laporan aktiviti experiential learning kursus pembangunan sahsiah

Upload: cherry-berry

Post on 03-Mar-2016

77 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Laporan AktivitiExperiential Learning Kursus

TRANSCRIPT

Tan Xue Li D20141068599Laporan Aktiviti Experiential Learning Kursus Pembangunan Sahsiah (KKD 2063)1.0 PengenalanProgram experiential learing adalah sesuatu aktiviti yang diadakan kepada pelajar yang mempelajari kursus Pembangunan Sahsiah (KKD 2063). Oleh sebabkan kursus ini hanya perlu diikuti oleh pelajar ISMP iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, kursus Pembangunan Sahsiah adalah bermatlamat untuk membina sahsiah guru atas pelajar-pelajar yang akan menjadi berkhidmat dalam bidang perguruan pada masa yang akan datang. Program ini dijalankan bermula pada malam 8:30 , 16 Oktober 2015 dan 9:00 pagi hingga 4:00 petang pada 17 Oktober 2015 di Auditorium Utama , Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.Aktiviti ini bertujuan untuk membantu pelajar menerokai kekuatan dan kelemahan diri dan cuba membina sesuati identiti yang positif terhadap pelajar untuk menghadapi cabaran yang akan ditemui semasa mereka menceburi bidang pendidiakan pada masa yang akan datang.

2.0 Perjalanan ProgramAktiviti ini dibawah bimbingan fasilator kami, En. Haziq Azree. Program ini bermula dengan sesi ice breaking selepas semua pelajar memilih ahli kumpulan dalam masa yang diberi hannya kiraan sehingga lima dengan syarat sebuah kumpulan perlu ada tiga orang lelaki dan lima orang perempuan. Oleh sebab bilangan lelaki yang minoriti, bilangan lelaki dalam sesebuah kumpulan diturunkan sehingga satu atau dua. Sebuah kumpulan perlu ada lapan orang ahli. Selepas pengenalan antara ahli kumpulan, pertandingan antara kumpulan dimulakan dengan memilih lelaki yang paling hansem untuk membuat gaya di hadapan semua pelajar.Seterusnya, pelbagai pertandingan dengan melibatkan sebanyak mungkin ahli kumpulan dalam setiap syarat pertandingan yang diberi. Mata wang akan diberi sebagai ganjaran dan pengiraan markah dalam keseluruhan pertandingan. Walau bagaimanapun, mata wang yang diberi itu tidak dikira pada akhir aktiviti malam itu.Hari keesok, iaitu pada pagi 9:00 17 Oktober 2015. Program experiential dimulakan dengan ujian personaliti yang sebanyak 150 soalan untuk mecari identiti diri sendiri masing-masing. Mengetahui kelemahan dan kelebihan personaliti diri sendiri boleh membantu seseorang dalam memperbaiki diri sendiri dengan lebih efektif.Peserta telah diberi tugasan untuk mencari wang tunai sekurang-kurangnya RM50 dengan berkhidmat kepada penduduk di sekeliling. Perserta diberi masa hingga petang 3:00 untuk menjalankan tugas. Kumpulan kami telah memilih Taman Nusa, Tanjong Malim sebagai sasaran, kami lapan orang ahli telah menerima jasa baik daripada enam buah rumah dan berjaya mengumpul sumbangan derma atas perkhidmatan kami sejumlah RM151. Keenam-enam buah keluarga itu sungguh mesra dengan kami dan memberi inisiatif untuk mengambil gambar bersama-sama dengan kami untuk jadi sebagai kenangan. Pada tibanya masa 2:30 petang, kumpulan kami menuju ke arah tempat berkumpul untuk menyerahkan hasil kutipan kami kepada pihak penganjur program. Kepada ahli kumpulan yang beragama Islam, mereka bersolat dahulu, tiga orang yang beragama bukan Islam menunggu mereka di Auditorium untuk aktiviti seterusnya.Perkongsian pendapat daripada beberapa wakil ahli kumpulan termasuk saya selepas sesi makan tengah hari. Seterusnya, tayangan foto dan senaman Gummy Bear menjadi titik noktah aktiviti experiential learning hari tersebut.3.0 Kekurangan diri yang perlu diperbaikiSaya telah jumpa beberapa kekurangan diri dalam sesi ujian personaliti. Antara personaliti yang perlu dibaiki adalah terlalu mengawal. Sikap yang terlalu mengawal boleh menyebabkan tekanan kepada diri sendir dan rakan-rakan sekeliling kerana tidak memberi perluang kepada orang lain untuk membuat keputusan sendiri. Selain daripada itu, perasaan agressif yang tingga dalam keputusan ujian personaliti saya menunjukkan bahawa saya seorang yang amat keras kepala. Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai ciri-ciri agressif adalah orang yang berani menuntut hak sendiri dan berani bersuara apabila tidak puas hati kepada sesuatu perkara. Tetapi tahap agressif yang terlampau akan menyebabkan perasaan dan pandangan orang lain terabai. Oleh itu, saya perlu memperbaiki personaliti saya dengan banyak mendengar pandangan orang lain dan lebihkan bertimbang rasa mahupun bertoleransi.4.0 Manfaat yang diperoleh daripada aktivitiManfaat yang telah saya dapati semasa aktiviti ini adalah setiap orang mempunyai bakal yang tersembunyi. Bakal yang tersembunyi wujud jika seseorang itu menghadapi situasi yang membantu wujudkan bakalnya. Selain itu, kumpulan kami telah mendapati bahawa bertapa pentingnya perpaduan antara kaum. Kumpulan kami dibentuk dengan ahli-ahli yang berlainan bangsa. Terdapat hanya seorang peserta India yang ada dalam aktiviti experiential pada 17 Oktober 2015, dan bertuahnya kami terdapatt bersama kumpulan dengan dia. Nama rakan India kami bernama Haripresath, dia telah banyak menyumbang dalam kumpulan kami dengan menggunakan kelebihannya iaitu berbahasa Tamil sebahai alat berkomunikasi dengan keluarga yang berbangsa India. Kami berjaya mendapat sumbangan daripada dua buah rumah yang berbangsa India dengan kemahiran Haripresath dalam berkomunikasi dengan bahasa Tamil. Selain itu, saya dan lagi seorang ahli kumpulan yang berbangsa Cina juga menggunakan bahasa ibunda kami dengan menjelaskan tugasan dan matlamat kami kepada keluarga yang berbangsa Cina. Rakan-rakan yang berbangsa Melayu pula merupakan kaum yang paling mesra antara semua keluarga yang kami telah jengkuk. Hal ini telah membuktikan kekuatan kumpulan kami adalah hasil daripada perpaduan antara tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.Sebagai seorang bakal guru, kita perlu memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar supaya semua rakyat Malaysia boleh bersatu dalam menghadapi sebarang cabaran tanpa kira dari segi luaran dan dalaman untuk membina sesebuah masyarakat yang harmoni dan produktif.

