learning skills 2015

11
LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS/OUMH1103 1.0 PENDAHULUAN Kursus Kemahiran Belajar adalah merupakan salah satu mata pelajaran yang diwajibkan bagi setiap pelajar baru di Open University Malaysia (OUM). Mata pelajaran ini, mengandungi sembilan bahagian utama untuk dipelajari dan dikuasai oleh setiap pelajar. Melalui matapelajaran ini, pelajar akan berupaya atau mempunyai kecekapan untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran sepanjang hayat. 2.0 BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN DAN PERKHIDMATAN Pelajar didedahkan dengan beberapa kemahiran dan teknik pembelajaran untuk membantu mereka mencapai keputusan yang cemerlang. Alat bantuan pembelajaran seperti My Virtual Learning Enviroment (myVLE) dan Digital Library yang mana dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat penting tentang pembelajaran dan pengurusan juga diperkenalkan. Sistem yang disediakan sangat membantu kerana ianya memberi kemudahan untuk pelajar menguji pemahaman mereka pada bila-bila masa dan sekerap yang mereka perlukan. Pelajar juga boleh membuat rujukan secara atas talian dan memuat turun soalan tugasan dan sebagainya. Kemudahan untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan, tutor dan rakan sepembelajaran melalui forum perbincangan, emel dan bilik sembang disediakan melalui plaform myVLE. 1

Upload: nur-safiyah

Post on 15-Jul-2016

272 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Assignment 2015

TRANSCRIPT

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS/OUMH1103

1.0 PENDAHULUAN

Kursus Kemahiran Belajar adalah merupakan salah satu mata pelajaran yang

diwajibkan bagi setiap pelajar baru di Open University Malaysia (OUM). Mata pelajaran ini,

mengandungi sembilan bahagian utama untuk dipelajari dan dikuasai oleh setiap pelajar.

Melalui matapelajaran ini, pelajar akan berupaya atau mempunyai kecekapan untuk

mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran

sepanjang hayat.

2.0 BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN DAN PERKHIDMATAN

Pelajar didedahkan dengan beberapa kemahiran dan teknik pembelajaran untuk

membantu mereka mencapai keputusan yang cemerlang. Alat bantuan pembelajaran seperti

My Virtual Learning Enviroment (myVLE) dan Digital Library yang mana dapat membantu

pelajar untuk mendapatkan maklumat penting tentang pembelajaran dan pengurusan juga

diperkenalkan. Sistem yang disediakan sangat membantu kerana ianya memberi kemudahan

untuk pelajar menguji pemahaman mereka pada bila-bila masa dan sekerap yang mereka

perlukan. Pelajar juga boleh membuat rujukan secara atas talian dan memuat turun soalan

tugasan dan sebagainya. Kemudahan untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan, tutor

dan rakan sepembelajaran melalui forum perbincangan, emel dan bilik sembang disediakan

melalui plaform myVLE.

Pelajar juga diajar tentang teknik membaca dan kemahiran mencatat nota, mengurus

masa, mendengar, membuat rujukan dan persediaan menghadapi peperiksaan. Pembelajaran

tentang penggunaan sistem aplikasi Microsoft Office membantu pelajar dalam penyediaan

kerja kursus yang perlu dilakukan sepanjang pengajian mereka. Pengenalan terhadap gaya

pembelajaran dan ransangan persekitaran juga adalah sangat membantu kerana ianya dapat

membantu pelajar mengenali cara pembelajaran mereka dan seterusnya memperbaiki

kelemahan yang ada.

Selain itu, teknik pengurusan masa amatlah berguna untuk pelajar-pelajar yang

bekerja dan telah lama meninggalkan alam persekolahan. Ianya membantu pelajar untuk

menguruskan masa mereka dengan lebih teratur supaya ianya dapat mengimbangi keperluan

dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga, pekerjaan, sosial dan pembelajaran.

