laporan lawatan bench marking ke sekolah kebangsaan temenggong abdul rahman 1

6
LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING KE SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1, JOHOR PENDAHULUAN Bagi menyempurnakan Program Bina Insan Guru(BIG) Fasa V, kami telah merancang satu lawatan penanda aras (benchmarking) ke Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1, Johor(STAR 1). Lawatan ini melibatkan 40 orang siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5 yang mengambil subjek major Kemahiran Hidup. Kami bertolak dari kampus pada jam 7.45 pagi dengan berkenderaan sendiri dan diiringi oleh dua orang pensyarah opsyen iaitu Encik Ahmad Puad Aris dan Puan Cheng Yoke Fong. Kami disambut oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Che Kamaludin. Objektif lawatan ini adalah untuk memdedahkan siswa guru kepada persekitaran sekolah dan memilih satu imej sekolah yang boleh dijadikan penanda aras yang berkaitan dengan opsyen kami. Kami telah memilih Bengkel Kemahiran Hidup STAR 1 untuk dijadikan penanda aras dalam pengurusan sebuah bengkel kemahiran hidup yang baik dan boleh dijadikan contoh. Setelah diberi penerangan serba sedikit mengenai sekolah, kami telah dibawa ke persekitaran sekolah dan seterusnya ke Bengkel Kemahiran Hidup. KETERANGAN BENGKEL Bengkel Kemahiran Hidup STAR 1 telah dibina bersama-sama dengan terbinanya bangunan baru sekolah pada tahun 1996. Bengkel ini diuruskan oleh dua orang guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Bengkel ini mempunyai 8 buah meja kerja berserta 40 buah kerusi, sebuah meja guru dan peralatan bengkel yang lain. Semua peralatan bengkel telah dibeli dengan wang peruntukan sekolah. Bengkel ini terletak betul-betul ditepi laluan ke kantin dan menghadap ke dataran perhimpunan sekolah. Kedudukan yang strategik dan sentiasa menarik perhatian orang yang melaluinya. Apabila masuk sahaja ke dalam bengkel, benda pertama yang menarik perhatian adalah panel alatan tangan yang terlekat di dinding.

Upload: sirap-laici-ais

Post on 03-Jul-2015

2.382 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

laporan lawatan penanda arsas

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Bench Marking Ke Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1

LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING KE SEKOLAH

KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1, JOHOR

PENDAHULUAN

Bagi menyempurnakan Program Bina Insan Guru(BIG) Fasa V, kami telah

merancang satu lawatan penanda aras (benchmarking) ke Sekolah Kebangsaan

Temenggong Abdul Rahman 1, Johor(STAR 1). Lawatan ini melibatkan 40 orang

siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5 yang

mengambil subjek major Kemahiran Hidup. Kami bertolak dari kampus pada jam

7.45 pagi dengan berkenderaan sendiri dan diiringi oleh dua orang pensyarah

opsyen iaitu Encik Ahmad Puad Aris dan Puan Cheng Yoke Fong. Kami disambut

oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Che Kamaludin.

Objektif lawatan ini adalah untuk memdedahkan siswa guru kepada

persekitaran sekolah dan memilih satu imej sekolah yang boleh dijadikan penanda

aras yang berkaitan dengan opsyen kami. Kami telah memilih Bengkel Kemahiran

Hidup STAR 1 untuk dijadikan penanda aras dalam pengurusan sebuah bengkel

kemahiran hidup yang baik dan boleh dijadikan contoh. Setelah diberi penerangan

serba sedikit mengenai sekolah, kami telah dibawa ke persekitaran sekolah dan

seterusnya ke Bengkel Kemahiran Hidup.

