laporan big 2015 bench mark

11
LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015 PENGHARGAAN Setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat saya menjayakan dan menyiapkan laporan penuh Program Bina Insan Guru sebelum, semasa dan selepas program bagi Program Penanda Aras. Program ini dijalankan bagi memenuhi kehendak PPG Semester 8, 2015 yang telah diadakan pada 28 Mac 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Ibrahim bin Yusof selaku mentor bagi Unit BMM 3 kerana telah dapat meluluskan kertas kerja bagi Program Penanda Aras ini meskipun penghantaran kertas kerja agak terlewat dihantar kepada beliau. Beliau juga telah banyak memberikan tunjuk ajar serta pandangan yang membina kepada ahli unit BMM 3 bagi menjayakan program ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan amatlah dihargai dan menjadi bekalan kepada kami bagi menempuh kehidupan di dalam kampus mahupun di luar kampus. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat sahabat-sahabat BMM 3 yang telah turut bersama- sama menjayakan program ini dengan semangat setiakawan bak kata pepatah ‘ yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’. 1

Upload: intan-nurbaizurra-mohd-rosmi

Post on 19-Feb-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Big 2015 Bench Mark

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

PENGHARGAAN

Setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat saya

menjayakan dan menyiapkan laporan penuh Program Bina Insan Guru sebelum,

semasa dan selepas program bagi Program Penanda Aras. Program ini dijalankan

bagi memenuhi kehendak PPG Semester 8, 2015 yang telah diadakan pada 28 Mac

2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Ibrahim bin

Yusof selaku mentor bagi Unit BMM 3 kerana telah dapat meluluskan kertas kerja

bagi Program Penanda Aras ini meskipun penghantaran kertas kerja agak terlewat

dihantar kepada beliau. Beliau juga telah banyak memberikan tunjuk ajar serta

pandangan yang membina kepada ahli unit BMM 3 bagi menjayakan program ini.

Segala tunjuk ajar yang diberikan amatlah dihargai dan menjadi bekalan

kepada kami bagi menempuh kehidupan di dalam kampus mahupun di luar kampus.

Ucapan terima kasih juga ditujukan buat sahabat-sahabat BMM 3 yang telah turut

bersama-sama menjayakan program ini dengan semangat setiakawan bak kata

pepatah ‘ yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’.

Tidak lupa juga penghargaan buat Guru Besar SK Bandar Tun Razak yang

telah banyak memberi kemudahan kepada kami untuk membenarkan kami membuat

lawatan ke sekolah beliau bagi menjayakan Program Penanda Aras ini. Beliau juga

telah menjadi penggerak utama dengan sudi memberi penerangan kepada kami

semasa kami mengadakan lawatan di sekolah beliau. Tanpa beliau lawatan

Penanda Aras ini tidak dapat dijayakan dengan sempurna seperti yang dikehendaki.

Segala kebaikan yang dicurahkan hanya Allah yang dapat membalasnya.

Sekian, terima kasih.

1

Page 2: Laporan Big 2015 Bench Mark

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

1.0 Pendahuluan

Pihak Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) telah mengadakan Program Bina

Insan Guru (BIG) sebagai subjek wajib kepada pelajar-pelajar yang menuntut di

IPGRM. Kumpulan Pertama seramai 15 pelajar dari Unit BMM 3 ambilan Jun 2011

telah mengadakan lawatan Penanda Aras ke SK Bandar Tun Razak sebagai

memenuhi pengisian tugasan ini.

2.0 Tujuan Program

Tujuan program adalah untuk memberikan peluang kepada guru pelatih

menjalankan aktiviti luar serta mengendalikan aktiviti tersebut dengan berkesan bagi

menimba ilmu demi generasi akan datang.

3.0 Objektif Program

Objektif lawatan ini adalah untuk :

3.1 Sebagai penanda aras dan memperoleh input-input yang boleh dijadikan

panduan dan rujukan.

3.2 Meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalisme guru - guru bahasa

Malaysia di sekolah.

3.3 Meninjau dan berkongsi pengalaman dari aspek pengurusan dan PdP.

3.4 Memberi peluang kepada guru-guru bertukar-tukar idea bagi memperluaskan

pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan dan PdP.

3.5 Mewujudkan hubungan dan kerjasama yang erat dengan komuniti antara

sekolah.

2

Page 3: Laporan Big 2015 Bench Mark

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

4.0 Tarikh dan Lokasi Program

Tarikh : 28 Mac 2015

Hari : Sabtu

Tempat : SK Bandar Tun Razak

5.0 Kaedah Pengangkutan

Semua peserta program telah hadir ke lokasi menggunakan kereta masing-masing.

Bagi peserta yang dating dari jauh mereka mengamalkan konsep berkongsi kereta

bagi menjimatkan kos .

