laporan big sem 6 (bengkel ciri guru inovatif)

Upload: nurul-amirah

Post on 06-Mar-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bengkel

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZANBESUT, TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2013

LAPORANPROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6(BENGKEL)

TEMA: GURU INOVATIFTAJUK : CIRI-CIRI GURU INOVATIFTARIKH : 12 JULAI 2015 (AHAD)MASA : 2.00 4.30 PETANGTEMPAT : BILIK BESTARI, IPGKSMPENCERAMAH : PN. RUZINAR BINTI IBRAHIMANJURAN: PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2013 SEMESTER 6

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6, BENGKEL CIRI-CIRI GURU INOVATIF

Bagi memenuhi syarat-syarat kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Bina Insan Guru ini secara rasionalnya telah diadakan untuk semua guru pelatih semester enam ambilan Januari 2013 baru- baru ini. Pada kali ini, program BIG ini berbentuk bengkel yang bertajuk Ciri-ciri Guru Inovatif.Objektif program ini adalah guru pelatih dapat memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru yang berinovatif, menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan, mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial serta meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.Semua guru pelatih semester enam telah diberikan taklimat tentang kursus Bina Insan Guru Fasa Enam oleh pensyarah di Dewan Al-Khindi. Guru pelatih dikehendaki untuk membentuk satu jawatankuasa dan merancang serta mengadakan bengkel yang berkaitan dengan ciri-ciri guru yang inovatif. Selepas taklimat tersebut, pemilihan pihak jawatankuasa telah dilakukan. Pihak jawatankuasa program itu telah bermesyuarat sebanyak 2 kali untuk memastikan program itu dijayakan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Semua pihak telah melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.Pada 12 Julai 2015, satu Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6, iaitu Bengkel Ciri-ciri Guru Inovatif telah berjaya diadakan dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Bengkel itu diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang di Bilik Bestari, IPG Kampus Sultan Mizan. Semua pelajar semester 6 diwajibkan untuk menghadiri bengkel itu.Pada hari itu, peserta mendaftarkan diri pada pukul 1.50 petang. Semua peserta mengambil tempat duduk masing-masing semasa menyambut ketibaan penceramah. Selepas ketibaan penceramah, maka bermulalah Bengkel Ciri-ciri Guru Inovatif. Bengkel itu telah dikendalikan oleh seorang penceramah jemputan, iaitu Puan Ruzinar binti Ibrahim yang merupakan seorang Guru Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Kerandang. Beliau mengajar mata pelajaran Sains di sekolah tersebut dan telah menimba pengalaman yang luas dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya pencapaian cemerlang dalam bidang pendidikan dan gelaran beliau sebagai Guru Cemerlang, beliau telah menjadi pilihan utama penceramah kepada kami untuk program Bina Insan Guru itu.Pada permulaannya, Puan Ruzinar memperkenalkan diri dan menjelaskan tentang latar belakang beliau. Beliau menceritakan pengalaman beliau sebelum dan selepas mengajar di sekolah serta berkongsi pengalaman dalam bidang pendidikan. Beliau juga berkongsi pengalaman beliau dalam permohonan untuk menjadi guru cemerlang dan memberikan maklumat kepada kami dengan menunjukkan slaid.Beliau telah menerangkan cara membuat permohonan untuk menjadi guru cemerlang. Beliau telah menunjukkan kriteria-kriteria dan langkah-langkah bagi memohon guru cemerlang melalui slaid yang disediakan. Beliau telah menunjukkan gambar dan sijil yang dikumpulkan sepanjang perkhidmatan di sekolah. Sijil-sijil penting itu diletakkan dalam fail dengan kemas dan sistematik serta dilabelkan dengan jelas. Beliau menjelaskan bahawa dokumen-dokumen tersebut amat penting sebagai bukti sumbangan kami terhadap bidang pendidikan dan membuktikan kami berlayak untuk menjadi guru cemerlang.Kemudian, Puan Ruzinar menerangkan proses-proses semasa dinilai oleh pihak tertentu. Beliau menjelaskan bahawa beliau menghadiri beberapa kursus dan juga membuat penyediaan yang lengkap untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Beliau telah berusaha untuk menunjukkan kebolehan dan bakat diri sendiri serta menjawab sebarang soalan yang dikemukakan dengan baik.Semasa sesi soal jawab, komunikasi dua hala telah berlaku. Peserta program telah bertanya beberapa soalan kepada penceramah. Penceramah tidak jemu untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan telah memberikan jawapan yang bererti kepada peserta program. Penceramah juga memberikan nasihat kepada para peserta program pada akhir bengkel itu. Beliau mengatakan bahawa guru haruslah mempunyai aspek mental dan fizikal yang kuat dalam perjalanan ke arah gelaran sebagai guru cemerlang. Beliau juga menasihati kami supaya beryakin diri dalam menunjukkan penampilan diri dan berkongsi ilmu antara satu sama lain agar menjadi panduan untuk kejayaan kami.Setelah itu, program diteruskan ke majlis penutupan. Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan diadakan sebagai tanda penghargaan atas khidmat yang diberikan sepanjang bengkel itu berlangsung. Selepas penyampaian cenderahati, para peserta dan penceramah jemputan menikmati makanan yang disediakan. Akhir kata, kami amat bersyukur kerana program yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Penceramah telah banyak memberikan input kepada kami tentang peranan dan tanggungjawab sebagai guru yang cemerlang. Semoga program ini dapat menjadi panduan kepada semua guru pelatih dalam permohonan sebagai guru cemerlang dan menjadi seorang guru yang inovatif di sekolah kelak. Program ini telah banyak mendatangkan manfaat dan faedah kepada kami dalam bidang pendidikan supaya kami akan memberikan khidmat dan sumbangan yang tidak terhingga di dalam dunia pendidikan.

GAMBAR-GAMBAR BENGKEL CIRI-CIRI GURU INOVATIF

Gambar 1: Peserta program mengambil tempat duduk di Bilik Bestari.

Gambar 2: Pengerusi majlis memberi ucapan aluan.

Gambar 3: Penceramah jemputan program, Puan Ruzinar binti Ibrahim.

Gambar 4: Puan Ruzinar memberi ceramah dan berkongsi pengalaman.

Gambar 5: Para peserta mendengar ceramah yang diberikan.

Gambar 6: Puan Ruzinar menunjukkan fail-fail yang penting.

Gambar 7: Peserta mengemukakan soalan kepada Puan Ruzinar.

Gambar 8: Puan Ruzinar menjawab soalan peserta dan berkongsi pengalaman.

Gambar 9: Para peserta menumpukan perhatian semasa sesi soal jawab.

Gambar 10: Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada Puan Ruzinar.