KETERANGAN BENGKEL

Bengkel Kemahiran Hidup STAR 1 telah dibina bersama-sama dengan

terbinanya bangunan baru sekolah pada tahun 1996. Bengkel ini diuruskan oleh dua

orang guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Bengkel ini mempunyai

8 buah meja kerja berserta 40 buah kerusi, sebuah meja guru dan peralatan bengkel

yang lain. Semua peralatan bengkel telah dibeli dengan wang peruntukan sekolah.

Bengkel ini terletak betul-betul ditepi laluan ke kantin dan menghadap ke

dataran perhimpunan sekolah. Kedudukan yang strategik dan sentiasa menarik

perhatian orang yang melaluinya. Apabila masuk sahaja ke dalam bengkel, benda

pertama yang menarik perhatian adalah panel alatan tangan yang terlekat di dinding.

Page 2: Laporan Lawatan Bench Marking Ke Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1

Pintu masuk Bengkel Kemahiran Hudup STAR 1

Panel alatan tangan

KEMUDAHAN BENGKEL

Bengkel ini mempunyai kemudahan peralatan yang serba lengkap. Ini

termasukklah peralatan untuk bahan bantu mengajar. Apa yang menariknya,

peralatan tersebut dipaparkan di sudut bengkel dan membolehkan pelajar melihatnya

dengan jelas. Selain itu, kemudahan ICT juga disediakan dalam bengkel ini bagi

memudahkan guru menyampikn ilmu selras dengan perkembangan teknologi yang

semkin moden.

Page 3: Laporan Lawatan Bench Marking Ke Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1

Alatan dipaparkan di dinding LCD disediakan

Basikal sebagai bahan bantu mengajar susunan meja pelajar

Alatan disimpan dengan kemas di dalam laci penerangan oleh guru tentang alatan

Page 4: Laporan Lawatan Bench Marking Ke Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1

KESELAMATAN BENGKEL

Aspek paling penting dalam sebuah bengkel adalah keselamatan.

Keselamatan ketika melakukan kerja amat dititik beratkan dalam pengurusan

bengkel ini. Maka tidak hairanlah jika guru sentiasa menegaskan aspek ini.

Peraturan bengkel diletakkan di hadapan pintu utama dengan harapan pelajar

sentiasa waspada terhadap keselamatan mereka setiap kali masuk ke bengkel.

Pakaian bengkel yang sesuai juga perlu dipakai untuk melakukan kerja. Selain itu,

peti pertolongan cemas dan panduan melakukan pertolongan cemas turut diletakkan

di dalam bengkel.

Peraturan bengkel dihadapan pintu utama contoh pakaian bengkel

Peti pertolongan cemas meja guru

Page 5: Laporan Lawatan Bench Marking Ke Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Melalui pemerhatian yang telah kami buat, sudah tentu ada kekurangan yang

dikesan. Kekurangan yang perlu dilakukan penambahbaikan adalah mengenai

susunan beberapa perabot. Sebagai contoh, ada perabot yang diletakkan ditengah-

tengah laluan. Ini menyebabkan laluan menjadi sempit dan menyukarkan pergerakan

pelajar. Apa yang boleh dilakukan seperti mengalihkan perabot ini dan diletakkan di

sudut lain. Selain itu, keluasan bengkel yang agak sempit tidak sesuai untuk

meletakkan barangan yang terlalu banyak. Mungkin, guru boleh mengeluarkan

beberapa barangan yang kurang diperlukan.

PENUTUP

Setelah membuat pemerhatian terhadap Bengkel Kemahiran Hidup STAR 1,

kami telah dapat membayangkan bagaimana untuk menguruskan sesebuah bengkel

kelak. Memandangkan kami adalah bakal guru Kemahiran Hidup, kami mungkin

akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sebuah bengkel. Melalui lawatan

ini, kami boleh jadikan bengkel ini sebagai penanda aras bagi menguruskan bengkel

lain kelak. Semoga lawatan ini memberi input yang baik kepada semua siswa guru

seterusnya dapat membina insan seorang bakal guru.

Bergambar kenangan bersama Che Kamaludin