laporan amali respirasi ikan

Upload: mizan-bob

Post on 03-Apr-2018

508 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    1/13

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

    MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

    SCE 3101

    HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

    RESPIRASI HAIWAN

    LAPORAN AMALI

    MENGKAJI SISTEM PERNAFASAN IKAN

    ROSMIZAN BIN JAHAWI

    (810110-13-5649)

    PENGAJIAN SAINS

    KUMPULAN 2

    SEMESTER1 / 2012

    PENSYARAH : EN. LING HAU CHING

    IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

    DENGAN KEPUJIAN

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    2/13

    Topik : Respirasi Haiwan

    Ekperimen : Penyiasatan Sistem Respirasi Ikan

    Pengenalan

    Organ pernafasan ikan ialah insang. Insang ialah struktur respirasi yang khusus

    untuk pernafasan dalam air. Insang di sesuaikan untuk menyerap oksigen terlarut

    dalam air. Insang terletak di kedua-dua sisi badan ikan dan ditutupi oleh penutup

    insang atau operkulum. Operkulum ialah struktur berotot yang menutup dan

    melindungi insang. Operkulum berkoordinasi dengan mulut dalam mekanisme

    pernafasan ikan.

    Objektif:

    Tujuan eksperimen ini adalah untuk menyediakan spesimen yang digunakan iaitu

    ikan puyu agar pemerhatian terhadap struktur insangnya dapat diperhatikan dengan

    jelas dan membantu kita memahami fungsi rekabentuk penyesuaian insang sebagai

    organ pernafasan haiwan akuatik(hidup di dalam) air dan mengetahui fungsi-fungsi

    bahagian-bahagian insang ikan

    Bahan dan radas :

    Ikan puyu

    Instrumen pembedahan

    Papan pembedahan

    Mikroskop

    Kanta tanganTalam / tray

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    3/13

    Prosedur:

    1. Rekabentuk luar ikan puyu diperhati dilukis dan dilabelkan

    2. Operkulum ikan puyu pada suatu sisi dipotong untuk mendedahkan struktur

    insang.

    3. Lengkung insang ikan diselak dan dibuka menggunakan forsep dan

    diperhatikan dengan kanta tangan.

    4. Pemerhatian yang dibuat dicatat dan dilukis dan dilabelkan.

    5. Sedikit bahagian filamen ikan dipotong dan diletakkan di atas slaid.

    6. Slaid diperhatikan di bawah mikroskop.

    7. Pemerhatian keratin rentas filament dicatat dan dilukis dan dilabelkan.

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    4/13

    Keputusan:

    Pemerhatian:

    a) Gambar pemerhatian amali

    Pemerhatian Struktur Luar Ikan

    Pemerhatian Struktur Insang Ikan

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    5/13

    Pemerhatian Keratan rentas Filamen Melalui Mikroskop

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    6/13

    b) Lukisan Pemerhatian

    Pemerhatian Steuktur Luar Ikan

    Pemerhatian Struktur Insang Ikan

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    7/13

    Kesimpulan

    Ikan mempunyai rekabentuk tubuh yang sesuai untuk berenang dan hidup di

    dalam air. Sistem pernafasan ikan ialah insang. Ikan mempunyai empat pasang

    insang empat di sebelah kanan ikan dan empat lagi di sebelah kiri ikan, Setiap

    insang terdiri daripada satu lengkung insang yang keras dan dua baris filamen

    insang. Setiap filamen insang mempunyai lapisan menegak di permukaan atas dan

    bawah yang dipanggil lamela insang, dimana pada [ermukaan ini pertukaran gas

    berlaku dengan efisyen.

    \

    Pemerhatian Keratan Rentas Filamen Insang

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    8/13

    Perbincangan

    Mekanisme Pernafasan Ikan

    Mulut ikan sentiasa terbuka dan tertutup. Ini ialah cara ikan bernafas.

    Kepekatan oksigen dalam air adalah kurang berbanding dengan udara.

    Ikan memerlukan sistem pertukaran gas yang efisyen untuk memastikan

    cukup oksigen diperolehi untuk pernafasan.Ikan bernafas dengan

    membuka dan menutup mulut dan operkulum secara selang seli.

    (a) Pembukaan mulut / Air masuk

    o Mulut ikan membuka.

    o Rongga mulut membesar, isipadu bertambah.

    o Tekanan dalam mulut menurun.

    o Operlulum menutup kerana tekanan diluar

    lebih tinggi.

    o Air dengan oksigen terlarut masuk.

    (b) Penutupan mulut / Air keluar

    o Mulut ikan tutup

    o Rongga mulut mengecil, isipadu menurun

    o Tekanan dalam mulut tinggi

    o Operkulum membuka

    o Air dipaksa keluar

    Operkulum tutup

    Operkulum buka

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    9/13

    Analisis Data

    Kebanyakkan ikan mempunyai empat pasang insang, empat di sebelah kanan ikan

    dan empat lagi di sebelah kiri ikan. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung

    insang yang keras dan dua baris filamen insang. Setiap filamen insang mempunyai

    lapisan menegak di permukaan atas dan bawah yang dipanggil lamela gill. Lamela

    gill merupakan permukaan untuk pertukaran gas berlaku.

