laporan amali jam matahari sem 5

7
Tajuk : Membuat Jam Matahari Tujuan : Untuk Membina Jam Matahari bagi Mengukur Masa. Pengenalan: Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untuk memanfaatkan bayang-bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Pada asasnya, jam matahari dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang-bayang yang akan dapat tentukan kedudukannya.Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu matahari nyata. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu piawai serta waktu musim panas. Pada zaman dahulu, manusia tidak mengenali jam. Mereka hanya tahu bangun ketika matahari terbit, dan tidur saat bintang-bintang menghiasi langit. Untuk mengira hari, mereka mengira berapa kali matahari terbit. Kemudiannya orang Mesir kuno memerhatikan bayangan matahari. Jika posisi matahari tegak lurus, bayangan yang terbentuk pendek. Sebaliknya, ketika matahari mulai naik atau turun, bayangannya panjang. Pada waktu pagi ketika matahari di timur, bayangan terbentuk di barat dan begitulah sebaliknya yang terjadi pada waktu petang. Berdasarkan bayangan matahari, mereka membuat jam matahari yang dibentuk daripada batu berbentuk T yang berdiri tegak lurus. Alat ini diletakkan di tempat yang terbuka iaitu yang menerima sinaran matahari dari pagi hingga petang. Berdasarkan bayangan, yang terbentuk, mereka mengira waktu. Alat ini menjadi alat pengukur waktu yang pertama. Jam matahari tidak tepat bila matahari tertutup oleh awan. Namun cara ini dipakai selama berabad-abad untuk mengukur waktu. Apabila peradaban manusia semakin maju, manusia mula menggunakan jam mekanik. AMALI 3: JAM MATAHARI Page 1 AMALI 3

Upload: dustin-cooper

Post on 27-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Amali Jam Matahari Sem 5

Tajuk : Membuat Jam Matahari

Tujuan : Untuk Membina Jam Matahari bagi Mengukur Masa.

Pengenalan:

Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan

kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untuk

memanfaatkan bayang-bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan

jam-jam dalam satu hari. Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu

yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Pada asasnya, jam matahari

dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang-bayang yang

akan dapat tentukan kedudukannya.Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu

matahari nyata. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu

piawai serta waktu musim panas.

Pada zaman dahulu, manusia tidak mengenali jam. Mereka hanya tahu bangun

ketika matahari terbit, dan tidur saat bintang-bintang menghiasi langit. Untuk mengira

hari, mereka mengira berapa kali matahari terbit. Kemudiannya orang Mesir kuno

memerhatikan bayangan matahari. Jika posisi matahari tegak lurus, bayangan yang

terbentuk pendek. Sebaliknya, ketika matahari mulai naik atau turun, bayangannya

panjang. Pada waktu pagi ketika matahari di timur, bayangan terbentuk di barat dan

begitulah sebaliknya yang terjadi pada waktu petang.

Berdasarkan bayangan matahari, mereka membuat jam matahari yang dibentuk

daripada batu berbentuk T yang berdiri tegak lurus. Alat ini diletakkan di tempat yang

terbuka iaitu yang menerima sinaran matahari dari pagi hingga petang. Berdasarkan

bayangan, yang terbentuk, mereka mengira waktu. Alat ini menjadi alat pengukur waktu

yang pertama. Jam matahari tidak tepat bila matahari tertutup oleh awan. Namun cara

ini dipakai selama berabad-abad untuk mengukur waktu. Apabila peradaban manusia

semakin maju, manusia mula menggunakan jam mekanik.

AMALI 3: JAM MATAHARI Page 1

AMALI 3

Page 2: Laporan Amali Jam Matahari Sem 5

Antara contoh jam matahari yang terawal digunakan

Bahan-bahan :

Kertas A3, Gunting, Pembaris, Pen atau Pensel, Gam, Kompas, Jam, Polisterina.

Prosedur :

1. Polisterina dan kertas A3 dipotong dalam bentuk bulatan yang berdiameter

20 cm.

