dokumentasi pemantapan sahsiah

11

Click here to load reader

Upload: kelab-angklung-wariseni-smktsm

Post on 27-Nov-2015

96 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

dokumentasi

TRANSCRIPT

Page 1: dokumentasi pemantapan sahsiah

Laporan Program Pemantapan Sahsiah, Disiplin dan Moral Murid-murid Sesi Petang

SMK Taman Sri Muda 2013

1.0 Pengenalan

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar yang telah melakukan kesalahan disiplin menjalankan kerja amal. Secara tidak langsung pelajar dapat menebus mata merit yang telah ditolak disebabkan oleh kesalahan disiplin. Program ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan sekolah, menghargai alam sekitar disamping memberi kesedaran kepada pelajar mengenai disiplin sekolah. Melalui program ini juga diharapkan dapat memupuk rasa tanggungjawab serta sikap saling bantu membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.

2.0 Objektif

2.1 Memberi peringatan kepada murid-murid tentang sahsiah, disiplin dan peraturan sekolah.

2.2 Meningkatkan sahsiah, disiplin dan motivasi murid untuk belajar.

2.3 Memberi kesedaran tentang kepentingan sahsiah, disiplin dan motivasi kepada murid-murid.

2.4 Memupuk rasa tanggungjawab dalam diri murid-murid serta sikap saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.

2.5 Perubahan tingkahlaku positif dan sahsiah diri.

Page 2: dokumentasi pemantapan sahsiah

3.0 Aturcara Program

TARIKH HARI WAKTU AKTIVITI GURU BERTUGAS

MINGGU PERTAMA

12 Sept Khamis 9.00 –

11.00 pagi

Baik pulih perabut Encik Ahmad Ridzuan Md.Johan

En. Hashim Wahdi Ahmad Shauki

MINGGU KEDUA

26 Sept Khamis 9.00 –

11.00 pagi

Lanskap Cik Zahidah Jamil

Puan Hafifah Md Salim

MINGGU KETIGA

10 Okt Khamis 9.00 –

11.00 pagi

Mural Puan Elsa Majmiza Murad Khan

Puan Salabiah Dholy

MINGGU KEEMPAT

24 Okt Khamis 9.00 –

11.00 pagi

Muzik Puan Norazlena Lazim

Puan Siti Habibah Juddin

Puan Azmi binti Ahmad Nasri

MASA AKTIVITI9.00 pagi Guru bertugas mengambil kehadiran murid

Taklimat ringkas

9.15 – 10.20 pagi Aktiviti dimulakan

10.20 - 10.40 pagi REHAT

10.40 - 11.00 pagi Aktiviti disambung semula

4.0 Pengisian Aktiviti

Page 3: dokumentasi pemantapan sahsiah

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membaik pulih perabot, lanskap, mural dan muzik. Setiap aktiviti dikendalikan oleh beberapa orang guru dan juga pengawas. Masa untuk setiap aktiviti yang dijalankanadalah selama dua jam.

Aktiviti 1 : 12 September 2013 Membaik Pulih Perabot

Guru bertugas: Encik Ahmad Ridzuan Md. Johan Encik Hashim Wahdi Ahmad Shauki

Aktiviti ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan menjaga harta benda sekolah. Seringkali kerusi dan meja dirosakkan oleh murid-murid menyebabkan beberapa kelas mengalami kekurangan perabot. Dengan adanya aktiviti ini dapat memberi keinsafan kepada murid-murid yang terlibat tentang kesan dan akibat apabila berlaku kekurangan perabot.

Murid-murid membaiki perabot yang telah rosak Murid-murid mengasingkan dan membaiki perabot yang rosak

Page 4: dokumentasi pemantapan sahsiah

Aktiviti 2 : 26 September 2013 LanskapGuru bertugas: Cik Zahidah Jamil

Pn. Hafifah Md Salim

Aktiviti ini pula bertujuan memberi keinsafan murid-murid tentang kepentingan kebersihan dan menghargai alam sekitar. Secara tidak langsung dengan menggunakan bahan-bahan terpakai, murid-murid menghargai Kempen 3R dan .Green the Earth'.