    Filamen insang dibekalkan dengan jalinan kapilari yang banyak. Dinding

    filamen yang halus memudahkan resapan oksigen ke dalam kapilari darah. Sisir

    insang berbaris pada lengkung insang dan menapis zarah-zarah kecil seperti pasir

    supaya tidak memasuki bahagian filamen dan merosakkannnya

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    10/13

    Soalan Eksperimen

    1. Perhatikan bentuk badan ikan; garis arus, tidak berleher, sepasang sirip

    dan ekor yang fleksibel. Apakah kelebihannya untuk memeliliki bentuk

    yang sedemukian?

    Bentuk ikan mempunyai garis arus (stream line) yang aerodinamik

    membolehkannya berenang dengan laju di dalam air. Sirip ikan dan ekor yang

    fleksibel pula membolehkannya mengemudi dan memecut dengan kadar

    yang cepat.

    2. Tubuh ikan dilitupi oleh sisik, Apakah fungsi sisik ikan?

    Sisik ikan keras dan berlendir. ia berfungsi sebagai pelindung luar kepada

    badan ikan dan mengelakkanya tercedera. Sisik pada badan ikan tumbuh

    kearah belakang dan tidak menghalang laluan air dan ini membantu

    mengurangkan geseran.

    3. Ikan bertulang mempunyai operculum atau penutup insang yang boleh

    digerakkan dan berfungsi melindungi insang pada kedua-dua belah

    badannya. Potong sebelah operkulum untuk mendedahkan struktur

    insang. Berapa pasang insang yang dapat anda perhatikan?

    Ikan mempunyai empat pasang insang, empat di sebelah kanan ikan dan

    empat lagi di sebelah kiri ikan

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    11/13

    4. Insang disambung pada struktur bertulang yang dipanggil lengkung

    insang. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang dan dua

    baris filamen insang. Perhatikan filamen insang di bawah mikroskop.

    Lukis dan label struktur ini. Apakah nama saluran darah yang terdapat

    dalam filamen insang?

    Saluran darah yang terdapat pada struktur lamella ialah afferent dan

    efferent. Afferent mengalirkan darah yang mengandungi Oksigen

    berkepekatan rendah, manakala efferent mengalirkan Oksigen yang

    berkepekatan tinggii

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    12/13

    5. Pertukaran gas berlaku di filamen insang. Huraikan ciri-ciri penyesuaian

    filamen insang yang membolehkan pertukaran gas yang effisien.

    Terangkan fungsi filamen insang.

    Setiap filamen insang mempunyai lapisan menegak di permukaan

    atas dan bawah yang dipanggil lamela insang. Lamela insang

    merupakan permukaan untuk pertukaran gas berlaku Permukaan

    lamela yang belipat-lipat menyebabkan luas permukaannya

    tinggi dan membenarkan lebih banyak pertukaran gas berlaku

    apabila air yang mengandungi oksigen terlarut

    melaluinya,Filamen insang dibekalkan dengan jalinan kapilari yang

    banyak. Dinding filamen yang halus memudahkan resapan oksigen

    ke dalam kapilari darah.

    Senarai Rujukan

    Clegg, C.J. with D.G. Mackean. (2007).Advanced Biology-Principles and

    Applications.

    London. Hodder Murray.

    Kaskel, A. & Hummer, P.J. (2003). Biology an everyday experience. New York:

    Glencoe McGraw Hill

    Lum H. K.(2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson Education Asia

    Pte Ltd.

    Mader, S. S. (2001). Biology, 9th edition. New York: McGraw Hill

    Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th ed.).

    Boston:McGraw Hill

    http://www.mcqueens.net/mcqueen-ntl/dis/toc_/Pt20.html

    http://www.emc.maricopa.edu/faculty/farabee/BIOBK/BioBookRESPSYS.html

    http://www.zephyrus.co.uk/characteristics.html

    http://ahobart.net/oldsite/biology/advanced/htmlpages/gas.htm

  • 7/29/2019 LAPORAN AMALI RESPIRASI IKAN

    13/13

    www.unit5.org/biology/PowerPoints/Rat%20Dissection.pp

    http://en.wikipedia.org/wiki/Fish#Respiration

    http://www.myuniversalfacts.com/2006/03/how-do-fish-breathe.html

    http://www.examstutor.com/biology/resources/studyroom/organs_and_systems/gas_

    exchange/exchange_fish.php

    http://www.mrothery.co.uk/exchange/exchange.htm#GAS EXCHANGE IN FISH

    http://www.s-cool.co.uk/a-level/biology/gas-exchange/revise-it/gas-exchange-in-fish