assignment pembangunan sahsiah

21
i. Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, jelaskan 4 perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru. Pengenalan Pembentukan sahsiah diri amat penting dalam diri kita. Pembentukan sahsiah ini yang akan mencerminkan keperibadian dan juga jati diri yang wujud dalam diri kita. Sahsiah yang diri yang dapat diertikan sebagai segala tingkah laku moral yang bersifat personaliti yang unik yang membolehkan ianya dibezakan dengan individu lain dan dilakukan tanpa melanggar norma-norma kehidupan dalam masyarakat. Dari sudut pandangan islam sendiri sahsiah mempunyai maksud tersendiri. Pembangunan sahsiah merangkumi semua aspek iaitu jasmani, rohani, naluri dan juga akal fikiran. Ia boleh membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan tujuan menjadikan seseorang itu mempunyai tamadun, berakal, mempunyai nilai-nilai murni serta berdaya maju. Jika dilihat umat Islam yang berjaya mempunyai sahsiah yang tinggi dimana mereka dapat menguruskan kehidupan ini dengan sempurna tanpa melanggar sebarang undang-undang dan tuntutan agama. Barat pula berpendapat bahawa pembentukan sahsiah ini lebih merangkumi aspek jasmani sahaja iaitu dalam memenuhi kehendak serta keperluan fizikal dan keperluan psikologi

Upload: noraidah-jemain

Post on 14-Feb-2015

123 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Pembangunan Sahsiah

i. Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, jelaskan 4 perkara utama yang

cuba diterapkan kepada guru-guru.

Pengenalan

Pembentukan sahsiah diri amat penting dalam diri kita. Pembentukan sahsiah ini yang

akan mencerminkan keperibadian dan juga jati diri yang wujud dalam diri kita. Sahsiah yang

diri yang dapat diertikan sebagai segala tingkah laku moral yang bersifat personaliti yang

unik yang membolehkan ianya dibezakan dengan individu lain dan dilakukan tanpa

melanggar norma-norma kehidupan dalam masyarakat.

Dari sudut pandangan islam sendiri sahsiah mempunyai maksud tersendiri.

Pembangunan sahsiah merangkumi semua aspek iaitu jasmani, rohani, naluri dan juga akal

fikiran. Ia boleh membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan tujuan menjadikan

seseorang itu mempunyai tamadun, berakal, mempunyai nilai-nilai murni serta berdaya maju.

Jika dilihat umat Islam yang berjaya mempunyai sahsiah yang tinggi dimana mereka dapat

menguruskan kehidupan ini dengan sempurna tanpa melanggar sebarang undang-undang dan

tuntutan agama.

Barat pula berpendapat bahawa pembentukan sahsiah ini lebih merangkumi aspek

jasmani sahaja iaitu dalam memenuhi kehendak serta keperluan fizikal dan keperluan

psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta kelas sosial ekonomi

manusia.

Selain itu perkembangan dan pembangunan sahsiah diri juga banyak dipengaruhi

oleh proses sosialisasi dalam masyarakat. Proses sosialisasi ini terdapat empat ciri-ciri yang

memainkan peranan penting dalam pembentukkan persekitaran masyarakat dan khususnya

kepada diri kita sendiri. Antara ciri-ciri yang penting dalam pembentukkan dan juga

pembangunan sahsiah adalah kognitif, fizikal, sosial dan juga rohani. Pembangunan sahsiah

ini akan memberi kesan terhadap beberapa aspek seperti penampilan diri, sikap, tingkah laku,

pemikiran, perasaan, sosial dan juga rohani. Perkara-perkara yang disebut ini mempunyai

hubungan dan kaitan yang amat rapat kerana bagi seseorang yang mempunyai sahsiah yang

Page 2: Assignment Pembangunan Sahsiah

baik akan menunjukkan sifat ramah mesra, mempunyai penampilan yang hebat dan juga

kemas, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan juga mempunyai nilai

kemasyarakatan, berupaya mengawal perasaan serta bergaul mesra dengan orang lain dan

mempunyai pegangan nilai agama sendiri.

