laporan exprential learning

13
PROGRAM PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (AT20) KUMPULAN: R TAJUK TUGASAN: LAPORAN EXPRENTIAL LEARNING PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD2063) PENSYARAH: ENCIK ZULKIFLI BIN MAMAT DISEDIAKAN OLEH: NAMA : NUR FARAH AFIFAH BINTI SUTRISNO NO. MATRIK : D20141067244 SEMESTER : SEMESTER 1 2014/2015

Upload: farah-kak-long

Post on 02-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (AT20)KUMPULAN: RTAJUK TUGASAN:

LAPORAN EXPRENTIAL LEARNING

PEMBANGUNAN SAHSIAH(KKD2063)PENSYARAH:

ENCIK ZULKIFLI BIN MAMATDISEDIAKAN OLEH:

NAMA : NUR FARAH AFIFAH BINTI SUTRISNONO. MATRIK :D20141067244

SEMESTER : SEMESTER 1 2014/2015PENGENALAN

Program Exprential Learning ini merupakan satu program di bawah anjuran Pembangunan Sahsiah. Program ini merupakan satu proses dimana pelajar akan diajar membina pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni dari pengalaman luar secara tidak langsung. Program ini bertujuan untuk membina jati diri yang kuat dalam diri serta membina semangat ukhuwah yang kuat. Hal ini disebabkan, melalui program ini kita akan bercampur dengan pelbagai golongan berlainan jantina, berlainan pemikiran dan sebagainya. Program ini juga mengajar peserta bahawa hidup mereka akan sentiasa penuh dengan cabaran-cabaran dan melalui program ini, mereka akan mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi cabaran dalam hidup.

Program Exprential Learning ini berlangsung selama 2 hari, 10 dan 11 Oktober 2014 iaitu Jumaat dan Sabtu . Pada hari Jumaat, program ini berlangsung pada waktu malam jam 8.30 hingga 10.30 malam di dewan. Sepanjang berada di dewan tersebut, pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti kami diajar untuk fokus dalam mendengar segala arahan yang diberi serta menguji kepantasan kami dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam masa yang sama, kami juga diajar agar bijak menampilkan diri supaya lebih senang untuk berkomunikasi di hadapan khalayak ramai terutamanya apabila kami bergelar guru kelak. Pada pendapat saya, disitulah peserta akan belajar untuk lebih berkeyakinan. Selepas itu, kami diberi taklimat untuk program pada keesokan harinya. Setelah selesai taklimat diberi, kami dibenarkan pulang setelah diberi makanan.

Program pada hari Ahad pula dimulakan dengan senaman aerobik pagi pelbagai variasi yang diketuai oleh fasilitator seramai 15 orang. Senaman aerobik tersebut dilakukan di padang kawad berdekatan dengan tempat aktiviti kami yang seterusnya. Setelah selesai senaman, setiap peserta diberi sarapan pagi sebagai alas perut untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti kami yang seterusnya ialah , Jungle Tracking. Sebelum memulakan aktiviti tersebut peserta dipecahkan kepada 20 kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai 18 ke 19 orang. Setiap kumpulan mempunyai gabungan antara lelaki dan perempuan berikutan peserta yang memonopoli program tersebut kebanyakannya perempuan.