2. Kertas A3 digam di atas permukaan polisterina bulat. Ini akan menjadi

asas jam matahari.

AMALI 3: JAM MATAHARI Page 2

Page 3: Laporan Amali Jam Matahari Sem 5

3. Segi tiga bersudut tegak dipotong daripada polisterina yang tinggal.

Hipotenus segitiga mestilah 5cm.

4. Segitiga bersudut tegak digam ke pangkal jam matahari.

5. Jam matahari diletakkan di bawah cahaya matahari.

6. Segitiga bersudut tegak diletakkan menghala ke utara dengan bantuan kompas.

7. Kedudukan bayang-bayang segitiga bersudut tegak dipangkal jam matahari

setiap jam ditandakan.

AMALI 3: JAM MATAHARI Page 3

Page 4: Laporan Amali Jam Matahari Sem 5

8. Masa yang ditanda dicatat.

9. Jam matahari digunakan untuk memberitahu masa.

10. Gambar bayang-bayang matahari diambil setiap jam dari jam 9.00 pagi hingga

6.00 petang.

Keputusan :

Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian :

MasaGambar Bayang-

Bayang

Panjang

Bayang-bayang(cm)

Arah

Bayang-bayang

9.00 pg 7.2 cm Barat

10.00 pg 4.3 cm Barat

11.00 pg 2.1 cm Barat

AMALI 3: JAM MATAHARI Page 4

Page 5: Laporan Amali Jam Matahari Sem 5

12.00 tgh 1.5 cm Barat

1.00 ptg 0.8 cm Barat

2.00 ptg 0.8 cm Timur

3.00 ptg 1.5 cm Timur

4.00 ptg 2.7 cm Timur

AMALI 3: JAM MATAHARI Page 5

Page 6: Laporan Amali Jam Matahari Sem 5

5.00 ptg 4.6 cm Timur

Perbincangan :

Putaran Bumi pada paksinya dari barat ke timur menyebabkan panjang dan arah

bayang-bayang berubah dari waktu pagi ke waktu petang. Perubahan bayang-bayang

dari pagi hingga petang dapat dilihat dengan jelas berubah dari dari arah barat ke arah

timur. Pada waktu pagi, bayang-bayang akan menghala ke arah barat manakala pada

waktu petang, bayang-bayang akan menghala ke arah timur. Kedudukan matahari pula

adalah lebih rendah pada awal pagi dan lewat petang tetapi berada di kedudukan yang

tinggi semasa tengahari. Fenomena ini menyebabkan bayang-bayang lebih panjang

pada awal pagi dan lewat petang berbanding waktu tengah hari. Bayang-bayang adalah

pendek pada waktu tengah hari kerana Matahari berada tegak di atas kepala. Panjang

dan arah bayang-bayang boleh digunakan untuk menganggarkan waktu tanpa melihat

jam.

Kesimpulan :

Matahari boleh digunakan sebagai alat untuk mengukur masa.Bayang-bayang

akan berada di sebelah barat pada waktu pagi dan bergerak ke arah timur

pada waktu petang kerana Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di

sebelah barat.

AMALI 3: JAM MATAHARI Page 6

Page 7: Laporan Amali Jam Matahari Sem 5

RUJUKAN

1. Pusat Teknologi Maklumat UKM, UKM Teaching and Learning Congress

2012. Dimuatturun pada 27 Februari 2014 daripada

http://www.ukm.my/confukm/index.php/kpp2012/k2012/paper/view/610

2. Perkembangan Jam Di DuniaDimuatturun pada 14 Februari 2014 daripada

http://labsky2012.blogspot.com/2012/09/tugas-5-perkembangan-jam-di-dunia.html

3. Haslan Manja, Benny Kong Tze Loong, Low Kkee ,Santana Rajan a/l

Perumale, Dr. Hj. Zainol Badli, Modul Sains SCE 3110 Bumi dan Angkasa Lepas.

Institut Pendidikan Guru KPM,Cyberjaya, 2012.

AMALI 3: JAM MATAHARI Page 7