Pembangunan sahsiah telah menjadi satu fokus yang begitu penting terutamanya

dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Pendidik merupakan satu

profesion yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Tidak dinafikan

sehingga hari ini guru banyak menyumbang bakti dalam pembangunan bangsa dan negara

lebih-lebih lagi dalam pembangunan sahsiah pelajar-pelajar. Maka guru seharusnya terdahulu

mempunyai serta menunjukkan sahsiah yang unggul dan baik sebelum dicontohi oleh pelajar-

pelajar.

Guru merupakan teras utama untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar-

pelajar. Guru seharusnya menjadi role model kepada pelajar-pelajarnya dalam

membangunkan modal insan yang mempunyai sahsiah yang baik serta akhlak yang tinggi

serta terpuji. Ketidakupayaan seorang guru menunjukan model dan teladan yang baik akan

menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia menjadi titik

cemar dalam keperibadian guru itu.

Page 3: Assignment Pembangunan Sahsiah

4 perkara utama yang cuba diterapkankan kepada guru-guru

1. Konitif

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,

memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia

melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,

menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini

penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

1.1 Berfikiran positif.

Fikiran positif adalah pemikiran dan tanggapan mengenai perkara yang baik-

baik sahaja. Apabila seseorang guru itu menerapkan sifat itu dalam diri, mereka akan

mampu untuk menempuh sebarang cabaran dan berupaya bangkit daripada kegagalan

yang pernah mereka alamai.

Disamping itu,berfikiran positif dapat membantu menjadikan seseorang guru

itu lebih berdaya maju. Melalui fikiran positif guru akan dapat menjalani sesuatu

tugas tanpa dibebani dengan masalah terutamanya permasalahan yang berkait dengan

murid-murid, rakan sekerja dan juga pentadbiran.

1.2 Menangani stress

Punca tekanan itu boleh berlaku disebabkan peristiwa dalam kehidupan,

pemikiran dan keinginan diri yang belum tercapai. Punca-punca kepada berlakunya

tekanan ini adalah sebabkan oleh faktor biologi, psikologi, sosial dan spiritual.

Sebagai seorang guru yang gagal menangani stress dengan baik akan mengganggu

kualiti serta produktiviti kerja, kesihatan dan juga kehidupan seharian.

Sebagai seorang guru seharusnya tahu bagaimana menangani stress dengan

cekap dan berkesan. Antara cara menangani tekanan adalah dengan mendapatkan

Page 4: Assignment Pembangunan Sahsiah

nasihat dan juga sokongan daripada pihak-pihak tertentu seperti pihak pentadbiran,

rakan-rakan sejawat, keluarga atau kaunselor.

Selain itu masa dan pengurusan kerja juga perlu diuruskan dengan sebaik

mungkin. Ini adalah kerana pada zaman dan juga era globalisasi ini terdapat pelbagai

tekanan yang harus dihadapi terutamanya dalam menjalankan tugas. Selain itu

peranan guru dan tanggungjawab guru juga semakin komplek dengan berkembangnya

sistem pendidikan masa kini. Di mana tugas guru-guru tidak hanya terhad kepada

mengajar sahaja tetapi kini juga melibatkan hal-hal pengurusan. Oleh itu guru

seharusnya tahu dan bijak menjalankan tugas agar tidak merasa terbeban yang boleh

menyebabkan tekanan.

1.3 Mengurus keperluan kerjaya

Guru yang merupakan agen pembentukan masyarakat dan juga menjadi

tunjang negara. Maka guru seharusnya memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk

boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.

Bagi seorang guru yang baik akan sentiasa cuba meningkatkan kualiti serta

membuat penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menjalankan kajian

tindakan berkaitan dengan proses pengajaran dan pengajaran yang berkesan

seterusnya meningkatkan kualiti profesion perguruan.

Oleh itu guru perlu mengurus kerjaya masing-masing terutamanya dalam

pengurusan waktu. Pembahagian waktu yang sesuai agar tidak menyebabkan ketidak

seimbangan dalam memenuhi keperluan kehidupan normal dan juga kerjaya. Ia tidak

menjadi berat sebelah. Guru seharusnya membuat pertimbangan yang betul dalam

menentukan perkara yang wajib dilaksanakan dahulu. Maka keperluan yang kurang

penting hendaklah di ketepikan dahulu bagi memberi laluan perkara yang utama.