Setelah kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan diarahkan untuk mencipta nama kumpulan serta kata-kata sorak untuk menaikkan semangat setiap ahli kumpulan disamping berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan. Pelantikan ketua kumpulan juga dilakukan pada masa itu. Setelah itu barulah kami diarahkan untuk meneruskan aktiviti kami yang seterusnya dengan berjalan kaki beramai-ramai ke kaki bukit Titiwangsa yang terletak di Pusat Kor. Sebelum memulakan perjalanan, kami diberi makanan mentah dan ringan serta alatan memasak untuk kegunaan kami di hutan.Sampai sahaja kami di Pusat Kor, kami yang terbahagi kepada 20 kumpulan ini dipecahkan kepada 2 bahagian untuk memudahkan pelaksanaan aktiviti kami yang seterusnya berikutan jumlah kami yang ramai. Selepas zuhur barulah kami memulakan pengembaraan kami secara beramai-ramai mendaki bukit yang curam disamping jalan yang licin. Sepanjang perjalanan kami untuk menuju ke checkpoint-checkpoint, hujan mula turun dan membasahi kami serta jalan yang kami lalui. Kami saling memberi kata-kata semangat untuk meneruskan perjalanan kerana pelbagai cabaran yang kami hadapi seperti jalan yang licin berikutan hujan, ada peserta yang jatuh disebabkan tergelincir dan sebagainya. Sampai sahaja kami ke checkpoint terakhir berdekatan sungai kami diberi arahan untuk menunaikan solat asar terlebih dahulu selepas membersihkan diri di sungai tersebut. Selesai solat, kami diarahkan untuk memasak dengan berbekalkan barang-barang yang telah diberi kepada kami sebelum memulakan perjalanan. Kami diminta untuk memasak nasi dan menggunakan ayam yang belum dipotong untuk dimasak. Peserta lelaki mencari buluh-buluh dan kayu-kayu sebagai bahan untuk menghidupkan api. Peserta perempuan pula ada yang ditugaskan memotong ayam dan mengatur bahan-bahan yang hendak digunakan untuk memasak. Setelah semua siap, kami memulakan aktiviti memasak kami. Cabaran yang terpaksa kami lalui apabila kami terpaksa menjaga kekuatan api tersebut untuk mengelakkan api tersebut padam berikutan tapak memasak kami basah dek hujan. Kami mengambil keputusan untuk menggoreng ayam tersebut setelah dipotong dan basuh berikutan hari sudah lewat senja. Ahli kumpulan kami yang lain mengemas barang-barang setelah diarahkan oleh fasilitator kami berikutan keadaan cuaca yang gelap dan kami terpaksa menamatkan aktiviti memasak kami. Berkat kesungguhan kami, nasi dan ayam yang kami masak akhirnya menjadi walaupun kami masak dalam keadaan yang segera. Kami sempat bergambar sambil menjamu selera. Selain itu, kami juga sempat bermain air sungai dan membersihkan baju serta kasut yang kotor dan comot dengan lumpur. Selesai mengemas dan sebagainya, kami semua beransur pulang ke Pusat Kor dengan diiringi fasilitator dan kumpulan-kumpulan yang lain berikutan air pasang sehingga menutupi tempat kami melakukan aktiviti memasak. Sepanjang perjalanan kami semua pulang, kami terpaksa meredah sungai yang paras airnya takat lutut kami dengan sukarnya. Ada diantara kami yang tergelincir kerana air yang menutupi lubang sehingga tidak kelihatan, ada yang tergelincir kerana jalannya yang licin dan berlumpur. Walaubagaimanapun, tiada yang cedera sepanjang perjalanan kami balik.

Tepat waktu maghrib kami sampai ke Pusat Kor dan disitu kami mengumpulkan kesemua peralatan memasak setelah dibersihkan dan kami diberi makanan sekali lagi untuk makan malam. Setelah itu, kami dibawa keluar dari Pusat Kor tersebut dengan menggunakan trak untuk dihantar ke kolej kediaman masing-masing.OBJEKTIF Memupuk semangat kerjasama antara rakan sepasukan. Memahami kepentingn komunikasi antara rakan sepasukan.

Mengatur strategi yang baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan teratur.

Menambah keyakinan diri untuk menonjolkan diri di khalayak ramai.

Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang tinggi dan berpekerti.

Memupuk sikap kepimpinan dalam jiwa setiap pelajar. Mendedahkan pelajar dengan pengalaman luar secara tidak langsung.

