laporan big star 1 n sigs

13
LAPORAN WAJ3143 BIG PPG SEMESTER 5 PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2015 NAMA PELAJAR PPG : AMBILAN : JUN 2011 SEMESTER : 8 OPSYEN : BAHASA MELAYU PERINGKAT : 4 SEMESTER : 7/8 TARIKH : 5 FEBRUARI 2015 TEMPAT : SK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU. LAPORAN REFLEKTIF: TAJUK : LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH CEMERLANG (A) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA Lawatan Penanda Aras ke sekolah cemerlang telah berjaya dilaksanakan pada 5 Februari 2015 yang lalu bertempat di Sk (P) Sultan Ibrahim iaitu sebuah sekolah berprestasi tinggi yang terletak di bandaraya Johor Bahru. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 21 orang pelajar dari kumpulan BM2 PPG Kohort 1 Ambilan Jun 2011 di bawah seliaan Encik Azman bin Manas bagi melengkapi keperluan kursus WAJ 3143 Bina Insan Guru (BIG). Program ini bermula dengan semua pelajar BM2 berkumpul di Sk Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR 1) seawal jam 9.15 pagi untuk menikmati sarapan pagi sebelum bertolak ke Sk (P) Sultan Ibrahim yang terletak berhampiran dengan STAR 1.

Upload: cikgunurulhudajaafar

Post on 12-Nov-2015

253 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

LAPORAN WAJ3143 BIG PPG SEMESTER 5PROGRAM BINA INSAN GURUTAHUN 2015

NAMA PELAJAR PPG: AMBILAN: JUN 2011SEMESTER: 8OPSYEN: BAHASA MELAYUPERINGKAT: 4SEMESTER: 7/8TARIKH: 5 FEBRUARI 2015TEMPAT: SK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU.

LAPORAN REFLEKTIF:TAJUK : LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH CEMERLANG(A) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWALawatan Penanda Aras ke sekolah cemerlang telah berjaya dilaksanakan pada 5 Februari 2015 yang lalu bertempat di Sk (P) Sultan Ibrahim iaitu sebuah sekolah berprestasi tinggi yang terletak di bandaraya Johor Bahru. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 21 orang pelajar dari kumpulan BM2 PPG Kohort 1 Ambilan Jun 2011 di bawah seliaan Encik Azman bin Manas bagi melengkapi keperluan kursus WAJ 3143 Bina Insan Guru (BIG). Program ini bermula dengan semua pelajar BM2 berkumpul di Sk Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR 1) seawal jam 9.15 pagi untuk menikmati sarapan pagi sebelum bertolak ke Sk (P) Sultan Ibrahim yang terletak berhampiran dengan STAR 1. Sarapan di kantin STAR 1

Pada pukul 9.45 pagi kami pun bertolak ke Sk (P) Sultan Ibrahim (SIGS) dengan berkongsi kenderaan. Kami tiba diperkarangan sekolah berkenaan kira-kira jam 9.50 pagi. Rombongan kami tiba di Sk (P) Sultan Ibrahim Pada pukul 10.00 pagi rombongan kami telah dibawa ke Bilik Mesyuarat oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn Azizah binti Abdul Rahman. Majlis dimulai dengan ucapan penghargaan oleh Ketua Opsyen Kumpulan BM2 iaitu Encik Muhamad bin Smail atas kesudian pihak Sk (P) Sultan Ibrahim menerima kunjungan kami. Seterusnya ucapan alu-aluan disampaikan oleh GPK Kokurikulum SIGS bagi meraikan kunjungan kami. Selepas itu kami telah diberi penerangan oleh Pn. Azizah tentang segala program yang telah dilaksanakan di sekolah tersebut hingga layak diberi anugerah sekolah berprestasi tinggi. Sekolah ini telah mencapai banyak kejayaan hingga ke peringkat antarabangsa dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bukan sekadar melengkapkan takwim sekolah sebaliknya memberikan pulangan yang begitu membanggakan. Selain mendapat berbagai anugerah, setiap program tersebut telah memberikan suntikan dana yang bukan sedikit kepada sekolah bagi melengkapka lagi prasarana sekolah yang seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan sekolah ini.

Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 Ketua Opsyen BM2 Guru Penolong Kanan Kokurikulum Seterusnya, Guru Besar Sk (P) Sultan Ibrahim, Puan Hajah Faridah bt Sukiran telah memberikan taklimat tentang pengurusan sekolah cemerlang kepada kami. Melalui taklimat yang diberikan itu telah memberikan kami maklumat atau gambaran yang jelas akan sesebuah sekolah berprestasi tinggi. Maklumat tersebut sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat kami terutamanya bagi guru yang menjadi pentadbir di sekolah yang ada di kalangan pelajar kumpulan BM2. Sesi soal jawab menyusul selepas taklimat tentang pengurusan sekolah cemerlang tersebut. Guru Besar telah menjawab setiap soalan yang diajukan oleh wakil pelajar BM2 dengan begitu yakin. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkisar tentang ciri-ciri guru cemerlang dan peranan yang dimainkan oleh mereka dalam meningkatkan prestasi sekolah. Penerangan yang diberikan dapat memberikan panduan yang berguna kepada kami untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

Puan Faridah begitu bersemangat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Para peserta begitu tekun dan bersemangat mendengar taklimat yang diberikan. Antara slaid yang ditayangkan Persembahan multimedia turut diselitkan sepanjang sesi taklimat dan sesi soal jawab dilaksanakan bagi memperjelaskan lagi maklumat yang disampaikan. Apabila semua persoalan telah dirungkaikan, majlis taklimat tersebut telah ditutupkan dengan acara membuka banting yang disediakan sebagai gimik persembahan perasmian program Lawatan ke Sekolah Berprestasi Tinggi. Sedikit cenderahati juga telah disampaikan kepada pihak pentadbir untuk menghargai layanan dan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan program kami ini. Pelancaran gimik perasmian dan penyampaian cenderahati. Kemudian, rombongan kami telah dibawa melawat sekitar kawasan sekolah dan kelas-kelas abad ke 21 oleh GPK 1. Sepanjang lawatan itu, kami benar-benar teruja melihat setiap kelas-kelas tersebut kerana semuanya sangat menarik dan bertepatan dengan ciri-ciri kelas abad ke 21. Kami juga melawati bengkel Kemahiran Hidup atau Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Bilik Pendidikan Seni Visual. Di kedua-dua bilik ini dipamerkan berbagai hasil kerja tangan murid dan guru SIGS. Lawatan ke kelas Abad ke 21

Hasil kerja tangan murid di bengkel Kemahiran Hidup (RBT)

Lawatan ke bilik seni visual dan hasil kerja murid dan guru.

Semasa lawatan ke bilik Seni Visual, kami diberi penerangan tentang projek mencanteng batik yang merupakan salah satu produk yang telah mendapat anugerah di peringkat antara bangsa. Kami dimaklumkan juga bahawa produk batik ini akan dikomersialkan lagi untuk menambah dana dan menaikkan nama sekolah. Selepas itu kami dibawa melawat ke tapak semaian pokok bunga dan kebun tanaman nanas. Hasil tanam ini juga memberi sumbangan dana kepada sekolah. Pokok-pokok bunga tersebut dijual kepada penduduk setempat selain digunakan untuk mencantikkan landskap sekolah. Hasil tanaman nanas pula selain dijual terus buahnya, ada juga yang dibuat inti untuk projek jualan biskut tat nanas. Landskap sekolah yang cantik dan mendamaikan

Tapak Nursery Srikandi dan kebun tanaman nanas Selesai lawatan ke kawasan sekolah, kami dijemput untuk menikmati jamuan makan tengah hari di bilik galeri sekolah. Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar dengan pentadbir Sk (P) Sultan Ibrahim sebagai kenangan. Kami dijemput ke bilik Galeri Sejarah SIGS Makan tengah hari di Bilik Galeri Sejarah SIGS

Bergambar untuk kenangan Bersalam-salaman dan bersedia untuk pulang ke STAR 1

Lawatan di Sk (P) Sultan Ibrahim berakhir pada pukul 1.30 tengah hari. Pelbagai pengalaman berguna dapat kami bawa pulang untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing.ISU / MASALAH