Page 5: Assignment Pembangunan Sahsiah

1.4 Mengurus diri dan kehidupan

Berbicara mengenai pengurusan dalam kehidupan ini merupakan satu perkara

yang yang cukup luas. Apa yang dimaksudkan dengan pengurusan ialah cara

bagaimana guru mengaturkan sesuatu urusan sepanjang hidup dan dalam menjalani

kehidupan seharian. Guru yang juga merupakan seorang pengurus untuk diri sendiri,

keluarga, rumah tangga dan juga masyarakat.

Jika seseorang guru itu menguasai ilmu pengurusan, pasti tidak mempunyai

permasalahan dan isu-su yang timbul apabila berurusan dengan individu, sesuatu

organisasi atau pun masyarakat. Sehubungan dengan itu guru seharusnya

menggunakan statusnya sebagai penyampai yang baik sambil menerapkan nilai-nilai

positif kepada semua masyarakat.

2. Fizikal

2.1 Mempamerkan tingkah laku yang baik

Guru adalah profesion yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat.

Tidak boleh kita nafikan sehingga hari ini guru banyak menyumbang khidmat dalam

pembentukan tingkah laku pelajar. Maka dalam proses pembentukan tingkah laku pelajar,

guru terlebih dulu perlu menunjukkan tingkah laku yang baik untuk dicontohi pelajar.

Oleh itu guru akan menjadi role model kepada pelajarnya sendiri khususnya dan

secara amnya kepada seluruh masyarakat. Mereka seharusnya terlebih dulu

melengkapkan diri dengan tingkah laku yang baik. Contoh teladan guru akan sedikit

sebanyak membantu membentuk tingkah laku pelajar mereka.

2.2 Penampilan kendiri

Konsep penampilan kendiri itu sendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah.

Penampilan diri bergantung kepada interaksi sosial yang mempengaruhi persekitaran.

Dalam hal ini semakin banyak seseorang itu bergaul maka pengalamannya juga

bertambah.

Page 6: Assignment Pembangunan Sahsiah

Guru memainkan peranan yang penting untuk menolong pelajar-pelajarnya

membentuk konsep kendiri yang positif dan memupuk nilai-nilainya yang tinggi seperti

memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran mereka. Guru juga

perlu mengajar pelajar-pelajar mengikut kebolehan mereka supaya mereka sentiasa

menikmati pengalaman berjaya, dan seterusnya perasaan penghargaan diri dan keyakinan.

2.3 Pengurusan kendiri

Guru bukan sahaja bertanggungjawab menjalankan proses pengajaran pembelajaran di

dalam kelas tetapi juga mengurus rutin murid-muridnya dan juga perjalanan bilik darjah.

Mereka bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan kondusif sebelum belajar.

Kelas yang kondusif mampu menjadikan proses penyampaian ilmu itu lebih mudah dan

lancar.

Guru seharusnya bijak membahagikan beban kerja pada sekeliling agar kerja-kerja

berat menjadi ringan dan bebanan kerja yang banyak dilakukan tidak dibazirkan masanya

begitu sahaja. Guru yang baik akan dapat mengurus rutin kendirinya bagi

memaksimumkan kualiti profesionnya. Ini merupakan salah satu ciri-ciri nilai bitara yang

ada pada guru tersebut.

3. Sosial

3.1 Kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi

Komunikasi penting untuk diketahui dan dijadikan panduan untuk kita memahami

orang lain dan diri kita. Teori komunikasi adalah gabungan dua kata dasar iaitu teori dan

komunikasi. Teori mengikut Littlejohn (1996) adalah satu konsep yang cuba

menerangkan sesuatu pengalaman, idea tentang suatu fenomena yang berlaku atau

peristiwa manakala komunikasi menurut bahasa ialah kenyataan atau perhubungan

sementara menurut Miller(1996) satu situasi di mana sumber memancarkan mesej kepada

penerima dengan secara sedar bertujuan mempengaruhi perlakuan penerima. Komunikasi

adalah satu penyataan yang boleh menerangkan, menjelaskan sesuatu perkara, fenomena

atau kejadian komunikasi tetapi oleh sebab sifatnya yang sementara maka ia berguna

Page 7: Assignment Pembangunan Sahsiah

untuk memberi asas kepada jangkaan, ramalan dan kajian pada masa hadapan yang lebih

mantap dan tegar lagi.