Pelajar mula menggembur tanah untuk membuat batas bagi memudahkan tanaman pokok herba

Pelajar dan guru sedang membuat pemilihan pokok yang sesuai untuk ditanam.

Laman Nada sebelum pemuliharaan

Page 5: dokumentasi pemantapan sahsiah

Murid-murid merumput. Pengawas yang bertugas turut sama memberikan kerjasama.

Murid-murid membantu guru memilih tanaman herba yang sesuai.

Menghias batas pokok dengan menggunakan barang terpakai

Hasil akhir Laman Nada (masih dalam proses)

Pelajar memasang batu jalan kaki.Selain botol, buluh juga digunakan untuk menghias batas.

Page 6: dokumentasi pemantapan sahsiah

Aktiviti 3 : Mural 10 Oktober 2013

Guru bertugas: Pn. Elsa Majmiza Murad Khan Pn. Salabiah binti Dholy

Aktiviti ke tiga yang dijalankan merupakan aktiviti melukis mural di dinding blok seni. Acapkali dinding-dinding sekolah dilakarkan dengan lakaran yang tidak memberikan sebarang makna oleh murid-murid nakal. Melalui aktiviti ini murid-murid dapat merasakan penat-lelah karya yang dihasilkan akan membawa kekecewaan sekiranya tidak dihargai. Mereka akan dapat merasakan betapa keringat yang dialirkan serta pembaziran masa dan tenaga apabila sesuatu karya dirosakkan.

Salah seorang murid sedang melakar mural dengan tekun.

Murid-murid bekerjasama untuk melakar mural.

Dinding blok seni sebelum dilakarkan.

Page 7: dokumentasi pemantapan sahsiah

Cik Lai dengan tekun memberikan arahan kepada peserta program.

Memastikan lakaran yang dibuat mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

Memulakan lakaran lukisan dengan berhati-hati. Tidak cukup ketinggian, kerusi digunakan.

Guru membantu proses mewarnakan mural. Hasil akhir mural.

Page 8: dokumentasi pemantapan sahsiah

Aktiviti 4 : Muzik 24 Oktober 2013

Guru bertugas: Pn. Norazlena Lazim Pn. Siti Habibah Juddin Pn. Azmi binti Ahmad Nasri

Aktiviti terakhir, aktiviti yang paling ditunggu oleh para peserta program. Hampir kesemua murid-murid di SMK Taman Sri Muda gemar menghasilkan nada menggunakan meja apabila masa terluang. Oleh yang demikian, aktiviti ini memberikan kebebasan kepada mereka untuk menghasilkan bunyi-bunyian menggunakan bahan-bahan terpakai di samping mendengar demo gendang Urumee daripada satu kumpulan muzik yang dikenali di Taman Sri Muda.

Murid memilih barang terpakai untuk dijadikan alat muzik.

Murid menggunakan barang terpakai untuk menghasilkan nada dengan bantuan guru.

Persembahan daripada kumpulan Urumi Meelam Murid-murid diberi peluang untuk memain gendang Urumi.

Page 9: dokumentasi pemantapan sahsiah

5.0 Impak Aktiviti

Sepanjang aktiviti dijalankan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid sangat membanggakan. Semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Namun, kehadiran murid yang terlibat tidak menggalakkan. Ini adalah kerana kekangan dari segi pengangkutan, masa dan kemahuan murid itu sendiri. Kesimpulannya aktiviti ini sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi murid-murid tentang sekolah, menghargai alam sekitar dan harta benda yang ada di sekeliling mereka.

Disediakan oleh,

(NURHIDAYAH BINTI MOHD POZI)SetiausahaProgram Pemantapan Sahsiah, Disiplin dan Moral Murid Sesi PetangSMK Taman Sri MudaShah Alam

Disemak oleh,

(NURHAZLIZA BINTI BASIRAN)Penolong Kanan HEMSMK Taman Sri MudaShah Alam

Disahkan oleh,

(HJ. ABDUL WAHID BIN TAKAT)PengetuaSMK Taman Sri Muda Shah Alam