laporan bina insan guru fasa

Upload: haressh-bhavanii

Post on 17-Mar-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hnbj

TRANSCRIPT

BINA INSAN GURU FASA ( 2)Laporan AJK Dokumentasi:AJK :KENNETH ASANGJUMAALRINA BT SULAIMAN

Pada 20 April 2014, Jabatan unit kokurikulum IPGKBM, telah menetapkan tarikh bagi pelajar semester 2 Ambilan Jun 2013 kelas PISMP 2A, untuk melaksanakan program BIG kemasyarakatan bertempat di IPGKBM. Aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti mengecat pagar di sepanjang jalan utama. Aktiviti ini telah disertai oleh semua ahli kelas Pismp 2A seramai 15 orang. Dalam pelaksaaan BIG ini, Mentor kelas kami iaitu Puan Juriah juga turut serta dalam menjadi pemantau kami dalam pelaksaan aktiviti mengecat ini. Pada awalnya, setiap ahli kelas telah diberikan AJK dan tugas masing-masing. Setiap AJK menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi dan bekerjsama.Jawatankuasa yang telah diamanahkan kepada kami adalah Jawatankuasa Dokumentasi. Saya bersama dengan ahli kumpulan saya iaitu Jumaalrina, telah menjalankan tugas dengan baik. Senarai tugas kami dalam AJK dokumentasi ini adalah, mengambil gambar sepanjang aktiviti tersebut dijalankan. Tugas kami AJK dokumentasi juga adalah mendokumentasikan semua laporan dan memasukkan semua gambar-gambar yang telah di ambil ke dalam bentuk cakera padat untuk tujuan dokumentasi.Tugas AJK Dokumentasi memainkan peranan pentng dalam sesuatu AJK kerana semua sumber-sumber berkaitan dengan program tersebut didokumentasikan oleh AJK Dokumentasi. Setiap laporan daripada AJK lain juga akan didokumentasikan oleh AJK Dokumentasi sebagi bukti bahawa program tersebut telah dijalankan. Sepanjang menjadi AJK Dokumentasi ini, banyak perkara yang kami pelajari dan akan kami manfaatkan bila kami menjadi guru pada masa akan dating. Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang kami hadapi, namun semua cabaran dan halangan tersebut dapat kami atasi dengan semangat kerjasama.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PELAKSAAN AKTIVITI (BIG) MENGECAT PAGAR