: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

berkala, aktiviti cari dan musnah,ceramah dan aktiviti pendidikan kesihatan. Program ini mula dilaksanakan pada 2014 dengan menjadikan lokaliti hotspot denggi sebagai lokaliti angkat. Lokaliti Pulau Melaka telah dijadikan lokalti angkat kepada Universiti Malaysia Kelantan dan hasilnya pada tahun 2015, Pulau Melaka telah bebas daripada wabak sepanjang tempoh 1(satu) tahun.

5.4 Signifikan

5.4.1. Pengagihan sumber secara efisien dan efektif dalam aktiviti kawalan

Pengurusan sumber manusia yang optima adalah strategi penting dalam menangani sesuatu krisis atau bencana termasuk wabak penyakit. Pada tahun 2014, 80 % dari kes denggi Kelantan berlaku di Kota Bharu. Peningkatan kes di Kota Bharu adalah amat ketara berbanding dengan tahun sebelumnya. Notifikasi kes denggi telah meningkat secara mendadak daripada purata 9 kes sehari pada tahun 2013 kepada 52 kes sehari pada tahun 2014 (peningkatan sebanyak 577 %). Bilangan notifikasi dalam masa sehari yang paling tinggi dicatatkan di Kota Bharu pada 20 Julai 2014 iaitu sebanyak 238 kes. Keadaan ini telah menyebabkan keperluan kepada tambahan sumber termasuk tenaga kerja, peralatan dan kewangan.

Keperluan tenaga kerja tambahan pada masa tersebut amat mendesak bagi menjalankan aktiviti siasatan, pengesanan kes aktif di lapangan serta aktiviti kawalan kes dan wabak. Penggunaan tenaga kerja sedia ada di Unit Vektor hanya mampu menangani sebanyak 30 kes sehari. Tenaga tambahan dari unit-unit lain di Pejabat Kesihatan Kota Bharu hanya mampu menangani sehingga 50 kes sehari. Bantuan pasukan kesihatan dari daerah dan negeri luar amat diperlukan apabila bilangan kes yang diterima melebihi kemampuan sedi ada. Bantuan juga diperlukan daripada agensi lain yang mempunyai tenaga kerja yang ramai seperti tentera, RELA, JPAM dan pihak berkuasa tempatan.

5.4.1.1. Bantuan anggota KKM

Pasukan bantuan kesihatan dari 9 buah daerah yang lain diterima bermula 1 Februari 2014 melibatkan 72 anggota dari pelbagai jawatan. Bantuan dari negeri luar pula diterima bermula 24 Ogos 2014 hingga 30 September 2014 yang melibatkan 6 buah negeri iaitu Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Sabah dengan kekuatan anggota seramai 137 orang.

5.4.1.2. Kerjasama Pelbagai Agensi

Mesyuarat Bencana Wabak Denggi Negeri Kelantan melibatkan semua ketua jabatan kerajaan, telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara. Jawatankuasa mesyuarat ini juga memantau perkembangan trend penyakit denggi dari masa ke semasa. Ianya telah berjaya mengatur gerak kerja pelbagai agensi untuk membanteras aedes:

a) Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

b) Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)

Page 19: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

c) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

d) Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

e) Jabatan Kerja Raya (JKR)

f) Jabatan Parit dan Saliran (JPS)

g) Pejabat Tanah dan Galian (PTG)

h) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

i) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

j) Jabatan Penerangan Malaysia

k) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

l) Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK).

Bermula dari 12 Ogos 2016 hingga 30 November 2016, seramai 9 anggota ATM, 6 anggota JPA, 5 anggota RELA dan tujuh anggota MPKB telah terlibat dalam aktiviti kawalan semburan kabut. Manakala aktiviti kawalan cari dan musnah melibatkan seramai 24 anggota ATM, 21 anggota JPAM, 14 anggota RELA dan 6 anggota AADK. Keperluan kenderaan pula disediakan oleh PTG, JKM, JIM, Jabatan Penerangan dan JPJ. Aktiviti-aktiviti kawalan ini telah dijalankan secara harian. Aktiviti pembersihan kawasan semak dan tanah terbiar pula telah dijalankan oleh pihak MPKB, JKR dan JPS dengan menggunakan jentera berat masing-masing.