Oleh itu guru yang mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunukasi

dengan baik akan dapat membantu menjangkau apa yang mungkin berlaku nanti

berasaskan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Ianya amat penting

digunakan didalam bilik darjah bagi dapat memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan berkesan. Penyampaian yang baik, jelas dan tepat akan

dapat lebih membantu dalam peningkatan kualiti pembelajaran murid-muridnya.

3.2 Penerimaan terhadap orang lain

Menerima seseorang bererti kita menerima seadanya tanpa sebarang syarat. Menerima

orang lain dimulai dengan penerimaan terhadap dirinya sendiri, menerima kekurangan

dan kelemahannya serta mampu bangkit untuk menerima yang terbaik.

Begitu juga dengan guru seharusnya bersedia menerima seada kliennya iaitu

pelajarnya dalam membantu mereka menuntut ilmu. Guru juga perlu menunjukkan sifat

rasa kasih sayang, bertimbang rasa dan juga keperihatianan mereka terhadap murid-

murid, rakan sejawat dan pihak pentadbiran. Guru yang bersikap terbuka akan bertindak

secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang

pendidikan.

3.3 Persediaan untuk memberi dan menerima pendapat

Para guru haruslah memiliki sifat amanah,dedikasi,komited pada

tugas,sanggup berkorban masa dan tenaga serta mempunyai sikap membantu serta

menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya.

Dalam hal ini,guru seharusnya bersedia untuk memberi atau menerima pendapat

serta sentiasa berfikiran positif serta menilai dengan sewajarnya setiap perubahan atau

penambahbaikan yang dilakukan demi kepentingan para pelajar.

Page 8: Assignment Pembangunan Sahsiah

4. Rohaniah

4.1 Hubungan dengan tuhan

Manusia diciptakan untuk dua tujuan iaitu sebagai hamba dan sebagai khalifah.

Kedua-dua tujuan penciptaan ini mewujudkan hubungan, kewajipan dan tanggungjawab.

Tujuan pertama penciptaan mewujudkan hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t

yang dilakukan melalui pelaksanaan kewajipan menghamba atau mengabdikan diri

kepada Allah s.w.t. Manusia tidak berhak mempersoalkan segala yang disuruh atau

diperintahkan dan segala yang dilarang. Bahkan manusia bertanggungjawab memaksakan

jasadnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Tujuan kedua penciptaan mewujudkan hubungan antara manusia dengan alam

sekelilingnya sama ada yang berupa sesama manusia, haiwan, tumbuhan, bumi dan

elemen-elemennya serta alam semesta dengan cakerawala-cakerawalanya yang dilakukan

melalui pelaksanaan kewajipan mentadbir muka bumi dan segala material yang

membentuknya. Ini menuntut manusia supaya bertanggungjawab menggunakan upaya

akal budinya untuk mengkaji ayat-ayat Allah yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah

s.w.t. untuk membolehkannya melaksanakan kewajipan mentadbir muka bumi dengan

sebaik mungkin.

Oleh itu guru yang mempunyai sifat kerohanian yang tinggi akan berupaya membimbing

serta lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, pelajar dan masyarakat sekelilingnya.

4.2 Konsep kendiri yang mantap dan berjiwa kental

Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau

bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif.

Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain.

konsep kendiri meliputi persepsi temntang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya

dan juga perasaan tentang kebolehan nya meliputi keyakinan dan hrga dirinya. Carl

Rogers ( 1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang

Page 9: Assignment Pembangunan Sahsiah

tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang

lain dan persekitarannya.

Apabila seseorang guru itu telah memahami mengenai konsep kendiri maka guru itu

akan dapat membina jiwa yang kental bagi menghadapi segala cabaran yang datang.

Mereka juga tidak akan mudah berputus asa dan sentiasa berusaha menuju kecemerlangan

dalam apa jua keadaan sekalipun terutama didalam bidang pendidikan.