5.0 Minat dalam bidang perguruanSeseorang yang menceburi bidang pendidikan perlukan sahsiah diri yang mulia supaya mempunyai keupayaan dalam membina model insan kepada negara kita. Keupayaan seseorang boleh dinaikkan dengan tahap seseorang meminati terhadap bigang pendidikan. Seseorang guru yang minat dalam pendidikan akan cuba membina personaliti yang melambangkan sahsiah seseorang guru seperti tangunggujawab, amanah, kasih sayang, keupayaan membimbing dan sebagainya. Saya berasa amat minat dalam bidang perguruan sejak darjah enam lagi. Oleh itu, saya selalu membaca buku-buku yang berkaitan dengan pendidikan untuk mendapatkan idea mengajar dan teknik mengajar dengan berkesan. Program ini membantu membina sahsiah guru saya dengan memberi perluang kepada saya lebih mengenali diri sendiri. Selain itu, saya sebagai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris juga membawa imej seseorang bakal guru semasa menjalankan tugasan dalam masyarakat. Oleh itu, kami perlu sedar bahawa perbuatan kami akan memberi imej seseorang guru kepada masyarakat supaya sentiasa menjaga imej Universiti Pendidikan Sultan Idris mahupun guru-guru Malaysia.

6.0 Cadangan Cadangan yang saya berikan adalah pihak penganjur perlu memastikan bilangan makanan yang cukup kepada semua peserta. Kerana makanan yang disediakan pada malam 16 Oktober tidak cukup kepada semua peserta kerana terdapat peserta dari sesi lain menumpang di bawah sesi program ini. Selain itu, makanan yang disediakan juga perlu dijaga dan dengan baik supaya tidak dimakan oleh kucing di sekeliling kampus menyebabkan salah satu alasan makanan tidak cukup untuk semua peserta. Terdapat dua orang peserta vegetarian yang terlibat dalam aktiviti experiential ini tidak disediakan makanan sepanjang aktiviti dijalankan. Penganjur aktiviti terpaksa membawa dua orang vegetarian itu ke restoran yang dekat untuk memastikan mereka dapat makanan yang sesuai. Oleh itu, aktiviti yang seterusnya juga perlu memberi perhatian kepada peserta yang mempunyai keperluan khas supaya hak mereka tidak terabai.

7.0 KesimpulanAktiviti ini telah memberi sesuatu yang amat bermanfaat kepada saya dalam menceburi bidang peguruan pada masa yang akan datang. Saya berucapkan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya yang sudi berkerjasama dengan saya dan amat berharap aktiviti ini merupakan permulaan kepada persahabatan kami.Lampiran