5.4.2. Perkhidmatan Kesihatan Semasa Wabak Denggi

Perkhidmatan extended hours dimulakan pada tahun 2008 di 4 buah klinik iaitu Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Tumpat. Masa operasi pada hari bekerja adalah bermula pada jam 5.30 petang hingga 9.30 malam. Manakala pada hari Sabtu, operasi klinik bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Hari Jumaat merupakan cuti umum dan klinik kesihatan tidak beroperasi. Tindakan yang diambil semasa wabak denggi meningkat pada tahun 2014 adalah dengan menambah bilangan klinik kesihatan yang menjalankan extended hours. Masa operasi extended hours di Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu dilanjutkan sehingga 11.00 malam pada hari bekerja. Manakala pada hari Jumaat dan Sabtu, klinik tersebut dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Kelengkapan di Klinik 1Malaysia Panji juga telah dipertingkatkan dengan menempatkan mesin hematology analyser bagi membolehkan ujian darah full blood count dilakukan. Ini kerana kawasan liputan klinik tersebut adalah lokaliti sensitif denggi yang kerap berlaku wabak.

Tindakan yang diambil ini telah memberi kesan yang signifikan seperti berikut:

Page 20: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

1. Memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang berhampiran dengan tempat tinggal

2. Perkhidmatan extended hours memberikan masa anjal bagi rakyat mendapat rawatan selepas waktu pejabat. Ini mengurangkan masa menunggu di klinik kesihatan dan unit kecemasan di hospital

3. Pengesanan awal membolehkan aktiviti kawalan kes dilakukan segera. Ini dapat mengurangkan penularan denggi di komuniti terutamanya kejadian wabak denggi.

4. Rawatan segera dapat mengurangkan kemasukan kes ke wad dan komplikasi denggi seperti hilang upaya kekal dan kematian.

30.0% Perkhidmatan

Extended Hours

dimulakan

Teru

k

25.0%

Den

gg

i 20.0%

15.0%

Ke

s

Pera

tus

10.0%

5.0%

0.0%

Bulan

% Kes Denggi Teruk

Rajah 20: Peratus kes denggi teruk pada tahun 2014

Jadual 1: Bilangan kes denggi teruk pada tahun 2014

Bulan

Bil. Kes

Bil. Kes

Denggi Teruk

Denggi 2014

Januari 127 614

Februari 258 992

Mac 218 1056

April 174 900

Mei 37 572

Jun 51 1044

Julai 244 5982

Ogos 199 9502

September 136 4908

Oktober 84 1804

Page 21: LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2338-1matlamat-membant… · LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM (HISA) Nama Kementerian : KEMENTERIAN

6) Pencapaian dan Pengiktirafan Yang Diperolehi

6.1. Pencapaian

JKNK telah berjaya mengutarakan MKN sebagai agensi yang menyelaraskan semua agensi di bawah Kerajaan Negeri dan Perseketuan untuk membenteras Aedes pada tahun 2014. Pengurusan sumber dari setiap agensi telah digunakan secara optimum, efektif dan efisien. Manakala masyarakat telah melibatkan diri secara langsung dan berterusan dalam membenteras aedes di kawasan masing-masing. Hasil dari inovasi ini juga telah berjaya menurunkan kes dan wabak denggi dinegeri Kelantan. Penurunan ketara berlaku pada bulan Ogos 2014 sehingga tahun 2015 seperti dalam rajah di bawah. Pada Sebanyak 14,311 kes pada tahun 2014 telah menurun ke 2,850 pada 2015. Ternyata negeri lain seperti Selangor dan Malaysia secara keseluruhan tidak menunjukkan penurunan yang signifikan.

1. Strategi memberdayakan komuniti dan kolaborasi strategik di kalangan agensi-agensi yang terlibat yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara telah menjadikan aktiviti kawalan dapat dilaksanakan dengan efisien dan efektif. Jawatankuasa Petugas Khas Denggi peringkat Kebangsaan telah menerima pakai strategi yang dilaksanakan melalui sesi pembentangan yang dibuat oleh TPK JKWP kepada ahli Jawatakuasa Petugas Denggi Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

2. Pihak Jabatan Kesihatan Wilayah Narathiwat juga telah berkongsi pengalaman dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengenai strategi kawalan denggi ini. Sesi pembentangan di peringkat antarabangsa kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Narathiwat telah diadakan pada 11 hingga 15 Februari 2016 di Chiang Mai, Thailand.

7) Pegawai untuk dihubungi

DR. NORAZMI BIN ABDULLAH PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN 013-983 9383 [email protected]

November 43 708

Disember 27 540