5. Rumusan

Kesimpulannya, guru adalah insan bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah

pelajar. Walaupun tugas itu tidak mudah, namun mereka menyahut cabaran dan rintangan

dengan tabah. Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang

baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Faktor manusia

tetap diperlukan dalam proses pembentukan sahsiah pelajar pada masa kini dan akan

datang.

Page 10: Assignment Pembangunan Sahsiah

ii. Huraikan dengan memberi contoh yang jelas bagaimana kursus Pembangunan

Sahsiah membeiri kesan kepada perubahan karektor diri anda.

Pengenalan

Profesion perguruan adalan satu profesion yang menuntut kepada pengorbanan

seorang guru mendidik dan membimbing anak bangsa. Peranan yang dipikul oleh

mereka tidak sahaja terhad kepada murid tetapi kepada rakan sejawat, negara dan

profesion itu sendiri. Oleh itu kita akan dapat lihat bagaimana perubahan karektor

guru itu dapat memberi kesan terhadap pembangunan sahsiah.

i. Meningkatkan akauntabiliti keguruan.

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai

bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut

Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan

jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang

berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah

mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima

kebertangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

Akauntabiliti keguruan pula bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan

dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud

berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas

merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,

masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , saya dapat memahami tanggungjawab

yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti telah saya hayati sepenuhnya kerana ia dapat

meningkatkan tahap profesionalisme keguruan saya sendiri. Ini kerana penghayatan

Page 11: Assignment Pembangunan Sahsiah

tersebut membolehkan saya sebagai pendidik dapat menjalankan tanggungjawab dan

tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.

Akauntabiliti atau tanggungjawab saya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-

murid dan profesion keguruan dapat dipertingkatkan lagi dengan menjalankan

tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang

tersebut melambangkan dan memperlihatkan kualiti saya sebagai seseorang guru dan

secara tidak langsung juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain

melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi saya

merasakan lebih bertanggungjawab terhadap profesion saya sebagai pendidik.

Kesedaran kepada akauntabiliti menjadikan saya seorang guru yang lebih

bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakan.

Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru.

Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan

tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan

akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan

menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak

bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

ii. Meningkatkan profesionalime perguruan.

Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu,

mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk

mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal.

Oleh itu bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, saya perlu berusaha

untuk meningkatkan kendiri melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan

budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan

mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu saya juga menghadiri

sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama rakan sejawat bagi

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran ikhtisas ini sangat penting

bagi saya kerana ini akan mendorong saya menyampaikan pengajaran bermutu kepada

pelajar agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran mendapat impak yang maksima.

Page 12: Assignment Pembangunan Sahsiah

iii. Menyumbang kepada perkembangan potensi murid.

Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai

keperluan yang kompleks.   Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954)

telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. 

Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum

keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu.  Pada peringkat

yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi.  Setelah

keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-

sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan

peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan

bagi penyempurnaan kendiri. 

Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’

individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya

pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan

keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini

terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Menurut teori

Heiraki keperluan Maslow, seseorang individu mempunyai cara belajar yang berbeza-

beza. Oleh itu, sebagai seorang guru seharusnya saya mengatur strategi pengajaran

dan pembelajaran mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar.

Oleh itu sebagai seorang guru saya cuba mengaplikasikan beberapa teori

berkaitan dengan tingkah laku pelajar dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi

di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.

Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar berbanding hal-

hal lain. Saya dapat bersikap adil terhadap pelajar-pelajar tanpa mengira bangsa,

agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Selain

itu saya dapat membimbing dan mengajar pelajar-pelajar di bilik darjah tanpa

meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya saya sendiri

sekali-sekala memberi hadiah kepada pelajar-pelajar untuk menggalakkan mereka

berminat terhadap proses pembelajaran. Selain itu saya juga memberi contoh teladan

Page 13: Assignment Pembangunan Sahsiah

yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa

bertugas juga saya amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah

kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang

demikian perlulah saya sebagai guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka

tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh pelajar.

