laporan amali 1 masakan

9

Upload: deanna

Post on 18-Jan-2016

1.702 views

Category:

Documents


42 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Amali 1 Masakan
Page 2: Laporan Amali 1 Masakan

PENGENALAN

Tambatan masa pada masa kini menyebabkan masyarakat kurang mementingkan

pengambilan sarapan atau makan pagi. Definisi sarapan atau makan pagi ialah makanan yang

dimakan ketika pagi hari sebelum kita bergerak aktif sama ada pergi kerja atau ke sekolah.

Makanan itu terdiri dari makanan utama iaitu terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak dan

vitamin seperti yang ada dalam piramid makanan. Jumlah dari makanan yang dimakan ketika

sarapan pagi adalah sekitar kurang lebih 1/3 dari makanan sehari.

Antara manfaat yang kita dapat ketika kita melalui makan pagi atau sarapan adalah

untuk mendapatkan zat gizi yang mencukupi dan seimbang. Mengambil sarapan pagi juga

dapat memelihara ketahanan tubuh, agar kita dapat bergerak aktif, belajar atau bekerja dengan

baik. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam memusatkan pemikiran untuk belajar dan

memudahkan penyerapan pelajaran.

Akibat jika kita tidak mengamalkan mengambil sarapan pagi adalah badan akan

menjadi lemah kerana kekurangan zat makanan yang diperlukan untuk mendapatkan tenaga

sepanjang hari. Contohnya implikasi kepada pelajar sekolah ialah mereka akan mudah

mengantuk di dalam kelas, tidak cergas dan cerdas, mereka tidak dapat memberikan fokus

terhadap pelajaran mereka.

Untuk pekerja pula mereka tidak dapat menjalankan perkerjaan dengan optimun.

Contohnya seperti seorang guru mereka memerlukan tenaga yang banyak pada awal pagi

untuk masuk ke dalam kelas dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Jika guru

itu berada di dalam keadaan lapar, mereka tidak dapat melakukan kegiatan di pagi hari dengan

baik.

Oleh itu telah tebukti bahawa sarapan pagi sangatlah penting untuk mepertingkatkan

prestasi seseorang setelah bangun dari tidur. Rutin sarapan pagi yang baik akan membentuk

peribadi seseorang dengan baik.

Page 3: Laporan Amali 1 Masakan

LAPORAN AMALI 1 : MASAKAN SARAPAN PAGI

ROTI BAKAR BERSAMA SOSEJ, HASHBROWN DAN OMELLETE CHEESE

RESEPI ASAS

BAHAN-BAHAN:

4 KEPING ROTI PUTIH

2 BIJI TELUR AYAM

2 KEPING HASHBROWN

4 KEPING SOSEJ AYAM

SEDIKIT MAYONAISE

SEKEPING CHEDDAR CHEESE

SEDIKIT DAUN BAWANG DIPOTONG HALUS

LADA SULAH DAN GARAM SECUKUP RASA

DAUN SALAD DAN TOMATO SEBAGAI HIASAN

2 BIJI BUAH OREN UNTUK MEMBUAT MINUMAN FRESH ORANGE

Page 4: Laporan Amali 1 Masakan

CARA-CARA:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati. Campurkan sedikt lada sulah, mayonaise dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan daun bawang yang telah dipotong halus ke dalam mangkuk tersebut. (Rujuk gambarajah 1.0)

Gambarajah 1.0

2. Panaskan kuali leper dan letak sedikit minyak. Goreng sosej sehingga kekuningan. Kemudian goreng hashbrown sehingga kekuningan. (Rujuk gambarajah 2.0.)

Gambarajah 2.0

3. Bahagikan telur kepada 2 bahagian dan goreng bahagian pertama dalam kuali leper dengan minyak yang sedikitdan api yang perlahan. Taburkan cheese di atas telur dan lipat dua telur tersebut. Setelah masak angkat telur tersebut. (Rujuk gambarajah 3.0.)

Gambarajah 3.0

Page 5: Laporan Amali 1 Masakan

4. Letakkan hashbrown, sosej dan omellette cheese dalam pinggan hidangan dan hias menggunakan daun salad dan tomato.

5. Bakar roti di dalam pembakar roti dan kemudian letakkan ke dalam rak roti.6. Buah oren itu dipotong 2 bahagian. Buah itu dibuang kulitnya. Masukkan buah ke dalam

mesin pemprosesan jus. Jus air oren dihidang di dalam gelas buah.

Sajian sarapan pagi yang lengkap untuk dua orang

Page 6: Laporan Amali 1 Masakan

KOS ( 2 0rang)

BIL BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH

1. Roti 4 RM 2.70 sebuku RM 0.90

2. Sosej 4 RM 2.60 sepeket RM 1.04

3. Telur 2 RM 0.30 sebiji RM 0.60

4. Hashbrown 2 RM 5.60 sepeket RM 1.12

5. Cheddar Cheese 1 RM 9.50 sepeket RM 0.80

6. Mayoniese 1 sudu RM 5.70 sebotol RM0.10

7. Tomato 1 biji RM 0.50/100g RM 0.70

8. Daun salad 4 helai RM 3.00/kg RM 0.30

9. Buah Oren 2 biji RM 0.50 sebiji RM 1.00

Jumlah RM 6.56

Nama Ahli: Izny Atikah Binti Ahmad Fahmi

Page 7: Laporan Amali 1 Masakan

REFLEKSI SEBELUM

Sebelum aktiviti memasak ini, saya tidak pernah menyediakan sepinggan sarapan

yang lengkap. Selalunya roti akan dimakan sahaja dengan telur goreng atau sosej goreng

tanpa menyediakan sayur – sayuran dan minuman yang berkhasiat. Selain itu, saya juga tidak

pernah mempelajari teknik hiasan pada meja makan dan hiasan pada makanan. Saya juga

berasa penyediaan alatan yang lengkap sebelum dan semasa memasak tidak begitu penting.