6.0 Anjuran

Program Penanda Aras ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar Unit BMM 3, Program

Pensiswazahan Guru ambilan Jun 2011, Institut Perguruan Kampus Raja Melewar dengan

kerjasama guru-guru SK Bandar Tun Razak.

9.0 Sasaran

Pelajar-pelajar Unit BMM 3, Program Pensiswazahan Guru ambilan Jun 2011

seramai 15 orang.

3

Page 4: Laporan Big 2015 Bench Mark

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

10.0 Jawatan kuasa Induk

Penasihat : En. Ibrahim Bin Yusof (Mentor BM 3)

Pengerusi : En. Hishammudin Bin Mat Saat

Naib Pengerusi : Pn. Taslimah Binti Jamhari

Setiausaha : Pn. Silawati Binti Mat Yusoff

Bendahari : Pn. Sharti Fazlinda Binti Sulaiman

Ahli Jawatankuasa :

1. Pn. Ratna Binti Mohd Razali

2. Cik Norzaliza Binti Abd Aziz

3. En. Nor Azlin Bin Abas

11.0 AHLI JAWATANKUASA PENGENDALIAN PROGRAM

Pengerusi : En. Hishammudin Bin Mat Saat

Naib Pengerusi : Pn. Taslimah Binti Jamhari

Setiausaha : Pn. Silawati Binti Mat Yusoff

Bendahari : Pn. Sharti Fazlinda Binti Sulaiman

Ahli Jawatankuasa :

JK PENDAFTARANPn. Dahlia Binti RiduanPn. Wan Noor Hayati Binti Wan Hassan

JK MAKANANCik Norzaliza Binti AzizPn. Nazariza Binti Ahmad

JK KECEMASANEn. Abd Razak Bin BashahEn. Zamri Bin Yusoff

4

Page 5: Laporan Big 2015 Bench Mark

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

JK CENDERAMATA Pn. Ayu Binti WenPn. Ratna Binti Mohd Razali

JK DOKUMENTASI / PELAPORANEn. Hamdan Bin Awang HamadEn. Shamsul Kamal Bin NafiahEn. Nor Azlin Bin Abas

12.0 ANGGARAN KOS

BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1. Air Mineral RM53.00 RM 53.00

2. Sarapan RM 3.00 X 25 orang RM 75.00

3. Makan Tengah hari RM5.00 X 25 orang RM 125.00

4. Cenderamata RM70.00 RM 70.00

5. Kecemasan RM50 RM 50.00

JUMLAH RM 373.00

13.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Pendaftaran

7.45 pagi : Sarapan di Kantin SK Bandar Tun Razak

8.00 pagi :Taklimat, tayangan slaid dan lain-lain

9.00 pagi : Lawatan ke bilik - bilik khas

1.00 petang : Makan tengah hari dan Solat Zuhur

,

5

Page 6: Laporan Big 2015 Bench Mark

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

14.0 Laporan Kronologi Program

14.1 Sebelum Program

Sebelum program ini berjalan, taklimat BIG telah di adakan di Balai kerapatan

Institut Perguruan Raja Melewar pada 14 Februari 2015. Semua pelajar PPG

ambilan Jun 2011 telah diminta hadir untuk mendengar taklimat yang diberikan.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dalam unit BMM 3 telah dijalankan pada

interaksi ketiga iaitu pada 7 Mac 2015 dan semua pihak telah mengambil ketetapan

tentang lokasi serta tarikh BIG bagi ceramah ini dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa

kerja telah dirangka bagi menjayakan program ini.

Beberapa perbincangan juga telah dilakukan di dalam facebook antara ahli

unit BMM 3 bagi memastikan program BIG ini dapat dijalankan dengan lancar dan

berkesan.

14.2 Semasa Program

Peserta program tiba di SK Bandar Tun Razak pada pukul 7.30 pagi. Para

peserta mendaftar di kantin sekolah pada pukul 8.00 pagi. Para peserta menikmati

sarapan pagi di kantin sekolah sebelum ceramah bermula.

Pada jam 8.00 pagi, tuan rumah iaitu Encik Suib bin Haj Hamid merangkap

guru besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak bersama Cikgu Hisammudin

bin Mat Saat selaku Pengerusi Jawatankuasa Penanda Aras telah menyambut

ketibaan kami di perkarangan sekolah.

Encik Hisammudin bin Mat Saat selaku Pengerusi Majlis merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Penanda Aras mengalu-alukan kehadiran peserta

rombongan BMM 3 serta mengucapkan terima kasih kepada Encik atas kesudian

beliau menerima kehadiran pelajar BMM3. Sebagai memberkati majlis, Pengerusi

Majlis menjemput Encik Nor Azlin bin Abas membacakan doa.