1

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS/OUMH11033.0 PENUTUP

“Kursus Kemahiran Belajar” membantu pelajar sedar akan tanggungjawab mereka

sebagai pelajar ODL. Ianya juga mempersiapkan pelajar yang mempunyai komitmen

terhadap keluarga dan pekerjaan untuk menghadapi alam pembelajaran.

Oleh itu saya bersetuju “Kursus Kemahiran Belajar” dapat membantu setiap pelajar,

bagaimana dan dimana mereka harus bermula dan cara menghadapinya untuk bergerak maju

kehadapan . Sebagai pelajar yang matang dan perlu lebih berdikari, teknik-teknik yang diajar

jika dipratikkan, dapat membantu mereka untuk menghadapi suasana pembelajaran dengan

lebih meyakinkan dan seterunya dapat menamatkan pembelajaran mereka dengan keputusan

yang cemerlang.

(355 PATAH PERKATAAN)

4.0 RUJUKAN

1. Assoc Prof Dr Chung Han Tek, Assoc Prof Dr Huan Hon Tat, Assoc Prof Hazidi Abd

Hamid…Thami Munisah Mohd Yusoff. 2014. OUMH1103 Learning Skills for Open

Distance Learners. Meteor Doc Sdn Bhd

2. Ormond Simpson (2000). Supporting Students in Open and Distance learning.

London: Kogan Page

2

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS/OUMH1103

1.0 PENDAHULUAN

Program pembelajaran jarak jauh bermaksud ia tidak memerlukan pelajar berada secara

fizikal di pust pembelajaran. Pembelajaran ini secara amnya dilakukan dalam talian iaitu

melalui atas talian dari keselesaan rumah atau di mana-mana sahaja.

Fleksibiliti pembelajaran jarak jauh menjadikannya pilihan yang popular dimana anda

boleh belajar pada tahap kemampuan anda sendiri dan sesuai dengan pesekitaran hidup anda.

Ia adalah bentuk pembelajaran pilihan bagi orang yang sibuk.

Walaupun pembelajaran jarak jauh banyak memberi fleksibiliti kepada pelajar yang ingin

mengambil kelas namun ianya juga mencabar bagi seseorang. Mereka terpaksa berhadapan

dengan tanggungjawab mereka sebagai seorang yang bekerja sepenuh masa dan sebagai

seorang pelajar secara sambilan .

2.0 MASALAH YANG DI HADAPI OLEH PELAJAR JARAK JAUH

Masalah pelajar dewasa adalah lebih kompleks daripada lepasan sekolah yang baru

menyertai program universiti. Mereka ini bekerja, perlu memainkan beberapa peranan dan

perlu memenuhi banyak keperluan dan permintaan di tempat kerja, rumah, dan dalam

masyarakat. Masalah yang di hadapi oleh pelajar jarak jauh adalah seperti berikut:

2.1 Pengurusan Masa.

Pengurusan masa yang tidak seimbang boleh menjejaskan pembelajaran seseorang. Oleh

itu seseorang perlu merancang jadual harian tetap yang akan membantu membuat agihan

masa yang sesuai. yakni dapat membantu mengimbangi komitmen rumah, tempat kerja dan

waktu pembelajaran.

2.2 Motivasi Diri.

Motivasi diri merupakan keperluan penting jika kita ingin berjaya. Namun ramai pelajar

cepat berputus asa, kerana kesukaran seolah-olah tidak dapat diatasi. Pelajar perlu mencari

motivasi untuk mengikut gaya pendidikan baru dan melengkapi diri untuk menghadapi

cabaran masa depan dalam bidang pendidikan dan kerjaya mereka. Hanya dengan sikap yang

positif mereka dapat mengatasi cabaran ini.