REFLEKSI SEMASA

Semasa melakukan amali masakan, saya merasakan penyediaan bahan masakan

sebelum memasak sangat penting. Pinggan hidangan juga perlu disediakan dahulu untuk

memudahkan meletakkan bahan masakan setelah dimasak. Bahan masakan perlu disediakan

dahulu sebelum memulakan memasak. Aktiviti memasak perlu disusun dari yang paling susah

masak kepada yang paling mudah unutk dimasak. Memasak telur memerlukan kepakaran

yang paling penting kerana telur tidak boleh terlalu masak atau terlalu garing. Selain itu untuk

menggoreng hashbrown juga agak susah kerana hashbrown mudah hancur. Ketika

menterbalikkan hashbrown perlulah secara berhati – hati dan teliti. Akhir sekali ketika

membuat roti bakar, roti itu tidak boleh terlalu lama dibakar kerana akan terlalu keras, hangus

dan hitam. Ketika memasak saya dapati kita tidak boleh leka dan perlu berhati – hati dengan

persekitaran.

REFLEKSI SELEPAS

Selepas aktiviti amali masakan ini saya bersa lebih yakin untuk memasak. Saya juga

menyedari betapa pentingnya untuk menyediakan sepinggan makanan yang lengkap dengan

semua nutrisi. Saya juga dapat mempelajari resepi baru dengan lebih terperinci. Pengalaman

menghias makanan dan meja memberikan persperktif baru ke dalam diri saya di mana hiasan

di meja makan dapat menimbulkan keinginan untuk kita menikamati makanan itu dengan

lebih teruja. Saya juga lebih sedar bahawa sarapan pagi sangat penting untuk memberikan kita

fokus dan lebih tumpuan ketika berkerja.

Page 8: Laporan Amali 1 Masakan

Nama Ahli: Nur Diyana Binti Nasruddin

REFLEKSI SEBELUM:

Semasa saya mendapat tahu bahawa kami pelajar DPLI-RBT akan membuat amali

masakan saya menjadi sangat teruja kerana ini erupakan pertama kali saya membuat amali

masakan sejak di sekolah menengah dahulu. Sebelum masuk ke makmal masakan kami

disuruh oleh pensyarah Pn. Razeya Jan Samsuddin untuk mencari resepi dan kuantiti yang

diperlukan. Dari sini saya belajar tentang berjimat dalam mencari bahan untuk menyediakan

sarapan pagi untuk dua orang. Bahan-bahan masakan juga harus diletakkan dalam dulang

kerja untuk memudahkan proses penyediaan bahan dan masakan.

REFLEKSI SEMASA

Semasa menyediakan bahan-bahan masakan saya mempelajari bahawa kita harus

pandai menyusun cara-cara dalam menyediakan makanan. Kita harus mengetahui apa yang

perlu dilakukan dahulu untuk menjimatkan masa dan mengelakkan pembaziran. Kita juga

harus serius dalam membuat amali masakan kerana ruang yang terhad dan untuk

mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi. Semasa proses memasak saya telah

mempelajari banyak perkara baru seperti dalam pembuatan omellette cheese dan cara

menggoreng hashbrown. Sebelum ini selalunya saya memasak tanpa membuat perancangan

dahulu. Di sini saya belajar bagaimana membuat perancangan dalam proses penyediaan

masakan dan bagaimana mengagihkan tugas antara ahi kumpulan.

REFLEKSI SELEPAS

Saya telah mempelajari bagaimana hendak menghias sesuatu hidangan. Sebelum ini

saya tidak pernah membuat hiasan makanan di rumah. Membuat hiasan ini bertujuan untuk

menarik perhatian orang dan kanak-kanak khususnya untuk menikmati sarapan pagi yang

lengkap. Selain itu saya juga menjadi lebih yakin dalam memasak dan mengambil sarapan

pagi. Sebelum ini saya jarang mengambil sarapan pagi yang lengkap dan saya sekarang saya

telah mengetahui betapa pentingnya mengambil sarapan pagi yang lengkap kerana permulaan

hari bermula dengan sarapan pagi yang lengkap.

Page 9: Laporan Amali 1 Masakan

Nama Ahli: Siti Nurhidayah Binti Abdullah

REFLEKSI.

Untuk tugasan masakan kali ini, kumpulan kami telah diberi tugasan untuk menyiapan satu

hidangan lengkap untuk sarapan pagi. Kami dikehendaki menyediakan hidangan lengkap roti

bakar bersama sosej, telur dadar dan ‘hash brown’. Terdapat beberapa kekuatan dan

kelemahan kami semasa proses sebelum masakan, semasa masakan dan selepas masakan.

Antaranya ialah:

Kekuatan

1. Penyediaan yang mengambil masa yang singkat.

2. Hidangan yang disediakan cukup untuk 2 orang murid

3. Bahan-bahan yang digunakan dan resepi mudah didapati.

4. Semua ahli kumpulan mempunyai kelengkapan masakan yang mengcukupi.

Kelemahan

1. Tidak dapat mengendalikan pembakar roti dengan baik

2. Tidak mengetahui cara sajian yang betul untuk sarapan pagi

Dengan kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti, sedikit sebanyak banyak membantu kami

dengan lebih baik dan teratur selepas ini. Walau bagaimanapun proses sebelum, semasa dan

selepas masakan berjalan lancar dan kami amat berpuas hati. Kami merasakan semua pelajar

dapat menyediakan sarapan pagi dengan mudah dan cepat.