Pengerusi majlis memulakan majlis dengan membacakan serba sedikit latar

belakang berkaitan Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak serta latar belakang

guru besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak Encik Suib bin Hj. Hamid.

6

Page 7: Laporan Big 2015 Bench Mark

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

Setelah itu guru besar SK Bandar Tun Razak , Encik Suib bin Hj. Hamid telah

memberikan penerangan kepada semua peserta tentang kejayaan-kejayaan serta

kecemerlangan yang telah diperolehi SK Bandar Tun Razak sehingga sekolah

tersebut dianugerahi Sekolah Kluster oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

pada tahun lepas iaitu tahun 2014.

Menurut beliau, kebitaraan bagi SK Bandar Tun Razak dari segi akademik

ialah Bahasa Malaysia. Manakala dari segi ko kurikulum pula ialah olahraga.

Kejayaan-kejayaan yang telah diraih oleh sekolah tersebut dalam Bahasa Malaysia

dari segi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan iaitu telah mengadakan serta menyertai

Bengkel Puisi Peringkat Negeri, menyertai Pertandingan surat kepada Perdana

Menteri , menyertai Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia peringkat Kebangsaan

serta mengadakan program-program bahasa di peringkat sekolah seperti Minggu

Bahasa, Minggu MBMMBI dan telah mengadakan hubungan jaringan dengan

penduduk kampong, IPGKRM, UNITEN dan TATIUC.

Dalam usaha menjadikan Bahasa Malaysia menjadi kebitaraan bagi Sekolah

Kebangsaan Bandar Tun Razak, pihak sekolah telah mencapai 100% pencapaian

Bahasa Malaysia dalam UPSR bagi tahun 2013 dan 2014. Pelajar-pelajar SK

Bantura juga cemerlang dalam aktiviti kokurikulum terutamanya bagi acara olahraga.

Terdapat beberapa orang murid dari sekolah tersebut telah berjaya mengharumkan

nama sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Selepas pembentangan power point

tersebut satu sesi soaljawab telah diadakan bagi memberi peluang kepada para

peserta untuk bertanyakan soalan berkaitan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak

sekolah bagi memastikan sekolah tersebut terus cemerlang. Setiap pandangan serta

info yang diberikan akan menjadi panduan kepada para guru untuk turut menjadikan

sekolah mereka sekolah yang cemerlang dan berwawasan. (Rujuk Lampiran 1).

Setelah selesai sesi penerangan daripada guru besar, para peserta dijemput

untuk membuat lawatan ke bilik-bilik khas seperti bilik Boss (Bilik SPBT),

perpustakaan, serta bilik yang telah mendapat anugerah hingga ke peringkat negeri

iaitu bilik Anti Dadah. Bilik tersebut mampu memberi keinsafan kepada murid-murid

supaya menjauhi diri daripada dadah.

7

Page 8: Laporan Big 2015 Bench Mark

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

14.3 Selepas Program

Seterusnya para peserta bergambar bersama-sama Encik sebagai kenang-

kenangan. Acara berakhir dengan tuan guru besar Sekolah Kebangsaan Bandar

Tun Razak menjemput kami peserta BMM 3 untuk menikmati hidangan tengah hari

yang disediakan.

Ketua unit BMM3 iaitu Saudara Abd. Razak juga telah mengadakan

perjumpaan serta taklimat bagi membincangkan hasil dapatan para peserta selepas

mengikuti lawatan Penanda Aras tersebut. Semua peserta juga dikehendaki

menyiapkan laporan ceramah secara individu dan laporan tersebut hendaklah

diserahkan kepada Encik Ibrahimi selaku Mentor bagi BMM3.

Secara keseluruhnnya program berjalan seperti yang dirancangkan. Ahli

Jawatankuasa kerja telah dapat menjalankan tugas masing-masing dengan

berkesan.. Pada keseluruhannya objektif program tercapai seperti yang dirancang..

15.0 Penutup

Melalui Lawatan Penanda Aras ini, diharapkan pelajar - pelajar Unit BM 3 dapat

memantapkan lagi pengurusan dan pengajaran dan pembelajaran di sekolah

masing-masing dengan lebih efisen dan sistematik seperti yang dihasratkan

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh:

..............................................

(PN TASLIMAH BT. JAMHARI)

NAIB PENGERUSI,

JAWATANKUASA KERJA PENANDA ARAS

8

Page 9: Laporan Big 2015 Bench Mark

LAPORAN BIG (PENANDA ARAS) SEMESTER 8 2015

16.0 LAPORAN AHLI JAWATANKUASA

17.0 REFLEKSI

APA YG SAYA BUAT DI ATAS ADALAH SEBAGAI PANDUAN. CIKGU BOLEH UBAHSUAI SENDIRI IKUT MAKLUMAT YG SAYA BERI. TERIMA KASIH.

9