3

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS/OUMH1103

2.3 Tahap Komitmen.

Komitmen seorang pelajar yang berkerja sangat berbeza dengan seorang yang belajar

sepenuh masa. Komitmen menjadi tidak menentu kerana pelajar terpaksa membahagikan

masa antara kerja dan komitmen semasa pembelajaran. Bagi mereka yang mempunya

komitmen kerja dan sudah berkeluarga perlu memberi keutamaan dengan betul supaya tidak

tertinggal dalam pembelajaran.

2.4 Literasi Komputer.

Penggunaan applikasi komputer seperti aplikasi Microsoft Office merupakan satu

cabaran bagi pelajar yang tiada pengalaman atau kemahiran menggunakannya. Kemahiran

menggunakan applikasi tersebut adalah sangat penting kerana setiap kerja kursus yang diberi

harus dilengkapkan dengan menggunakan applikasi Microsoft Office. Oleh itu setiap pelajar

harus berusaha untuk mempelajari dan memahirkan diri dalam menggunakan applikasi

tersebut. Disamping itu, pelajar juga perlu mahir dalam penggunaan internet dan e-mel.

3.0 PENUTUP

Kemahiran pengurusan masa juga amatlah penting untuk pelajar-pelajar yang bekerja dan

telah lama meninggalkan alam persekolahan. Ianya membantu pelajar untuk menguruskan

masa mereka dengan lebih teratur supaya ianya dapat mengimbangi keperluan dan

tanggungjawab mereka terhadap keluarga, pekerjaan, sosial dan pembelajaran

(415 PATAH PERKATAAN)

4.0 RUJUKAN

1. Allan Mundsack, James Deese, Ellin K. Deese. (2003). How to study : and other

skills for success in college. New York : McGraw-Hill (TSDAS Digital

Library: LB2395 Mun)

2. Walter Pauk. (2000). How to study in college. (6th ed.). Boston : Houghton Mifflin Co.

(TSDASDigital Library: Printed Book : LB2395 Pau

4

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS/OUMH1103

1.0 PENDAHULUAN

OUM telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan pelajar-pelajarnya.

Di antaranya adalah myVLE iaitu sebuah laman sesawang interaktif yang menghubungkan

pihak pentadbir universiti, tutor dan pelajar.

2.0 PENGALAMAN MENGGUNAKKAN MYVLE

myVLE boleh di layari melalui http://oumvle.oum.edu.my/index/home setelah

pendaftaran di OUM selesai, kita dapat “log” masuk selepas 3 hari . Untuk pertama kali “log”

masuk pastikan kita tekan “First Time Login” dan masukkan nombor kad pengenalan.

Setelah itu boleh “create” nama pengguna dan kata laluan.

Paparan utama terdiri dengan ikon seperti Akaun Saya, Subjek Saya, Pengumuman, dan

sebagainya.

Rajah 1: Paparan Utama myVLE

5

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS/OUMH11033.0 SUBJEK SAYA

Di paparan ini saya dapat melihat subjek-subjek yang di ambil. Di setiap subjek yang

diberi, kita dapat melihat butiran lengkap kandungan subjek tersebut. Selain itu kita juga

dapat melihat jumlah jam kredit yang di perlukan.

Rajah 2: Subjek Saya

4.0 ESERVICES

Di sini kita dapat membuat pendaftaran untuk semester yang akan datang. Setiap urusan

mengenai pelajar boleh di muat naik di laman ini. Kita boleh berhubung dengan pihak OUM,

jika kita mempunyai sebarang soalan ynag berkaitan dengan kursus yang diambil.

6

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS/OUMH1103

Rajah 3: eServices

5.0 PERPUSTAKAAN DIGITAL

Tan Sri Dr Abdullah Sanusi Digital Library adalah merupakan nama bagi perpustakaan

digital yang disediakan oleh pihak OUM. Di sini kita dapat mencari buku ataupun journal.

7

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS/OUMH1103

Rajah 4: Perpustakaan Digital

6.0 PENUTUP

myVLE sangat membantu saya dan pelajar OUM lain kerana semuanya boleh di akses di

mana saja, pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

(219 PATAH PERKATAAN)

8