Saya akan terus memberi bimbingan kepada pelajar supaya potensi yang ada pada

diri pelajar dapat diperkembangkan ketahap yang optimum. Seseorang pelajar itu

berhak untuk mencapai kecemerlangan. Maka pelbagai teknik pengajaran akan saya

aplikasikan didalam bilik darjah supaya potensi semua pelajar dapat ditingkatkan

lagi.

iv. Meningkatkan sahsiah diri dan murid.

Dalam konteks dunia pendidikan yang serba mencabar dewasa ini, guru-guru

perlu peka dan beriltizam untuk menjadikan mereka dan juga produk mereka

mendapat pengiktirafan. Guru adalah orang yang paling hampir dengan murid kerana

sering berkomunikasi antara satu sama lain. Oleh itu ,peneguhan positif haruslah

sentiasa diberikan agar menggalakkkan pelajar berkelakuan baik di sekolah mahupun

di luar sekolah. Peneguhan positif ini perluditekan setiap waktu terutama semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Dalam hal ini, untuk membentuk sahsiah pelajar saya sebagai guru terlebih

dahulu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar-pelajar. Saya yang

merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan akan memastikan

bertanggungjawab membentuk tamadun manusia menerusi penyebaran ilmu dan juga

pembentukan serta pembangunan sahsiah masyarakat.

v. Peningkatan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran

Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan

langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).  Manakala teknik pula

ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan  kaedah mengajar dalam

sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Mengikut Azman Wan Chik (1987)

Page 14: Assignment Pembangunan Sahsiah

teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.  Kalau guru mengajar bahasa dengan

menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu

teknik.

Oleh itu bagi proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan,

saya akan memastikan pembelajaran itu lebih bermakna, mudah difahami dan

diminati oleh pelajar, tetapi saya sendiri akan menjadi contoh kepada pelajar dari

semua segi aspek personaliti temasuklah gaya bercakap, pemakaian yang kemas,

menepati janji dan layanan yang sama rata. Pelajar-pelajar akan lebih tertarik dan

berminat untuk menjalani proses pembelajaran dan juga pengajaran. Sekaligus akan

memastikan ilmu itu dapat disampaikan dengan baik dan sempurna serta menjadi

lebih berkesan.

Rumusan

Sebenarnya semua guru mengerti bahawa usaha mendidik dan membangunkan

seseorang insan itu bukanlah mudah. Walaupun begitu semangat mereka tidak pernah

luntur. Mereka tetap berusaha menyusun langkah dan mengatur strategi meneruskan

perjuangan dan memikul amanah membentuk sahsiah dan mendidik anak bangsa.

Demikian antara peranan dan tanggungjawab guru pada ketika ini. Mereka

bukan sahaja menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, bahkan peranan mereka

lebih terbukti apabila negara hari ini berjaya melahirkan sumber tenaga yang

berketerampilan dan mempunyai sahsiah peribadi yang tinggi untuk memacu negara

untuk masa akan datang.

Page 15: Assignment Pembangunan Sahsiah

Rujukan

Ee Ah Meng (1996). Psikologi perkembangan.Kuala lumpur. Fajar Bakti.

Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyudin (1995). Psikologi Pendidikan1 : Pertumbuhan dan Perkembangan. Petaling Jaya. Longman.

Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Psokologi Pendidikan & Pedagogi Subang Jaya.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Atan long.(1982).Psikologi Pendidikan.kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Jalil Borhan(1998).Program pembangunan sahsiah dan pelaksanaanya di IPT di Malaysia.Johor.Universiti Teknologi Malaysia.

http://rusmiza-rusle.blogspot.com/2011/06/nilai-bitara-pembangunan-sahsiah-guru.html

http://www.slideshare.net/shahrulasyikin/ciriciri-dan-kualiti-guru-yang-profesional

http://ujiadam.tblog.com/post/1969723870

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2005/shahrilUM.pdf

http://www.akademikpahang.edu.my/v3/phocadownload/userupload/Ke%20arah%20amalan

%20pengajaran%20berkesan.pdf

http://pjjmalaysia.com/ciri-ciri-guru-yang-berkesan-dalam-pengajaran-berdasarkan-nilai-

nilai-bitara

http://ppdsegamat.edu.my/rujukan/index.php?

option=com_content&view=article&id=61&Itemid=83