Objektif-objektif diatas nyata sekali tercapai disebabkan sikap yang ditunjukkan oleh kami semua sepanjang program. Sikap positif kami, sikap saling hormat-menghormati, saling bantu membantu jelas kelihatan tidak kira dimana. Ketika itu kami merasa seperti satu keluarga yang melakukan pelbagai aktiviti bersama meskipun banyak cabaran yang terpaksa kami tempuh namun itu tidak menjadi penghalang kepada kami semua. Walaupun pada peringkat awalnya ada yang takut untuk melakukan aktiviti lasak ini namun berkat sokongan dan semangat yang kami tunjukkan mampu menangani perasaan takut mereka.

Aktiviti ini mendatangkan banyak refleksi tanpa kami sedari pada peringkat awalnya. Tidak mustahil, kami akan mempraktikkan segala pengalaman dan ilmu-ilmu yang kami pelajari secara tidak langsung ini untuk kegunaan masa hadapan.

REFLEKSI

KELEMAHAN DIRI

Jujur saya katakan yang saya memang seorang yang penakut walaupun pada pandangan kawan-kawan saya seorang yang garang. Saya memang takut untuk tampil di hadapan khalayak ramai. Pernah saya cuba untuk tampil ke hadapan, walaupun seronok tapi rasa gementar, dan gugup dalam diri tidak dapat saya buang. Walaupun saya sedar yang kredibiliti seorang bakal guru dilihat dari segi penyampaian mereka ketika di hadapan khalayak ramai namun saya masih lagi tidak dapat membendung masalah tersebut. Walaubagaimanapun, saya akan cuba untuk memperbaiki kelemahan saya ini demi kebaikan diri saya pada masa hadapan. KEKUATAN DIRISaya mengaku yang kekuatan saya tidaklah sebanyak mana pun. Tapi saya memang suka dan minat dengan aktiviti-aktiviti lasak. Aktiviti lasak yang dianjurkan oleh pihak Pembangunan Sahsiah ini boleh dikatakan satu permulaan bagi saya kerana saya sudah lama tidak melibatkan diri dalam aktiviti lasak seperti ini. Selain itu, sikap ramah dan sporting dalam setiap ahli kumpulan membuatkan saya merasa selesa dengan mereka untuk berbicara walaupun kami baru berkenalan tidak sampai 24 jam. Dalam masa 1 hari macam-macam kenangan yang kami dapat bersama walupun tak kenal antara satu sama lain. KECINTAAN TERHADAP PROFESION PERGURUANSebelum saya mengikuti program ini, minat saya terhadap profesion guru telah ada sejak dari sekolah lagi. Minat saya semakin bertambah dengan mendapat dorongan daripada keluarga serta sahabat kerana mereka menganggap saya sesuai menjadi guru. Walaupun pada pandangan orang kerjaya sebagai guru ini mencabar dan sesuatu yang mulia tapi saya tolak ketepi tanggapan orang kerana saya memang suka berkongsi ilmu pengetahuan saya dengan orang lain dan ingin mendidik seseorang itu kearah kebaikan. Mengikuti program ini, saya dapat simpulkan bahawa kemahiran saya ada untuk menjadi guru yang bersahsiah tinggi masih lagi kurang. Masih banyak lagi kelemahan diri yang perlu saya perbaiki. Saya percaya dengan wujudnya kursus Pembangunan Sahsiah ini saya mampu menjadi seorang guru yang baik dan mempunyai akhlak yang tinggi.RUMUSANPada pandangan saya, dapat saya simpulkan di sini adalah dengan ada nya program seperti ini maka setiap peserta dapat memperoleh ilmu secara tidak langsung. Program ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang baik dalam diri setiap peserta. Saya berharap agar program seperti ini akan diadakan pada masa akan datang supaya peserta masa akan datang dapat merasa keseronokan, cabaran dan sebagainya seperti yang kami lalui disamping dapat berkenalan dengan ramai kawan. Saya juga ingin menyatakan bahawa relevan sekiranya aktiviti seperti ini dijalankan untuk melahirkan bakal guru yang berpekerti mulia dan bersahsiah tinggi. LAMPIRAN

D20141067244Page 6